Mac 27, 2011

Alter-Ego

Entri terbaru Apit mengenai cinta kontrak memang men-faktab-kan diri gua. Entah dari mana si Apit dapat idea macam tu gua pun tak tahu. Ya, gua terfaktab sebab gua pernah alami. 

Ah, biarlah. Benda dah berlalu, biarkan ia berlalu. Yang baru ini kita kena jaga, bawa perubahan.

Gua mula sedari bahawa gua dah jarang menulis hal-hal berkaitan cinta. Perkara ini mungkin kerana gua sudah membuang alter-ego gua. Benarlah kata J.Love Abdullah, penulisan gua sebelum ini (yang berkait mengenai hal cinta) adalah kerana alter-ego gua sendiri. Seperti penulisan Charles Bukowski yang mencipta watak alter-ego dalam novel Factotum mahupun Pulp. Memang bila ada alter-ego, halatuju penulisan nampak lebih halus dan seronok di baca.

Mungkin gua lepas ini akan menumpukan penulisan berkaitan cinta, terutamanya di Terfaktab yang gua tubuhkan. Sudah rasa malas (bukan malas, tapi sudah kurang berminat), dengan penulisan hal isu semasa yang tampaknya terlalu memberi pendedahan kurang efficient dalam menyedarkan masyarakat. Sentuh pasal tudung, ada yang melenting. Sentuh pasal agama, ada yang mengamuk. Sentuh pasal urban, ada yang kata gua ahli Freemason. Sentuh pasal politik, kata gua pencacai bangsa. Kejadah. 

Gua terdiri dalam golongan ahli sains tulen, tetapi gua menjadikan blog sebagai tempat gua mempelajari dan menonjolkan diri dalam golongan sastera. Bagi gua, sains dan sastera tidak boleh di pisahkan. Kalau di pisahkan, memang konfem lu akan ikut salah satu dari agenda 'tangan tersembunyi' yang mahu memisahkan ilmu sains dan sastera.

Maknanya, terpaksa nak-tak-nak, gua kena mencipta alter-ego yang baru untuk penulisan sastera cinta gua. Gua masih fikirkan watak apa yang gua hendak pilih. Mungkin watak gadis tidak urban, yang tercari-cari arah hidup dan tidak kaya. Itu semua dalam perancangan dan pembikinan.

Sebenarnya, selepas pelbagai kontroversi yang melanda dalam lensarosak, mood menulis hal berkaitan cinta kerap terjejas. Alter-ego itu telah membunuh diri kerana tidak tertahan dengan rompakan idealisma oleh blogger-blogger yang lain. 

Yang peliknya, alter-ego gua adalah seorang perempuan, mengapa bukan lelaki?

Ahhh sudahhh.... bahaya ni.

p/s : Tu la Aqram, dulu aku suruh ang jadi saintis cinta, ang tak nakkk.

14 ulasan:

MATAHARI berkata...

-.-" nama kau kot, orang sebut Alexandria dulu sebelum Aqram.

takpe, kumpul label. ada orang cakap kat aku, biar orang kutuk banyak2, setiap kutukan itu akan membantu mendirikan mahligai di syurga. dan setiap pujian itu membantu mendirikan mahligai di neraka.

kita tak dapat nak puaskan hati semua orang dalam melontarkan perspektif. kalau kita dapat, memang perfect, n no one perfect, sebab yang memaki tu pun tak perfect. tahu maki tapi tak ada isi lagi hamjad.

MATAHARI berkata...

oh ya, memang dah tahap minimalis blog ni. thumbs up!

AlexiaAqram berkata...

jadi, kenalah gua tukar nama lain. Alexander Aqram maybe sesuai. biarkan Alexia itu di padamkan, selamat lah sikit makwe gua.

hehehe. anyway, thanks brahh~~

SagaPutih berkata...

Lu abaikan je org2 yang tak dapat terima pemikiran tu bro.

Golongan gen Y memang mcm tu, susah sikit nak bukak kontek pemikiran mereka. i noe i was once like them. Terperap dalam dunia sendiri. The gen Y people sometimes perlukan kesedaran dari bloggers like you.

Eyka berkata...

nice entry..eyka suke blog ni..bebas gila nk bersuara~ go on dgn tulisn ko..gua sokong!!:)

MATAHARI berkata...

yup, bukan tu nama lama kau ke? Alexander Aqram? SuperAqram pun ok gak, haha. tapi haters for sure akan persendakan nama tu.

AlexiaAqram berkata...

@saga

gua cuba. gua cuba berpaling dari gen Y. practice make perfect.

@eyka

terima kasssssihhhh.

@matahari

ya, nama lama aku. haha. letak nama super-aqram maybe memang kena nganjing bertimpa-timpa. haha!

Nina Juliana berkata...

nice entry..

-ini diary saye- berkata...

gadis yang innocent di awalan lantas semakin tersasar jalan hidupnya kerana selekoh bahaya yang sentiasa menjatuhkan diri si gadis.. ya tidak kaya namun tidak juga pernah ingin untuk dipayungi oleh insan yang dekat di hatinya... semakin dia mengorak langkah semakin dia mengenali insan yang bernama lelaki.. namun rasa hatinya untuk dikasihi tetap tiada didapati.. sangat kasihan namun sangat tragis malah sangat bodoh... dia sangat mengenali dirinya,sangat tahu tentang kebodohan diri namun dia tetap gagal menidakkan kasih syg yang dicari sejak usianya keanakan... cubalah selami dan tolong cari kan jalan keluar untuk dirinya....

Ismet Ulam Raja berkata...

sains dan sastera jika bersama mungkin boleh jadi begini ->

Cinta Kimia dan sedikit Biologi

Trai la tengok AA

catherine- berkata...

aku baca entry ini dgn x semena2 perut jadi lawas. sedap gila kentut kentut kentut.


ok. kau bila nak tulis pasal "mengaibkan orang"

'Bagaimanakah Yang Setepatnya Di Katakan Membuka Aib?' atau 'Yang Mana Lebih Releven : Aib atau Teguran?'

:p~

x sabar sudahhhh...

Dark Half berkata...

salam aqram

knoe whut?sebenarnya kau tak perlu pun rasa 'malas' nak menulis ttg isu2 semasa spt kontroversi2 yg berlaku sebelum ni. aku akan tunggu lagi entry2 lempangan maut dr kau tp dlm version yg lebih matang

ada byk cara yg efficient tapi kau miss part tu, dan teguran yg sepatutnya efficient dah jadi sebaliknya, yg ditegur butthurt, rs tercabar dan makin galak nak buat benda yg kau tegur tu (niat asal mmg baik). aku suka ambil contoh entry2 yg matang dari lucifer (matahari) dan ARCX13 kalau isu berkaitan islam yg disentuh. tak taulah kau baca ke tak

takde sape yg boleh sekat bakat atau pandangan seseorang cuma style penyampaian tu yg akan menampakkan tahap pemikiran kau, biar pun kau sebijak mana. sama saja bila kita melihat stephen hawking sbg seorang yg genius. tapi adakah dia benar2 seorang pemikir? i guess not

Republic Aku berkata...

setuju dgn darkhalf...

ama berkata...

peduli apa orang kata.

jadi diri kau.

tulis apa saja