Mac 12, 2011

Iblis dan Janjinya

Saat dia degil untuk tunduk sujud pada jasad tanah ini, saat dia berkata angkuh ;

"Gua dari api la bai, apahal pula gua kena tunduk dengan tanah?"

Api dan tanah. Dua elemen yang tak boleh di satukan mungkin. Jika di satukan, masih ada bara. Masih ada dendam. Masih berpantang arang. Menconteng arang ke muka bagi si Iblis untuk tunduk hormat kepada si jasad tanah. 

Apa reaksi si jasad tanah dalam hal sebegini?

"Gua tak tahu sama ada gua rasa bangga atau tidak bila lu orang sujud pada gua, tapi kalau sang Pencipta kita dah suruh, gua layan kan je lah. Tapi, gua harap lu orang tak lah berkecil hati. Kita semua dari sang Pencipta, sama saja jadi hamba sahaya kepada-Nya"

Sang Pencipta yang murka dengan si Iblis, rasa tercabar kerana suruhan-Nya tak di ikuti. Barangsiapa yang ingkar dengan suruhan-Nya, maka memang dia macam Iblis.

Maka, sekalian Iblis itu pun di sumpah untuk tinggal di neraka sampai bila-bila. Iblis rilek sahaja, kool dan tidak pulak kalut-gelabah.

"Okeh, gua tadehal. Cuma gua minta satu saja. Gua nak tengok adakah si jasad tanah ini adalah ciptaan terbaik atau ia merupakan kesalahan semata-mata. Izinkan gua goda dia sampai hari pengakhiran, bagi buka mata luas sikit yang sebenarnya si jasad tanah ini adalah makhluk hina. Lu pula si cahaya, lu pun sama dua kali lima dengan si jasad tanah!"

Si cahaya menundukkan muka. Dia tahu memang dia di ciptakan untuk patuh. Dia tiada nafsu macam Iblis. Dia bukan dari api, dan dia tahu dia dari cahaya. Cahaya tak dapat menembusi objek legap seperti tanah. Nak tak nak, dia perlu patuh pada perintah-Nya. 

Sang Pencipta mengizinkan permintaan Iblis. Deal or no deal. 

"Gua adalah Sang Pencipta, ape de hal? Dan gua lebih mengetahui dari lu semua", monolog sang Pencipta

Sungguh melankolik perjanjian ini. Perjanjian antara Sang Pencipta dan Iblis untuk melihat si jasad tanah terkontang-kanting di muka bumi. Si jasad tanah perlu sedar bahawa untuk mendapatkan syurga, dia harus patuh pada suruhan-Nya. Jika tidak, masak dia di humban ke dalam neraka.

Neraka itu umpama partikel sesat. Tidak ketahuan mana datang-nya, entah-entah di cipta berpasangan sekali dengan syurga atau sengaja sang Pencipta jadikan untuk permainan dan perjanjian ini. Apa-apa pun, neraka umpama black hole yang tidak ketahuan. Banyak cerita mengenai-nya, banyak cerita mengenai isinya. Namun, belum pernah yang masuk neraka setakat ini boleh keluar pulang dengan selamat. Tak tahu lah jika di hari pengakhiran nanti.

Tak di ketahuan juga jika rupanya Iblis boleh keluar-masuk free-free di pintu neraka. Memang hebat si Iblis ini. Hebatnya sampai mencederakan minda si jasad tanah.

Walhal, bila di fikirkan semula, adapun hidup ini hanya permainan. Kau mula bermain, kau kena teruskan bermain, kau tewas bermain, lubuk api-lah jawapannya. 

"Hai manusia, this is my card. Welcome to the real world. Ada masa jom kita makan buah-buahan enak?"

Kata si Iblis kepada si tulang rusuk yang bakal kena tipu. Padan muka!

68 ulasan:

Ismet Ulam Raja berkata...

gila. Ko dah rujuk mana-mana mufti tak nak buat entri ni? Haha

AlexiaAqram berkata...

ha? kena rujuk ke? ini cuma karangan analogi dan interpretation.

haha. kenapa series sangat kena rujuk mufti? ;{

wasabi.senpai berkata...

rasanya tak elok sangat cara penyampaian macam ni.tak kena pada tempat T.T

eiffel berkata...

huhuhu...

apakah ianya bakal dikontrobesi gk?

