Mac 12, 2011

Hikayat

Dari sebuah fakta sejarah, kerana ia ditelan masa, fakta sejarah menjadi sebuah cerita dongeng, dan akhirnya hanya menjadi sebuah hikayat dan lebih jauh, menjadi sebuah mitos.

Tetapnya, hikayat itu juga merupakan sebuah fakta. Ia tidak mungkin akan di bukukan ke dalam teks moden. Namun, terdapat usaha alternatif menjadikan sebuah hikayat kepada sebuah fakta sejarah semula dengan menggunakan medium perfileman.

Hikayat Merong Mahawangsa.

Apa yang aku kenali dalam hikayat ini. Sebelum filem itu dalam pembikinan. Aku mengenali Merong Mahawangsa sebagai pembuka kerajaan Langkasuka. Seorang yang mempunyai darah keturunan Alexander The Great, seorang wira Macedonia yang menggepalai Empayar Yunani sehinggakan Empayar Parsi hancur di jajah oleh Alexander. Merong Mahawangsa bukan mati dalam pertarungan seperti dalam filem. Bahkan Merong meninggalkan 4 orang anak untuk menerajui pemerintahan selepas itu.

Jika benar Merong mempunyai darah Alexander. Tidak aku hairan sekali. Jika benar bangsa Melayu itu dahulunya terlalu mundur dan bodoh, masakan ada serorang bangsa Melayu itu boleh terlepas sampai ke Rom dan sudah mempunyai pengetahuan sejarah mengenai Alexander The Great? Fikirkan, jika orang Melayu kita orang pendatang dan bangsa mundur seperti dakwaan mereka yang ber-ultra-kiasu. Tak mungkin bangsa kita Melayu ini boleh menjelajah sampai ke Goa, bahkan ada yang pernah menjadi nakhoda dalam kapal pelayaran Christopher Columbus?

Hatta ini menjadi titik permulaan kepada kesedaran bangsa yang perlu ada dalam diri kita. Dahulu, bangsa Parsi, Yunani, bangsa Cina dan India takut dengan bangsa kita. Kerana? Keperkasaan kita menguasai Nusantara. Kebanjingan kita merobek kapal-kapal musuh. Keberhantuan kita boleh memanipulasi alam dengan amalan paganisme dan kekentalan kita pada kepercayaan nenek moyang.

"Itu dulu bang, sekarang dah Islam, nak panggil hujan macam mana?"

Lain padang lain belalang. Lain cara, lain gaya-nya. Siapa cakap jika kita sudah Islam, maka kita tidak boleh panggil hujan? Dulu kita menggunakan kemenyan, tulang dan mantera. Sekarang kita hanya menggunakan doa dan solat hajat. Tak kira kau dalam apa agama, jika ada tawakal, kalau Tuhan kata jadi, jadilah ia.

Aku melihat Langkasuka di tubuhkan selepas lemahnya empayar Melayu yang paling agung iaitu empayar Srivijaya. Dahulu Srivijaya ini, merupakan empayar yang pernah menakutkan Rom dan Byzantine. Malah kerajaan Firaun turut hormat pada empayar ini. Empayar yang kaya dengan emas. Ya, armada Srivijaya yang kuat dengan panglima dan kapal-kapal yang besar di kenali sebagai angkatan Garuda. Selepas Srivijaya berpecah dan lemah, angkatan ini menjadi lanun raksasa dan bajingan di Selat Melaka yang masih mengguna-pakai nama Garuda.


Datangnya Merong Mahawangsa, tanpa di hidu, tanpa di ketahui, membuka Langkasuka dan mengalahkan Garuda yang di takuti. Orang Melayu memang suka berperang bukan? Orang Melayu sekarang usahkan takut berperang, malah terlalu sangat mencintai kehidupan. Sesat, sesat, sesat.

Kendatipun dalam hal begini, sepurnama hikayat di karang, satu darsawarsa mitos bersambung. Terdapatnya satu ilham dalam firasat aku. Mengapa mudah benarnya Islam itu masuk ke dalam bangsa Melayu?

Mengapa? 

