Februari 20, 2011

Menjengkelkan 7 : Gadis Shawls Bertudung, Sanggul Naga

1. Sanggul naga bagi aku merujuk kepada bentuk kepala predator yang selalu di fesyenkan oleh sebilangan gadis shawls melaram bertudung yang ingin ke kuliah pada hari Jumaat mahupun ke fiesta-fiesta sekumpulan perempuan bernama Shawlickers, Shawlockers mahupun ShawlsPrettyCuteAdaAkuKesah?

2. Secara nalurinya, memang adalah satu kemestian bagi perempuan untuk membela rambut panjang sebagai sebuah mahkota terulung yang di basuh dengan bahan kimia dari Pantene Pakar Rambut, Rejoice Sekali Ramas Boleh Lurus dan mungkin juga Head&Shoulders Ujian Tiada Kelemumur. Rambut perempuan sekarang sudah tiadanya bau original rambut, tapi lebih kepada bau shampoo yang seakan-akan bau shisha perisa grape.

3. Rambut yang panjang, malas di potong kerana sayang-nya pada rambut. Ia kerap kali menjadi masalah pada perempuan bertudung untuk bersiap seawal pagi. Masalah yang selalu di hadapi perempuan berambut panjang bertudung ialah menyiapkan sanggul (10minit) dan memakai shawls tiga lapis berlainan warna (23minit setengah). Jumlah waktu setengah jam di peruntukkan untuk persiapan di bahagian kepala SAHAJA, belum pemilihan baju lagi! Setengah jam bagi seorang lelaki, pastinya sudah siap solat Zuhur, mandi, berak, semburan Axe, baju Uniqlo, jeans TopShop, berkasut, update status FB dan meng-wax-kan rambut untuk keluar ber-dating.

4. Perempuan yang berambut pendek atau paras bahu di kecualikan dalam diskusi ini kerana sanggul rambut mereka tidak akan setinggi perempuan berambut panjang. Malah, perempuan berambut pendek ada yang tidak langsung perlu bersanggul. Kemas dengan tudung bawal yang di selempangkan ke bahu sambil mengenakan baju kurung corak paddle-pop yang bila di waktu tengah hari. Striking ya amat!

5. Apa yang aku rungsingkan mengenai sanggul naga ialah, seringkali ia menggangu penglihatan pelajar-pelajar aku yang duduk di belakang perempuan sanggul naga. Kepala kejap ke kiri, kejap ke kanan untuk melihat contoh-contoh jawapan tutorial yang aku hendak berikan di hadapan. Kasihan pelajar-pelajar lelaki yang azali bench-backers terhalang dengan sanggul naga yang mengheret semangat pelajar-pelajar lelaki ke arah sifat malas sudah nak salin nota. Hamjad punya alasan.

6. Oh ya! Aku juga runsing dengan perempuan bersanggul naga juga. Apakah mereka mampu menahan beban sanggul akibat dari jisim rambut yang berat serta aksesori di atas kepala yang mungkin akan melenguhkan leher. Aku ingin menghulurkan sedikit urutan ringkas, itu pun jika kalian bersetuju lah. Aku memang pandai mengurut leher wanita apatah lagi tanpa bayaran. Mahu?

7. Sebut pasal aksesori di kepala, pernah sekali aku lihat fesyen sanggul naga dengan menjadikan 100% tutupan tudung secara melekat sambil meletakkan kalungan rantai mengikat di sanggul. Lebih kreatif, kalungan bunga orang india. Berbau segar bunga semerbak bila jalan sebelah. WTF? Itu tak termasuk menggunakan klip untuk menampakkan tutupan tudung di dahi menjadi senget sebelah bak gaya Erica Ocampo lepas mabuk pekena Hennessey. Sekali lagi. WTF?

8. Aku nak tanya. Bersanggul segah tinggi macam itu sebab alasan rambut panjang. Mengapa tidak memakai hooded saja? Rambut boleh simpan dalam baju ape? Pakai scarf inner di kepala. Oh, mungkin sebab nampak tak kool dan apa jadah kan nak pakai hooded tengah hari buta? Ok, logik di situ. Terima kasih.

