Februari 25, 2011

Kenali Blog Saya

Asalamualaikum

Hai semua, saya rasa bersemangat hari ini untuk menceritakan tentang blog saya. Sekian lama saya tak pernah pun nak cerita pasal blog saya ini. Mesti ada antara kamu semua tertanya-tanya apa motif blog ini, apa tema templete blog ini kan? Saya tahu blog saya cantik. Jadi, mari kita semua kenali blog saya.

Header

Saya memilih gambar Joker dalam filem Batman sebagai header saya. Ok, saya cuma ambil matanya. Saya tahu ramai juga yang kata ia menyeramkan. Haha, apa lah awak ni, asyik nak takut saja. Baiklah, saya sebenarnya meletakkan gambar Joker kerana saya menggemari quotes dia yang berbunyi "Why so serious?" atau "Kenapa begitu serius?". Ini kerana, quotes itu menunjukkan motif yang hendak saya sampaikan agar jangan terlalu menjadi serius sangat bila membaca blog saya ini sampai asyik nak marah-marah dan herdik saya yang berhati lembut ini. Tak kool tau kalau serius sangat. Ok? Wink wink!

Nama blog

Lensarosak nama di beri. Tiada apa yang istimewa sangat dengan nama ini. Saya sebenarnya sedih juga bila ada orang kata blog saya ini blog lensa busuk. Saya letak nama lensa rosak, bukan lensa busuk. Woo woo, tak baiklah kutuk-kutuk orang. Ok, saya bagi tau lah yang saya pilih nama lensa rosak sebab saya cuba dedikasikan apa yang saya nampak dari segi gambaran (lensa) yang berlainan. Gambaran yang berlainan ini selalunya ramai orang tidak akan terima sebab di katakan tidak betul (rosak). Dari situlah idea datangnya nama lensarosak. Harap kamu semua suka dengan blog saya ok? Oh, caption 'non-stop!' saya sengaja letakkan sebagai tanda terima kasih tanpa henti saya pada kamu semua. Comel tak? Hihihi.

Nama saya

Ya, nick name yang saya pakai ialah AlexiaAqram. Saya rasa semua orang tahu itu adalah nama gabungan saya dan teman wanita saya. Gabung-gabung nama ni sweet kan? Kamu semua kena cuba tau.

Azimat

Baiklah, ini adalah ruangan kata-kata mutiara saya mengenai blog ini. 'Ngok-ngek-ngok-ngek' itu bermaksud membebel dalam dialek bahasa Melayu di Muar. Ia juga merujuk pada bunyi katil bergoyang. Hihihi. Dan ayat seterusnya itu pula menerangkan rupa blog saya yang simple dan sweet.

Angkatan

Em, saya meletakkan label angkatan kerana ini adalah senarai para bloggers yang saya selalu berhubung dalam dunia blog. Kalau ada orang kata saya selalu berhubung dengan abang Farid, tapi kenapa dia tiada dalam senarai. Itu sebab saya dah letakkan blog Sokerleaks dalam senarai. Kalau saya nak baca blog abang Farid, saya akan ke Sokerleaks dulu dan menekan link blog abang Farid yang sungguh macho dan garang. Saya sukaaa abang Farid punya blog. Muah!

Antena

Ruangan ini pula mengenai senarai blog yang saya adore dan minat membaca isi blognya. Ala, macam saya fans lah. Antena itu selalu di rujuk sebagai radar dan channel kan? Jadi, senarai yang ada itu adalah seperti siaran televisyen yang saya minat untuk tonton. Cuma di blog yang bersifat dapur tanpa sempadan ini, saya minat untuk bacalah. Jika blog kamu semua tak senarai, bukan sebab saya tak minat. Cuma memang saya malas nak letak banyak-banyak. Okeh okeh, saya akui saya memang malas membaca blog kamu.

Arkib

Rasanya tak perlu nak terang panjang-panjang kot. Ia cuma rekod penulisan saya. 

Analogi

Okeh, ini adalah label-label penulisan saya atau tajuk topik general yang saya tuliskan. Kalau nak senang baca, tekan kat sinilah. Pasal cinta, boleh tekan laju-laju kat Education For Women dan Love Lesson For Men. Pasal pandangan peribadi saya boleh tekan Psycho. Pasal lawak-lawak boleh tekan Tanpa Motif. Pasal cerita-cerita serius boleh tekan Kisah. Muzik boleh tekan Irama. Sukan mestilah tekan sukan. Takkan tak tahu? Lampi lah kamu ni. Hik hik hik.

Templete

Saya memilih warna putih sebab mestilah saya nak jadi yang berhati suci murni. Kelabu sebab saya dah jemu dengan warna hitam. Font tulisan saya tak ingat saya pakai apa. Tapi, tulisan macam ni selalu dalam surat khabar. Baru lah nampak ilmiah kan kan kan?

Penganut

Oh, ini adalah senarai nama-nama kamu yang follow lah. Suke tak?, suke tak?, nama ada dalam senarai. Terima kasih ye sebab follow. I follow U, nanti U jangan lupa follow me back tau. Mari-mari nak sayang sikit, muah muah muah!

