Februari 16, 2011

Menjengkelkan 6 : Hal Shisha

Dulu masa aku form 5. Aku mula start menghisap shisha. Pengaruh kawan-kawan, biasalah. Lepas tengok mat-mat Kampung Pasir merempit sekilo dua depan Plaza Angsana, lepak-lepak kat Danga Bay pekena shisha sepam dua.

Feeling hisap shisha? Teruja dengan kepulan asap yang kalah asap motor 125Z yang di letakkan minyak hitam dalam tangki petrol. Shisha ni takdelah berat sangat di bandingkan dengan sebatang Dunhill merah. Ada la sedikit rasa pening-pening tapi boleh control. Cuma pernah juga aku muntah rabak sebab mual. Bukan sebab mabuk. Tapi, sebab salah perasa. Seriously, perasa buah campuran memang aku tak boleh masuk. Rasa yang sungguh WTF seolah macam menelan pil anti-biotic yang tak hadam.

Jarang sebenarnya aku nak hisap shisha sekrang ni sebab memang shisha bagi aku bukan satu benda yang addicted. Ia sekadar bahan bila ada duit dan ada kawan-kawan duduk satu table lepas makan nak kasi panjang lagi perbualan dan memeriahkan lagi suasana. Itu saja budaya typical orang Melayu mengenai shisha, sebagai berseronok ringan-ringan bersama kawan-kawan. Ada ke sebab nak mabuk, sebab nak cari penyakit ataupun sebab nak masuk neraka? Heh.

Bayangkan, sejak 2003. Harga shisha masih setara dalam RM8-12. Berpatutan juga lah kalau satu table ada 5 orang, setiap sorang akan keluar dalam dua ringgit je. Ada juga yang tak keluar duit tapi hisap nak, tepuk aje dahi kalau kau ada kawan macam tu.

Shisha boleh buat seseorang ketawa? Tak semestinya. Benda ni bukan weed bai. Cuma apa yang best mengenai shisha, ia seolah boleh di buat satu competition, 'Siapa yang boleh tarik lama?'. Masing-masing plak dah keluar jam digital sorang-sorang nak kira berapa lama boleh tarik. Siapa yang menang, dapat pujian. 'Terbaek lah lu Loque', 'Lu memang super shisha la Am', 'Gua salute lu lah Bule'. Happening kan?

Bila dah hisap shisha, rasa tak best, ambil juga sebatang rokok walaupun rokok SAAT sekalipun dan berkata dengan nada angkuh, "Shisha ni tak berasa lah, rokok jugak sedap". Dua dalam satu, shisha hisap, rokok pun hisap. Anyway, memang kalau tak sedap setting campuran air, perasa dan kandungan arang, perut boleh sebu. Aku sendiri asyik nak terkentut kalau lepas hisap shisha. Boyss.

Shisha ni berasal dari India. Nama asal ialah Hookah. Jangan memandai kata dari Arab. Ia cuma popular di Middle East. Masa aku kat Mekah dulu pun, aku layan jugak shisha lepas tawaf sunat lepas Isyak. Melayan pak-pak Arab, sembang bola, minum teh pudina dan shisha. Bergembira sementara nak masuk tidur. Hiburan ringan yang ringkas. Shisha belah Middle East berat bai. Rasa dia pun tak berapa nak sedap sebab mereka pakai perasa tembakau asli. Takde kecoh pun nak haramkan sana-sini dan takde kecoh pun pasal nak kata shisha ni tak sehat sebagainya. Rokok di sana di jual secara seludup sebab rokok tak di benarkan untuk di jual. Tapi, shisha boleh di hisap secara terbuka. Takde pun polis nak serbu angkut berbotol-botol shisha dalam black maria. Sebab sejak dari dulu, ia sekadar peneman hiburan waktu sembang-sembang. Mana ada orang hisap shisha terus stim dan terus buat seks? Hado ke?

Kita jangan jadi terlalu bangang dalam  menghukum. Aku pelik dengan pemikiran orang Malaysia yang seolah cuma ada dua options dalam kepala otak dia iaitu HALAL dan HARAM. Tu saja. Padahal kalau di teliti, kita ada hukum SUNAT, MAKRUH, HARUS, SYUBHAT, FARDHU dan sebagainya. Jadi, fikir baik baik beb sebelum nak set otak kita dalam menjatuhkan hukum. Hukum-hakam jangan buat main-main. Even kalau kau muftey, ostat-ostajah, alimulamaque, sekali kau buat hukum tanpa usul periksa yang betul-betul, main ikut cakap orang, main ikut emosi sendiri, tak selidik walau sekecil zarah sekalipun. Dosa salah jatuhkan hukum tu akan sentiasa menghantui diri kau sampai ke mati. Dosa menjatuhkan hukum secara membabi buta lebih besar dari hisap shisha manatau? Heh.