9. Aku teringin mendalami hati seorang perempuan bertudung shawls sanggul naga sebenarnya. Aku ingin merasa apa yang bestnya dengan sanggul? Jadi, aku yang memang suka memakai hooded, memasukkan gumpalan kertas di dalam hooded, meletakkan gumpalan itu di posisi kepala di mana tempat sanggul selalu di letak, kemudian mengikat ketat tali hooded. Ia seakan aku mempunyai sanggul naga! Dan aku tunjuk pada rakan yang lain. Hey, mereka kata aku comel. Terima kasih.

10. Kemudian aku mengenakan helmet. Dem! Tak muat. Nak tak nak kena memakai helmet sampai tahap separuh saja. Separuh kepala saja dapat ditutupi kerana sanggul buatan aku menghalang aku memakai helmet dengan betul. Memakai helmet dengan cara sebegini, memang menempah maut kalau terjatuh motor bukan?

Kesimpulannya, jika kamu ada sanggul naga, carilah pakwe yang ada kereta. Jangan cari aku, sebab aku pakai motor aje. Hehehehe. Kalau ada kereta pun, jangan cari yang pakai Kancil, takut mencecah dinding kereta, habis sanggul kamu itu! 

p/s : Potong rambut kasi pendek okeh kalau tak nak kena bahan sanggul naga tau!

97 ulasan:

syAzAnA berkata...

kah kah kah!

aku mmg sokong. aku xsuke tngok org pompuan pakai sanggul tinggi bebnor. mata aku tertarik jeh kat pale dia even aku pompuan. bayangkan lah lau laki pandng kan?

aku sungguh teruja tengok mereka! haha

Amoi berkata...

memang tak boleh kan sanggul tinggi?

macam bonggol unta katanya.

zati-zt berkata...

not really..
sbnarnye bkn sebab rambut yg sanggul jd tinggi menggunung tu..
actually ade 'anak tudung' or 'serkup' yang FAKE dibuat khas utk dibuat sanggul..

siyes sy xpham, sape la yg mereka fesyen hodoh ni..
yg jadi mangsa pompan..
sian..

~smoga sy x tergolong dalam golongan tu..
amin..

Amoi berkata...

hai zati-zt ,

yang mencipta alat sanggul or serkup untuk buat fake sanggul yang macam awak kata tu dari jepun sebenarnya.

serkup tu khas untuk mereka yang free hair sebenarnya. kebanyakkan gadis jepun memakainya.

:D

AlexiaAqram berkata...

@syazana

aku lagi teruja bila lihat tudung sanggul naga itu jenis lutsinar. WOW!

@amoi

simpan air dalam tudung kot? WAKAKAKAKA!

@zati

seriously? dem. itu point yang penting!

MOFASAD berkata...

selain sanggul mata juga pandang tempat lain. bagi lelaki


hahahahahaha

AlexiaAqram berkata...

@mofasad

mata aku dan mata kau sama. ayuh kita halakan laser ke tempat yang kita lihat itu. amacam? hehehe.

kaizen shinobi berkata...

wakakakakakaka.... sumpah lawak! hahah

Suhana Samsudin berkata...

huhuhu. tak minat pakai sanggul naga ni. oh, baru tau, namanya tu sanggul 'naga'. hehe

ketidaksukaan pd predator berkata...

mmg ada la anak tudung yg khas utk org rmbut pndek utk bentukkn kpala dorg jd cm alien.. T_T

buruk nau rupenye....

fitriah berkata...

haha. setuju sangat dengan kesimpulan itu.

p/s: pelik nape ade org pmpuan pakai sanggul tinggi bebenor camtu. huduh kot.

una berry berkata...

sebenarnya xboleh kot
sama je cam free hair
org ley assume rambut anak panjang mana dgn gaya toncet sanggul anda it
heh

I despise it. it looks hideous

AlexiaAqram berkata...

aku harap penggunaan tisu seperti di aplikasikan terhadap bra untuk membesarkan buah dada tidak DIGUNAKAN untuk membesarkan sanggul semata-mata.

kalau ada...



tanpa segan silu aku tunjukkan jari tengah! nahhh!

seorang mamalia berkata...

hang ni cari bala lagi ni aqram.

ustazah aku yang ajo tauhid dulu pon ada sanggul naga neh. dia ajo aku tutop aurat.