Sab Buenoo berkata...

lecturer aku baru cerita pasal ni beberapa minggu yang lepas.

dia pun buat dialog yang cool jugak.


tapi takde la sedasyat kau. hee.
tapi tetap masih cerita yang sama. sikit pun tak berubah. (mmg tak boleh pandai2 ubah pun kan~ :)


:: pengakhiran kau, aku suka dan setuju. :)

Ismet Ulam Raja berkata...

ok. Nak aku sound derek? Benda-benda ni kalau orang LAMBAT PIKAP baca, ko akan dituduh mempermainkan agama.

Aku dah habis kaver pakai ayat mufti tu.

AlexiaAqram berkata...

@sab bueno

ini semua adalah cerita dari petikan al-quran. maksud dan jalan cerita tetap sama, tanpa pengubahan.

cuma olahan aku ubah untuk lihat bagaimana kalian semua berfikir dengan sebuah penulisan.

aku gembira kau faham pengolahan sebegini.

terima kasih.

p/s: agaknya macam mana korang hendak menilai sebuah hikayat melayu kuno kalau penulisan gaya moden sebegini pun mungkin jadi kontroversi?

AlexiaAqram berkata...

@ismet ulam raja

haha. aku faham. tak pe, kita lihat dulu sebagaimana pembaca2 ini membaca. adakah mereka membaca menggunakan akal atau nafsu atau LUTUT?

terima kasih.

mahirahkamal berkata...

bernas..
kalau ada yg baca di kala akal jadi alas kaki, confirm mereka kata biadap..
tk sabar nk tunggu reaksi penonton :p

bagaimanapun saya suka..pengolahan sahaja yg lain.isi cerita ttp asli~~

SagaPutih berkata...

ini adalah satu contoh dimana para penceramah boleh gunakan untuk menarik minat para pemuda-pemudi untuk dengar ceramah

y use the same old boring shit when we talk about religion? At the end of the day, the message that really matters. aku takde nampak penghinaan pon dalam post ini.

Kalau orang kata celaka itu perkataan mencarut, means dalam Quran, Allah selalu mencarut, dalam Quran pon menggunakaan perkataan Celaka.

Kalau orang kata memanggil orang tua dengan menggunakan kata ganti nama 'Kau' itu kurang ajar, maknanya, tiap hari kita kurang ajar dengan Allah, dalam doa kita selalu gunakan Kau kan?

nice entry AA

Hansyirah Takezur berkata...

mendalam betul maksud dia.. thanks 4 this reminder.. walaupun digunakan dlm pengolahan bahasa sendiri tapi massage is convey.. kita sume tau cerita ni tp kita manusia yang kena sentiasa diingatkan.. trimas..

Ismet Ulam Raja berkata...

dah sah-sah AA tutup komen anom kan.

SagaPutih berkata...

only losers and retards bash peoples' entries using anonymous.

eszol raar berkata...

janji dan dendam

it's part of human being

accept it

a.samad jaafar berkata...

astaghafirullulah...
jika "padan muka !" itu awak tujukan pada siti hawa.. alangkah dahsyatnya kata-kata itu.. berlucu dalam berbicara hal-hal berkaitan agama ok.. tp jika tersilap dan terlanjur..buruk padahnya.. malangnya.. ada yang suka dan menyokong kata-kata itu..
saya pasti..lepas ni ramailah penyokong awak menghentam saya.. cuma, saya tegaskan di sini, saya ikhlas dalam menegur..dan saya tak kisah.. tp ingat ye.. nak komen pun, biarlah berlandaskan nas dan hukum yang sahih.. wallah hu'alam..