Bangsa Quraisy punyalah liat. Berbunuhan. Samalah seperti bangsa Parsi, berperang untuk menerima Islam dalam diri. Apatah lagi kerajaan pemuda gasar, berbulu dada emas dan bermata secerah biru lautan. Sehingga perlu merebut Jurusalem dan menyembelih kepala dengan pedang. Sukarnya Islam di terima di sana, tetapi mengapa di sini mudah sekali?

Di katakan Melayu waktu dahulu itu Hindu, kemudian datang Islam, tanpa angin pokok bergoyang, tanpa pertumpahan darah, raja kita memeluk Islam semudah rupa. Eh, mudahnya? Apakah benar bangsa Melayu itu mudah terpengaruh? Mungkin, tapi mengapa pula beratus tahun bangsa Melayu dalam jajahan Belanda, Portugis dan British, tidak pula seluruh bangsa Melayu ini menjadi Kristian? Eh, tidak pula?

Di akhir garisan nanti, aku mahu melihat Melayu ku ini dalam hikayat baru. Hikayat yang dapat menyatukan seluruh jiwa Melayu itu menjadi satu. Ingatlah, bangsa Melayu kita lebih lama terwujud dari agama Islam sendiri. Sebelum Muhammad itu membuka Madinah, bangsa Melayu kita sudah membina empayar sebelum Isa di lahirkan. Jadi, mengapa dangkal benar ada antara kalian mahu menolak identiti dan perjuangan bangsa sendiri? Apakah kerana Islam, maka perlu kita membuang bangsa kita? Sungguh jika Tuhan mempunyai mulut, pasti Tuhan akan mentertawakan perilaku bodoh kita ini.

Tolak bangsa, ambil agama. Jenaka apakah ini?

Tolak hikayat, ambil firman Al-Quran. Sungguh melucukan.

Mengapa tidak dua jasad ini, agama dan bangsa di bawa sekali dalam halatuju kehidupan? Molek benar rasanya dan adapun itu tiada membawa kerugian bukan? Langsung ia akan membuka lembaran baru tersendiri.

Tamat


p/s : Kerana UMNO, kita layu. Kerana PAS, kita jadi petualang. Kerana PKR, kita bermuslihat. Kerana penjajahan politik, kita di perbodohkan. Bila nak bangkit? Aku sudah mengasah keris, kalian bila lagi?

35 ulasan:

.sweet-ants. berkata...

mmg minat sejarah ek? perfect. tak perlu tgk filem lg dah.

BadekGonzalez berkata...

mantap.keris aku dah asah.walaupun datang 'ion-ion' mengaratkan,aku tetap asah.bila ada kawan nak 'perang',aku akan datang 'perang'.

tapi sayang.
purata disekelilingku bernama melayu,
semuanya lebih suka lihat,
dan terlalu suka rehat.
...
semua mengabaikan jihad.

afrohead berkata...

pasti ada sebab Allah menciptakan manusia dalam berbagai bangsa.

untuk membuang bangsa, itu dangkal namanya.

+1000 untuk entri ini saudara!

che'ila berkata...

wah,,meremang baca entry ni...takde butang like ke nak like bnyak kali...?hehe

Encik Psychopath berkata...

terlalu berat utk difikirkan.

AlexiaAqram berkata...

@sweet ans

sejarah rasanya tak perlu minat. semua orang kena tahu untuk memperbaiki diri.

@badek gonzalez

keris lu keris tiga luk ke? heheh!

@afrohead

yup. ada sebabnya untuk kita kena fikir dan praktikkan.

@cheila

haha. thanks.

@encik psychopath

berat lagi kalau langsung tak berfikir.

desperate ruumate berkata...

saya tak kenal saudara, tapi cukup untuk saya menjadikan saudara ketua bila perang tiba.

saya wanita, tapi tempatkan saya dibaris paling hadapan kelak.

tita

JIJI YU berkata...

aku bookmark entry ni...

JIJI YU berkata...

aku bookmark entry ni...

RastaMat berkata...

melayu sangat gagah suatu masa dahulu..
ya suatu masa dahulu..

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

THIS IS PERFECT XD

The Sharkox berkata...

Nice and Well written.. :)

Catherine- berkata...