Naqib Mohamad berkata...

sanggul? berbonggol? haha sekarang wanita ada 3 tempat berbonggol dan boleh simpan air ek? okbai.. hahaha

qien berkata...

pemakaian sanggul adalah haram kerana menyerupai bonggol unta . na2 lak lau pakai sanggul fake . mmg konfem haram an ?
Sbg gadis remaja , lau kua nan family , mesti saya n my mum kutuk dyowg yg kai sanggul uh .
cuz , nmpk sgt sggul tipu . hahaha !

AlexiaAqram berkata...

@naqib

agak2 kau, berapa secawan air diorang akan cas?

.sweet-ants. berkata...

kahkahh gelak sakan aku baca. utk pgetahuan ko, kalau smpn rmbut dlm baju rambut stil terkeluar la sbb rmbut licin, then mesti la rasa gatal2 bila rambut gesel2 kt kulit

AlexiaAqram berkata...

yeap. sebab itu aku kata kurang logik. cuma, bagi aku perempuan yang memakai hooded sebenarnya menutup aurat jugak kan? rambut tersimpan di dalam hooded contohnya. boleh kah?

.sweet-ants. berkata...

mmg la bleh nk pakai hooded tu tp xkan sepanjang masa. sorry to say rambut aku panjang smpai pinggang ok, tp time pakai tudung xde plak smpai sanggul tinggi gunung cam ppuan lain, tu aku PELIK. and aku bertmbh PELIK bila jumpe ank tudung siap ada bonjol kt belakang sbg rambut palsu utk wanita bertudung.mybe aku x update psl bende ni. mcm ko ckp, WTF.

AlexiaAqram berkata...

aku akuinya. mmg panas kan?

namun, sebenarnya macam mana untuk kau yang ada berambut panjang menyembunyikan rambut dalam tudung? kau belit keliling kepala ke?

hehehe. cer bagitau tips skit..

afrohead berkata...

atau ,mungkin juga gadis berkepala naga ini cuba memberi amaran kepada mereka yang cuba mengorat mereka:

"hey aku pakai shawl kepala naga ni, tak nampak ke? pakai motor je ada hati nak ngorat aku"

Nard Dieya berkata...

betul. saya pun rasa annoying. Macamana la diorang rasa cantikk.. Saja nak buat muka nampak kecik kalau sanggul tinggi katanya. Wtheck mann..

sanggul palsu aritu saya de nampak kat Geylang. Yang buat saya rasa *tooot!* makcik saya pun giler sanggul2 neh. Tah hape.

.sweet-ants. berkata...

bhahaa.nk kene buat tutorial ke?? xde la..sanggul cam biase je jgn dok sanggul tinggi ats kepala, sanggul tinggi tu yg nampak obvious bonggol unta naga tu. yg penting kemas2. buat sanggul balerina org panggil, sanggul kt bwh http://alturl.com/fxri6 x kan jatuh punyer kalau ikt kemas. LOL

AlexiaAqram berkata...

@afrohead

LIKE!

sebab itu di beri nama sanggul naga. ini pakai nama sanggul unta, tak takot langsung. keh keh keh!

@nard dieya

dah merebak ke singapore? dahsyatttt.

Apegilenye berkata...

Rasulullah SAW

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Apegilenye berkata...

ok. aku copy paste je hadis ni. kah kah kah

DeaDay berkata...

oh annoyingnya sanggul predator..mmg cam alien..tah mana biol ingat hor sangat..eeeeeee.....

Naqib Mohamad berkata...

@alexaAqram
bergantung kepada harga nasi lemak. saiz cup directly proportional to harga nasi lemak = isi padu air. LOL

Tanpa Nama berkata...

Gua tengok cun gak minah ade sanggul ni. Nmpk seksi owh kalo sanggul pastu kasut tinggi pula..

