Februari 05, 2011

Playboy

Dulu masa tingkatan 3, sepupu aku ada bagitau aku ;

"Elehh, kau kan playboy, tak heran boleh dapat girlfren cantik macam Farehah tu"

Aku terpinga-pinga mencari kat mana playboy aku padahal aku hanya menunggang Kriss 110.

Masa di sekolah menengah pula, ex-girlfriend aku pula bagitau aku ;

"Lepas kau break dengan aku, setahun pastu kau couple dengan dia pulak? Playboy betul kau kan?"

Sekali lagi aku tercengang memikirkan apakah kerana aku pemain bola sepak mewakili sekolah, maka aku playboy?

Benda ini tak habis, sewaktu di matrikulasi, Alexia pula memberitahu ;

"Saya tahu awak memang playboy, sebab sebelum awak dengan saya, awak ada couple lain kat matrikulasi ni kan?"

Tercengang? Ini bukan tercengang lagi, memang pelik mencari sebab kenapa aku di gelar playboy, adakah kerana waktu itu aku menggunakan telefon bimbit nokia sabun?

Sewaktu di universiti pula, lagi lah haru bila aku terdengar kawan-kawan sekuliah mengumpat pasal aku ;

"Dia tu playboy, tapi dah tunang. Betul ke?"

Terus-terang lah, mana relevennya antara playboy dan sudah bertunang? Lagi sekali aku terfaktab!

Takdir tuhan mungkin. Semalam, aku berbual dengan Cikgu Hamid, 44tahun.

"Aku tengok muka hensem kau ni, mesti kau playboy. Mau tak ye, kau nanti ada dua bini"

"Ish cikgu, mengarutlah. Kalau saya playboy, dah lama saya kena pelangkung dengan makwe saya"

"Haha, playboy ni bukan sebab kau ada makwe ramai la dol"

"Eh, abes sebab apa?"

Bila diterangkan oleh orang yang berumur macam cikgu Hamid, baru aku faham. Sebenarnya, playboy itu bermaksud ada ramai perempuan yang akan jatuh hati, crush, terpikat dengan seorang lelaki. Tapi, bila perempuan itu hajatnya atau keinginan crush-nya tak dapat, dia akan melabel lelaki itu sebagai playboy.

Lelaki yang boleh berkawan dengan ramai perempuan memang selalu di cop playboy. And yeah, walaupun sekadar berkawan. Bila orang lain nampak, ia tetap di label playboy. Apatah lagi kalau lelaki yang boleh duduk semeja dengan enam orang perempuan sekaligus, padahal perempuan-perempuan itu hanya member. And apatah lagi kalau lelaki itu boleh holiday dengan twins. Eh? Playboy jugak?


Aku tergelak sendirian sebab baru faham jawapan permasalahan yang buat aku tercengang selama ini.


"Kalau kau nak tahu macam mana nak berbini dua, kau tanya Pakcik Zaidi", kata cikgu Hamid sambil mengangkat kening berkali-kali pada aku.

Macam haram!

26 ulasan:

MATAHARI berkata...

oooo. tu maksud playboy rupanya.


gua syak kau nak cakap muka kau hensem. ye dakk? keh3.

AlexiaAqram berkata...

terima kasih kerana kau memperhaluskan maksudnya. (sambil mengangkat kolar baju)

hehehehe.

pyahnakmat berkata...

erghh ?? laki jadik tumpuan pompan2 pown digelar playboy .. cian ah laki jambu kat luar sane even tak layan pompan mane pon . laki skg mmg kena pakai purdah . elakkan fitnah . hoho

Elena Reeney berkata...

Handsome? Angkat kolar? Pendek?

*oppsss*

alalalallalala. Karemmm mmg handsome la. Playboy eh?

AlexiaAqram berkata...

aku lebih suka galakkan lelaki pakai hooded. dan baju yang tidak senteng. kalau tak. bila sujud. nampak belakang. menjengkelkan.

AlexiaAqram berkata...

