Februari 21, 2011

Sembang Rawak Perempuan Cantik Popular

"Aqram, secara jujurlah, Fatin Liyana tu lawa ke tak lawa?"

Pertanyaan yang membuatkan dahi aku berkerut dan terdiam 3 saat memikirkan jawapan

"Hmm, dia biasa saja. Tak lah lawa sangat, bila make-up, dress-up, terserlah lah cantiknya. Kalau tanpa semua tu, biasa saja."

"Cik Epal lawa kan?"

Aku terkedu lagi. Menahan dari tersedak.

"Entah, sama saja kot. Cantik bila touch-up sana-sini. Cuma kadangkala kalau terlebih touch-up. Kau sendiri mau ingat lah"

Aku cuba kalis. 

"Gepren kau Alexia lawa tak?"

"Hahaha, biasa jugak Yatie oi, tak lebih tak kurang. Macam yang lain-lain jugak"

"Sebenarnya, definisi perempuan cantik bagi kau macam mana? Aku ingin tau lah"

Aku merenung Teh Ais sebentar. Melihat muka Yatie macam serius bertanya pulak. Apa kena pulak minah ni tanya aku soalan macam ni. Haiih, misteri sungguh.

"Bagi aku, perempuan yang cantik ialah perempuan yang tahu membawa diri, maksud aku, perempuan yang cantik itu lebih aku suka nilaikan dari segi kualiti peribadi dia dan hubungan dia dengan orang sekeliling."

"Macam mana tu?"

"Ok, andai kata seorang lelaki atau dua tiga orang lelaki cuba menggedik atau menggatal hendak memikat, atau membuat ayat manis terhadap seorang perempuan ini. Akan aku nilai kecantikkan perempuan itu dari result situasi sebegitu"

"Hmm, okay, then?"

"Jika perempuan itu turut sama melayan gedik atau turut sama menggatal layanan lelaki tersebut. Terus terang, bagi aku kalau muka dia se-jelita Juliana Evans sekalipun, aku akan kata ia sebagai tidak cantik. Sebab kualiti peribadi dia yang seolah murahan sangat. Dan, itu baru satu contoh"

"Contoh yang lain?"

"Contoh yang lain, perempuan yang tak cantik bagi aku ialah perempuan yang menggunakan kecantikkannya untuk membeli jiwa-naluri-kebaikkan seorang lelaki. Maksud aku ialah, di sebabkan perempuan ini ada rupa, maka banyak lelaki terpikat. Tetapi, perempuan ini menggunakan kelebihan rupanya sebagai batu loncatan, mempergunakan atau memperdayakan ramai lelaki dengan kecantikkannya sehingga ramai lelaki patuh, ikut cakap perempuan itu. Ia bukan sihir, tapi lebih kepada permainan minda. Perempuan sebegini memang tak layak dapat title perempuan cantik."

"Hmm, aku rasa aku faham dan memang ada perempuan yang aku kenal berperangai sebegitu. Jadi, di manakah definisi perempuan cantik?"

"Haha, mestilah perempuan yang tiada dua sikap di atas. Oh, dan juga tiada sikap cakap besar. Sebab kadangkala, dalam komunikasi seharian, memang kita kadangkala takkan sedar dengan apa yang kita cakapkan. Aku jumpa banyak perempuan yang suka cakap besar sekarang. Tak tahulah macam mana aku nak hadapi. Layan kan jelah selagi boleh"

Aku buat ayat yakin-main-bedal-asal-boleh. Takpe, asalkan ada halatuju ye dak?

"Tapi, kan. Kalau perempuan solo takde boipren, taknak layan lelaki yang tekel dia, macam mana nak ada boipren macam gitu?"

"Well, memang lelaki akan memikat perempuan. Tapi, nak memikat bukan dengan cara menggedik atau menggatal. Bukan dengan cara ajakan phone-sex, sex-chat, dan macam-macam lagi yang mengarut. Bukan dengan cara 'Jom naik motor abang, biar abang bawak kamu jalan-jalan pusing KLCC' ataupun dengan memikat dengan cara belikan top-up dengan harapan/arahan perempuan itu akan call dan mesej lelaki itu. Semua cara itu, aku nak tanya. Ikhlas ke?"

"Hahaha, lawak lah kau. Memang tak lah!"

"Then, lelaki yang ikhlas nak bercinta dengan perempuan akan memikat dengan cara yang baik. Baik caranya, baiklah keputusannya. Betul tak?"

Jawab aku dengan serius. Tangan siap gerak-gerak macam vlog Lord Zara. Aku rasa aku ada bakat jadi cikgu cinta ini macam. Keh keh keh.

