Mac 25, 2011

Bertudung Tak Semestinya Menunjukkan Anda Benar-benar Islam

Pakailah tudung macam mana pun, tapi kalau solat banyak yang tinggal atau tak buat langsung, amatlah merugikan. Bukannya tudung yang menjadi simbol kamu seorang Islam 'sepenuhnya', tapi solat yang menjadi simbol untuk kamu seorang yang benar-benar beragama Islam.

Aku cuma pelik dengan situasi sebilangan perempuan yang menjadikan pemakaian tudung sebagai simbol utama taubat dan penyerahan diri. Seperti contoh ;

"Eh, akak dah pakai tudung?"

"Alhamdulillah-lah, dulu akak memang tak pakai tudung, lepas dapat anak satu ni, baru terasa nak pakai tudung, akak rasa syukur di beri hidayah"

Namun, bila waktu Zohor dan Asar memanggil, tak pergi kerjakan solat pun.

"Akak period ke?"

"Ish, tanya soalan macam tu. Akak tak period lah. Awat?"

Hidayah kah pakai tudung kalau solat di tinggalkan? Bermakna kah memakai tudung jika solat di lupakan?

Bagaimanakah atau bolehkah di buat perbandingan dengan perempuan yang tidak memakai tudung (free-hair) namun tidak meninggalkan solat? Antara solat dan aurah, solat lebih penting bukan? Aurah merupakan suatu yang dijaga untuk mengelakkan fitnah, namun solat merupakan suatu yang di jaga untuk mengekalkan akidah. Di galakkan kita untuk menjaga solat dan aurah kedua-duanya. Namun, kalau hanya menjaga aurah sahaja tanpa mempedulikan solat, memang tidak hairan jika ada kes gadis-gadis bertudung terjebak ke dalam kancah murtad dan masalah sosial.

Sejenak dari itu, ia mengingatkan aku pada yang pernah di katakan oleh Dr Farid, pensyarah Pengajian Islam USM. 

"Bagaimanakah kita hendak mengatasi golongan muslim di Malaysia yang langsung tidak bersolat? Kalau dalam 5 kali waktu solat itu, di buatnya solat at least maghrib sekalipun jadilah, asalkan ia ingat pada Allah, namun kalau semua 5 kali solat sehari itu semua ditinggalkan, bagaimana? Dan golongan seperti itu semakin ramai! Seolah hatinya gelap, seolah kalau mendengar azan, atau saat waktu solat itu berlalu, tiada trigger langsung atau tiada terdetik langsung untuk mengerjakan solat. Saya nak tanya kamu, apa pandangan kamu jika kamu ada rakan sebegini?"

Ia langsung menjadi idea aku membuat penulisan sebegini. Kau pakai tudung gaya macam manapun, kalau solat tak jaga... tudung itu jadi perhiasan.

Tukarlah soalan lain lepas ini, jangan tanya lagi 

"Macam mana u buat lilit tudung macam ini, macam itu?". 

Sebaliknya, tanyalah soalan, 

"U dah solat ke belum?"

Kan manis?

74 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

dah solat belum?


>>__<<

Frodo Baggins berkata...

begitulah ...
banyak yg tak setel lagi

Frodo Baggins berkata...

´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´

Perempuan Lanjut Usia berkata...

ade orang takleh trima bila ditanye soklan mcm ni. kene bilas balik adelah.haha

Sab Buenoo berkata...

"Di galakkan kita untuk menjaga solat dan aurah kedua-duanya."


tukar wey. gantikan dengan DI WAJIBKAN

Riderz berkata...

ko pegi solat jumaat x tadi? x nmpk pun..

ekeke :p

Brilliant Marjan berkata...

salam...

sangat baik jika ada yg sudi tegur dah solat belum?tanda dia sahabat yg baik..bagus topik sebegini di bincangkan..

tp jika ada sahabat yg tak solat tu, tegurlah secara berhemah dan istiqomah..itu yg lbh baik dikejar dri cantik dunia..

*teringat pd seorg sahabat begini namun tak lama dpt bersama..cuma msg dikejauhan..

.sweet-ants. berkata...

aku pun rasa terluka bila kwn2 x solat.lepak rumah aku bermalam2 kite dok solat tungang tunggik dpn dia, dia wat derk je. bertudung kemain berapis2 tp solatnya tidak. sia2 je. payah sgt ke nk ambil masa 10 minit mghadap kiblat?

AlexiaAqram berkata...

@sab buenoo

sudah beribu entri di luar sana menulis tentang 'DI WAJIBKAN'. itu pun belum tentu ada orang dengar.

let's try use word 'DI GALAKKAN'. manatau berhasil? lagipun, aku tak suka nak paksa orang, perkataan 'Di wajibkan' bagi aku macam memaksa, bagi aku lah. sebab itu aku tulis 'di galakkan', ia macam kita beri sokongan untuk orang melakukan kebaikkan.

kan manusia suka di puji, suka di sokong, dari di paksa bukan?

