Februari 03, 2011

Cerekarama Revolusi

Pada petang yang damai sewaktu PM Najib pekena cengkodok adabi dengan Bik Mama lepas balik opis. Tengah layan Astro First, tetiba Bik Mama terdudukkan remote-control, teralih lah siaran tv, terbuka Al-Jazeera.

Keluarlah siaran berita maha tergempar pasal rusuhan revolusi di Mesir sana tu. Alah, tempat anak Norizan belajar amek perubatan tuu.

Berkerut dahi PM Najib tengok berita tu. Problem datang lagi lah ni. Dalam hati berkata ;

"Celaka, apa pasal gua baru tahu berita ni? Menteri gua tak buat kerja ke apa? Hadoiyai!"

Bik Mama terus memaut lengan Najib, manja giteww.

"Bang bang bang tengok tu, seram lah I, eeeee, diorang ni asyik nak merusuh aje taww, cuba lah buat kerja berpaedah skit, buat islamic fesyen show ke, ape ke, bla bla bla"

Malas Najib nak melayan karenah bini dia yang sekor ni. Makin layan makin menjadi membebelnya. Lumrah lelaki sering di bebel. Dulu masa kecil, di bebel dengan mak sendiri, dah kahwin, kena bebel dengan isteri, dah jadi PM, kena bebel dengan rakyat. Nasib..nasib.

Lalu, Najib terus bangun, amek BB dia. Check BBM dan twitter, macam haram, sakit hati tak habes lagi dengan #tanyanajib yang bertanyakan berapa berat rambut bini dia. Buka phonebook, cari no telepon menteri luar. Tekan call.

"Aloo asalamualaikom! Nipah! Kau free dak? Ada benda aku nak talk ngan kau ni"

"Waalaikumsalam, ha pe dia Jib? Ni pasal mesir ke? Sorilah bro, aku lambat nak inform kat kau, aku tengah meeting dengan dak-dak menteri Jepun tu tadi"

"Laaa, kalau kau dah tau, kenapa kau tak BBM aku je? Leceh la kau ni, ni dah masuk tv ni, ape cerita? Dah merusuh ni, ape cerita? Mubarak tu ape cerita? Dak-dak kita kat Mesir apa cerita?"

"Ah kau ni, dari tadi ape cerita ape cerita, apa kata kau tepon je Mubarak tu tanya dia terus, aku bukan ada no phone dia, kau kan taiko, aku ni tukang follow je"

"Macam haram, ha, jap lagi aku call, pastu kau tolong tanya dak-dak kita kat wisma putra, nanti ada apa-apa info, terus bagi tau aku ok? Chalo, asalamualaikom!"

Talian di matikan. Terus pulak si Najib ambil Iphone4. Kemaen ada dua henpon! Rupanya satu untuk talian domestik, satu lagi untuk talian antarabangasa. Canggih!

Najib belek-belek wiki kejap. Baru dia tahu ada 11ribu dak-dak Malaysia kat sana. Ah, ini kes berat ni. Rusuhan makin meruncing. Harga barang melambung. Resah dia seketika memikirkan apa lah dak-dak ni nak makan. Lagi resah bila dia tengok skrin tv tadi, ada yang terbunuh. Dia terfaktab kali ini. Lalu, dia scroll henpon dia, buat phone-call direct ke Mubarak. Kena cakap garang skit dengan Mubarak ni, kalau tak memang tak di layan.

"Allo, asalamualaikom.. Mubarak ke ni? Ni gua, Najib, lu kenal gua lagi dak?"

"Hello, waalaikumsalam, ha Najib, ang nak apa?! Aku tengah sibok ni!?'

"Beb, tempat lu dah kacau sekarang ni. Line panas. Gua risau dengan dak-dak gua. Gua nak angkut dak-dak gua keluar. Lu boleh tolong dak?"

"Pungkoq lah ang Jib, taim-taim macam ni ang nak serabutkan kepala aku. Ang pi setel sendiri lah! Lantak ang lah!"

Tutt..tuttt..tutt. (talian dimatikan)

Barua punya Mubarak. Najib dah agak dah, Si Mubarak ni memang keras kepala. Memang patut rakyat dia marah. Sama je macam Saud. Pelik dia tengok perangai Arab sunni yang hati batu ni. Padahal si Ahmad dak Iran tu walau syiah, kool je. Pening kepala Najib nak setel masalah ni. Sape lagi dia nak kontek mintak tolong? Yang dekat-dekat berjiran dengan mesir tu, member tak ramai plak.