JIJI YU berkata...

aku ok je nga care penyampaian ko.ianya bersesuaian aku rase dgn care bahase orang zaman skang ni..tapi untuk sang pencipta tu akur ase baek ko tunjukkan lagak gaya bahase yang manunjukkan ianya betol2 PEMBESAR YANG MAHA AGONG

De' Nurul berkata...

aku setuju dengan cara penyampaian kau ni. tak bosan. menarik. first dialog buat aku terkejut dan tergelak.adakah main gua lu bai segala. tapi itu cool. tengok pada cara penyampaian dan isi cerita, memang sampai. tak rasa lah pulak nak kena rujuk mufti ke ape sebab memang cerita dia macam tu kot.

sastraboy berkata...

why so serius?

haha.

sastraboy berkata...

why so serius?

haha.

sya berkata...

cerita betul, tapi..kalo org bukan islam baca apa pandagan dyeorang eh? bahasa je a lil bit harsh. content ok... gud sharing...:)

Ismet Ulam Raja berkata...

kalau dipikirkan balik, bab2 bahasa ni ada perlambangan juga sebenarnya..

Kalau tak kenapa ada kata pujangga bahasa melambangkan bangsa.

Bahasa melambangkan siapa kita sebenarnya.

Kalau tengok semula, kena al-quran ditulis dalam bahasa arab? Kemudian baru diterjemah ke bahasa lain.. AA boleh huraikan bab bahasa ni kot..

Addam Juhari berkata...

aku cool je, citer asal boring kot, dah olah camni,sonok sket membaca,.

MATAHARI berkata...

why do i sense the smell of pop corn?

n i agreed with SagaPutih.

AlexiaAqram berkata...

@matahari

kau rasa patut tak aku bukak komen kepada anon?

rasa nak makan pop-corn jugak nih.

SagaPutih berkata...

Aku nak daim!

AA : aku lagi suka tengok orang 'berani' bashing dowh. tapi its quite fun to laugh at retarded cowards also.

anon = cowards

neo.. berkata...

Sekiranya mata itu hanya memandang tinta,maka menghilanglah huruf-huruf.

Fiq Vertigo berkata...

ustaz aku dlu dialog dalam bahasa kelate, which is aku paham tambahan lak mmg ustaz tu ensem. pakej!

ni bahasa abang remp nak ajar sirah kpd adik remp. semoga pintu hati linda martopoh terbukak. amin!

che'ila berkata...

Ini kisah benar, yang cuma di alih bahasa ke bahasa yang agak rempit sikit..

sama2lah doa supaya kita tidak terpengaruh dengan rencana jahat Iblis ni.

Kaizen Shinobi.com berkata...

well, sume okeh...

but satu jeh part aku tak setuju..

part sang Pencipta...

Tuh kan ko refer kepada Allah...

Penggunaan bahasa untuk part2 yang lain aku tak kesah. Mesej tuh penting..

Aku baca balik lagi sekali..

Part sang pencipta tuh lagi nice kalau ko letak ayat al-Quran.

Lagi sedap mata membaca.

just my 2 cent.

MATAHARI berkata...

let this be an experiment, dengan tanpa anonymous, jadi anonymous sebelum ini nak serang membabibuta pun fikir 2-3x. nak komen ke tak dengan acc dia sendiri.

AlexiaAqram berkata...

cuba search perkataan 'sang pencipta' di google. kau faham lah nanti.

rasanya m.nasir, seorang ahli sastera/seni juga menggunakan perkataan 'sang pencipta' dalam album beliau.

atau korang ni buta tuli jarang membaca buku?

hiks!

Amiey White berkata...

rasanya isi dah t'surat kat situ bukan x boleh faham kot ~

rasa nya kadang2 budak2 muda ni kena berbahasa sikit kalau nak mereka faham isu berkaitan agama .

btw part makan buah tu .

okay , faham =.=""

Akulah Aqilah Itu berkata...

aku kat sini sebab nak baca komen hot je. heheh. Baru perasan ,anon tak bukak.

orang kurang rajin berkata...

great.

aku rasa semua ni takde hal. kita kena faham konteks. siapa penulis siapa penonton tu sume kena amek kira.

btw menarik ;)

Moon berkata...

blog aku inspired by blog ni ler :P

*not a copycat, bace balik doh - inspired !