Sab Buenoo berkata...

a.ah kan. betei jugak. ok2. kite try test tengok lu. :)


(aku dah agak dah mesti hang reply punya. tektik aku berjaya. :D )

AlexiaAqram berkata...

@riders

aku pun tak nampak ang. ang pergi dak? hujan apalah sangat ye dak?

@brilliant marjan

entah, saya sudah rasa muak sebenarnya. sebab itu saya menulis topik sebegini.

@sweet-ans

itu lah yang di alami oleh kita semua. hati kita terluka, siapa tahu?

lalink7 berkata...

betul sangat la tue..stujuuuuuuuuuuuu

LADYiera berkata...

tu lah , sekarang nih aku tengok . gaya lilitan tudung macam lagi penting pada diorang dari solat .

Silent Blogue berkata...

serius betul :)
tapi iman tak dapat diukur dari pakaian :)
biar pakai tudung labuh sampai buku lali sekalipun ,
kalau tak solat takde gunanya .

Silent Blogue berkata...

serius betul :)
tapi iman tak dapat diukur dari pakaian :)
biar pakai tudung labuh sampai buku lali sekalipun ,
kalau tak solat takde gunanya .

eiffel berkata...

dr ajak member shopin..bek kita ajak..

jom solat jemaah~

little cart00n berkata...

wanita yg tak solat, kadangnya punya alasan period..tapi kalau isu lelaki yg tak solat..adakah alasan mereka period juga?
haish..

Johan "Champ" Radzi berkata...

Kali ni aku sokong kau. Go Go go aqram!

Anem arnamee berkata...

Hurm..penulisan kamu semakin cool :)

DOMO♥ berkata...

masalahnye sekarang, perempuan free hair tuh confirm ke solat penuh? jadi tak perlu usik hal pakai tudung tapi tak smbhyang kot. smbhyg dan pakai tudung dua2 wajib. kalau tak smbhyg, dosa. tak pakai tudung pun dosa. simple je

DOMO♥ berkata...

masalahnye sekarang, perempuan free hair tuh confirm ke solat penuh? jadi tak perlu usik hal pakai tudung tapi tak smbhyang kot. smbhyg dan pakai tudung dua2 wajib. kalau tak smbhyg, dosa. tak pakai tudung pun dosa. simple je

Naqib Mohamad berkata...

baca tajuk je aku dah tekan like.

Warna Warni Kehidupan berkata...

lilitan tudung yang bersimpang siur dan berlapis2 itu kadang2 menjadi punca ramai yang x solat bila keluar dengan alasan..malas lah nak buka, ti kena pasang balik susah..what the...

**bersolat kalau tak menutup aurat masih belum sempurna imannya..**

Sab Buenoo berkata...

tak tutup aurat 1 dosa, tak semayang, tambah satu dosa lagi.

tutup aurat tapi tak semayang, 1 pahala tambah 1 dosa.


tak tutup aurat tapi semayang.
err. aku taktau la pulak semayang tu dikira ke tak sebab semayang yang benaran adalah semayang yang dapat menghalang kita dari berbuat dosa. tak tutup aurat contohnya.

jadi yang tutup aurat tapi tak semayang janganla belagak pulak! tak malu ke tutup aurat tapi tak semayang??

keh3. fikir2kan~ :P

! Nurida Ardy berkata...

dulu,aku just curi2 jew dtg sini,tp arini tiba2 aku rasa nak tinggal komen..'aku suka entry ko ni'.ok,bye.

ika berkata...

ade kakak tmpt keje aku kemain lg kutuk makcik ni xpki tudung(dia pakaila). tapi dy xpenah solat. :'(

Cha Gloxinia berkata...

Ramai sekarang pakai tudung sebab ikut peredaran fashion. Nak tiru gaya Maria Elena dan Hana Tajimaa. Aku tak pakai tudung, tapi aku cukup benci bila nampak perempuan pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek atau baju nampak dada. tudung lilit kat leher je. Lebih baik tak payah pakai tudung. buat malu saja.


sekian

afrohead berkata...

kalau tak seiring kedua-duanya tak guna jugak.

bLaCk | maWaR berkata...

aiyooo...sebijik cam apa yang aku alami...aku baru masuk blaja tempat bru..ada sorg kwan ni..macam yg diceritakan, bertudung tp sayang...tak penah solat...

kawan yg sorg lagi yg bagitaw, klu tak, mati2 ingat dya solat...kadang2 kesian pon ada, geram pon ada.

dya da taw xsolat tapi still nak kuar sampai lewat,especially time mghrib. klu da tak solat tu, paling kurg, jangan la tonjolkan diri kat khalayak ramai time2 camtu haisy...

kadang2 bila dya ajak kuar,kita tengah mengaji..lama2 sikit dya perli...ha..dya ni kan suka mengaji blablabla..sedeh! ada manusia macam ni...

