Februari 24, 2011

Barangkali Ini Pertama Kali Aku Bercerita Pasal Filem

Dalam bulan Febuari ini. Ada tiga filem yang aku tonton di pawagam. Dan semuanya aku puas hati. Sebab ia berilmiah. Kadang-kala tengok juga filem tidak berilmiah seperti Ngangkung, Vampire Sucks dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, sebab tak berilmiah, maka aku tak nak lah review dalam blog. Apa faedah me-review filem yang tidak berilmiah bukan? 

Filem yang berilmiah yang aku maksudkan ialah ;


The Way Back. Wajib tengok filem ini. Aku bagi rating 4.5/5. Ceh, padahal aku bukan pakar filem. Baiklah, aku rasa filem ini bagus untuk di tonton sebab korang akan mempelajari sejarah, cara survival hidup di saat pergolakkan, brotherhood dan yang lebih penting, idealisma. Based on true story. Berjalan kaki dari Tasik Baikal sampai ke India. Hebat kan survival manusia?


Sanctum. Juga berkenaan survival. Cuma ia mengenai survival saat terperangkap. Filem ini filem thriller. Cuma ia tak lah thriller sangat. Aku bagi 4/5 sebab ia banyak mengajar kita dalam hal nature living, diving dan caving. Serta himpunan ayat-ayat idealisma dalam survival diri. Panik hanya akan membunuh diri sendiri. Juga based on true story. Eh, kenapa sejak-menjak ni Hollywood buat banyak filem survival. Dah nak perang ke?


Sini Ada Hantu. Baiklah, ini bukan filem ilmiah sangat. Tapi, sekurang-kurangnya ia tak sebodoh Ngangkung. Filem ini adalah filem horror-comedy. Segala lawak nya memang menjadi ada kelas tersendiri. Lawak educated bak kawan aku kata. Baki Zainal adalah pelakon yang sepatutnya boleh menjadi best actor selepas ini. Serius! Oh, aku bagi 4/5. Filem Malaysia, kena support lah beb. Malaysia have make many good film. Doing piracy is burning. What you burning is our film industry. Buy original, see original. Keh keh keh!

Sekian, selamat menonton dan mendownload. Pfttttt!

15 ulasan:

MATAHARI berkata...

bagaimana dengan buried?

ipan berkata...

hhahaaha....Sini Ada Hantu!!!!
2 kali da aku tgk...kali ke 3 x larat nk gelak kang...kah kah kah kah

D' Cako berkata...

Oh nak tengok Sanctum~~Suspen x ye??

AlexiaAqram berkata...

buried tu filem yang duduk dalam keranda eh?

hmm. best. tapi seorang pelakon. LOL!

HEROICzero berkata...

kadang2 aku x reti macam mana nak sebut buried. walau macam mana aku cuba ubah cara sebut, tetap rasa tak kena.

kenapa huh?

MATAHARI berkata...

yup. tapi hanya menggunakan seorang pelakon tu yang menarik tu.

tapi last2 hero mati.

sebab hampir dengan burit? keh3.

manggosteen berkata...

127 hours terbaek!

Kebaya Sendat Sepatu Merah berkata...

heroiczero: sbb kau fkir bnda porno. haha.

sini ade hantu tu cite lawak ey?
huu.

sarahunny berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sarahunny berkata...

the way back best. membuatkan aku hargai air yang aku salu bazirkan.

eiffel berkata...

korang cakap cm besh giler jerk!

AlexiaAqram berkata...

mestilah best. cpt2 pi tgk!

Sca Ndx berkata...

127 best. yang kat atas semua aku tak pernah tgk

CNEN AFI (dream chaser) berkata...

ohh..kene tgk the way back ni. fevret.

m.a.n.n.e.q.u.i.n berkata...

The Way Back memang terbaik.