Mac 22, 2011

Kadang-kadang

Kadang-kadang bila baca balik sejarah Islam selepas Rasuluallah SAW wafat buat aku tergelak sorang-sorang.

1. Sebab utama ramai orang tak puas hati dengan Saidina Ali adalah sebab Ali remove ramai kroni Saidina Uthman yang bekerja dengan Uthman sebelum si Uthman tu wafat. Kiranya, bila Ali jadi khalifah baru, dia tak naklah suku-sakat Uthman saja yang konker dalam kerajaan. Jadi remove-lah mana yang patut. Adil lah tu kan? Tapi, kat Malaysia ni tukar 3 Perdana Menteri sekalipun, Maharaja Taib tetap jugak duduk kerusi Ketua Menteri!

2. Paling tak puas hati dengan 'rombakan kabinet' oleh khalifah baru ini lain tak bukan mestilah Muawiyah. Si Muawiyah ni sedara si Uthman. Yelah, mana tak si Muawiyah ni meradang bila kena remove oleh Ali, dia di bawa masuk oleh Saidina Umar. Penat dia strong-kan Islam kat Syria, tawan Mesir dan Cyprus, malah siap boleh acah-acah Empayar Byzantine. Jasa dia pada Islam besar, apa hal plak kena remove dalam kabinet ye dak? Tu yang Muawiyah ajak perang dengan Ali. Tapi, kat Malaysia ni kalau lu terer macam mana pun, kalau dah nak kena remove, pandai-pandai lah lu bawak diri, kalau lu berdegil jugak, siap sedia bai video seks lu dalam tangan gua.

3. Tu yang jadi Perang Jamal bai. Perang antara sedara mara arwah Uthman dengan geng-geng Ali. Perang ni paling kelakar bagi aku. Ye lah, team bini muda nabi iaitu Aisyah lawan perang dengan team sepupu serta merangkap menantu nabi sendiri iaitu Ali. LOL! Sedara-mara pun boleh berperang sampai ribuan melayang. Aisyah geng dengan sedara-mara Uthman, Aisyah rasa perang ni kena buat sebab lembab sangat si Ali ini siasat siapa yang bunuh Uthman dengan kejam. Entah-entah dari geng-geng Ali sendiri. Perang punya perang. Team Aisyah kalah. Tapi, Ali steady, sedara punya pasal ye dak? Tak nak lah apa-apakan Aishah, hantar balik Madinah sudeyh. Tapi, kat Malaysia ni kalau lu kalah-menang bertanding, tak pernah nak gentleman-nya. Kalau menang, di katanya pilihanraya adil. Kalau kalah, dikata SPR menipu lah, undi hantu lah, menang sebab fitnah lah. Kejadah!

4. Si Ali ni pun satu hal dia buat hal, dia pergi pindahkan ibu negara Islam dari Madinah ke Kufah (belah Iraq). Jauh gila! Cuba banyangkan kalau ibukota Malaysia ni berpindah dari KL ke Kota Kinabalu. Tak mengamuk orang Lembah Kelang bai? Ala, pentadbiran kerajaan pindah dari KL ke Putrajaya pun dah ada orang berangan nak takluk Putrajaya dan nak jual kalau boleh. Ceh!

5. Start dari situ, lagi orang tak puas hati. Lagi meradang si Muawiyah. Di ajak perang betul-betul punya perang penamat. Perang Siffin. Al-kisahnya, berperang lagi kali ini si Muawiyah jadi kepala dan Si Ali pun sama jadi kepala. Perang sampai kusut, nak-tak-nak buat rundingan. Last-last buntu jugak. In the end, si Muawiyah jadi khalifah Islam belah Mesir dan Syria. Dan si Ali jadi khalifah belah Iraq dan selebihnya. Dah sudahhh Islam ada dua taiko dalam satu lori. Tapi, kat Malaysia ni ape de hal? Lu ada 9 raja, gilir-gilir berkongsi 5 tahun sekali la beb. Kental!