Tp tu la, jadah apa ntah pakai benda susah susah.. Nak siap pun lame.. Yg tengok nye adalah gua.. Gua tengok tak smpai sepuluh seken pastu blah.. Lohhh

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama tu gua.. Hamzah ian, terbangtinggitinggi.com

Nape ntah, bkn gua nk jd anon pun.. Demmit blogger.com

OrenLimau berkata...

hahhaa.setuju!
sebenarnya,selain ada sanggul yang fake tuh, boleh jek ikat rambut bawah sikit paras leher.bezanya,nak dgn taknak jek.ada jek org yang rambut panjang gila sampai ke pinggang,bila pakai tudung,x nampak pun sanggulnya,kira x obvious,sebab dah ikat paras leher kan...

semuanya ikut diri sendiri,nak dgn xnak je..
sesetengah nak bergaya lebih,bila ada sanggul tinggi,macam CANTEK lah,terletak suma padahal.....

tepuk dada,tanya iman....
kalau tanya selera,mungkin seluas mulut naga?wohaa!

mirasyah berkata...

xsilap ak, bukan utk pmpn rmbut pnjg je, tp rmbut pndek yg brtudung skali..sbb skg ni trend org pkai sanggul plastik kt dlm tudng nk bgi die nmpak tggi..

butterflyana berkata...

Bab penutup paling best ok.
Amboi tinggi betul sanggul sampai mencecah dinding kereta.

hahaha

Artoone berkata...

penyelesaian poin no.5 -
pelajar kepala naga, sila duduk dibelakang kelas. anda mengganggu sesi salinan nota. sekian terima kasih.

aisya sakaria berkata...

ada pulak semalam pg kedai cari baju, sekali jumpa pulak scarf sanggul naga buatan. siap ada attach benda bulat kat blakang scarf tu tak tahu laa batu ke, kapas ke. padanlaa tengok jiran sebelah, rambut pendek kalah lelaki, tp sekali pakai tdung, nahh hamek sanggul tinggi kalah klcc dahh. baru tahu resipi rahsia sanggul setinggi langit tuhh. nasib la dia tak pernah nak tumpang kereta aku, kalau tak sia-sia kena halau dgn aku.

AAINA berkata...

"Perempuan yg sanggulnya tinggi menyerupai bonggol unta, akan menjadi ahli neraka"

i dont know if they are just plain stupid to wear tudung like that. its not even beautiful. kepala tercongok bapak besar. boley buat microfon lagi!
ngeng!

bukan penggoda berkata...

hahahaha. aku pelik sbnanye tgk org yg bersanggul tgi mcm herem tu. ehh, mmg herem pon.

x mcm nk terbalik pulak kan kepala dia. okbai.

haryani berkata...

terbaik! lagi satu, mmg tak boleh sanggul tinggi pon kan ?

aqel berkata...

cam predator.
hakhak!
x prnh tpikir plak.
tp btol la tu. cm alien ek.

RIAN berkata...

rasanya yang bersanggul tinggi tu, bukan la sebab rambut diorang panjang sangat. kadang2 aku tengok tak panjang pun. tapi sengaja ikat tinggi2 sebabnya fesyen sekarang camtu.

fatin zulkifli berkata...

bhahaha. aku setuju part halang pandangan untuk back benchers. dalam kelas aku ada sekor naga and selalu jadi bahan gara gara naga belaan atas kepala.

pernah sekali dia ambil port aku dalam kelas, sampai aku terpaksa duduk dekat baris last sekali. lepas tu, tidur sebab lecture ekonomi sngat boring. kepala sengguk sengguk. naga belaan mula buka step tarian naga. -.-

tak pasal pasal naga belaan dia dapat penampar free daripada budak lelaki kelas aku sebab mengganggu mata dorang.

+d.O.Y.A.h+ berkata...

wakakka. bes gila kot. aku pun rimas gila tengok diorang pakai camni. aku rasa cam nak amik kayu besbol g ketuk -_- ok kejam. silap mati aku gak yang kena. wuahahaha.

haritu dekat pusanika ukm ada akak jual tudung, siap pomot lagi benda alah tu kt haku. jadahnyoo aku nak beli. kang ngan akak2 tu sekali aku besbolkan -____-''

lepas tu tadi aku post kt fb sebab best kot. tetiba ada sorang ni.. suh pesan kat ko. wakakaka. dia bengang :P hahaha. aku suh dia derek kat ko. tu pon kalo dia berani. hahaha.

AlexiaAqram berkata...

aku tah faham betol dengan citarasa fesyen sekarang. over betol.

haih..

apa2 pon, thanks semua! :)

mottymot berkata...

kt skula dlu un same jee. bdkbdk form bwh suke betol buat bonggol naga ni. rmbut x la pjg mane tp dy sepit kasik tggi gnung. klw lawo xpe gak cm haram je tgk. Hahaa.