Republic Aku berkata...

jarang sangat terjumpa ,mungkin cuma mereka2 yang telah dihadiahkan sahaja mampu menterjemahkan dengan cara yang terkini....yang penting tujuan isi kandung ,harap2 teruskan lagi usaha2 anda....kerana kita miskin teramat dengan mereka yang berhadiah.

sastraboy berkata...

wei wei,

yang marah pasal gua digunakan pada tuhan. apa pasal eh?

ingat tuhan ni sultan/raja segala? nak berformal-formal protokol?

dia tuhan kita der. suka hatilah nak guna kata ganti nama apa pun. bukannya mengutuk.

aiseh, korang ni, protektif tak bertempat.

kalau berdoa dengan tuhan, guna gua-lu apa salahnya?

haha.

SagaPutih berkata...

sastroboy : btol2. macam yang mak kau slalu cakap, kau cakap la bahasa ape dengan Allah, dia akan paham. He's everything. Kita cakap ape, bahasa ape, semuanya datang dari Dia jugak. lupa?

Maybe because kita dah terlampau biasa dengan cara Melayu, always dengan panggilan dan nama..bila dengan Dato kena beliau bagai, tan sri bagai, dengan Sultan kena hamba patik bagai, Fuck this shit. We all human, kita bos kepada menteri, sultan semua self proclaim, nape kita nak kena hormat pada mereka?

orang kurang rajin berkata...

aku belajar psikologi sikit2. islam dan psikologi pun aku ada belajar sikit2. even lecturer aku pun kata tadehal nak guna semua ni. yg penting maksud kita sampai. jangan rigid sangat weh mana laa ilmu nak sampai.

AlexiaAqram berkata...

gua masih terkenang pernah berbual seringkas-dua dengan arwah sultan johor kat luar. dia rilek je cakap aku-kau. takdenya nak beta-patik-hamba.

steady lah arwah sultan iskandar. gua doa lu punya roh di cucuri rahmat oleh Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Superior!

muse berkata...

Salam...

Segalanya bergantung kepada niat si penulis. Andai ko rase gaya penulisan ni yang terbaik, hmm...dan dgn gaya penulisan ni misi menyampaikan dakwah ko tercapai...allhamdulillah..bagus. Tapi andai ko rse gaye penulisan begini buat ko nampak cool, ranggi dan hebat...hanya Allah yg tau ape balasannya.

Personally, aku kurang gemar...

Al-quran diturunkan dgn seindah-indah bahasa, secantik-cantik prosa kata, kenapa kita manusia yg lemah dan hina nak tukar nada kalam Allah ni jadi begini. Andai ko rse cara ni memudahkan pemahamam pembaca,aku xrasa pemahaman menjadi lebih mudah. Sebaliknya, aku rsa janggal.

Ada hikmah kenapa al-quran diturunkan dalam bahasa yang cantik. Sebab ianya adalah simbol keindahan islam. Bahasa macam gua/der/lu dll bunyinya kurang enak.

Ade yg komen,

"ingat tuhan ni sultan/raja segala? nak berformal-formal protokol?

dia tuhan kita der. suka hatilah nak guna kata ganti nama apa pun. bukannya mengutuk.

aiseh, korang ni, protektif tak bertempat."

At the very 1st place dah silap..
Allah tu Raja kepada segala raja, sultan kepada segala sultan, ketua keopada segala ketua yg ada di alam ni.

Kalau PM pon nak kena jaga adab/tatacara kita bercakap, ni lagilah...nak describe tuhan kita,raja kepada segala raja, Maha Kuasa.

Jadi, entahlah...at least ko dah jalankan tanggungjawab dakwah ko, cuma...strategi dan cara penulisan...perlu diubah kot...

Andai ada non-muslim baca, apa tanggapan mereka.

Silap haribulan...diorg pikir Tuhan Umat islam ni,,,lagaknya sama shj dgn Ah-long mintak hutang.

Sekadar pandangan..wallhualam

sastraboy berkata...

abam muse..

kalau begitu, mesti berpatik hamba dengan tuhan?

atau ber ana enta?

tapi selama ni, aku tengok, dekat masjid, ber aku kau je imam tu bila berdoa?

eh. cantik ke aku kau digunakan pada tuhan?

ohohooooiii!!

haha.

