Februari 15, 2011

Demokrasi vs Khilafah

1. Bencinya aku terhadap sistem demokrasi kini adalah satu. Ketidak-adilan dalam hal-ehwal menyekat keburukkan. Kita perlu selidik bagaimana sebenarnya demokrasi itu kini telah di jadikan alat oleh pemimpin tamak haloba dan juga di jadikan anjakan mengubah kondisi negara menjadi sebuah negara boneka.

2. Hanya satu saja perbezaan yang membezakan antara sistem demokrasi dan sistem khilafah. Sistem demokrasi tidak menapis perkara-perkara yang buruk dalam memilih kepimpinan masyarakat. Situasi yang boleh di kaitkan dalam hal ini berbentuk sebegini ;

3. Kita hendak memilih pemimpin. Kita hendak memilih pemimpin yang baik. Namun, dengan demokrasi sebenarnya menghalalkan kewujudan pemimpin yang tidak baik. Semua ini berlaku dengan pungutan suara, pengundian dan pilihanraya. Secara amnya yang kita nampak melalui pilihanraya, sama ada calon pemimpin itu yang kedepan mencalonkan diri sendiri ataupun di calonkan oleh orang lain dengan calon itu meraih atau melobi untuk di calonkan. Mudah untuk kita simpulkan di sini, apakah calon yang mencalonkan diri sendiri dan melobi untuk di calonkan itu benar-benar boleh di jadikan sebagai pemimpin?

4. Cuba kita lihat apakah kesan dari pemilihan pemimpin menggunakan sistem demokrasi, menggunakan pungutan suara dan pengundian. Di Filipina, seorang selebriti bernama Joseph Estrada dilantik menjadi Presiden Filipina walhal ramai orang tahu bahawa dia mempunyai ramai anak luar nikah. Di California, sewaktu pemilihan gabenor, Arnold Schwarzenegger yang terpilih sewaktu itu di tentang oleh perempuan yang bekerja sebagai porn-star. Siapakah yang tergamak mencalonkan porn-star sebagai calon pemimpin? Tak hairan satu hari nanti jika di Malaysia nanti kita di pimpin oleh pemimpin yang mempunyai koleksi video lucah tersendiri. Di Malaysia secara amnya, jika punyai rekod buruk seperti kaki arak (Zahid Ibrahim), menerima rasuah (Isa Samad), kaki mengumpat (Mat Sabu), kaki rasis (Karpal Singh), pun boleh di calonkan menjadi pemimpin. Semua itu di HALAL kan dengan sistem bernama DEMOKRASI. Jenis demokrasi, mungkin demokrasi mutlak, demokrasi liberal mahupun demokrasi sekular.

5. Jelas di sini sebenarnya, demokrasi yang di gunapakai waktu ini tidak mampu membendung perkara-perkara yang membawa keburukkan. Hak kita sebagai seorang rakyat biasa tertutup dan terikat dengan permainan demokrasi dan sebenarnya kita hanya di sumbatkan dengan omongan kosong yang menyatakan kononnya demokrasi membawa keadilan pada manusia melalui pungutan suara/undi. Suara rakyat. Heh!

6. Sebenarnya, demokrasi tak bersalah. Yang bersalah ialah penyalahgunaan demokrasi (atas sebab kesalahan sikap) seperti yang kita bincangkan tadi. Dalam sistem khilafah sendiri ada demokrasi tersendiri. Cuma, sistem khilafah lebih lengkap dan menapis semua perkara-perkara keburukkan dan menampilkan kebaikkan. Sistem khilafah tetap memilih pemimpin secara lantikan musyawarah dan hanya pungutan suara berdasarkan keperluan (Ini pun elemen demokrasi). Cuma, sistem khilafah secara awal-awal lagi menerapkan 'jika seorang calon pemimpin itu mempunyai rekod buruk yang menjejaskan kempimpinan, ia tidak layak berdiri sebagai khalifah'. Sistem khilafah berjalan dengan wujudnya satu ruang suara dari wakil rakyat yang mencalonkan seseorang sebagai pemimpin dan tiada langsung istilah mencalonkan diri sendiri seperti yang terdapat dalam demokrasi.