Takkan nak mintak tolong Israel? Jadah apa nak kena maki dengan rakyat? Nak mintak tolong Arab Saudi, dia malas nak melayan perangai Saud yang tak habes-habes ajak lepak shisha dengan perempuan gelek. Dia dah malas dengan semua tu, tu dulu, sekarang dah berubah.

Lalu dia tengok peta Middle East. 11 ribu bai. Dak-dak Malaysia bukan duduk setempat. Bersepah-sepah. Pikir-pikir ni nak plan mau jejak seminggu sebab nak kontek diorang bukan senang. Talian terputus kan? Ni kena plan betul-betul. Lagipun, mana nak cekau duit kalau nak hantar beratus kapal terbang ke sana? Karang amek duit cukai, mengamuk rakyat. Suruh buat tabung derma? Macam lah rakyat Malaysia reti nak menderma sangat. Najib berfikir. Tengok peta lagi. Laaa.. baru perasan Mesir dekat dengan Somalia.

"Okay, gua tepon je lah si Saud mintak tumpangkan semalam dua dak-dak ni bagi keluar mana yang sempat. Pastu, tepon dak-dak tentera suruh angkut depa pakai kapal laut yang kat Somalia tu. Mintak sekali tolong-tolong 2-3 kapal terbang hantar bantuan ke sana", monolog Najib dengan mengenggam tangan tanda kononya boleh setel lah masalah ni. Ceh!

Tamat

p/s: Buat kawan-kawan yang terperangkap di Mesir. Rilek-rilek and stay safe. Be cool and jangan gentar, sebab kitaorang kat Malaysia sentiasa doakan korang selamat. Peace!

p/s 2 : cerita ini hanya rekaan semata-mata bagi gelak ketawa tahun baru cina. cerita sarcastic tak payah terasa hati sangat lerrr.

21 ulasan:

sicomot-comel berkata...

hahaha..
giler kencanglah Pm bertelepon ngn Mubarak neyh..hohoho..

MATAHARI berkata...

huehuehue. dah puas gelak dah pagi2 ni. part bik mama tu yg xtahan.

maRShA berkata...

hahaha best gile pagi2 ade cite lawak nk d bace! ganas gile phone conv ngn mubarak.. law najib bace cite ney cnfirm dy wt lg stu video.. :P

ANASAURUS

iamfareezyusoff berkata...

kahkah! lawak gila. kreatif betul. hahahahaha

hida.hadi berkata...

ketawa penawar duka ..kehkehkeh

Si Apis berkata...

Keh3x, kelakar :)

nurliani ahmad mustafa berkata...

hahaha. lawak la aqram!!! hahahhaa

mahirahkamal berkata...

serious terhibur ^_^

PointBlankShot berkata...

kahkahkahkahkah

gua terhibur hari ni!

gong xi fa cai, maaf zahir tok batin!

Sab Buenoo berkata...

ok. aku suka.

Fiq Vertigo berkata...

ok

trimas beb.

aku sgt2 perlukan sarkastik skg

Si Gadis Marhaen berkata...

Ouch. Makan dalam citer ni bai...kehkehkeh!

Tin Tuna berkata...

hahah, best idea anda, xD

AlexiaAqram berkata...

gua harap PM najib dapat pakai ipone china lepas ni. sebab iphone china boleh pakai dua sim card. tak payah lah nak paki dua henpon pas ni. hihi..

SiSagaPutih berkata...

haha kelakar la sial. yang tak bleh blah Mubarak sound Najib tu. Btw, aku tak rasa Najib yang manja2 nga Bik Mama macam tu la, aku rasa Najib yang manja2 ngan Bik Mama mcm tu. hahaha

zey berkata...

last2 mintak tolong dari lanun somalia daa...nais! hahaha!! =D

k_Own berkata...

haha. nseb si Najib nih !

TheBentPencil berkata...

saya tidak tahu pun enchek mubarak boleh cakap loghat utara.

Danish d'Hearty berkata...

terbaek.

cokelatputih berkata...

seronok! mintak izin share :)

zaira berkata...

fuyyyooohhhh! *thumbs up.