SagaPutih berkata...

lebih baik tak pakai tudung tapi solat and people misjudge her as tak solat. jgn igt yg buruk itu buruk sedangkan kita tak tau intipatinya.

bagi aku, lebih mulia mcm tu daripada hipokrit, pakai tudung, tapi tak solat, sibuk dengan lilitan tudung, gaya shwal, buat vlog dan tayang muka sana sini.

at the end of the day, semua terpulang pada individu masing2. mana mungkin kita nak puaskan hati semua org. puaskan hati sendiri sudah.

ape igt ppn pakai tudung rambut dia tak kaler ke? haha

Tanpa Nama berkata...

yang free hair tapi solat tu maknanya solat yang dilakukan masih tak dapat halang dia dari buat dosa. mungkin faktor kurang khusyuk dalam solat, atau solat secara ikut-ikutan.

SagaPutih berkata...

wow! dah boleh comment thru anon!

this should be fun

jangan ingat takde perempuan yang pakai tudung sebab ikut-ikutan ye.

fadh ^_^ berkata...

tapi cam penah denga kalau x tutup aurat, solat x diterima.
betol ke?

erysweetie berkata...

Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yg dilarang. tak perlu nak bahas pnjg lebar.
nikmat, rezeki nak dari Allah, tapi suruhan dari Dia buat tak tau.. tak ke rase malu?

AlexiaAqram berkata...

@fadh

solat tak tutup aurat memanglah solat tak sah.

@sagaputih

yezza~~

@black mawar

ya ka? sound lah sikit kawang ang tu.

@afrohead

yezza~~

@cha gloxinia

pakai saja tudung tu, yang kita nak tingkatkan ialah jumlah solat. lagipun, kadang2 pakai tudung pun bagus jugak, bila nak berak, tak payah kelam-kabut nak tutup kepala. ye dak?

Sca Ndx berkata...

tudung kat sekolah cane ea?

Sesumpah berkata...

tp aku rasa better dia pakai tudung lama2 malu insaf lalu solat


dari dia tak pakai tudung dan terus tak ingat tuhan lalu tak kisah pasal solat :)

De' Nurul berkata...

so far aku tengok kawan kawan aku yang pakai tudung alhamdulillah lagi lah tapi ada jugak yang free hair bole mengaku depan aku "malas la nak solat..penat nak mekap balik" sumpah terkedu aku tatau nak jawab ape. tapi aku ada dengar satu ceramah ustaz ni kata, kalau orang yang free hair/bukak aurat ni, solat dia tak di angkat. tu ustaz tu la kata. wallahua'lam.

ama berkata...

gua setuju

Panda Berlipstik berkata...

kalau da terbojol sana..terbojol sini...akidah sape tahan~~

Farah D berkata...

betul betul. even bertdung, x semestinya betul sgt. kadang tu yang tak bertudung lagi bagus.

drkcrmsn berkata...

ajak kawan yang bertudung atau tidak untuk bersolat. kita mulakan dulu. mesti akan ada yang ikut.

drkcrmsn berkata...

haa. lg satu, bg pendapat aku laa. orang yang free hair. tk ada alasan untuk cakap, "tk ready bertudung". sebab takut on-off pakai tudung tu.

pakai tudung benda yang wajib. haram kalau tak pakai. kalau macam tu, serupa macam kata pada solat "aku tk ready nk bersolat". pada hal, wajib. & dh tentu2 kalau tinggal solat tu lebih dosa dari zina.

aku hanya highlight kan kewajiban pakai tudung. ini apa yang aku penah dengar dr ceramah laa.

sicomot-comel berkata...

kadang2,org sanggup bohong konon dah solat demi menjaga nama baiklah konon2nye tuh ~,~"

nfarhana(",)v berkata...

aku pon ade mbr cmni gak. lilit segale bagai tdgnye, mang mns la bile tgk. tp syg..xpnh smyg. bile tny npe die jwb 'malas'. aku pon tataw lah nk ckp ape dh

AlexiaAqram berkata...

@drkcrmsn

kita bersolat bukan sekadar wajib je bang. hukum dan sebab tidak berada dalam maksud yang sama.

