Mac 24, 2011

MWE (Malaysian Wrestling Entertainment)

Aku menyoalkan persoalan ini terhadap keadaan sekeliling.

"Rasanya Malaysia patut dah ada wrestling sendiri"

Persepsi tentang lelaki-lelaki Malaysia yang sebelum ini ber-kote kecik, lemah di ranjang, dan video klip seks yang tak sampai 3 minit boleh di hapuskan dengan kewujudan wrestling di Malaysia. Sebab perspektif pertama kita mengenai wrestling ialah, keperkasaan. Anda lihat badan Batista, Randy Orton, Ultimate Warrior dan Hulk Hogan cukuplah, mesti ada rasa, "Besar gila orang Amerika, sasa!". Jadi, kita nak buktikan, siapa cakap orang Malaysia tak perkasa? Takkan nak harapkan parti PERKASA je bang, nama je perkasa, orang dalam perkasa tu semua perut buncit.

Mungkin gara-gara mengenang kembali keseronokkan WWE yang kini rancak dengan kehadiran The Rock dan Stone Cold Steve Austin pada Wrestlemania kelak. The Rock vs John Cena vs The Miz la shiall. 

Ya, wrestling ada lah sukan hiburan. Sesetengah orang kata sukan tipu, sukan lakonan. Hey, tapi apa kesah bro? Ia lebih baik dari menonton Akademi Pantatsia dan juga Menteor. Ini pada pandangan aku lah, sebab aku lelaki yang kasar. Aku lebih teruja melihat keperkasaan lelaki di gelanggang berkelahi dari melihat lelaki-lelaki jambu mempertaruhkan suara di arena nyanyian. Kita perlu mendidik golongan lelaki di Malaysia menjadi lelaki sebenar, bukan lelaki jambu dan patah. Inilah akibatnya bila corak hiburan negara kita tidak selari dengan nafsu buas lelaki yang sukakan perkelahian. Akhirnya menjadi gay. Ouch!

Cuba lah kau bayangkan seorang lelaki berketak-ketak, rajin masuk gym bina badan tapi menghabiskan masa dengan laptop dan blog serta mungkin mencuba nasib menyertai Raja Lawak, segmen dan mungkin Hero Remaja. Seperti takde fungsi lah badan yang berketak-ketak tu bukan?

Bukankah lebih berfungsi jika lelaki-lelaki yang badan berketak-ketak ini menceburi bidang wrestling, barulah masyhur, outrageous dengan gaya menghentakkan dua tin Coke di tepi gelanggang ataupun mengangkat tangan sambil menyemburkan air mineral ECPI kepada audiens? Uh, cool gilerr!

Itu tak termasuk finishing move yang ada, mungkin kalau wrestling di Malaysia, kita akan lihat move-move yang lebih rare seperti libasan kaki bercorak tomoi dan mungkin grip seperti silat cekak. Ini mungkin lebih cool berbanding libasan Lucha Libre oleh Rey Mysterio mahupun grip Crippler Crossface oleh mendiang Chris Benoit.

Kostum? Malaysia sudah mempunyai ramai pereka fesyen, ini akan menggiatkan lagi industri rekaan fesyen bukan? Tak perlulah sampai hanya memakai under-wear kulit kot. Mahu nanti wrestling Malaysia akan di haromkan selamanya, pakai seluar panjang pun ok juga. Kalau, tiada idea berkostum, pakai uniform. Tapi, aku tak dapat bayangkan kalau wrestler Malaysia memakai baju pengakap misalnya.....

Aktiviti wrestling bakal menjana pendapatan. Kita sudah ada stadium negara bukan? Dan di setiap negeri pun sudah ada Dewan Jubli Intan. Jadi, tiada masalah dalam hal venue. Hiburan wrestling pasti akan menjadi pilihan alternatif dari merempit, ber-DOTA, mahupun berkaroke di malam hari. Oh, mungkin ia dapat mengurangkan gejala rempit dari mati katak? Dari membuang masa melepak di tepi Dataran Merdeka, lebih baik tunjuk kehandalan, tunjuk jantan dengan wrestling. Peluh pun keluar (sihat), fame pun dapat, duit pun masuk, dapat pegang microphone, malah jika ada rezeki, boleh bergambar dengan Miera Liyana yang akan menjadi gadis pengacara. Hell yeah!

Oh ya, penjanaan pendapatan juga boleh di perluaskan lagi dari segi muzik soundtrack. Undertaker contohnya, pakai lagu Limp Bizkit. Dan populariti Limp Bizkit itu mula naik bila lagu Rollin selalu berkumandang di WWF. Nah, ini juga jika di aplikasi pada wrestling Malaysia, mungkin akan memberi ruang kepada band-band UG dan Independent di Malaysia. Cuba bayangkan lagu Cinta Gila dendangan  Grey Sky Morning di arena wrestling. Pehh, belum sempat naik gelanggang, ramai peminat wanita dah jatuh cinta. Latino heatt~~

Cuma sekarang, yang aku lihat masalah dari segi komersil nama wrestler jika wrestling di Malaysia di wujudkan. Orang Malaysia ni suka meniru masalahnya. Mau nanti ada wrestler letak nama Penggali Kubur (Undertaker) ataupun Batu Sejuk (Stone Cold). Jadah! Kalau ada pun, letak nama perwira zaman dulu seperti Hang Tuah, Jebat mahupun Laksamana DoReMi. Ini masalahnya, masalah kreatif dari segi nama wrestler itu berlaku kerana bahasa Malaysia adalah bahasa yang nampak lembut dan seakan ketandusan idea. Susah-susah sangat, kalau payah sangat nak guna nama apa untuk nama wrestler, letak nama Datuk T je lah! Datuk T = Booker T. Perghh!


p/s : Tolonglah jangan pakai nama Kluang Man okey? Kalau Lelaki Y tak mengapa.

