Februari 02, 2011

Tahun Arnab Sudah

Tahun Baru Cina merupakan satu perkara yang sangat sinonim dalam hidup aku. Sebab rumah aku dulu, 20 tahun aku duduk di kawasan kejiranan masyarakat Cina.

Dulu dapat buah oren 6 kotak free-free Uncle Gan bagi.

Madam Chan bagi aku ang-pow RM200 masa aku tingkatan 3 sebab aku dapat keputusan yang baik semasa PMR dan ada ajarkan anak lelakinya karangan Bahasa Melayu. RM200 tu aku buat beli handphone pertama aku, Nokia 3310.

Aku pernah ada makwe orang Cina masa sekolah dulu. Muka dia macam gambar sebelah ni. Amacam?

Seronok kadangkala bila duduk di kawasan kejiranan Cina, sebabnya duit. Tapi, ada juga yang tak seronok bila ada jiran yang suka pandang sleck dengan orang Melayu Islam kental macam keluarga kami.

Yang tak seronoknya bila time ada kematian. Bau colok buat aku nak pergi sekolah pun malu dengan baju berbau macam haram jadah. Apatah lagi kalau sampai meleret-leret khemah dan hari berkabung tu. Orang cina memang banyak pakai duit kan? Nak kahwin banyak pakai duit, nak mati pun sama. 

Anjing? Aku suka kan anjing. Kalau boleh memang aku nak bela. Aku tiada masalah paranoid dengan anjing macam orang Melayu yang lain asal nampak anjing terus lari. Apekah? Aku pegang saja, kalau rasa was-was, baru basuh atau samak. Tiada masalah. Anjing sangat comel dan bijak. Ouh, lagi-lagi anjing jiran aku yang jenis Bull-dog. Jalan kengkang terkedek-kedek. Bila cucuk badan dia, terus melompat terkejut. Haha! 

Yalah, sikap rasis tu kadangkala ada jugak. Namun, apa-apa pun, semua boleh di setel dengan toleransi.

Cuma, ada seorang jiran belakang rumah aku yang aku sangat respek. Keluarga Uncle Wong. Tahu tak, Uncle Wong sangat tegas. Jika dia dapat tahu anak-anak dia tak pandai tunduk-kepala hormat (respek) pada orang lain, dia akan libas kaki anak dia depan-depan orang ramai. Dem! Aku sungguh rasa malu di situ bila bandingkan dengan sesetengah orang Melayu yang konon Islam ni.

Yelah, bila time solat Jumaat contohnya. Reti plak nak jalan tunduk (menitip), membongkok-kan badan, cakap 'tumpang lalu'. Yang aku banyak nampak, main jalan tegak, jalan main langgar celah sana-sini, macam berlari pun ada depan makmum yang sedang duduk dan mengerjakan solat. Bongkak! Kurang ajar sungguh. Mak bapak tak ajar cara hormat ke?

Ada orang Cina yang boleh amalkan budaya sopan santun masyarakat Melayu ini bila berjalan depan orang yang sedang duduk mahupun berdiri. Tapi, ada anak muda orang Melayu buat perangai macam orang Arab yang tak tahu menghormati orang lain. Tak praktikkan budaya sendiri. Phailed! Pungkoq ang lah! Kalau aku jumpa ada orang buat macam ni lagi depan aku. Aku bentes kaki dia!

Anyway, aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fat Choyy, Sin Nyi Kuay La kepada semua pembaca LensaRosak berbangsa Cina. Tak kisah lah Hokkien mahupun Teowchu, Cantonese ke, Tionghua ke, asalkan Cina Buddha.

Eh, ni aku ucapkan selamat tahun baru cina ni, takde ke #serbanitas atau #orangPAS kata aku menyambut perayaan orang lain? takde ke yang sebut haroommmm? macam kes Krismas hari tu? Eh, kristian tak boleh, buddha boleh ke? Atau sebab #serbanitas dan #orangPAS dah berkawan dengan Sultan Lim Guan Eng? Hehehe..

Sekian, Kam Sia! Jangan lupa yam mui ini malam haa.

10 ulasan:

Sabahan Bloggers Club berkata...

Terima kasih untuk ucapan CNY.

Happy Chinese New Year.
"兔年吉祥!
Tù nián jí xiáng!
Good Luck in the Year of the Rabbit!"

from:
lunaticg.
SBC Admin.
Sabahan Bloggers Club.

sicomot-comel berkata...

Hm.. rumah keliling Cina ada pros dan cons nya..
yg baik tu baiklah..
yg tak elok tu,kena terima la jugak kan?

SCC teringin jugak nak ada kawan Cina..nnt leh cakap bahase Cina..huhu

p/s:thun arnab..Owh,,bunny SC mesti suka sbb tahun dia ! haha

p/s/s: Selamat Tahun Baru Cina / Gong Xi Fat Choyy ye bg semua pembaca LensaRosak ni =) . nak angpau boleh?hehehe

Niz berkata...

agak2 thn ni kau dapat angpau lagi tak? huehuehue

MATAHARI berkata...

selamat! huehuehue

AlexiaAqram berkata...

@sabahan

yeah. selamat2 jugak!

@si comot comel

aku tak kahwin lagi. mana boleh bagi angpow

@niz

tak dah. kalau dapat pun rm5 je.

@matahari

selamat2!

Sca Ndx berkata...

selamat tengok firework arnab. uyeahh

•ѕуựнαđα• berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AlexiaAqram berkata...

apa? perayaan ADAT? KAH KAH KAH KAH!

•ѕуựнαđα• berkata...

adat la.. dah tanya ostat ostat :)

TheBentPencil berkata...

saye juga bekas penduduk kawasan cina. best weh. hari raya cina ada mercun cina yang klasik tu, dengan tarian naga depan rumah jiran.
free show oh!

sekarang duduk kawasan meleis. raya cina? raya melayu? malah ponggal pun ade mercun jugak.

one malaysia kot.