'sebab' itu lebih utama dari 'hukum'. kerana hukum itu jatuh bila ada sebab.

orang kurang rajin berkata...

yup dua2 perlu seiring :D benda2 ni semua kena faham 'kenapa' insyALLAH kita takkan tinggalkan.

gud entry btw ;)

Zeenathul Azreen berkata...

pakai hijab dan solat sama penting. :D

fadh ^_^ berkata...

bukan itu maksud aku ler~
manipulator betol

milah berkata...

kalau tanya soalan dah solat ke belum dekat orang yang free hair, aku rasa benda ni macam perli dorang.

AlexiaAqram berkata...

@milah

memanglah.

@fadh

kau tanya soalan tak jelas, nak salahkan aku plak. LOL!

~ abil CUMA ~ berkata...

semalam aku telah ditegur oleh seseorang lelaki tentang pemakaian ku..sungguh malu disitu..ape2pun, trima kasih dye dah tegur..so now, i manage to wear with syarak..

kan bgus lepas kene tegur terus ubah..nie ade yg keras kpale, kate belum smpai seru la..ok what la..and bla bla bla...

Doctor on Duty- Siti Soleha berkata...

tukar ayat..kita wajib solat dan tutup aurat.

nnt ade yang igt solat je dah cukup dan xpe tak tutup aurat kalo ikut ayat tue

Inspirationalefeks berkata...

"U dah solat ke belum?"

Kan manis?

petikan di atas sangat manis!!!

Ara berkata...

"Bukan semua yg solat itu baik (kerana belum tentu solat seseorang itu khusyuk dan diterima Allah), tetapi org2 yg baik tentunya solat"

begitu juga

"Bukan semua perempuan yg bertdg baik, tp perempuan2 yg baik tentunya bertudung"

:)

LadyRye berkata...

aku penah buat entry pasai ni

tapi opkos la tadak sapa baca sebab aku tadak follower

wakakakak!

tapi kat sini aku nak bagi isi penting

rukun islam ada 5..buat yang 5 itu hidup dan mati kau ialah sebagai islam - bila mati sebagai islam, lepas penghakiman kau masuk syurga! tapi kalau kau pakai tudung tapi kau tak buat yang 5, kau mati sebagai apa?

tapi ada orang tuduh aku boleh bagi akidah orang lari kalau baca entry tu! hmmm...

shahirahkhairudin berkata...

aku penah nampak minah pakai skirt paras paha masuk surau semayang maghrib oh.. bukan nak kata apa, tapi lagi baik dari 'minah2 tudung zaman sekarang' yang kenkonon peyed dan teruskan agenda menghabiskan duit ketika sales berlansung tanpa menghiraukan masa.

opps.. aku ni dah solat ke belum?

Ar. Aishah berkata...

Salam. Ini pandangan saya la.
Allah dah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan."
Jadi tiada istilah 'solat lebih penting bukan?' ataupun sebaliknya. hakikatnya, dua2 penting, wajib dan berdosa jika tidak melakukannya. Kalau kita faham Islam secara faquhu, tidak timbul soal 'walau saya tak pakai tudung,at least saya tak tinggal solat'. wallahualam~

Republic Aku berkata...

wajib dibodohkan ,tak wajib bukan main sakan...

Tanpa Nama berkata...

Salam En Lensa Rosak,

Mungkin komen sy ni agak out dated tapi mohon ruang untuk perkongsian pendapat.

Ni sbnrnya komen untuk entri awak y lama tp da rmai sgt komen kat situ n sy br baca hrni. Panjang nih sorry..

PART 1

Pendapat sy: Tolong kurangkan “baggage” org yang bertudung.

Sbg org yang bertudung sy slalu rasa ada expectation dr org sekililing (terutamanya dlm komuniti x bertudung) yg sy semestinya expert in Islam. Smua benda yg sy buat perlu sejajar dengan kesempurnaan dlm konteks Islam. Mn2 sy pergi, apa yg sy buat, apa yg sy kata smua mesti go back to Islamic perspective. Itu baggage yg sy maksudkan.

Sy x kata ini satu benda yg x baik. Sebenarnya ia sgt baik sbb mkn rmai org supervise kita makin behave la kita kn? Org barat kata Pygmalion effect mcmtu.

Semenjak sy pakai tudung ( note yg sy mula2 pkai tudung atas warisan bkn pilihan sbb mak+kakak sy pkai tudung, xde actual force pun) klu sy nak main lagu kat skolah kwn2 akn tanya “nasyid apa?” pdhal sy nak main lg lagu Queen, klu sy rs mls nak gi klas agama n niat nak join kwn2 ponteng kt 7E diorg akn kata straight “ dia xbwt bende camni die alim” sblm sy sempat ckp apa2. Same mcm ble kami tgk konsert n diorg diri kt dpn n dorg bg sy tiket blkg sket duduk ngan cikgu. Sbb duduk sbelah cikgu sy pun behave tepuk2 gembira gitu walaupun sy rs cam best nk terkinja2 cam monyet ^_^.