24 ulasan:

afrohead berkata...

cuba bayangkan pulak lagu halimah jongang di arena wrestling. kah kah kah!

AlexiaAqram berkata...

gua tak dapat bayangkan gigi wrestler tu macam mana. dan mungkin nama wrestler tu ialah

The Gigi.

hahahah!

Republic Aku berkata...

perenggan ke 4 tu tembak kemana yer....hehehe

ben10to20 berkata...

lu nak kena choke-slam ke?

Nobita Sensei berkata...

Jom Arqam. Kita buat tag team. Finishing move kita buat menendang telur secara berjemaah. Stylo~

AlexiaAqram berkata...

nobitaaaaaaaa.. get the tablesssss!

(dudley boyz)

Saiful Bahari berkata...

ak nk jdi lelaki-baik.mankind..kah3

AlexiaAqram berkata...

banyak ke stok-stok stoking kau?

~ abil CUMA ~ berkata...

segmen sane sini sbagai motip eratkan silaturahim para bloggers..hahahha

aku nak wrestlers tuh gune lagu bila cinta gio..nyiahaha

SagaPutih berkata...

gua dapat bayangkan kalau mat scoot masuk wrestling, macam undertaker, bawak scoot dia pusing gelanggang dengan pasang lagu kuat2 kat scoot dia yang dia dah mod tu.


epic!

MATAHARI berkata...

hahahahah.

serius buat aku terbahak2 dah ni.

p/s tu yang tak boleh blah.


aku jadi Ray si Misteri je lah. tak pun Si Batu.

masuk gim habis masa depan laptop, LOL.
haha.

macam2 ada lam entri ni. ok.

+111111 RT @alexiaaqram #ohsem

eiffel berkata...

masa aku skola rendah memg pames lar wwe ni..dedlu dorg pgil wwf...tp bila dgr org kata blakon jerk..aku mls nk tgk..

cam diperbodohkn!

owh ye..klo nk wrestling, biarla bebetul!barulah puas..ni takat blakon..memg kne carut jerk la ngan aku!

btw, bab blasah mem-blasah ni memg puas wey..dedlu join teakwando..skali dpt pukul org, siyes, nikmat-nya xterkata!

Encik Psychopath berkata...

gold dust.

AlexiaAqram berkata...

@saga putih

imaginasi mat scooter lu memang epic! scooty too hotty lah!

@matahari

lu pakai nama bujang senang lah. kostum buaya. WINRAR!

@eiffle

wrestling ni sukan. sukan melatih protect badan kita. walaupun nampak berlakon, tapi kalau kena pedigree, sakit jugak muka liou.

syaza berkata...

aq nak jadi manusia pasir. sandman.









[eh, tu bukan TNA ke?]

sastraboy berkata...

kahkah,

mat pakai topeng aa. baru setail. baru misteri.

err..

bos, apa kata pakai nama :

ENCIK MISTERI.

padu siot. nama sopan, body, hamek kau, berketak-ketak. [bajet tahu bos cemana gayanya]

Silent Blogue berkata...

well written .
tapi aku tak minat dan tak pernah minat resling .
eniwey ,
majulah resling utk melesie :)

MATAHARI berkata...

hahah. mengenakan aku je korang dua ni.

-.-'
*mengenakan bodysuit buaya*

wahidah berkata...

hahahha boley tahan pala hotak mamat neh..(monolog dalaman).hahahaha

lalink7 berkata...

mmg bagus idea nie tp keburukan kepada adik2, anak2 kite la nanti..disbbkan tgk cite camni dorang terikut2 nak smack down orang...camne tuee?? jwb skiet

AlexiaAqram berkata...

@lalink

uhhh, berkelahi lebih baik dari membuntingkan anak dara orang.

berkelahi dapat mendidik sifat kelakian lelaki.

dari tengok cerita cinta korea, tgk2 terbunting. lagi parah kot?

kena kawal lah yang penting dak?

Inspirationalefeks berkata...

betul gak ckp lalink ni, tapi aku rsa ptt ada gak, sma ada orang kita boleh menerimanya ataupun tak, itu belum pasti lagi ... hahahaa

aku lagi terbawa-bawa dengan video seorang budak gemuk mangsa buli balas balik dengan smack down pembuli tuh .. haha

dark berkata...

nuff said..
walaupun ntry ni lame..

tgerak gak aku nk komen..

hahahahahahahhhahahahahahaha....

ntry ni mmg terbaik!!!...

Himmymaru berkata...

Auww, baca punya baca blog neh paling TERTARIK dengan isu neh. Cadangan yg sungguh bernas. Tapi, nak ke Malaysia buat? Memang yang adooo larh jawapannnya. I love watching wrestling since I was kid. Then ramai cakap, 'kau neh pompuan hape da tgk wrestling?' Tapi pada saya semua tuh tak jadi masalah! ;p
At least saya ada belajar skill kalau saya diculik ke dirogol ke nantikan? ;p
GOOD JOB! THUMBS UP! ;P