Orked Desa berkata...

bende ni kat mana2 pon kite akan jumpe... kat kolej orked pun same..ade bdk nursing ni dok jd predator pg2 lg jumpe kat kafe..nak mkn pon rase sakit ati..rase jer nak geletek bonggol tu bg dia malu skit...seb baik la muke tu lawa kalo x maunyer kene booooooo jer..

~Kiseki Of Muslimah~ berkata...

hahaha.. fun.. dan sgt setuju~
semakin ramai perempuan wat sanggul naga tu.. itu menunjukkan tanda2 kecil hari kiamat... Astagfirullah~
boleh je xpayah wat sanggul tggi2 mcm tu even rambut panjang smpi ke kaki pun.. boleh je ikat rambut mcm biasa n pakai tudung mcm biasa..
yg nak ikut sgt fesyen n gaya tudung ciptaan barat tu kenapa?
bukannya mematuhi etika pakaian tudung dalam islam je..
nampak sgt umat islam sendiri memperolokkan islam.. men ikut je ape org barat n org yg nak merosakkan islam cipta..
hish... as perempuan.. rasa malu juga bila tgk mereka2 ini terlalu bangga dgn sanggul naga mereka ni..
eeii..GEDIK!!!

❤NazirahMoktar❤ berkata...

ada yang condong ke tasa, ada jugak jenis yg ke belakang cam alien. emm, kadang2 lawak..aku tak nak cakap lebih, kang terkena batang hidung sendiri, tapi akan sentiasa dielakkan :) yeah!

mahirahkamal berkata...

ni bkn predator, ni kepala alien dah. :p cuba imagine alien tu pakai tudung.serious dah sama.terbonjol kat belakang.lagi tinggi lagi cun la kunun.wek

mysara berkata...

sy sokong!
lagipun sanggul tinggi ni amaln yahudi..
berdosa kte org islam ikut
xkn pakai tudung fesyen semata2 tnpa mngikut syariat islam...

cik-terompah berkata...

skrg nih yg rmbut pendek nk buat sanggul naga pun aci je.. sebb ak penah jumpa inner scaft yg klon sanggul..
aiseh..(--")

Scha Nur berkata...

aqram..

lu nak mendalami kan hati prempuan yg bersanggul naga..meh gue cite ea

scha terasa nak komen sbb scha mmg salah sorang yg bersanggul naga..why?? sebab rase bile pkai shawl n xde sanggul rase mcm pelik n kepala rasa dogol je..depend on masing2 la kan nak pkai shawls mcm mne but kalau u ckp laki x nampak tuk salin jawapan tutor..asal uols x duduk je depan? asal nak duk balakang di kalangan yg terrkebelakang?? sory..hehe

pada scha xde pun salah kalau nak bersanggul ke hape but depend on sanggul dye lah kan..kalau uols jadi girls pun maybe uols akan buat the same thing..pkir on the other side same..hehe btw aqram nice etry..

awak telah membuka luahan seorg lelaki..keep on writing!

Wuucin Kimora berkata...

Semuanya sbb sanggul.
Dah besar kn.. leh pk sendiri (^_^)V

k_Own berkata...

serius gue pun juga berpendapat same dgn ko. bia bebudak yang pakai shawl nih terasa gile...

Cik Nad berkata...

sanggol tinggi sangat whatdehal?? haha.

AlexiaAqram berkata...

@scha nur

"asal uols x duduk je depan? asal nak duk balakang di kalangan yg terrkebelakang?? sory..hehe"

sebab lu dah duduk depan, golongan macam lu yang selalu memenuhkan barisan depan. tanya lagi kenapa lelaki kena duduk belakang. mestilah dah takde tempat!

Tanpa Nama berkata...

: pada scha xde pun salah kalau nak bersanggul ke hape but depend on sanggul dye lah kan.(x salah bersanggul????) da termaktub bnda tu haram.. bongek

Tanpa Nama berkata...

ok aku suka post ni. nk buat sanggul tinggi2 sbb nk tunjuk rambut diorang panjang n konon2 nk tarik perhatian lelaki2 konon2 lelaki suka rambut pompuan rambut pjg. tett. itu anoying ok.what the.pjg tp kalau kasar n busuk apa gunanya! diorang x tahu yg ikat rambut tinggi2 tu boleh rosakkan rambut.. ok byep!