So, dalam hal ini hukum menghisap shisha ini. Untuk permulaan benda ni baru nak bangkit, berdasarkan fakta kesihatan, petikan al-Quran dan Hadith, berdasarkan fakta membuang masa, duit dan tenaga. Juga mengambil fakta budaya, kelebihan dan sebagainya. Aku rasakan, aku berkata untuk diri aku dulu. Hisap shisha ni bagi aku hukumnya MAKRUH. Yep, shisha ni kalau di hisap, tak dapat pahala, tak dapat dosa pun. Cuma, Allah Taala memang tak suka dengan benda hiburan yang lagha ye dak? Dari habiskan masa menghisap shisha, sembang merapu 2-3 pagi. Baik duduk depan sejadah buat solah jemaah di permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Maka, sebagai permulaan tindakan, mungkin boleh di cukai-kan shisha ini (kalau itu kerajaan bastard nak sangat lah). At least jika harga shisha cecah RM20. Kaki shisha boleh fikir dua tiga kali nak hisap. Di situ dah ada pengurangan bilangan orang menghisap shisha. Nampak kejam. Tapi, ape de hal bro? Rumah gua ada sebotol shisha baekk punya wa beli kat Plaza Seni JB. Keh keh keh.

Oh, akhir kata kalau kau nak tahu. Nama Shisha ni ada di sebut dalam Kitab Injil (Bible) dalam bab Kings 4:3. King Solomon (Nabi Sulaiman) ada dua orang pembantu iaitu Elihorep dan Ahijah. Shisha (nama) adalah bapa kepada dua orang pembantu tu. 

Jangan lepas ni ada #serbanitas claim shisha harommm sebab nama shisha tu berunsurkan Christian sudeyhh. Menjengkelkan.

p/s : Aku rasa menonton bola sepak tengah-malam pun hukumya makruh lah. 
Hehehe. 
Apa kata dak-dak Sokerleaks sekalian?

37 ulasan:

ipan berkata...

shisha merupekan satu elemen paling masyuk!!!aku x isap rokok...tp shisha aku layan...kah kah kah..Tbaek!!!

adzuan aziz berkata...

tulis blog haram dak aqram?hahahha.

MATAHARI berkata...

haha. gua hisap shisha gua ok.



tapi harga shisha makin naik lah =.="

AlexiaAqram berkata...

@ipan

NICE!

@adzuan aziz

tulis blog kadangkala melekakan. pernah membawa kematian. seriously.

kenapa tak di haramkan kan? mau nanti bloggers JAKIM sentap bai!

@matahari

bisnes numiputera. kau pernah tengok orang cina/india meniaga shisha?

MATAHARI berkata...

@AA

tak pernah. semua bumiputera. tapi kat negeri gergasi merah ni aku belum jumpa yang perisa sparkling,(cocacola/f&n)

n member sendiri bukak bisnes shisha kat sek7 kedai mamak tu.

AlexiaAqram berkata...

@matahari

perasa cola ada. air tapis tu ganti je lah dengan coke. letak ice. samokkk!

MATAHARI berkata...

@AA

lah, macam tu, aku tau hisap ja. nanti try request dengan member.

Naqib Mohamad berkata...

habeh la semua haram.... fuckers gak jadi malaysian nih, semua nak cukai.... duit cukai masok kat kroni.... nak makan McD pun mahal!

IQBAL ZARIN berkata...

kelakar. sebab yang gelabah jatuhkan hukum ni bukannya yang jenis pakai jubah n serban 24 jam. org biasa yg buat mende ni. yang outfit t-shirt ngn jeans. pastu alquran ntah sentuh ke x. terus nak gelabah main2 hukum. gelabah nak bincang hal agama. bunguks~

eiffel berkata...

lol~

shisha ni bau jerk yg sedap, bila da sedut, xde rasa wey!aku rasa cm nk amik jerk asap2 dia yg wgi tuh nk kunyah2...geram giler!

afrohead berkata...

hisap shasha jugak best. (maksud aku sebarang perempuan seksi yang bernama shasha)

k_Own berkata...

gua tak merokok. tapi gua isap shisha. penangan shisha sampai gua leh muntah muntah..

feeling beb !

free compass berkata...

satu-satunya sebab sisha ni haram sebab takde cukai. rokok pulak ada cukai. kalau sisha ni ada cukai, insyaallah tak haram punyelah. lgipun rokok dan sisha ni 2x5 bwk mudarat jugak.

kerajaan nak 'bahagian' die jugak.

seorang mamalia berkata...

shisha nak haram. arak yang terang terang haran tu tak nak haramkan pulak kan. nak cukai je lebih. lame gila sape yg buat undang2 dunia ni.