SagaPutih berkata...

Tidakkah anda tahu bahawa Perdana Menteri dan semua menteri itu sebenarnya bukan Boss kita?

kita adalah boss kepada mereka? Tanpa undi kita, mereka takkan jadi menteri? So y the fuck must we show respect like that to them? kalau ikut ketuanan, kitalah tuan mereka, rakyatlah tuan kepada menteri, menteri yang patut hormat kepada kita, rakyat.

You feel me brother? So please, jangan sama kan perkara ini dengan PM

muse berkata...

Orait...
jadi aku betulkan balik anologi aku kt atas..

Tergamak kah kita sebagai seorang anak nak guna perkataan spt gua/lu/der dll dgn ibu kita??
Ibu yang melahirkan...
dan..jika kita tak tergamak menggunakan perkataan sebegitu dgn ibu kita,kenapa perlu guna kata sebegini untuk Allah..yang MENCIPTA kita...??

Kasihnya Allah kepada hambanya, lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya, rindunya Allah terhadap hambanya...lebih dari rindu ibu bapa kita...

tu je point aku...

xperlu la nak lawyer buruk wahai sastraboy...

Point aku simple je pun...

Klu betul nak berdakwah, menyampaikan yg benar..kenapa xikut je cara ulama' hebat..

cthnya, try usha cara penulisan As-syahid Hasan Al-Banna,xpun maududi..Ibnu kathir ke...

big names ni xguna pun kata2 camni...n Alhamdulillah..sampai sekarang org still lagi rujuk tulisan Hasan Al-banna..

Tu je..bkn niat aku pon nak gaduh2 pjg lebar...

cuma..adalah lebih elok kiranya penyampaian diperbaik..

sekian.

AlexiaAqram berkata...

bila masa aku berdakwah?

KAH KAH KAH

pernah belajar KATA GANTI DIRI? dan ASIMILASI KATA GANTI DIRI?

tak pernah? takpe, belajar lagi eh bang.

muse berkata...

Kepada sastraboy...aku still nk betulkan kenyataan ko

"Ingat tuhan ni sultan/raja segala? nak berformal-formal protokol?"

Beberapa nama dari 99 nama Allah yang merujuk kepada kekuasan(pemerintah)

Al Malikul Mulk bermaksud - Raja diRaja, Maharaja(pemilik kedaulatan yang kekal)
Al Kabir - Yang maha besar
Al Jalil - Maha tinggi


agak2nya lah...kenapa tak guna je Asmaul Husna ni utk describe Allah...kan lagi indah...??

Kalau nak berdoa pun...xperlu lah berpatik beta dsbgainya..
klu xnak guna aku/kau pon boleh..

kita start guna Asmaul Husna untuk

Allah yg Maha esa..

maka selesailah perbahasan kita..

kan??

SagaPutih berkata...

Pernah dengar kata-kata ini

"Ajarlah anak-anak kamu mengikuti zaman mereka"

pernah?

konteks ayat tu bukan sekadar menjurus kepada mengajar tapi juga menyampaikan mesej dan berdakwah.

Kalau nak sampaikan mesej2 mcm ni kat anak2 muda atau rempit, agak2 kalau guna the same boring shit yang kita slalu dgr,bdak2 ni nak dengar tak?

kalau cakap mcm ni, dorang aku rasa lagi tertarik nak dengar,

as long we can covey the message, simple as that.

thats y, banyak pemuda-pemudi rebel dan malas nak dengar2 benda2 mcm ni, pasal agama budaya dan bahasa, sebab mereka gagal untuk ikut rentak sama2

kena ikut peredaran zaman jugak

mengerti?

nama2 yang kau sebut kat atas tu zaman bila? hidup lagi? para pemuda-pemudi zaman2 mereka sama ke ngan sekarang?

kita kena ikut keadaan semasa.

SagaPutih berkata...

baru lepas wiki ke bang? lambat je nak betulkan komen sastroboy tu, nape tak sekali arung je

sila baca dengan hati kena troll

muse berkata...