6. Penamat story ini terjadi bila si Ali kena bunuh dengan golongan tentera Ali sendiri yang tak puas hati dengan keputusan Ali. Tentera Ali ini-lah yang jadi golongan Khawarij. Ok, yang taat dan taksub pada Ali time kat Kufah ini bermulanya golongan Syiah. Khawarij ni sebenarnya dah bunuh Uthman dulu. Bila kena buru, depa menyusup dalam team Ali. Itu yang si Muawiyah meradang sebab Ali tak alert pasal Khawarij ni. 

So, gua nak tanya. Apasal Imam syiah lu si Ali yang kena bunuh dengan Khawarij, lu yang Syiah ni salahkan dan berdendam dengan Sunnah? Madefaker betul lah! Lu pergi bertempur dengan Khawarij je lah, menyibuk apa lu nak buruk-burukkan kitaorang yang Sunnah ni? Jadah apa lu nak burukkan Abu Bakar, Umar dan Uthman yang takde kena mengena? Weh, Uthman kita orang pun kena bunuh dengan Khawarij tau dak?

Maka, sebab itu lah, hasil dari semua ini. Aku menyimpulkan Syiah itu terhasil dari persengketaan politik. Lu tunjuk baik macam mana pun, gua tak heran. Lu tunjuk baik, gua ambil yang baik, gua okay je. Tapi, untuk berpegang pada mazhab Syiah. Sorry lah brader, mazhab yang sebab dari peperangan dan pertikaian politik macam ni gua tak boleh lah. Tak kesahlah lu kata lu sayang anak nabi sekalipun, tapi hakikatnya sedara-mara nabi sendiri pun boleh berperang sama sendiri, ape cerita?

Cuma lu kena beringat, teruk-teruk Syiah, teruk lagi Khawarij tau dak? Kalau kata Sunnah tu teruk, lagi lah teruk Khawarij yang bermuka-muka dan pada zaman sekarang ini depa kental kepada Amerika dan demokrasi. Kalau lu baca balik intipati ajaran Khawarij, lu tau lah nanti. Tapi, kat Malaysia ni aku rasa, rupa-rupanya bersepah orang Islam yang macam Khawarij. Baik UMNO, PAS mahupun PKR. Keh keh keh! Demokrasi la sangat ye? Bawaklah demokrasi syaitan kau tu dalam kubur, cher try jadikan pelindung bila Mungkar Nangkir tanya. Time malaikat tanya, orang len jawab Nabi Muhammad, lu jawab demokrasi! Gasak kau lah nakkk!

25 ulasan:

Dale berkata...

kau berjaya buat aku bukak balik buku sirah annabiwiyah ...

mis berkata...

macam-macam~

Johan "Champ" Radzi berkata...

Alaa Aqram, semua tu masalah cabang. Asalkan kita semua samsa sama islam ye dak?

Syiah Jaafari Iran diakui Al Azhar. Akui, ada jugak syiah sesat macam Batiniiyah ada jugak yang baik.

Kita ikut saranan Sheikh Jamaluddin Al Afghani, jangan pandang islam secara bermazhab. Pandang islam secara satu.

Sebab kita semua, syiah, sunnah, bersujud kepada kaabah suci jugak.

Kau menganjing malaysia baik punya.

Kaizen Shinobi.com berkata...

nice entry.. but once again...

Ramai watak di atas tuh bukan sembarang orang...

bukan member2 dowh ko just cakap by name jeh...

where is your respect to them?

saidina ali R.A, saidina uthman R.A, saidatina aisyah R.A, dan semua2 yang lain tuh bukan member2 sebelah rumah boleh main sebut2 je name diorang.

~ abil CUMA ~ berkata...

aqram...check dis out..and bagi pndapat ok dak??

http://bellacuma.blogspot.com/2011/03/dsai-kene-tangkap-ngan-pelacur.html

Cha Gloxinia berkata...