"Kau tanya soalan-soalan macam ni, apasal? Kau kan baru lepas clash, takkan lah kejap sangat nak cari boipren baru kottt? Hehe", tanya aku dengan gaya mata menjengkelkan.

"Takde lah, kalau kau single, aku nak jadi gepren kau boleh?"

Aku tersenyum. Soalan perangkap tak boleh blah. Tersentak pun ada jugak, dengan tenang aku menghidupkan sebatang rokok dan berkata ;

"Jadi bini aku no 3 boleh lah, no dua dah ada orang reserve, amacam?"

Yatie dan ekspresi mukanya dengan jawapan aku. 


Jadi lelaki tak perlu jual mahal beb dengan perempuan, kita bukan macam perempuan nak kena jual mahal. Cukup saja dengan sediakan borang pendaftaran dan ruang reservation. Kata playboy malaya, dengan perempuan pun nak gigil? Heh!

Chalo, asalamualaikom!

p/s : Lelaki menggatal aku tak heran, tapi perempuan menggatal dan layan menggatal memang aku heran.

54 ulasan:

Fiq Vertigo berkata...

tak perlu tunggu orang kata aku ni cantik.

dgn ulasan ko, aku yakin, aku cantik dah.

AlexiaAqram berkata...

@fiq

kau dah kantoi kat point no tiga. cakap besar.


keh keh keh keh!

♥ LULU ♥ berkata...

cantik itu hanya subjektif.
biar cntik di hati jangan cntik diluaran semata2..

Sesumpah berkata...

superb nice entri bro :D

Mas berkata...

ok, aku cantik.

Elise Sallehudin berkata...

kome nih...hahhahahah...

Wuucin Kimora berkata...

kecantikan peribadi (^_^)

seorang mamalia berkata...

ni dialog bebetol ke saje nak sarkas sarkas ni ekkk ?? :DD

faa rosli sulaiman berkata...

like juta kali!

cantik inside vs cantik outside!

Tanpa Nama berkata...

Kamu memang ada banyak masa untuk analisis wanita yang menjengkelkan mata kamu kan...

Qistina berkata...

nice entry dude!

♥NuR SyAFiQah♥ berkata...

kata-kata ko memang aku setuju sangat..now ramai yg nilai seorg gurlz tu melalui kecantikan dy..abes tu gurlz yg x cntik mcm aku ni nk cmpak mana..hahaaha

RastaMat berkata...

tepat
padat
padu

.sweet-ants. berkata...

cantik itu nmpk dr cara pembawakan diri dia, org lain tgk senang dan x mjengkelkan. mcm mak aku, wlupon dah berumur tp aku stil rasa dia wanita paling cantik dlm dunia & bila nk banding ngan rozita che wan, mak aku still gojes. haha ade kene ngene ke?

AmriGloomySunday berkata...

aku ade kawan yg gune kecantikan dye utk dptkan ape yg dye nak dr lelaki.harta benda.

airaniez wirdani berkata...

serius.sumpah.bagus sangat entri ni.dia macam *teguran sinis terselindung tersirat tercuit* perempuan.tapi adakah perempuan itu akan baca?erk..

free compass berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
free compass berkata...

since takde orang jawab salam.

WAALAIKUM SALAM.

afrohead berkata...

dude, u write good!

Hellioz berkata...

like

eszol raar berkata...

usahlah terlalu ambitious dan naive

Tanpa Nama berkata...

kadang2 pompuan tuh tak layang gedik pon,saje nak test market.saje nak wat main2.kah7,and lelaki boleh plak percaye yang pompuan tuh dah cair ngan dia.

shuds berkata...

aku tak tau kenapa geng2 shawlers ni sangat yang kau aim , ade lah kot sebab kau sendiri kan. tapi takpe aku suka dan rasa ia bagus .

zey berkata...

definisi perempuan cantik? ok, jwpn kaw mmg very rare aqram...

chantek sana, chantek sini, chantek dengar sini..lalalala~~~ =D

Elena Reeney berkata...

gua memang dah reserve jadi no 2 lu. HAHA

Azmazaira Jamaludin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wahida Nasution Thakhrim berkata...

like!! like!! like!!

eezance berkata...

liked and agreed 50%.. :)

TheBentPencil berkata...