Imam Hassan Al-Banna..
the founder of Muslim Brotherhood.
Perjuangan dia ada sampai sekarang bro..
masih belum mati.Mungkin ko xtau..
tapi banyak jemaah-jemaah yg aktif still guna modul/kitab2 beliau.
Xkan nak pertikai cara penulisan dia kot brother...?

Hmmm...bercakap soal mengikut arus..
mungkin cara ni betul,tapi mcm komen first aku...
kita still kna jaga keindahan islam tu..xkan lah sebab nak ikut peredaran zaman...kita nak bt semua ni...

Btw....kepada penulis...dakwah maksudnya menyampaikan...

Kalau ko tak berdakwah...aku ko bt kat sini???

Aku ingtkan...ko tulis semua ni untuk bagi peringtan kat semua org...hmm

InshaAllah...aku masih perlu byk belajar...tapi aku harap aku akan jadi manusia yang boleh terima kritikan dan pandangan.

AlexiaAqram berkata...

aku rasa kau yang sedang 'berdakwah' sekarang.

heh!

sastraboy berkata...

haha.

abam muse ni. marah nampak?

kehkeh.

kelakar lah abam muse ni.

abam muse. sila baca dengan hati yang tak over protektif ye.

saya bukan apa. malas la layan lawak abam muse ni. kehkeh.

oh, btw abam muse.

saya ber aku dengan mak saya,

tak pe je pon!

tahu kenapa? sebab itu budaya dalam keluarga dan masyarakat saya!

kehkeh.

samalah macam gua lu ni abam muse.

budaya anak muda sekarang ni bergua lu. so, dengan tuhan pun anak muda nak jugalah bergua lu. baru rasa kamcengnya.

kehkeh.

abam muse ni mesti anak tua kan?

takpe. saya anak muda faham.

kehkeh.

wahyu hidayah wahidin berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wahyu hidayah wahidin berkata...

sastraboy : x baik ckp mcm tu.. muse cume bg pndapat.. dan awk spatot ne trime pndapat nye dgn fkiran yg profesional..

muse : sy sbnar nye stuju ngn kamu..
dgn ibu yg melahir kn kte pon kte hormah, ape lg dengan Pencipta kite...

sastraboy berkata...

haha. wahyu, aduhai. aku kena professional?

abam muse tak perlu professional?

dan professional macam mana kau cakao ni?

aiseh. tak paham aku.

dah dah.aku dah malas nak cakap apa-apa lagi.

AA, sori aku menyibuk dekat sini.

guess what i said never been read carefully.

*semput*

kehkeh.

wahyu hidayah wahidin berkata...

sastraboy : aku x nk bnyak cite kt sini kang kau kate aku berdkwah lak..
ape kate kau bwak artikel ni kt ustaz kau or sumone yg berpengetahuan tggi dlm agame.. tgok pndapat dye.. jgn remeh2 kn hal agame..

alaexisanchez berkata...

bila otak dah disekat dengan taksub sendiri, ustaz menegur pun dikatakan ketinggalan zaman.

wahyu hidayah wahidin berkata...

alaexisanchez : like3 .. !

muse berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
muse berkata...

Yup...kadang2 kita tau yang kita silap tapi susah benar mengakui khilaf kita ni.....lumrah manusia.

Sebagai peringatan buat diri sendiri jugak.

Abam Sastraboy - aku mungkin lebih muda dari ko rsenya...n aku xrasa this way do not suits me bro...

takpe.saya anak muda juga.
saya pun faham.

SagaPutih berkata...

Kenapa saya, awak, beliau, tuanku, baginda adalah kata ganti nama yang dikatakan sopan? Kenapa gua, lu, kau, aku dikatakan kata ganti nama yang dikatakan kurang ajar?

sebab di sekolah di ajar macam tu. kerana ibu bapa kita yang katakan ianya macam tu. Tak pernah fikir tentang perkara ni? tak pernahkah anda semua berfikir bahawa semuanya terkandung dalam KBSR, KBSM dan ideologi kaum Melayu?