Mungkin rmai yang kata ini hipokrit. Mcm “smua org bertudung bajet baik padahal same je setannya” or another subset of haters akan kata “lebih teruk kowt org pkai tudung ni sebab diorang suppress diri diorg once dah terlepas apalagi kn?”. Sy stuju dgn dua2 komen tu. Cuma bg sy ini bkn hipokrit, ini self control.

Tanpa Nama berkata...

PART 2


Dah fitrah manusia dr dulu lg mmg cenderung dgn godaan dunia. Kepada yg beragama Islam/Christian/Judaism mesti da tau kan kisah nabi Adam.

Untuk yang beragama, kita guna agama sbg garis panduan untuk x terjerumus dgn benda2 x baik, bg yg xde agama mereka guna morality atau common norms. Kdg2, dlm usaha kita nak control diri tu adala kita kalah dlm satu dua tiga bab. Paling teruk ada segelintir yang terus give in xbalik2 dah. (untuk yg ini lg pnjang diskusinya x bley bincang kat sini. Very delicate issue)

Bg sy mcm tu jugak dengan pakai tudung. Mula2 sy pakai tudung mmg x ikhlas tp mcm peer pressure cuma dr family so family pressure(betolkah?). Sy start pkai tudung form 2 tp dlm x ikhlas tu sy make a point yg klu sy da pkai ni mesti pkai full time. Xmau on off sbb nmpak mcm x berpendirian. First day sy pkai tdg kt skolah smua org tanya knp pakai?. Konflik btol sy nak jwb .klu kata parents suruh mcm bukan gadis moden yg ad pendirian. Klu kata da Islam suruh mcm bajet baik plak dah padahal sy mmg pkai sbb malu ngan family. Last2 sy bg jwpn decoy “knp? X cantik ey?”. Bila ingat balik mesti kwn2 sy rs cam nak tampar sbb smpi skrg x jwb soalan.

Tanpa Nama berkata...

PART 3


Yang sebenarnya sampai skrg klu org tanya sy susah nak bg jwpn objektif. Jd bila org kata org bertudung sekarang bkn sbb Islam pun sy xbleh nak nafikan. Klu ada MCQ test psl issue ni confirm fail repeat sploh kali pun x guna. Cuma satu yang sy bley bgtau. Sepanjang sy bertudung walaupun tahap keikhlasannya diragui, banyak godaan dunia yg dpt ditepis.

Sbb org ad expectation kt sy jd sy cuba dalami ilmu pengetahuan tentang Islam. Sy cuba elak buat benda2 yang org bertudung x buat. Step by step. Sy cuba cr Islamic perspective untuk semua perkara sbb at least klu org tanya sy bley bg jwpn yg at least tak kosong.

Afterall, org tanya slalunya untuk lbey memahami so dr sy elak jwb sbb takut hipokrit baik sy sama2 benefit dgn cr jwpn yg baik untuk soalan2 tu. Untuk kefahaman sy juga kn. Jd walaupun skrg sy bukanlah expert dalam hal ehwal Islam sy mula percaya yang bertudung ni baik sbb itu Islam syariatkan. Sbb Islam itu baik jd xkan kita akan disuruh buat bende x berpekdah kan?. Tutup aurat panas2 for nothing. X mungkin. Mesti ada sebab.

Apa sebabnya?. Jwpn cliché untuk lindungi kaum perempuan. Zaman sekarang jwpn tu dah susah nak percaya. Jd bg sy have faith and be resilient sudah. Lama2 kita mesti akn nmpk kenapa Islam suruh tutup aurat. Contohnya masa kita kecik2, mak ckp mkn jgn berseling dengan minum, da confirm2 la x puas ati kan sbb air sirap tu best sgt xley tggu lepas makan. Tp ble da kembung perut baru insaf nak ikut ckp mak. Lps tu apa mak ckp mesti kena dengar walaupun kdg x tercapai akal apa sbb disebalik larangan tu. Ble da besar baru nampak. Jd masa tu kita kena percaya dgn emak yg lg banyak mkn garam drpd kita atau lebih berpengatahuan dari kita. Bukan tahap kita lagi time tu nak faham penjelasan saintifik tentang cara makan atau sebagainya.

Sama mcm kita kena percaya Islam sbb ilmu yang ad dlm Islam langit dan bumi ad didlm bak kata Dato’ Siti. Kita? Apa yang ad? Tinggi mana kita belajar pun xkan penuh ilmu di dada.

Tanpa Nama berkata...