-.-

orang cina islam masih makan nasi dalam mangkuk dan pakai chopstik.

agama dan bangsa mana boleh di samakan. masing2 punya adat dan budaya yang perlu dipertahankan. sebab budaya, kita dihormati dan di sanjungi malah mungkin juga digeruni.

agama? sering diperkotak katikkan. mereka tak takut tuhan.

bangsa melambangkan identiti dan maruah. ia diperkuatkan lagi dengan adanya pegangan agama. jangan la berjenaka. buruk rupa.

-sila betulkan mn yg silap ok.saya menulis mengikut tafsiran logik akal sendiri-

Naqib Mohamad berkata...

dah macam baca hikayat lama dah.

kalau kau, kau pilih agama kau atau bangsa kau?

bukan kerana islam kita berpecah, tapi kerana ideology.

AlexiaAqram berkata...

@catherine

tak mengapa. kau masih ada pandangan. dan pandangan kau betul. bangsa cina ada naskah semangatnya. begitu juga melayu. terpulang lah bagaimana kita mencorakkannya. semangat aku mungkin sebegini. cuma, apa maksud kau mengenai jangan berjenaka?

haha.

@naqib

aku mahu menjadi tamak dengan memilih agama dan bangsa sekaligus. buat apa memilih satu sahaja jika sebenarnya aku boleh memilih kedua-duanya dalam hal ini?

lain lah jika di pilih antara Tuhan atau pun iblis. pasti aku pilih tuhan.

Farah Izaty berkata...

Satu2 point kau aku sokong. Dah ramai sgt tok2 guru yang sekarang berjuang demi Islam tapi memburuk2kan bangsa sendiri. Apa diorang lupa bangsa itu identiti kita. Macam mana nak berjuang tanpa identiti. Bukan susah nak bawa sekali 2-2. Tolong lah buat lagi entry buka mata mcm ni.

Ismet Ulam Raja berkata...

boleh lagi ke bai nak betolkan balik benda yang dah beratus ribu tahun rosak.

Sedangkan sejarah yang beratus tahun lepas kena tunggang-tebalik dek penjajah pun orang melayu percaya mentah-mentah. Inikan pulak hikayat yang entahke mitos je semata-mata.

Ismet Ulam Raja berkata...

melayu itu bangsa pemalas, lebih baik kita bagi estet kat paria dan gali bijih dekat cina.

Bagi dekat melayu nanti habis-habis tanah estet tu kena pajak - kata british

AlexiaAqram berkata...

sedangkan dosa yang beribu tahun itu boleh di perbetulkan. dan dosa itu kita tak nampak pon.

takkan sejarah yang kita nampak ni tak boleh?

isunya, kita perbetulkan saja orang yg percaya mentah-mentah itu. dan hikayat itu buat pengetahuan kau, di tulis oleh golongan istana.

kau susah nak mengerti kerana kita semua bukan golongan istana. sebab itu, hikayat hanya menjadi mitos kerana semua fakta sejarah banyak dah musnah kerana golongan istana macam kedekut hendak berkongsi sejarah.

cikcomot berkata...

islam lebih penting dari bangsa..

Ismet Ulam Raja berkata...

heh! Senang ke nak betulkan benda yang dah ditanam dalam otak sejak bergenerasi...

Sedangkan komunis melayu yang berjuang angkat senjata betumpah darah untuk merdeka pun orang anggap pengkhianat. Ini kan pulak nak mengfaktakan mitos yang dah beratus ribu tahun lepas. Dosa pahala itu cerita iman. Ini cerita yang kita nampak.

Ko sendiri yang cakap melayu cukup kuat percayakan alam ghaib. Tak mustahil orang melayu dulu percaya al-alquran atas sebab ghaib.

Melayu ni dari dulu buta mata hati bila tengok harta dan duit. Melaka tumbang sebab pangkat, harta, kekayaan. Sekarang pun, melayu tipu melayu sebab mende2 tu..

zey berkata...

fuyoh! nampaknya cerita hikayat merong mahawangsa betul2 bagi kesan kat kaw larr! =D

AlexiaAqram berkata...