Dalam Al-Quran ada berkata kau tu kurang ajar? gua lu tu kurang ajar? Melayu sendiri yang cipta perkataan -perkataan tu kan? dah, bila manusia yang cipat semua perkataan itu, datangnya dari mana?

Allah juga kan? Tak gitu?

Weh, dalam tafsiran Al-Quran pon gunakan perkataan Kau, Aku, Celaka semua lah. Tolong jangan nak jadi bengap sangat boleh?

Bukan taknak terima teguran dan nasihat, tapi teguran dan nasihat korang tak bernas, jadi sila kukuhkan dengan hujah2 yang lebih masuk akal.

ingat, kita semua manusia, bahasa-bahasa lain selain dari bahasa Arab adalah bahasa ciptaan manusia, jika AA membuat post ini dalam bahasa Arab dan bunyi seolah2 mempersendakan agama, aku pun tak setuju.

Lagi satu, kenapa bila membabitkan Agama, hanya ustaz sahaja yang boleh berkata-kata? Ini agama kita semua jugak bukan? nape yang bukan Ustaz tak boleh berkata-kata? adakah ini agama para ustaz sahaja?

AlexiaAqram berkata...

asimilasi bahasa.

gua = aku, kami, saya
lu = kau, kamu, awak.

apa de hal?

sastraboy berkata...

okelah. memandangkan ramai sangat yang nak shoot aku, aku cakap eh. hahahahaha!

kelakar bebenor korang ni!

ustaz, siapa ustaz? kahkahkah!

ustaz je boleh cakap pasal islam? kahkahkah!

ajaran mana korang ambik ni? kahkahkah!

teguran siapa aku tak layan ni? kahkahkah!

dah dah. aku nak join matahari, makan popcorn sambil tengok ustaz/ustazah marah aku.

kahkahkah!

sastraboy berkata...

oh ya, lupa nak cakap.

abam muse.

umur abam muse memang muda, tapi jiwa tua!

kahkahkah!

isham rais yang dah beruban tu pun kira anak muda, sebab jiwa dia muda!

macam Kaum Tua dan Kaum Muda gak.

Kaum Tua bukan orang tua semata, tapi orang yang fikiran dia tua. tak boleh nak terima benda baru.

Kaum Tua bukan orang muda semata. ada juga orang tua. orang ni lah yang berfikiran terbuka.

ko?

ko Kaum Tua!

umur muda, otak tua!

Kahkahkah!

sastraboy berkata...

http://expresisastra.blogspot.com/2011/03/monolog-rempit-pada-tuhannya.html

baca ni! kahkahkah!

MATAHARI berkata...

om nom nom.

analogi nya simple je.

nape nak susahkan benda yang dah simple.

abam muse, abam muse.

manusia yang susah payah nak memartabatkan raja, sultan, apa-apa yang berpangkat.

aku-kau sudah, dalam doa terang-terang aku-kau.

wahyu hidayah wahidin berkata...

matahari : hai..sorry,aku bukan nk mnang kn muse.. klu kau bce komen2 nye dr atas kau akn nmpak... muse bkn mrah atau kutuk...dan bukan jga nasihat..dye cume 'tegur'...sbb bhase yg 'sang pncipta' gune kn..dan 'pandan muka' yg pnulis tuju kn tu...

sastraboy plak x dpt trime sbb muse tegur salah dye..pastu kutuk org tu x tntu pasal..padahal org tu cume tegur..

sastraboy : org yg berfkiran rasional xkn terima teguran cm ne kau terima teguran org ..cre kau salah...dan aku dh bce entri kau tu...cm xde kaitan yg kukuh pon,x perlu kot kau serte kn tu..

hana rahim berkata...

huh.

Ara berkata...

'Padan muka' pd Hawa nmpk seolah2 nk ckp 'perempuan mudah ditipu cos tlalu lemah'

Da mcm pemahaman kristian di mana 'Eve is the Original Sin' ..and all the women born after her is the cause of all human calamities...ni yg ustazah aku cite kt skola dlu la..ttg pemahaman org krisitan terhdp Eve (Hawa).