7. Sistem khilafah mementingkan pemilihan pemimpin dengan kuasa ilmu. Sesiapa yang berilmu tinggi, dia yang layak menjadi pemimpin. Jadi, ini dapat membendung mereka yang failed SPM atau kelulusan sekadar PMR untuk menjadi pemimpin masyarakat mahupun ketua cawangan UMNO dan ketua ranting PAS. Ini benar-benar terjadi di Malaysia yang menyaksikan pemimpin yang mempunyai kelulusan ilmu setahap darjah tiga sudah boleh menjadi calon ketua cawangan. Apakah?

8. Ilmu memainkan peranan penting dalam memilih pemimpin. Lihat saja tokoh ilmuan Islam terdahulu, mereka menjadi pemimpin dan rujukan masyarakat kerana ilmu di dada, bukan kerana rupa paras, populariti dan harta kekayaan seperti yang di amalkan dalam demokrasi kini. Ilmu yang di kuasai mestilah seimbang dan tidak tertakluk kepada satu displin saja. Kita mahukan pemimpin yang serba-boleh dalam ilmu. Kita perlu elakkan memilih pemimpin yang hanya tahu satu displin ilmu sahaja. Seorang pemimpin yang mempunyai pengetahuan ilmu dalam satu displin walaupun displin keagamaan sekalipun sebenarnya tidak cukup syarat menjadi pemimpin. Hal ini kerana, dengan satu ilmu sahaja tidak mencakupi keseluruhan hal-ehwal permasalahan masyarakat. Ilmu sains, sastera dan keagamaan mesti di kuasai secara optimum oleh seseorang pemimpin. Jika tidak, bermasalah lah nanti dalam membuat keputusan.

9. Contohnya yang berlaku dalam kes Pengajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik tempoh lalu, satu puak sains yang tidak punyai pegetahuan dalam sastera menyokong program ini. Manakala satu puak sastera yang tidak punyai pengetahuan dalam sains menentang program ini. Di akhirnya, satu keputusan yang tidak adil di capai dan menyebabkan berlakunya rusuhan. Ini semua menunjukkan demokrasi dan ketidakseimbangan ilmu oleh pemimpin telah menyebabkan kegagalan dalam menentukan halatuju sesebuah negara. 

10. Hal yang demikian, secara jujurnya. Mahukah kita menerima demokrasi teruk sebegini sebagai sistem yang mencorakkan hidup kita? Mahukah lagi kita terus terlopong melihat pemimpin yang tamak kuasa dan tidak baik terus berkhidmat sebagai pemimpin di negara kita? Katakan tidak pada demokrasi syaitan. Katakan ya kepada sistem khilafah. Bersama kita mewujudkan revolusi bagi mencerahkan peluang kita meniti titian ke syurga.

Asalamualaikom!

p/s :  Maulidur rasul. 
Dulu sibuk ada orang kata maulidur rasul haram di sambut sebab bidaah. 
Macam-macam hal!

16 ulasan:

khyrule_anuar berkata...

1st.. huhu

free compass berkata...

ulama zaman sekarang terikut-ikut dengan trend. kalau demokrasi ikut jugak la demokrasi. esok kalau komunis pun ikut skali komunis. mereka ni mcm ada sifat apologetic, ragu-ragu dengan agama sendiri dan suka bermuka-muka dengan orang kafir.
mcm nik ajis ckp ari tu: "dale misjid pun buleh maen bola".

eszol raar berkata...

nobody perfect

bak sani khalifah satu

afrohead berkata...

sedih bila ingat balik kes PPSMI dulu. sudahnya generasi hadapan yang menjadi mangsa.