Tanpa Nama berkata...

http://tgkamarullah.blogspot.com/2011/02/sanggul-tinggi.html

zey berkata...

hah? pakai shawl tanpa sanggul kepala rasa cam dogol?

abeh tu pakai sanggul tak rasa plak nak tunjuk saiz X, ataupun XL rambut tu....?

aq pakai tudung takde sanggul, tapi takdelah aq botak-dogol...haha!

haaaiihh...papepon, balik pada tujuan kita pakai tudung. ok? -.-

skandaLdariLangit berkata...

keh2 lawak gila. tp tak jumpa apa best pakai cmtu~

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

anak tudung yg dah siap sanggul palsu pun ada jual.. terjumpa baru2 ni masa merayau dengan member..

sicomot-comel berkata...

sejak fesyen ni popular aku dok terpikir,,apa bestnye ye??

dan ape yg aku dapat law aku pakai sanggul naga tu?putera kacak dari kayangan ke-7 dengan membawa harta emas permata 7 tong??haha

dapat dosa ade lah !

HEROICzero berkata...

bila dah terlalu nak berfesyen, jadi macam gini lah.

*rimas*

hazel darwisya berkata...

boleh tak post gambar no 9 tu. macam menarik aje pesen tu.

sastraboy berkata...

tergelak lak aku tengok reaksi pengkomen-pengkomen dekat komen si scha ni.

rilek k scha. jangan emo lak. tahniah sebab dah bercakap bagi pihak kepala naga ni.

haha.

Hellioz berkata...

babi
gwa gelak sensorang pepagi buta ni
cibai!
kahkahkah~

Paradox berkata...

Quote" sebab lu dah duduk depan, golongan macam lu yang selalu memenuhkan barisan depan. tanya lagi kenapa lelaki kena duduk belakang. mestilah dah takde tempat!"

Tu le, apesal lu datang lambat. Sekurang2nya minah2 bersanggul naga lagi berdispilin dari lu.

Elena Reeney berkata...

>Itu tak termasuk menggunakan klip untuk menampakkan tutupan tudung di dahi menjadi senget sebelah bak gaya Erica Ocampo lepas mabuk pekena Hennessey. Sekali lagi. WTF?

yang ni sumpah gua tak berkenan. gua harap nnti suatu hari gua nak bertudung, gua tak terjebak dengan sanggul naga ke bonggol unta ke, klip senget ke. ughhhh..

AlexiaAqram berkata...

@paradox

lepas ni kalau berebut tempat duduk depan walaupun datang on-time. boleh lah kita para lelaki cakap ;

"kami nak duduk depan, rimas lah duduk belakang terhadang dengan sanggul naga korang tu, apa pun tak nampak"

puas hati?

Kehelan berkata...

eh, rambut pendek, rambut nipis, pun boleh buat sanggul tinggi gak... skrg nih berlambak jual naak tudung yg siap ada sanggul... tak paham!

Paradox berkata...

@AlexiaAqram, YES! You do that! Baru minah2 tu sedar. Kalo takat citer kat blog, mungkin diorang baca blog lu. ;)

TheBentPencil berkata...

Ni pengakuan jelas daripada saya, bekas penyanggul naga.

dulu saya buat jugak. perasan lawa la katakan. tetapi saya dah berenti.

nak tau sebab apa?

kalau time driving tak boleh sandar dekat head rest seat kereta.

lenguh wooo....

siapa yang masih pakai sanggul naga dan memand kereta jauh2 macam saya. saya nak tanya jujur ni.

tak sakit LEHER KE?

serius.

SuperAqram berkata...

@thebentpencil

nak urutan dari aku? keh keh keh!

Siti Solehah berkata...

majority pmpn2 yg pkai snggul 2, sbnrnye bkn rmbt pnjng pown..., tp sbb ank 2dung 2 je.... xtau la pmpn zman skrng ni, pkai 2dung sbb pe sbnrnye? sbb nk b'fesyen ke, atau sbb nk tutp aurat?? dh mcm kpale bruang pn ade aku tgk pmpn2 yg pkai snggul tipu 2...