PointBlankShot berkata...

sekarang diorang cakap shisha harooommmmm, kenapa eh?

sebab shisha tak taxable macam ciggie?

Raja Fiqri berkata...

cilakak. al arqam pun hisap shisha.

eszol raar berkata...

shisha???

mana style

haha

kretek lg style

HEROICzero berkata...

kadang2 salah sedut, aku mau nye high. HAHA!

ah org malaysia. semua berlumba jadi Tuhan. itu halal ini haram.

blog-tips-kurus berkata...

asal usul dari India rupenyeeeee.. ingatkan tok Arab yg reka.

sastraboy berkata...

@iqbal zarin

haha. berhentilah komen pasal pakaian. nak semestinya dia pakai jeans berbaju tee tak layak cakap pasal agama. tapi tang sentuh al-quran tu. aku setuju. haha.

sastraboy berkata...

typo lak, nak = tak (sebenarnya).

haha,

Tanpa Nama berkata...

sorry naa...tumpang komen...
setiap benda yang memudaratkan diri patut dihindari...sebab tuh la adenye hukum haram dan seterusnye tu.. :)
rasenye shisha pun memberi kesan negatif pada tubuh badan kite..same seperti isap rokok jugak...
mane kau nak tahu kesan kat dalam tubuh badan kau...
bukan kau boleh teropong pun kat jantung, hati bla bla bla lepas kau isap benda2 tuh sume...
sihat luaran TAK semestinye sihat dalaman...
benda2 macam shisha,rokok dan yg sewaktu dengannye tuh lebih banyak bawak kesan yg negatif daripada positif..(sebenarnye takde yg positif pun... :D ) renung2kan.. :)

*** ini hanye pendapat aku je.. ^peace^

kakiberita berkata...

tanpa nama.. 11.17 am

lu punya hujah tak strong..
sila cuba lagi..


sebelum haramkan sisha sila haramkan rokok dulu..

Betty Latif @ BL berkata...

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

just my 2 cents.

Tanpa Nama berkata...

sila kuatkuasakan.. tangkap org islam yg merokok secara terang terangan.. jangan benarkan rokok dijual kepada orang islam.. sila kuatkuasakan..

lehaazalea berkata...

From my medical view...
Taken a bit from an opinion of Dr. Richardd M.D..

Hookah smoking is not safer than cigarette smoking. Also known as narghile, shisha and goza, a hookah is a water pipe with a smoke chamber, a bowl, a pipe and a hose. Specially made tobacco is heated, and the smoke passes through water and is then drawn through a rubber hose to a mouthpiece. The tobacco is no less toxic in a hookah pipe, and the water in the hookah does not filter out the toxic ingredients in the tobacco smoke. Hookah smokers may actually inhale more tobacco smoke than cigarette smokers do because of the large volume of smoke they inhale in one smoking session, which can last as long as 60 minutes.

Impression: the more smoke u inhaled, the more dangerous it will be.
Some research found that :

- Hookah smoke contains high levels of toxic compounds, including tar, carbon monoxide, heavy metals and cancer-causing chemicals (carcinogens). In fact, hookah smokers are exposed to more carbon monoxide and smoke than are cigarette smokers.

(Impression: carbon monoxide has high affinity towards oxygen, which mean, it toxic to body then lead to DEATH!)

- As with cigarette smoking, hookah smoking is linked to lung and oral cancers, heart disease and other serious illnesses.
(Impression : contributing the diseases as the same like hookah )

- Hookah smoking delivers about the same amount of nicotine as cigarette smoking does, possibly leading to tobacco dependence.
(Even though, you are not a cigarettes/tobacco smokers before, the consequences would be the same. You end up with dependence to the hookah!)

- Hookah smoke poses dangers associated with secondhand smoke.
Hookah smoking by pregnant women can result in low birth weight babies.
( Impression : Poor thing ! Those surrounding you have a chance to get cancer because of hookah smoker).

- Hookah pipes used in hookah bars and cafes may not be cleaned properly, risking the spread of infectious diseases.
( Impression : Of course if the hookah pipes were not hygiene, some sorts of infection like eipstein bar virus,staph.pneumoniae, can take place)...

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

husnazainal berkata...

Kesian Kat bebudak meniaga shisha..Ade jugak sumber pendapatan..Tak la diorang buat benda yg bukan2..ni kalau dah haram tak ke menutup periuk nasik dia.esh.?

Tp ape2 pun kat malaysia ni... Makin di haramkan..makin ramai yg berjinak2.

Kalau dah haram kan...kuatkuasakan la tindakan tu..

contoh:
Nombor ekor<- takde pun aku tgk serbuan kat kedai ekor..Jabatan agama buat pe..?
Rokok<-- sape2 merokok tangkap jek la mcam jabatan agama tangkap org tk puasa. jabatan agama buat ape je?