AZMAN.NAIM berkata...

demokrasi zaman sekarang ni payah..terlalu tipis temboknya dengan anarki..masalah dgn demokrasi adalah semua orang punyai hak sama rata utk bersuara, walaupun taraf ilmu, kefahaman dan kepimpinannya berbeza. jika majoritinya mangkuk ayun, maka magkuk jualah hasilnya. kerana demos+cratia mementingkan populariti...

nice entry bro

HEROICzero berkata...

'demokrasi' itu dipilih dari suara yang ramai (majoriti). namun hakikat sebenar, yang bodoh dan jahat itu ramai.

Maka dapat lah kita pemimpin yang dipilih oleh majoriti yang bodoh dan jahat.

Artoone berkata...

penulisan dah macam Dr M pakai nombor2. apa kata kau je ganti Tun Dr M jadi Khalifah Malaysia?? barulah aku rajin nak sepak bontot sendiri pergi register mengundi.

khairul hisyam berkata...

sokong tapi bro kita juga perlu tahu menguasai semua bidang itu adalah perkara yang amat sukar. sebab itulah adalah menteri2 penyokong. maknanya pemimpin utama perlu betul2 berotak untuk memilih orang terbaik mengisi jawatan kuasa kabinet menteri.

ilmu itu luas bro, kalau kita menjadikan sijil itu pengukur ilmu, kita berada di dalam satu tahap yang dipanggil diskriminasi, tidak semestinya orang failed spm itu akan failed menjadi pepimpin terhebat kan? dan tidak semestinya orang yang boleh berbahasa lebih dari 5 bahasa mempunyai sijil di universiti hebat-hebat menjadi pemimpin terbaik kan?

ibnuyassir berkata...

Ar Rayah World News

Mungkinkah Mesir Pembentukan Pertama, Kekhalifahan Kedua

http://ibnuyassir.blogspot.com/

AlexiaAqram berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AlexiaAqram berkata...

heroic zero. itu yang sebenarnya yang aku nk cakapkan. thanks sebab meringkaskannya.

artoone. aku tak layak.

khairul hisyam. tak perlulah sampai nak kuasai semua bidang. at least, ada 3 ilmu utama yang kita kena kuasai. choose lah sama ada kimia, design ataupun syariah. and about 'tidak semestinya orang failed spm itu akan failed menjadi pepimpin terhebat kan?', aku bukan nak cakap sijil tu kayu pengukur. tapi, hakikatnya spm tu memang penguji ilmu kita di tahap mana. kalau dah failed, are u really sure to put your fate on the man who doesn't have much knowledge? are you really sure?

MATAHARI berkata...

membaca komen-komen.


lagi2. aku nak lagi. (memandangkan aku miskin ilmu politik jadi aku pilih untuk diam, baca dan hadam)

nakal betul orang yang klik lucah.

c's berkata...

tiba-tiba rasa ada unsur-unsur pengaruh HT~ heh no offense

dan kat entry ni ada sedikit sebanyak menjawab kenapa (orang) HT menolak cara PAS (mengenai pilihanraya)

mungkin perlu diperketatkan lagi syarat menjadi calon, jadi yang tak layak tu awal-awal lagi dah disqualified.

looking forward the next entry

ザ-sylver- S berkata...

mngingatkan aku ttng kish pertukaran cwngn oleh kakak aku ke satu negeri ni.

baru kawen,ikut suami tinggal kat negeri tu, adi, dia mohon tukar cwngan ke negeri tu, kebetulan ade kosong jawatan yng same level kat situ..

lepas 2 tahun bru dpt tukau, masuk ofis .Itupun pasal campurtng bapak aku, kene mintak sign adun itu ini nak konfemkan yang kakak aku tu orng umno.
Bile dh lame dok ofis tu, baru kakak aku tau , by the time die apply, sebenarnya application dia dah lame approved dah pun,2 thun pending..


Barangkali , masa interview jpa nanti , kene ada surat sokongan yb, yb mana yang paling kamceng ngan ketua jabatan, makin itulah yang di ambil..

tidak!!

adan berkata...

nice entri.. info yang baik..

KHRLHSYM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.