PART 4


Sy rasa masalah org sekarang ialah kita selalu rasa pendapat kita btol. Konon pelajar universiti kan oversea plak tu. Up habis la kan kononnya. Ad je benda kita nak protes. Ni tabiat dr zaman skolah menengah la ni. Sy rs klu kita buka minda kita untuk dengar pendapat org lain kita akn nampak dunia ni lebih cantik dan menarik untuk didiami.

Bukanlah nak suruh terima bulat2 je pendapat org lain dan ketepikan pendapat sendiri, itu da mcm lalang. Cuma terimalah hakikat yang kita semua sma je. Masih mencari makna kehidupan yang sebenar. Mcm lecturer sy kata “life is all about finding explanation”. Even agama itu adalah satu medium untuk kita faham kehidupan. Untuk kata yang there is a definite answer to everything itu kurang tepat. Manusia sebenar ni complex bkn mcm main the sims smua nak confirm je kn. Even Stephen Hawking yg dikatakan atheist tu pun kata cmni


"However, if we discover a complete theory, it should in time be understandable by everyone, not just by a few scientists. Then we shall all, philosophers, scientists and just ordinary people, be able to take part in the discussion of the question of why it is that we and the universe exist. If we find the answer to that, it would be the ultimate triumph of human reason -- for then we should know the mind of God." Extracted from A Brief History of Time in page 194 klu x silap

Klu baca dari sini kita bleh nampak yang even Encik Hawking pun percaya yg level kita x sampai level Tuhan lagi. Cuma beza dia dgn ustaz kita ialah dia percaya kita bley sampai situ. Untuk org yang beragama kita kena akur dengan konsep tuhan yang mana tuhan adalah tuhan. kita xley jd tuhan or even act as one.

Jd klu kita orangnya beragama Islam kita kena usaha to have faith in It and be resilient dlm mengamalkannya.

Memandangkan kita smua sama2 dlm proses memahami jgnlah kita cepat sgt mengkritik atau meletakkan baggage yg x sepatutnya pd org termasuklah org yang pakai tudung. Kami org bertudung pun perempuan biasa. Cepat kalah pada apa yang cantik. Terutamanya apa yang diklasifikasikan cantik oleh orang ramai.Kami x sempurna mcmtu juga dgn smua org kn?

Mmg yg ramai akan kata ini kritikan membina nak tolong sesame umat Islam yg makin lama makin jauh dari Islam. Tapi btolkah menolong?

Sy rs kritikan2 begini lebih bagi point kepada org2 yg anti tudung untuk mengutuk org yg bertudung skaligus membuatkan org bertudung yg sememangnya confuse makin berkecamuk. Ad yang jiwa kacau sampai cabut tudung terus sebab xdpt nampak apa bezanya org yg x bertudung dgn yg bertudung. Sebab bg dia klu pkai tudung berfesyen nanti kena kutuk2 baik xyah pakai sbb klu x berfesyen x cantik gamaknya. Bukankah tu menambahkan dosa org tersebut?. Kritikan2 inila yang menyebabkan wujudnya gerakan2 feminist yang kdg2 bertentangan dgn prinsip Islam.

Tanpa Nama berkata...

PART 5


Sbb kita sama2 nak memahami kita juga xperlu pandang serong pada org yang x bertudung. Islam tu terletak pada hati, tanggungjawab ibubapa nak terapkan agama tu.

Mmg kena amal ma’ruf nahi mungkar tp kan takda paksaan dlm Islam? Klu seseorang mahu bertudung dan berfesyen walaupun agak tersasar dr syariat penggunaan perkataan “menjengkelkan” dan menyampah (annoying) atau ayat2 sarcastic sgtlah x masuk kategori kritikan membina( sy petik antara komen2 yg pernah sy dgr bkn entri En Lensa Rosak scr spesifik). Bagus sgtkah kita nak rs jengkel dgn cara pemakaian seseorg?


Lg elok klu kita btol2 ikhlas nak tolong or nak dakwah kita personally tegur dia atau lebih baik tanya dia btol2 kenapa dia pkai tudung.

Ikut pengalaman sy soalan tu sgt berkesan sbb lambat laun dlm mencari jwpn kita akan rasa dekat dgn Islam. Ataupun tanya dia apa sebenarnya maksud tutup aurat. Ini klu kita trus kutuk dia mmglah dia nak protes kan. Org moden la katakan.

Percayalah, buta hati mana pun org tu, mesti akn terdetik curiousity dia nak tau kenapa dia sendiri pkai tudung. Lg2 klu category org tudung warisan mcm sy. Klu org bertudung sbb pilihan mrk lg jelas mindanya. Tp jgnla tanya mcm perli pulak. Kata nak amal ma’ruf nahi mungkar mestilah secara halus kn?