Terasa beb, terasa.

nyesal ngorat bani dalam twitter semalam.

nyaaaaa murahnya aiiiiiiii

Nisa Adnan berkata...

haha klaka la ^^
yg pentng cantik ke ta cantik, bedal je! asalkan ada maruah diri! ye dak ? :)

eira sakura berkata...

hahaha..
lelaki pn sk kecantikan skrg..
2 sbb pompuan tpksa mnambahkan lg kcantikan dorg..
very scared with bapok2 smalaya ni tau..
laki yg nafsu tah camner pn sk kt bapok/mak nyah ni..
pokemon sungguh..
jd xsalah if pompuan nk jd plastik ke,make up je ke yg lbh..
psaingan dr pihak yg aww2 ni da mningkat laa..
so girls,yg penting jg maruah dr..
xkira nk make up mcm plstik ke ape..
n boys..
tnpa korg xlgkap hdp kami..
jd jgn laa tpikat dgn kaum aww2 yg lbh plstik satu badan..

orite..??

Artoone berkata...

oke, aku lost. apa poin kau tadi? maaflah, aku memang lampi banyak (<-- tolong note unsur rendah diri)

anOOan berkata...

semua perempuan itu cantek. semua perempuan itu baek. dan hanya orang tertentu yang bertuah nampak kecantekan dan kebaekan itu.

mahirahkamal berkata...

Nice one ^_^
perempuan cantik ke dak tgk dia masa bgn tido. org tua2 kata la. ye dak?

Faiz Tapit berkata...

Aku nak pompuan barang sedap2 je...
Kalau barang tak sedap nanti tak ikhlas... kah345667

Leena berkata...

perempuan catik dari dalaman lah neyh...

Alexandriana Alia berkata...

bahas pasal cantik je hujah pasal cantik dalaman, padahal dalaman tu bukannya leh nampak direct.. ye.ye jelah korang ni..

=MiMiE= berkata...

like. :D
agree jugak lah..
sbb cantik kat luar xjamin ape2 kebahagiaan in future kan? kalo luar cantik hati kat dalam pon mau berkilat mcm stainless steel jgak la kan.. hehe.. sekadar pendapat.. :D

HEROICzero berkata...

perempuan itu cantik apabila dia 'mahal'.

=)

AlexiaAqram berkata...

kepada semua yang rasa entri ini bermanfaat. aku ucapkan terima kasih daun keladi, muah muah sayang seribu kali. hehehe.

emieysandra berkata...

best entri ni..
;)

Millenuim berkata...

Nice entry, although it never reflects how reality works.

Like eszol raar said, this post is ambitious. You can define beauty as you said. But in reality, when you want the better job positions, promotions or social recognition
, physical matters more than the inner beauty.

bunga berkata...

entri yang bunga paling suka..

Tanpa Nama berkata...

aqram x ensem! serius!

Shariz Azalea berkata...

gua setuju definisi cantik lu bro~~
terbaik la~

intan.maisarah berkata...

mana la butang like ni. bila la blogger nak ade butang like ni

sheedah berkata...

xda shoutbox..so nak cakap..your blog amazed me..seriously i'm impressed :)

eiffel berkata...

kecantikan bg kau dipengaruhi oleh peribadi seseorang...


ye, aku stuju yg itu...

muka cantek, perangai camtaek...sikit pown aku xrespek...bnci lg adalah

tp kan..aku sbg pompuan dpt rasa...cm susah jerk nk jumpa perempuan cm tuh skrg...

1.xgedik
2.xckp besar

hurm~

hakeem kira berkata...

"Tanpa Nama berkata...

aqram x ensem! serius!

23 Februari 2011 8:42 PM "


haha .

ciri yg ko maksudkan susah nak cari skang :P

Fara Farhana ♥™ berkata...

susah lah nak carik perempuan macam tu sekarang.
ceh, cara i cakap ni macamlah i ni lelaki yang nak carik calon isteri terbaik kan? =.="

btw, nice entry!

atieabie berkata...

aku ske pndapat kau.jujur dan tegas.keep it up!

Cik Ikan berkata...

eleh , aku tgk byk je lelaki suke pmpuan cantik , mcm cantik dr segi mekap , body pun ade jgk kannn . hahh , tu gapo dio pulop ? hahaha ;)

http://gadiskacak.blogspot.com

Ara berkata...

stuju dgn cik ikan, bkn ke lelaki ni lbh tertarik kpd luaran dlu, personaliti kemudian? haw3... gelak lah aku...

Sofea Faudzi berkata...

halo lensa. i suka entri u kali ni. fyi, i ni jenis freehair yg brambut panjang, tp dlu klu g kelas n skg g ofis i pakai tudung. siyesly, bila i pakai tudung, i x reti nak sanggul tinggi2 tu. seolah2 pelik dmata i, i rasa hodoh... sbaiknya biarlah ringkas je. org yg x snggul tinggi mlampau pun cantik jgak dlihat. ingat x rambut sarang tebuan? klu tlampau tinggi bknnye cantik dmata orang, tapi dcerca bukan? simple lebih oke. skdr pndapat je..