Semangat dah aku baca sekali terbaca komen daripada Kaizen Shinobi.com . Betul juga apa yang dia cakap.

♥NuR SyAFiQah♥ berkata...

nice entry but panggilan for sahabat2 nabi tu agak kurang hormat..just my opinion ;)

AlexiaAqram berkata...

respek aku pada sahabat nabi bukan pada panggilan R.A mahupun saidina. respek aku pada mereka hanya pada kezuhudan dan sumbangan mereka pada jalan tauhid ini.

dan ini hanya penulisan sembang-sembang kopi. kalau ia merupakan sebuah penulisan skema, mungkin aku akan letakkan R.A dan saidina semua tu.

harap maklum.

luckiey berkata...

good....aku pon dh lame nk tls citer sal zaman2 nabi...tp aku xpandai nk ringkaskan dan simpulkan citer cm ko...nice larrhhh...sal panggilan tuh,okee je aku ase....depend pd org yg bace....kite yg tulis taw knp kita hormat diorang....

Sab Buenoo berkata...

kau memang pandai sungguh la nak psyco reader2 ko yek.

=.=" kadang2 aku kagum gakla.

sebab selama hidup aku psyco dengan komunikasi paling berkesan sebab aku pernah kena ngan cikgu aku sampai menangeh teresak2. :P

afrohead berkata...

aku tak pernah anggap Syiah itu sebagai satu mazhab.

SagaPutih berkata...

gua dapat bau pop corn sekali lagi

adoi la korang, nape benda remeh temeh ni boleh jadi isu? tapi benda yang patut kita besarkan mata dan lihat btol2 kita taknak amik perhatian?

AA, laki najib dapat doctorate, what say you? kahkahkah

*tunggu pop corn dari Luc

AlexiaAqram berkata...

bik mama dapat doctorate?

pffffffftttt.

doktor kelamin ke?

free compass berkata...

sebab tu lepas gaduh2 muawiyah terus cipta bateri baghdad bateri pertama didunia. kehkehkeh tkda kena mengena.

sya berkata...

kalo bukak blog ni suka tgk komen je,,mesti ada teguran.. tp setiap teguran pun mmg x pernah diterima oleh A.A ni.. ..


kita manusia kan x sempurna. sekali sekala bila ditegur,terimalah dgn hati terbuka. :)

eszol raar berkata...

gempak ko relate

sastraboy berkata...

sagaputih!!

kehkeh. kita nak wayang ke ni? sambil panggil bos lucif gua datang bawak popcorn.

SagaPutih berkata...

sastroboy : yeah! wayang weh! aku rasa la, tak tau la btol ke idak sebab takbleh nak comment anon kan

sastraboy berkata...

kahkah. lek saga, takde anon pun mesti ada wayang punya. tak ingat ke kes hari tu? haha.

oh, btw, aku setuju dengan komen si
"Johan "Champ" Radzi". paling true!

oke, sambung tengok wayang! haha.

Republic Aku berkata...

itu pasal mahzab2 ni boleh bikin kita gila ,ada macam2 peel ,padahal semua mereka islam ...boring2 aku ikut apa yang ada dalam al quran ...sudah!

Naqib Mohamad berkata...

kalau ustaz aku dulu cerita kisah2 nabi dan para sahabat mcm ni, pergh! seronok pulak baca.. keep it up bro!

Tanpa Nama berkata...

aku suka

Silent Blogue berkata...

73 pintu ,
73 jalan ,
yang sampai hanya SATU .

Zulfikar Hazri berkata...

kesimpulan yg merumuskan politik perang yang panjang.. :) i like!

Miss Dolce and Gabbana berkata...

awesome! Kau berjaya relate sejarah zaman Rasulullah dengan politik sekarang.Lagi satu kau dah berjaya suruh aku bukak balik buku sejarah Nabi oh..haha..teruskan.. ;)