@reen

hi ex-girlfriend saya. anda sihat?

Nazirul berkata...

ouch.ariel peterporn.

kau nak jadi macam dia jgk ke?

haha

AlexiaAqram berkata...

@nazirul

haha. sepatutnya kita kena tanya kat perempuan. nak jadi macam luna maya dan cut tari ke?

Sab Buenoo berkata...

ok. entry ensem.


aku maksudkan..entry best.


:P

Elena Reeney berkata...

Hi ex-bf :)

nak choc cadbury black forest!

Rinduuuuu karemmmmmm.

Hehehe

Sca Ndx berkata...

er.. playboy = ramai kawan pmpn?

una berry berkata...

kalau ikut definisi playboy oleh cikgu hamid tu rasanya macam kesian pula. bukan apa, lelaki seperti itu tiada niat yang selain berkawan tetapi sering disalahertikan oleh si gadis-gadis.haih~

Artoone berkata...

urm...definisi playboy aku adalah seorang lelaki yang mudah bercinta dan memutus/ diputuskan cinta lalu berganti cinta lain. bukan sbb ramai kwn perempuan. saling berganti gf itu barulah playboy (dari sudut ketimuran).

zaira berkata...

LOL. definition playboy aku lain...

"Lelaki yang pasang lebih dari satu pada masa yang sama"

+d.O.Y.A.h+ berkata...

waw!
tetiba crush kat lu lepas baca entry ni. waakakak

AlexiaAqram berkata...

@sub-bueno

terima kasih

@reen

ya rindewww kpeq jugak. kau masih simpan foto polaroid itu?

@sca ndx

secara typical pada pandangan orang lain yang secara sengaja mahupun tak sengaja.

@una berry

kan?

@artoone

itu yang sebenarnya. namun label playboy kini telah di pergunakan secara sesuka hati untuk kes yang aku sebut dalam entri.

@zaira

yezza~~

@doyah

adakah awk perempuan steady?

Aya Ariel berkata...

apesal ko taruk gamba tuh?
bikin hangin der!

Si Hazim Sudin berkata...

kalau ikut entri ni, gua pon dah boleh dikategorikan sbg lelaki playboy.

kah kah!

Hashira Yusoff berkata...

alahai playboy..mnyampah aku! :P

terjah! -> shopping maniac!!

juliam berkata...

betullah tu tapi perempuan mesti tak ramai nak mengaku benda ni. haha

sicomot-comel berkata...

hahaha..

ade org bajet ensem la pulak kat sini..
wakakaka..

amat halus betul penyampaiannye tuh..

nak kate kau ni hensem secara terang2an,,dah sah2 la nnt org akn nafikan ye.. sbb tu la wat entri ni..

p/s: bg aku,playboy tu laki yg snang jatuh cinta dan putus cinta. dan suka permainkan perasaan pmpn..

sicomot-comel berkata...

eh,,lupa lak..

dah tukar template n header??huhu..

yg lame lagi cantik =D

zizie berkata...

DAH MEMANG KAU TU PLAYBOYKAN>,,,ngaku je la.....

INTELLIGENT_loner berkata...

hahahha...aku playgirl..patot la ramai girls pandang slek bile lepak ngn laki..hahahahah

eiffel berkata...

lols~


klo cm tuh...smua laki yg kachak tuh playboly lar?lol~

bg aku, laki playboy ada awek ramai dlm 1masa...atau mgkin terlalu cpt menukar awek cm tukar baju...

bukan laki yg disenangi oleh ramai perempuan...kerana mereka tak semestinya memerlukan wajah yg kacak, tapi mgkin kerana personalitinya...

hah, yg itu mgkin laki tuh ada potensi kawen lbh dr 1

penhitam berkata...

cam sama pengalaman dengan aku ajer..

tapi betullah..aku tak tahu makna playboy sedalam tu..kadang-kadang, terpinga-pinga gak. kisah masa aku kat sekolah rendah pun diorang tahu sape makwe aku. haduuii..