Yours truly.. berkata...

Dulu masa mula2 sanggul tinggi diperkenalkan, saya pernah (tp x selalu)sanggulkan rambut kasi tinggi konon nak sanggul macam tuh n saya rasa lagi kemas bila sanggul tinggi tak rimas belakang leher..tp saya x pulak pasti sama ada ia nampak cantik atau tidak (sbb sndiri x nampak n tak pakai untuk kelihatan cantik, cukuplah hanya untuk kelihatan kemas saja), malah mak n my untie pon sangup beli fake sanggul tuk buat sanggul tinggi.. (derang rambut pendek) but setelah tahu n pastikan hukum untuk bersanggul macam tuh adalah berdosa, trus saya sanggul rambut cam bese balik.. (rambut leh tahan panjang jugak, besenyer saya sanggul rendah je but kemas, supaya tak rimas)n also saya turut informkan hal tersebut pada mom n untie, terus mereka pun dah x pakai fake sanggul derang tuh.. Bagi saya tak annoying pon sanggul tuh pada pandangan saya dan tak jugak saya katakan ianya nice.., cuma saya rasa kalau kita dah tahu hukum dosa n salah, pe salahnya kita ikut hukum, jangan hanya kerana semata-mata untuk kelihatan cantik kita perlu melanggar hukum n menambah 'tabungan sebelah kiri' kita.. bende senang je tuhkan... seboleh mungkin kita elakkan dari menabung bank kiri dengan cara 'mudah'.. sbb kita tak tahu bila jam kehidupan kita akan terhenti.. berfesyen tak salah..malah Allah S.W.T n Rasulullah S.A.W sukakan kecantikkan, cuma jangan melebihi batasan yang ditetapkan bagi saya sederhana itu yang paling cantik... maaflah kalu ada yang terasa, hanya sekadar memberi pendapat alang2 lalu kat sini...hihihi As Salam....

selipar hijau berkata...

wakaka lawaknyee smpai nk tercabut limpa aku nih,btwy..aku penah gak try cube "tarbus anak naga " ni time jenjalan kt jalan TAR kt kedai tepi2 tu ..rase dia mcm korang letak patung doremon yg bulat setongkol kt ataih kepala la.agak lembut la,damai j rase..tu kot yg depa sukee pakai.mana tw kot2 dalam kelas time cikgu kuar,boleh isi masa lapang gn meramas sanggul terbabit..ekeke.

Alexandriana Alia berkata...

aku yang pempuan pun tak suka pemandangan sanggul naga atau bonggol unta bagai ni.. dahla kat leher tu ketat, ada bonggol lagi kat belakang. buruk weyhhhh!

MATAHARI berkata...

LOL. gua mahu gelak sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Klip tepi gaya Erica Ocampo?

Mari kita tanya geng The Scarflets. LOLOLOLOL!

Nur Zalinda Ab Razak berkata...

bwat pe sanggul naga segala...
simple suda...
asl sedap mate memandang....

PointBlankShot berkata...

conehead.

itu je perkataan yang keluar dalam kepala hotak gua.

AzharAzman berkata...

Haha.Entah apa apa la orang pakai tudung naga ni.Yang tak tahan tu,dah la tudung nangga.Mekap tebal 10inci.tambah lagi dengan bulu mata palsu.Lagi kaw pakai legging.Ambik kau.Tak pasal pasal bila aku tengok orang pakai macam tu aku TERmengumpat dalam hati.Dapat dosa.Huaaaaaaa.Hahaha

Mikah Lurima berkata...

thank u lah sgt3 sbb post bnde ni.
i dah plan nk tulis entry psal bnde ni tp u dah wat dulu.

seriously, so entertaining n hilarious! Love it!!!! XD

eiffel berkata...

lol~

oit-oit..dorg yg wt sgul tgi cmtuh bukannyer bermbut pnjg cecah bontot pown..aku tau lar, aku ada mbe rmbut cm rapunzel kot..

aku penah tersanggul tgi skit jerk dr biasa, dah terus kepala xley nk bersandar bila drive/dok lam kete...sumpah xbesh!

aisyah De Cullen berkata...

haha..sengal..XD senanye, ade taktik, rambut yg xberape panjang pon leh jadi tanduk naga gak..XXD nak seribu daya, xnak seriby dalih..LOL..anyway, aku pon rase cam nk sergah je sesape yg wat sanggul naga (or, aku pggl bonggol unta) ni..Nabi dah kate jangan, nk buat jugak..haissh..pelik la aku~

Tanpa Nama berkata...

org rmbut pendek pon bleh buat sggul la....jgn tertipu..

