Februari 09, 2011

Macam Mana Nak Menyerlah Di Tengah Padang 3

Baiklah, mari kita membincangkan mengenai bola sepak. Ya, topik yang membosankan untuk makwe-makwe. Yang boleh buat mereka berkata 'haihh, tak habes-habes dengan bola'. Suka atau tak suka, kaum lelaki yang hebat mesti akan membincangkan mengenai bola sepak. Kan kan kan?

Bola sepak atau football atau soccer dalam pandangan aku merupakan sukan yang paling mudah, dihormati dan bermotivasi tinggi. Sukan ini melengkapi keperluan bagi seseorang lelaki. Keperluan maksimum. Yang merangkumi tiga perkara asas dalam pembentukkan lelaki sejati iaitu ;

1. Stamina
2. Fokus
3. Skill

Baiklah, pernah tak kita mendengar atau membaca hadith yang Rasuluallah pernah bersabda mengatakan bahawa nabi menggalakkan 3 sukan atau 3 aktiviti luar yang diperlukan bagi seorang muslimim iaitu berkuda, berenang dan memanah. Pernah dengar kan?

i. Berkuda merupakan aktiviti yang melatih seseorang itu mengimbangi diri. Mengawal kuda bukan mudah, menjinakkan kuda bukan mudah. Silap pegang, kau kena terajang, silap naik kuda, kau kena buang. Berkuda merupakan aktiviti yang mengajar skill kau. Menajamkan skill merupakan satu elemen memantapkan pemikiran dan tubuh badan.

ii. Berenang pula merupakan aktiviti yang melatih tubuh badan agar lebih sihat dan sempurna. Dari main gym sambil bermain laptop, baik kau berenang. Fakta yang aku dapat dari pelajaran sains sukan, berenang selama 30minit sama penat seperti kau ber-jogging sejauh 10kilometer. Penat kan? Cuma berjogging mengeluarkan peluh, berenang tidak. Namun, objektifnya sama, menambah stamina badan kita.

iii. Manakala memanah pula merupakan sukan yang amat ringan, tak keluar tenaga mana tetapi memerlukan fokus yang amat tinggi. Tanpa fokus, mudah untuk kita silap memanah. Nak panah Anwar Ibrahim, terpanah Nik Aziz. Kan naya tu? Aktiviti memanah memang melatih kita lebih fokus, dan akal kita sentiasa bergerak menjalankan minda-minda.

iv. Baiklah, cuba kita perhatikan semua ini. Semua kelebihan dalam 3 sukan/aktiviti ini terdapat dalam sukan bola sepak. Kan?

v. Dalam bola sepak, ia melatih meningkatkan stamina kita. Kalau takde stamina main bola sepak, macam mana kau nak bertahan 90 minit di atas padang? Takkan main 10 minit macam karnival bola sepak UMNO kot? Pesen tak mencabar langsung. Kejar bola 20meter dan keluar lidah unta. Mengah-mengah. Aik? 10 minit pun penat?

vi. Dalam bola sepak, ia melatih diri kita untuk kekal fokus. Cuba jika hilang fokus dalam bermain bola sepak, di tugaskan menjadi center-back. Sampai ke flanker kau duduk kejar bola. Ranap defensif. Kalau tak percaya, boleh tanya Arsene Wenger yang selalu beri alasan sama jika Arsenal kalah, 'Kami kehilangan fokus, kami perlu lebih fokus untuk menang'. Well said, memang bola sepak adalah sukan yang memerlukan fokus yang tinggi.

vii. Sama juga dalam mencungkil skill diri, bola sepak pun mengandungi elemen yang mempotensikan diri dalam skill. Cuma, ia lebih kepada skill untuk menjinakkan sebiji bola. Bermain bola bukan macam main ragbi yang main rempuh. Tak-tak. Kita kena tricky, kena pandai melarikan bola dari musuh agar tak dirampas. Bukan mudah hendak menjinakkan bola, kena ada latihan, kena ada passion. Ambil masa. Sama matlamatnya macam menjinakkan kuda.

viii. Jadi, kesimpulan yang boleh di ambil dari hujah-hujah di atas ialah ;

Bola sepak adalah sukan yang halal dan harus. Tak payahlah nak karut-marut sangat sampai cakap bola sepak ini adalah sukan yahudi-nasrani-syaitansunnah sebab bola sepak sejarahnya di ambil dari peristiwa pemancungan kepala cucu nabi Saidina Hussein di mana kepala cucu nabi itu di jadikan objek menyepak macam bola sepak. Maka, bola sepak adalah sukan yang di haramkan dalam Islam... 



KAH KAH KAH KAH  #Bullshit!

15 ulasan:

MATAHARI berkata...

di ambil dari peristiwa pemancungan kepala cucu nabi Saidina Hussein di mana kepala cucu nabi itu di jadikan objek menyepak macam bola sepak. Maka, bola sepak adalah sukan yang di haramkan dalam Islam...
first time aku dengar pasal ni.

Tanpa Nama berkata...

mula2 ko ckp bola sepak ni halal
pastu last sekali haram pulak?

mana satu ni wey?

afrohead berkata...

sukan itu baik untuk kesihatan. aku pun tak pernah dengar pasal asal-usul peristiwa pemancungan saidina hussein ni.

Tanpa Nama berkata...

tak pehe la...halal ke haram?

SiSagaPutih berkata...

Wahai Tanpa Nama, cuba baca perenggan terakhir tu betul2, aku yg SPM BM KO pon boleh paham..

Aku penah dgr pasal tu dari mak aku, dia pon tak tau sahih ke tak, so dia kata, laaayaaaannn

AlexiaAqram berkata...

aku sangkakan, ramai yang akan tahu mengenai hal saidina hussein ini. sebab ia selalu di sebut oleh ostat-ostajah kita sewaktu sekolah rendah mahupun sekolah agama.

eszol raar berkata...

gua nak tambah

bila berenang kita aka menggunakan semua otot2 kita

tiga2 tu semua gua fail

Sca Ndx berkata...

yeah, berenang memang lebih baik dari bermain laptop di gym. ahahah

berenang memang letih weh
aku reti berenang. tapi kejap je
baru 2 3minit dah pancit.

maka malik mydin lebih hebat dari malik noor.

Farah berkata...

@Matahari, saya pun first time dengar. O_O

syxhyd berkata...

sebenarnya depa nak claim football ni dari arab. so, diorang boleh tolak ketuanan inggeris kapir. keh keh keh.

berenang.

tak berpeluh ke tak rasa berpeluh?

naeims_ab berkata...

gambar sgt melampau..

Awang Joe berkata...

kaum lelaki yang hebat mesti akan membincangkan mengenai bola sepak.
setuju benar ngan ayat nie...

berenang? susah nk cr tmpt berair free skrg...klu ada jauh...
berkuda? mahal dowh kuda sekor...
memanah? no komen...

AlexiaAqram berkata...

@eszol

sila berlatih berenang. penting.

@sca ndx

true! hehehe!

@syxhyd

emm. tak berpeluh. sebab kandungan garam dalam laut meresap atau dilute dengan garam dari badan.

eh, mana2 lah. haha.

@naeims

aku anti-man u. nak buat mcm mana. hehe.

@awang joe

pantai awam banyak derr

HEROICzero berkata...

pegi gym main notebook comel. wakakakaka sial sial sial!

sinikal bola sepak haram lu mmg terbaik.

Bijen M. berkata...

Yang paling penting bola, US tak konker.
US main football lain.