Jd sy rasa untuk entri awak yg skrg, klu btol untuk kebaikan awak patut tanya semua org Islam “u da solat ke belom?” instead of specifically target org2 bertudung. Ini da kira menganggap smua org bertudung insan solehah yg x boleh bwt dosa sket pon walhal kami juga manusia biasa. Bkn kah solat tu kewajipan smua org Islam? Smua org Islam at least kt Malaysia arif psl ni.

Mmg btol agak x puas ati kita bila org tu kata bertudung sbb dapat hidayah tp mcm x berusaha kearah tu. kita sepatutnya bantu dia betulkan kefahaman tu. Bukan generalize smua org bertudung. Klu dia xdpt terima pun xpa kita dah cuba x perlu paksa. Ini bkn undang2 ummah tp lebih kepada undang2 individu. Lainlah klu dia anak kita bleyla kita babap.

Tanpa Nama berkata...

LAST PART..Finally (sorry sgt klu rs mcm menyemak)


Klu sy nak konon2 “amal ma’ruf nahi mungkar” skrg sy akan kata awak patut delete entri awak ni. Sbb? Awak da mengumpat kakak tu. Berdosa tu x ikut ajaran Islam ^_^. Awak patut bg pendapat awak kt kakak tu scr halus smpi dia tau apa sebenarnya maksud tutup aurat atau hidayah.

Sy juga boley kata awak ni male-chauvinist sbb org klu nak berdakwah bukan ka bgs klu include smua jantina. Ini attack perempuan saje. Lelaki ambil dadah, lelaki x pergi solat jumaat, lelaki tengok filem color kuning+ijo, lelaki x solat smua org tau berapa ramai.

Dan scr peribadi sy rsa dakwah terhadap lelaki lebih praktikal untuk umat sejagat sbb lelaki kan ketua . Klu lelaki ramai yang kuat imannya dan bagus2 perempuan akan terikut2 dgn sendirinya. Ini lelaki sendiri takut nak tegur kesilapan kwn tp klu untuk anak gadis byk btol komennye. Itu male-chauvinistic attitude namanya.

Tapi sy x kenal awak, sy hanya baca dua entri awak dan x adil rsnya untuk sy hakimi awak. Mungkin niat awak mmg baik Cuma tersalah cara mungkin.

Awak pasti rasa terkongkong dan bengang klu sy press sy punya opinion td atas awak kn? Inikan belog alam maya dunia tanpa sempadan kenape nak serius2 ,ini pendapat peribadi, klu x suka bley blah-mungkin awak rs camni. Mcm tu jugalah mereka yang bertudung sambil berfesyen rasa. See? Kita smua sama.

Kesimpulannya, fikir2 kanlah. Dlm suarakn/ taipkan pendapat peribadi tu kita kena jaga sensitiviti org lain. Freedom of speech comes with responsibility. Smua org boleh baca blog awak.

Drpd komen kt bwh sy nampak ramai dah stuju dgn awak bulat2 dan rmai juga yg bg komen yang boleh bg effect negative kt org bertudung. Dr situ sy bley lihat entri awak ni bagi impak besar juga dan sy terpanggil ntuk tulis panjang lebar ni. Ini sebenarnya komen pertama sy dimana2 blog sbb sy x yakin dgn keberkesanan berbincang dkt alam maya ni. Slalunya di internet org akn berbincang tanpa tanggungjawab dan bg sy itu x elok.

Tp sy rasa sgt x adil dan mcm ditindas pun ad jugak ble bace sesetengah komen untuk entri awak. Ini juga kali pertama sy buat luahan pasal isu tudung sepnjang bertahun2 sy pkai tudung. Jd harap maafkan klu ad terkasar Bahasa sbb biasalah bila dah pendam lama2 jd beremosi plak.

Akhir kata, smua org ad baggage dlm hidup. apa yang kita bley buat untuk hidup harmoni ialah tolong kurangkan baggage sesama kita dan cuba buka minda untuk mencari kebenaran.

Terima kasih kerana sudi baca. Salam.

milah berkata...

mungkin aqram jugak dah lama pendam dan dia mungkin beremosi dalam entry dia.

see? kau eh, awak dengan dia sama. mungkin kami juga

LULZ


saya pun rasa awak tak adil nak hakimi aqram sebab awak baca dua entry dia je tapi nak buat macam mana, awak dah hakimi pun. takpa, manusia semua buat silap. kami maafkan awak. okay? :)


aah lah. aqram, kau ni kenapa selalu nak attack perempuan je? gila tak gentle. kau male-chauvinistic. take noted! lulz


dan perempuan bertudung, tak payah nak baik sangat okay. sebab korang bukan nabi. so korang takpa buat dosa. nanti baggage korang akan dikurangkan. so, be happy!



lulz

AlexiaAqram berkata...