Menjatuh Hukum Mmg Senang...Menjalankan tu mampu ke merekA?

aku tetap aku. berkata...

xdek gune nak cakap banyak kalo dorg da suke,da minat.
rokok tu da tau lame da haram.tanye lagi.

shisha aku xtau la haram x,tp mende yg memudaratkan mestilah haram kan?
shisha 400 kali ganda lagi memudaratkan dari rokok.

kalo tanye aku mane tau sal ni,memang ko xtengok berita@amik tau sal info semasa.
aku tau mule2 mase aku bace mastika,tp mase tu aku xpercya la.well,mastika kan
tapi lepas keluar berita dan dikaji selidik doktor ape ntah xamik port aku name die,aku percaya.shisha tu xbagus.

400 kali ganda kot??
tapi biasalah,kalo da suke,cakap macam mane pon xgune.

fadh ^_^ berkata...

nak tanye.
die punye asap tu x efek macam asap rokok ke?
aku xtau...

AlexiaAqram berkata...

my recommend is simple.

jika

HARAM - SEKAT PENJUALAN. KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG. HUKUM PESALAH.

MAKRUH - NAIKKAN HARGA UTK KURANGKAN PENGGUNAAN. TINGKATKAN KEMPEN KESEDARAN.

HALAL - BIAR SAJA. PANTAU PENGGUNAANYA

SUNAT - GALAKKAN PENGGUNAAN. SEBARKAN KEMPEN KEGUNAAN.

HARUS - BIAR SAJA.

tapi, dalam semua tindakan selepas fatwa. semuanya mengecewakan. ahli agama kita hanya cakap saja pandai. tindakan langsung takde. samalah dengan kerajaan. sama juga dengan pembangkang.

kita rakyat tersepit dengan semua ini.

AlexiaAqram berkata...

oh btw, benda yang memudaratkan tak semestinya HARAM. sebab ia bergantung pada situasi.

macam mana kita nak menjelaskan mengenai pemanduan di jalan raya yang banyak meragut banyak nyawa dan memudaratkan.

ADAKAH KITA HENDAK MENGHARAMKAN PEMANDUAN KENDERAAN SELEPAS INI? NAK HARAM KAN KERETA?

fikir baik2 skit ok.

Tanpa Nama berkata...

pemanduan dekat jalan raya yang meragut banyak nyawa tu datang dari sifat cuai dan lalai diri sendiri ataupun orang lain...jika kita lebih berhati-hati, kita pasti boleh elak kemalangan tu daripada terus berlaku...

dalam konteks shisha dan rokok nie, memang dah terang-terang bagi kesan buruk dekat diri sendiri. sedangkan dalam islam pun mengajar umatnye untuk bersyukur dengan nikmat sihat tu. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)..

ini hanye pandangan aku je... :)

Tanpa Nama berkata...

aqram marah haramkan shisha sbb dia sendiri hisap shisha
mcm tu jugak dia gaduh psl kapel tu haram kt fb sbb dia sendiri kapel.ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan. Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan keadaan tidak sedar."

soalan ni pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz.

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?

Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:


يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)


Dan firmannya lagi:


ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث

Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)


Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)


So? Dah terang lagi bersuluh kan?
nak lighter lagi kasi lagi terang?

Tanpa Nama berkata...

kau ni bile kene kat batang idung sendiri pandai pulak nak berhujah back up diri sendiri sampai semua orang kau salahkan.
kalau tak tu sedap je kan kutuk orang.
siyes ko ni klaka gile hahahaha

Betty Latif @ BL berkata...

Nombor ekor memang ade tangkapan dibuat.Bacalah paper.ade terselit kadang-kadang.kalau nak tengok tangkapan dibuat,pergilah pasang khemah kat depan kedai nombor ekor tu atau kol jabatan agama tny bl serbuan seterusnya akan dibuat.

nak tangkap perokok??lawak.harga rokok naik pon dah menyumpah bagai.kalau kene tangkap aku rasa akan ada demo guling2 ala hindustan lepas ni.dlm hal ni,para ulama/bijak pandai dah bagi guideline,nak ikt ke x,terpulang.sm jugak dgn hukum Allah dlm menipu cthnye.dah ckp menipu tu dosa,tapi kita buat jugak.aku rase kalau tangkap semua perokok kt m'sia ni,mau jd milo fuze la jail2 kt m'sia ni.
naikkan harga rokok adalah salah satu alternatif.kempen jugak begitu.kempen pulak bukan nye murah.

just my 3 cents.

AlexiaAqram berkata...

nak termuntah aku baca komen2 tanpa nama. macam budak2. heh!