Lain-lain

Ok, kalau nak komen. Ada tulis 'panggilan'. Klik laju-laju tau. Nak share entri, nampak tak ada banyak button macam button facebook dan twitter tu kan? Tekan je. Nanti automatik keluar boleh share. And yang bahagian benar, tak setuju, lucah dan kontroversi itu adalah feedback vote kamu semua pada setiap entri. Nakal lah kamu asyik vote lucah tau. Cubit kang.

Ok guys and gurls. Itu sajalah yang saya boleh cerita pasal blog saya. Harap kamu semua suka blog saya. Komenlah nanti eh. Pleaseeeee. Emm, lepas ni bolehlah kita buat Contest Kenali Blog Saya. Barulah dapat mengeratkan silaturrahim dengan mengenali blog-blog yang lain. Manatau nanti boleh dapat masuk dalam majalah Kreko sebagai 50 Blog Pilihan Kategori Sanggul. Boleh kan? Lepas itu saya ingat nak Tag Kenali Blog Saya ini kat kamu semua terutama abang Farid Mofasad dan abang Nami Teh Tarik Gelas Besar. Hihihi. Boleh kan?

Akhir kata, saya harap kamu semua dapat baca blog saya lagi dan lagi. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog buruk saya ini. Terharu saya. Saya rasa gembira dengan blog saya dan saya rasa bila saya tulis macam ini saya rasa comel. Ok, Asalamualaikom tak jawab dosa, jawab tanda sayang. Bye gurls.



p/s ;





YUCKS!!

27 ulasan:

MATAHARI berkata...

*muntah*





sambung baca.







*muntah*










menggagahkan baca sampai habis.
















*muntah*.







*menelefon Pusat Putar Alam kerana mengesyaki ada makhluk yang merasuki pemilik blog*









keh3.

Sca Ndx berkata...

50 Blog Pilihan Kategori Sanggul? nice.

tringin pulak gua nak bela rambut pjg
pakai shawl ketat2.

masuk majalah trend terkini.

waa.
i'm so famous
fake beauty are making me freaking famous seeker.

milimilo berkata...

nasib baik ada yucks dkt last sekali tu. kalau tak, mmg sah masuk air. dahlah asyik sebut abg farid. hahaha ;p

milimilo berkata...

lagi best kalau ada tmbh button like sekali dkt lain2 sbb aku ni suka like je.sng sikit nk bookmark.

afrohead berkata...

ermm aku cuma nak betulkan sikit je bro. itu bukan The Joker dari filem The Dark Knight. tapi itu The Joker dari filem Batman (1989) lakonan jack nicholson

p/s: Heath Ledger from The Dark Knight was the best Joker ever

MATAHARI berkata...

sca. u r good in this. apa lagi, taggedkan di sarkasis.

TheBentPencil berkata...

Apa ini semua...?

hua....where is the AlexiaAqram I know and what did you do to him? T_T

MOFASAD berkata...

Saya sukaaa abang Farid punya blog. Muah!



ermmm



apa number talefon?
Abang Farid nak ajak dinner malam ni

zey berkata...

saya + kamu?
ok, terasa loya.... =0,


ngok ngek la kamu!! haha!

natasya eddie berkata...

hahaha.comel ! heee

eiffel berkata...

wkmslm...ini siapa yg taip ni????

ingt comel sgt ker??

muntah!







muntah!!!!



lol~

AlexiaAqram berkata...

@matahari

hamboi hamboi.. keh keh keh!

@scandx

lu buat, gua follow. ;P

@mimilo

awak nak jadi kekasih farid tak?

@afrohead

ye ke? ok nanti aku betulkan. tapi semua joker pakai quotes yg sama kan?

@thebentpencil

ni pesen baca tak habes ke? ke tak faham?

@mofasad

eeeee. beshnye. nah! 019-7251364

@zey

hey hey. peace! hihi.

@natasya

comel ker? erk??

@eiffle

cepat tangkap apa yang aku nak maksudkan. pandai!

free compass berkata...

agak gay. keh3

nama.aku.lynn berkata...

stuju dgn mili..button like pelisss~

sELipAr_biRu berkata...

sejak ble la ko duk sebaris dgn manusia gedik

ain revival berkata...

xsangka aku leyh baca en3 nie sampai habis..
hehe..:)

mcjust.lol berkata...

terasa comel je bila baca ayat2 comel nih..kih3

Ismet Ulam Raja berkata...

faker! Itu saja ulasan saya.

AlexiaAqram berkata...

hati-hatilah sewaktu menulis. jangan laju sangat.

nadia berkata...

walaweh..ayat last, ayat maria elena..
keh3..

nadia berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

gabungan nama adalah salah satu zina kecil.....elakkan kalau boleh, aku tegur sbb aku tahu dan cuba elakkan dan aku suka penulisan kau...

Tanpa Nama berkata...

penganut? ajaran kefahaman mana ni?

Miss Shizu berkata...

gedix...hahhahah

tp aku still jugak baca..

norinaomar berkata...

saya silent reader..tapi tak miss baca ur enries..
baca entry yang ni rasa macam org lain pulak..org yang pakai shawl dan amek gambo moncong hehehehe

- Mimi - berkata...

Kamu penulis blog yang mempunyai pandangan lain dari yang lain..marvellous!

Tanpa Nama berkata...

awal yang baik