HAHAHAH!

cilaka lah, apasal semua orang take tooooo serious ni?

pergh. aku male-chauvinist? maknanya mesti ada nanti female-chauvinist.

WOHA!.

aku attack perempuan sajakah?? betui ka aku attack perempuan SAHAJA? aku sukakan perempuan, perempuan adalah creatures yang unik.

kalau aku tak ambil berat pasal perempuan, siapa lagi? takkan nak kembali balik pada zaman lampau di mana perempuan hanya di jadikan mesin membiak?

aku sebagai muslim, berasa bertanggungjawab membendung anasir jahat terhadap kaum perempuan. tu je. kualiti. aku pentingkan kualiti, bukan kuantiti.

ikutlah pandangan korang mcm mana. siapa yang nak bersama dengan aku kita protect dan kita solve masalah perempuan muslim zaman sekarang, moh angkat tangan macam saye. gelek-gelek tangan. WOHA!

SagaPutih berkata...

WTF is this? sampai 6 part comment? ni anon lepas geram ke ape?

telur dah terlebih rebus ye?

We as Male, the first duty after pray to Allah, is to protect fellow human, bape ramai jantan kat luar sana yang rosakkan wanita? yang tidak menjalankan tanggungjawap? bila kita menjalankan tanggugnjawap dengan cara agak radical untuk memberi penangan kepada masyarakat yang tidak lagi boleh diajar dengan cara lemah lembut, kita di kecam?

ape kes? LOL

~ abil CUMA ~ berkata...

aqram ..sile kritik jejaka2 hebat berseluar pendek kasik tayang bulu kaki..
rimas2...
walau tak mengghairah kan sebbilangan pempuan...dose ttap gak ann..huahaha

Tanpa Nama berkata...

betul gak kata anon yg komen smpai ber-part2 ni.. kita manusia sama2lah berfikir sama2lah mngingatkan..

Republic Aku berkata...

bila kita fikir bagus sangat....kita fikir kita hebat....hidup belum separuh jalan tapi berlagak nak jadi hero...peh aku memang tak tahan....

Ara berkata...

Aqram, it's a reality. Kat Malaysia ni, masyarakat letak a high expectation kpd perempuan2 yg bertdg...u think it's easy 4 us to take the pressure? We are required to don the hijab since our first puberty. We hv no choice but to comply. Allah told us to.The Quran doesn't say 'oh, if ur not ready, it's ok..after all, what matters is the heart' and whatshit like what other non-tudunged ppl say.

And being in the 21st centuty, u think it's easy 4 us girls to be good, perfect hijabis? We live within a modern society, where we are social, we live fashionably, we love karaokes, shopping malls, we want to like all those boy singers on TV, heck we even want to do things that all free-haired girls do as well..cos we're also friends with non-tudunged girls.

U think it's easy? Oh, of course u think it's easy. Cos u're a guy. And u don have to wear the tudung / hijab. And you do not have to look pretty to all ur peers. Same goes with all the guyz who support Aqram, U guyz are never required to wear a piece of cloth to cover ur hair, neck n ears while ur out.Oh, I forgot, u guyz juz wear hats / caps, aite? Songkok pun xpakai, i presume. So maybe that's y u hv no friggin idea how it feels like to wear a tudung kepala.

Not that I want u all to wear songkoks or ketayaps as well, but rather, just...if....ONLY IF...u hv mothers, sisters or aunts, ask them,' is it comfy wearing the tudung?'

Kalau lelaki melayu sdri mengkritik usaha perempuan Islam Melayu untuk bertudung (walaupun dgn skarf), susah la...dari gaye lelaki2 ini mengkritik, seolah2 nak suruh seorang bayi yg baru nk belajar berjalan, terus lari pecut 4x100 meter. Dem wtf.

Tanpa Nama berkata...

kpd cik tanpa nama yg komen smpi part 5 tu, tiada paksaan dlm islam tu bkn bermaksud kite bleh suke suki je dlm agama ni. skali dah islam, wajib le ikut hukum2 allah. takde paksaan tu apply utk org yg nk peluk islam. hrp btolkan pemahaman dlm ayat tu ye.

@sagaputih. ko ni cm lawak plak. islam ajar kite bersabar. dlm surah al-ikhlas pn Allah sebut "berpesan2 dgn kesabaran". yg ko nk marah bile org tak ikut apahal?

Tanpa Nama berkata...

hidayah tu kn milik allah. hak ko cuma brdakwah je. jgn la pikirkn sgt psl hasil tu. usaha n doa n tawakkal je la. yg lain tu biar la Allah settlekan. even nabi pn xdpt pujuk pakciknye masuk islam, inikan kita manusia biase ni?