Februari 04, 2011

Kali Ni Gua Failed Letak Tajuk

Gatal tangan? Hancurr!
Memang kalau ikutkan darah muda gua, mau gua maki diri sendiri. Sebenarnya gua dah maki pun. Ni lah akibat gatal tangan. Rupa blog lensarosak dah macam baru lepas kena salut dengan lumpur keli Afrika.

Konon dalam imaginasi ;

"Oh, gua ingin kan template yang nampak minimalis, nampak cool dan simple"

Pergi godek-godek sampai 3 jam. Satu hape pun tak jadi. Yang jadi, macam ni lah. Semua aplikasi hilang. Tinggal yang ni sahaja untuk jamahan para hantu blogwalker.

Tu lah, kalau tak pakar dalam html, css dan coding. Jangan gatal tangan nak tunjuk terer Aqram.

"Elehh, macam ni okay ape? Minimalis jugak dowhh, kau tak payah lah letak aplikasi-aplikasi mengarut semua tu. Be low-profile skit, sampai bila nak hari-hari orang jengah sebab isu tudung melenting tu? Tak true la broo"

Ayat pujukan dari monolog yang sering datang untuk memberikan keseimbangan.

Pikir-pikir balik, takkan nak mencapap dengan popular post tu? Apahal nak letak popular post? Sebab nak bagitau semua orang kau ada post yang konon hebat?

Pikir-pikir balik, takkan nak show-off dengan letak facebook fanpage? Sebab nak hebah semua orang yang kau celik IT sebab ada facebook?

Pikir-pikir balik, apahal nak ada statistik? Nak kecoh kat satu dunia blogger yang kau ada ramai hits dan layak di gelar Sultan Blogger? Oh ye ke? Bukan traffic hunter?

Baru nak pikir?

Yelah. Gua iye-kan aje. Biarkan saja rupa lensarosak ini sebegini. Kalau ada orang prihatin nak derma templete yang kool dan minimalis kat gua, baru gua tukar.

Ayat pancing!

27 ulasan:

MATAHARI berkata...

menikam ayat kau ni. banyak je yang minimal kat google. aku baru je guna 1. kalau tak kau buat kosong habis] 1 kaler.

AlexiaAqram berkata...

haha. aku dah guna google. tapi satu pun tak berkenan. kalau ada pon, aku dah try. tak masuk dan banyak error.

Fiq Vertigo berkata...

kita chill2 sudah...

aku pon tahu letak je. pakai bubuh.

org len tujuan lain..kita fokus dgn tujuan kita.. meshi? :)

penulis.sahaja. berkata...

macam ni pon cool apa!
haha.

Sca Ndx berkata...

ayat nak sedap kan hati ye bro. hehe
ala ini ok pe. nanti buat lah balik.

Tin Tuna berkata...

haha,kira okay jugak lar template nie bro :)

Hellioz berkata...

terkejut langsuir gwa masuk blog ni
kah3~

Al berkata...

kahkahkah
ak tumpg simpati

p/s;mntk je amoi tolong ke, dia kn penah wat ntok Helly

NHAF berkata...

Keep it low bro :)

pyahnakmat berkata...

kelabu hitam bebenor.huhu

SiSagaPutih berkata...

guna template designer kat blogger tu sudah, aku pun guna yg tu je, kengkadang foreign template ni bawak masalah n buat page lambat load, ada jugak yg contain hidden codes, kena check jugak.

Anis izyan Abd Rahman berkata...

aaaaaa. gambo tuh!! isk

eszol raar berkata...

tak best

PointBlankShot berkata...

eh? gua tak salah masuk blog ke ni?

*check url : http//lensarosak.blogspot.com"

ahahahhaha okeh, gua di tempat yang betul LOL

Sab Buenoo berkata...

patutla laju je page loading.


sebelum ni lambat gak ah. :P

AlexiaAqram berkata...

gua ucap terima kasih atas keprihatinan sedara-sedari sekalian. cuma gua nak tanya,

sapa yang memandai gatal tangan klik reactions LUCAH tu? hamjad tol.

baik ngaku cepat!

LORD ZARA 札拉 berkata...

Hahahaha.

Aku letak benda2 yang kau sebut sekadar suka2. Malas nak letak archive~

LOL!

Garam seram doh!

cik tipikal berkata...

geli aku tengok gambar tuh.. tapi blog ko mmg terbaik !
biar lah apa org cakap. jnji kita tau tujuan sebenar kita

Artoone berkata...

lu penah dengar kopipes? aku terer bab ni (tlg jgn ingt aku pemalas). just sharing;

before tukar apa-apa, hang copy dulu html code ori - bukak notebook - paste - save.

baru hang godeh theme blog. bila suma theme hancus, hang bukak balik notebook - kopipes original kod html hang yg hang save tadi.

macam cikgu math darjah 6 aku selalu cakap:

"Awak semua ni pandai, cuma awak C.U.A.I! Apa dia? CUUUAAIII...Sila berhati-hati"

TheBentPencil berkata...

Suram je.
ni musim berkabung sebab mogok kat mesir ke?
kehkehkeh

agree ngan zara. dah tak letak archive pon. yang lain suka-suka aje. hikhik

AlexiaAqram berkata...

ok. dah cerah semula.

kepada yg menegur gua cuai. ya, terima kasih.

MATAHARI berkata...

walaupun cerah kenapa aku rasa seram...

AlexiaAqram berkata...

sampai di sini saja aku boleh kurangkan keseraman kau.

Encik Tikus berkata...

maybe lepas nie takde anak dara melayu terakhir yang masih dara lagi akan masuk blog kau. Pehhh

shafiyah zaubir berkata...

mak aiiii .
xde pic laen ke weh ko nk letak ?
uishh .
btw , ce ko letak shoutmix . kan sng blogger laen nak chat .
aku nak blog ko yang mcm dulu tuh .
yg ni rase mcm kosong sgt la wehh

Awang Joe berkata...

uiks! aku salah msuk ke? cerahnya...ok laa...yg dulu tu best...gelap dan tenang...

p/s- now i'll miss courtney...hehe..

theblabber. berkata...

woo..what had happened?
haha