@ismet

mungkin sebab kau nilai melayu ini, sejarahnya bermula kesultanan melayu melaka saja. kau hanya mengenali bangsa kau sesempit perlis ke sabah.

melayu itu luas bang. filipina pun melayu, indonesia pun melayu, orang siam pun campuran melayu, khmer kemboja pun melayu. nusantara ini semua melayu. kerana pembinaan negara, istilah melayu itu di perkecilkan.

ini semua akibat kerja penjajahan luar. dan nenek moyang kita yang terkena perangkap penjajah dan ideologi mengarut seperti komunis.

itu saja yang aku boleh cakap. terima kasih.

@zey

aku dah lama nak cakap psal ni sebenarnya, ia tersimpan lama dalam draft. cuma aku belum cukup trigger untuk menulisnya. sekarang dengan kehadiran filem itu, semoga ia melengkapi. untuk lebih lengkap, aku syorkan kau baca blog mistisfiles.blogspot.com dan baca mengenai catatan pengkaji sejarah perempuan melayu yang menerangkan satu persatu mengenai sejarah terahsia bangsa melayu kita.

:-)

Ismet Ulam Raja berkata...

aku kaji dari dari mana asal keturunan aku.

Aku tahu tak perlu nak rujuk mana2.. Atuk aku sendiri ada sumber rujukan salasilah keluarga kami.

Aku kecilkan skop pada melaka, satu empayar melayu yang cukup gah satu masa dulu boleh kalah, dan sekarang tak bersultan pun.

Sebab apa empayar sebesar tu boleh jatuh? Permainan politik dalam institusi beraja kan, perebutan kuasa memerintah, tamak harta..

Sanggup bersekongkol dengan orang luar, akhirnya kena jajah...

Sampai sekarang mana kesan gah bangsa melayu tu? Melayu tempat lain pun.. Yang ko cakap melayu nusantara tu? Mana gah dia?

hambamu berkata...

dalami sejarah dan dalami islam. islam sebelum kedtangan nabi muhammad dinamakan agama hanif. agama kita menjadi pegangan sejak nabi adam a.s lagi. ade sejarah manusia sebelum baginda? islam xperlukan bangsa kerana islam itu sendiri sudah cukup sempurna. bangsa yg memerlukan islam. jgn samakan al-quran iaitu kitab paling suci dengan hikayat yg xtau sohih atau tak tu. saya tak salahkan saudara memartabatkan bangsa. cuma jangan sampai akidah tergugat. di akhirat nnt, sikit pun Allah takkan pandang bangsa kita ni kalau kita bukan orang yang bertaqwa. 'sesungguhnya,semulia-mulia kamu adalah orang yang bertaqwa.' surah alhujurat.

agama melambangkan bangsa tetapi bangsa tak melambangkan agama. :)

AlexiaAqram berkata...

bila masa aku samakan hikayat dengan al-quran?

kepentingan ilmu, kau faham?

Republic Aku berkata...

aku cuma berani baca tapi tidak berani beri komen...tapi sekurang2nya entry ini dapat membuka mata segelintir orang melayu yang menidakkan melayu...tiada salah kalau kedua2nya milik kita 2 lagi baik dari 1!...kenapa kah susah sangat!

AlexiaAqram berkata...

nak pecahkan pemikiran orthodoks dalam Islam susah bai.

Islam dah macam berselirat dengan protokol yang mengarut. padahal simple je.

antudegil berkata...

aku rasa this site cuba nak bashing hasil nukilan kamu.

http://www.mamamurai.com/blog/jangan-menulis-bila-tidak-tahu/

sastraboy berkata...

oh.

aku cuma nak cakap.

aku ada baca satu buku bercerita pasal asal usul melayu ni.

dan yeah. melayu tu sebagai bangsa dah lama wujud sebelum datang islam.

cuma, lepas datang islam. melayu jadi super duper hebat.

itu je.

AlexiaAqram berkata...

@antudegil

minta dia baca mistisfiles.blogspot.com

nanti dia tahu lah 'srivijaya' yang mana satu.

myfirstblog berkata...

org melayu menerima islam kerana mengikut sultan mereka yang berdaulat. peranan sultan pada zaman kegemilangan islam juga amat besar.. kedatangan pejajah eropah tidak mengugat islam kerana pegangan kuat orang melayu islam terhadap islam dan ketua agama islam mereka iaitu sultan2 melayu... sultan melayu pula menerima islam kerana usaha pedagang arab islam yg dtg berdagang sekaligus berdakwah... dan Allah swt memberi hidayah kepad sultan melayu ketika itu untuk memeluk islam..