Tanpa Nama berkata...

xboleh share ke entry2 dlm blog ni ??nk shre dlm fb..kasi bukak mata sume org..heee~

f a r a berkata...

saya mula baca blog ni lepas kntroversi entry dengan blogger fatin liyana.Tapi itu cerita lama.
Untuk entry ini,saya dapat rasa yang blogger menulis dengan pendirian,tetapi pendirian yang selfish.Lawak yang tak lawak langsung,pendapat berat sebelah,pemikiran satu hala.saya pasti penulis menulis dalam keadaan tak sedar atau mamai barangkali. Sebagai pembaca saya punya hak untuk bagi respons. Saya ingin cadangkan kepada penulis untuk buka minda,buka hati seluas-luasnya untuk terima pendapat orang lain dan melihat sesuatu isu dengan banyak sudut lagi,tinggalkan sudut kolot penulis selama ini. Mungkin penulis boleh mengikuti kursus cara percakapan yang berhemah. Menegur itu baik tetapi kalau kurang hemah nya penulis jugak akan dilabel sebagai orang tak panjang akal. Cuba belajar lagi,lepas tu baru tulis ye.

AlexiaAqram berkata...

@fara

saya yakin anda bukan seorang pelacur. tetapi saya yakin pemikiran anda seperti seorang pelacur.

oh tak.

mungkin anda sedang melacurkan pemikiran anda dari alam blog ke alam realiti.

bukannya alam realiti ke alam blog.

saya tak percaya dengan teguran anda. sekian, terima kasih.

oranglidi berkata...

nice one.

Tanpa Nama berkata...

jgn salahkn perempuan rambut pnjg je.menyimpan rambut pnjg tu adalah sunnah..kebanyakan yg buat sanggul tinggi tu kebanyakan si rambut pendek.tahukah anda di pasaran skrg byk sanggul fake@buatan? byk bleh dibeli..cekup yg attach dgn bun tu pun ada. perempuan yg berambut pnjg agak susah nk buat bun tu sbb memberatkn kepala(ikut pengalaman)..sy sendiri pun x sokong sanggul tinggi tu..haram hukumnya...kalau nk cri bukti rasanya byk dah entri menyebarkn dalil yg menunjukkn haram bersanggul tinggi tu..

Norasiah Nasir berkata...

saya pun berambut pendek n x pakai sanggul palsu..snggul tu kan rambut palsu kan..bila rambut palsu tu hukumya haram kan..lgpun mcm pelik je tgk.

norinaomar berkata...

sanggul naga berbonjol-hodoh
shawl 3,4 lapis 3,4 kaler-hodoh
shawl ada klip,rantai,rupa shawl dah macam alas kaki-hodoh
baju shocking pink,skinny jeans or legging kaler pepel pekat-hodoh
me-cantik!
diorang ni tak pandang lelaki bawak motor(yang bekerja biasa dan hanya ada motor-bukan mat rempit),pakwe berkereta itu wajib

mohd berkata...

Tudung yang paling hodoh yang pernah aku tengok... ala ala PREDATOR... gitu....

Amira Anorah berkata...

hahaha..comel je entri nie..
mesti terseksa kan lelaki di belakang...
sanggul rendah rendah dah la ..nak tinggi2..berat la weii...
saya pening sanggul tinggi2...sanggul rendah2 cukup~~

Yang sanggul fake tu..besooo gila..haha
padan la bila pakai tudung tu namapk tinggi gila dia punya sanggul...
mesti berat sanggul fake tu...kalau pakai utk 12 jam..
bole krem kepala..
haha..teros jadi teleng..kehkehkeh

tieykah berkata...

aku rmbut panjang samapi bontot,tapi tak de sanggul pon.

manusia memang patot jd unta