Tanpa Nama berkata...

ajaran Islam dah ade sejak zaman nabi adam :)

~hAKim ZaiLAn~ berkata...

nak tanya..kalau kita perjuangkan melayu dan Islam..habis saudara2 Islam kita berbangsa lain macam mana?sebab tu Islam jatuh..semua memikirkan kepentingan bangsa sendiri.,...sedangkan nabi pun memerangi bangsanya sendiri yg kafir...

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Yang raja berdaulat itulah keturunan sultan-sultan Melayu kita. Keturunan berdaulat yg tak mampu digugat waima Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sekalipun.

Yang ulama-ulama Nusantara waliyullah mendapat barakah karamah Allah yg budak2 sekarang ni pun tmau tak mau je percaya, itulah ulama Melayu Islam kita. Sebut aja Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Syed Jamaluddin Kubra, Habib Noh... sapa tau skrg nih?

Yang hero terbilang kita... sapa lagi? Orang Melayu juga. Dato' Siamang Gagap, Dato' Maharajalela, Dol Said, Mat Kilau... semuanya berjuang atas nama Allah taala dan juga mempertahankan orang Melayu kita.

Yang nakhoda, laksamana, kapten, lanun handal... itu orang Melayu kita juga. Sapa Malay Prince of Pirates? Temenggung Daeng Ibrahim. Sapa yg British, Amerika, Spanish, Belanda takut dulu time 1800-an? Si Bongkok Tanjung Puteri. Sapa kapten-kapten kapal yg org Inggeris sendiri pun cakap stok giler dan kalau jumpa ribut pun tak gentar? Orang Melayu kita juga. Yg pusing keliling dunia skali dgn ferdinand Magellan? Panglima Awang aka Henrique The Black.

Korg baru jumpa benda yg boleh memotivasikan kita org Melayu sikit pun dah kecoh. Tak percaya.. kata mengarut saja pulak tu. Belum korg belayar lagi. Kalau korg belayar ke seluruh pelusuk dunia.. tau la korg. Kat South Africa, korg akan jumpa org Melayu. Madagascar, Melayu jugak. Goa... melayu jugak. Hawaii... ada gak org Melayu. Even England... tu, penuh ex-sailors orang Melayu kat Liverpool tu. Semuanya still di-respect oleh org Inggeris sendiri. Tak percaya? Ini pengalaman aku ketika belayar ke negeri orang. Tak kisah la kalau korg nak bantah pun... sebab korg asyik duk dalam Malaysia je, macam katak bawah tempurung. Tak tau apa. Org lain nak korek sejarah tulen Melayu, korg kata tipu. Org lain kata whoa, Malays are awesome! Korg kata tipulah, bodoh je Melayu nih. Sebab apa? Korg tak belayar lagi... duduk satu kapal dgn aku, tau lah aku taji korg sampai setengah mampus. Nak takut apa... Laut tu tempat permainan aku je. Korg sape? Aku tak heran langsung.

Jadi.. terpulang lah. Nak hidup Islam tanpa Melayu pun tak guna. Korg takkan kenal diri sendiri. Camner nak pergi makam seterusnya dan hidup dekat pada Allah taala kalau tak kenal diri, bangsa, keturunan sendiri? Tak kenal diri maka tak akanlah kamu kenal Allah taala. Tok Kenali sendiri bagi ayat tu.

Ha.. try-lah hidup macam tu. Islam saja... bangsa, tak payah. Sampai bila pun korg takkan kenal Allah taala. Jadi lah macam puak-puak Wahabbi tu. Ini tak boleh, itu tak boleh. Jadi punca perpecahan je... malu aku dgn korang. Senang cerita.

Admin blog the best. Buat lagi citer macam ni. aku sudi berkongsi maklumat sejarah maritim dan pelayaran org Melayu kita kalau ko nak. Banyak... tapi satu-persatu ya. Adat org menyampaikan ilmu tak boleh gopoh. kelam-kelibut nanti. :D

salam sayang dari org Islam Melayu sendiri.

-AkuAnonJugak-