Mac 29, 2011

Nak Meniaga Tapi Tak Reti Meniaga

Kedai makan merupakan suatu yang cukup sinonim dalam kehidupan bermasyarakat. Merupakan suatu tempat alternatif, tidaklah terlalu alternatif kerana ramai orang tak pandai memasak atau masak tak sedap atau sudah jemu dengan masakkan sendiri.

Bila sebut tempat makan baru yang sedap, semua orang secara drastiknya berminat untuk mencuba. Kemudian, menghebahkan pada yang lain. Menghebahkan dengan keangkuhan seolah ; 'Yes aku dah cuba, kau tak cuba lagi, hahaha, kau lambat!'

Baiklah, aku taknak sentuh mengenai sikap pelanggan. Aku cuma nak sentuh mengenai sikap peniaga yang nampaknya semakin ramai mula meniaga kedai makan. Bukan cemburu atau dengki hanya kerana aku juga seorang pekedai. Tak tak tak. Aku megambil perspektif dari kaca mata pelanggan kerana aku merupakan seorang yang sukakan makanan. Kiranya, rancangan masakan seperti rancangan Rachel Ray dan Jalan-jalan Cari Makan merupakan rancangan tv kegemaran aku. Hey, aku pernah rider sorang-sorang tahu dari Penang ke Ipoh semata-mata Nasi Ganja di Ipoh. Lepas makan, terus balik Penang. Walaupun bila sampai di Penang, lapar semula. Tapi, kerana nafsu kepuasan, ape de hal? Even, bila pulang ke Alor Star (kampung halaman Alexia), makan tengahari bukan di Alor Star, tapi di Hatyai sana semata-mata hendak menghirup Tom Yam. Jadi, berdasarkan minat aku pada makanan dan pengalaman aku sebagai seorang peniaga makanan, aku rasa aku layak mengulas hal ini.

Nak Meniaga Tapi Tak Reti Meniaga ini aku tujukan kepada kedai-kedai yang meniaga tapi tidak mengambil tahu hal sekeliling dalam perniagaan. Peniaga bersikap culas? Ya. Bersikap lebih sudu dari kuah? Ya. Dan banyak lagi.

Contoh yang aku alami ialah sewaktu makan di Taiping. Di kedai arked makan Taiping dekat dengan balai bomba. Alexia memesan Nasi Goreng Tomyam. Seperti yang kita maklum, nasi goreng tomyam adalah nasi goreng yang di goreng dengan pes/perencah tomyam. Tahu tak apa yang kami dapat?

Nasi Goreng Biasa dan Semangkuk Tomyam!

Ok, itu satu contoh. Contoh kedua ialah kira-kira 5 tahun lepas sewaktu aku dan keluarga aku makan di Cherating, Pahang. Ya, pusat peranginan. Kami singgah makan di kedai yang agak menarik sebab dari luar aku lihat tukang masaknya memakai topi chef. Ayah aku memesan Nasi Goreng Ikan Masin. Di mana-mana tempat pun, nasi goreng ikan masin adalah nasi yang di goreng sekali dengan ikan masin. Ia akan berasa masin. Tahu tak apa kami dapat?

Nasi Goreng Biasa dan Seketul Ikan Kering!

Aku harap lawak ini berakhir. Dan mungkin tidak berjangkit di tempat lain. Rupanya tidak! 2 tahun lepas sewaktu aku minum petang di Restoran Singgah Selalu Johor Bahru. Restoran yang glemer jugak lah ye dak? Aku memesan air Tembikai Susu atau dalam bahasa Inggerisnya HoneyDew. Sengaja aku memesan dalam bahasa Melayu kerana, hey! Aku orang Melayu dan sekarang aku di Johor Bahru, bukannya London. Tahu tak apa aku dapat?

Air Tembikai yang di letakkan degan susu pekat manis!

Kadang-kadang aku rasa, adakah peniaga-peniaga ini silap buat atau sebenarnya memang tak tahu buat, tapi perasan nak tunjuk pandai? Atau sebenarnya peniaga-peniaga ini tidak mendapat pendedahan yang secukupnya dalam hal masakkan? Aku lebih suka katakan sebenarnya mereka tidak mendapat pendedahan dalam hal masakkan sekeliling.

Masalah pesanan lambat sebenarnya sering berlaku di setiap kedai makanan. Jadi, aku cadangkan restoran-restoran yang berduit supaya mengambil contoh pendekatan Restoran Subaidah di Pulau Pinang yang mengambil pesanan makanan menggunakan PDA. Ya, PDA. Tak main lah kertas-kertas. Tak green beb. Pesanan makanan jadi pantas, tepat dan tiada misunderstanding antara pengambil pesanan, pemasak dan penghantar pesanan.

Aku juga lihat sebenarnya dalam meniaga kedai makan, style 'Pekedai Kejar Customer' sudah kurang releven. Style sebegitu yang menyebabkan ada kedai yang buka sampai 24jam. Kau ingat tak penat ke meniaga lama-lama? Penat beb. 8jam meniaga kedai makan sebenarnya seksa dan kejam tahu tak? Peniaga pun manusia jugak.

Jadi, aku cadangkan peniaga-peniaga lain dapat contohi cara peniaga-peniaga di Pulau Pinang lakukan. Guna style 'Customer Kejar Pekedai'. Benda ini sebenarnya dapat membendung sikap tamak peniaga. Dan mengurangkan kepenatan berniaga. Untung-tetap-untung. Tapi tidak lah banyak kerana ia tidak mengamalkan sikap tamak seperti yang korang lihat di kedai-kedai mamak. Kalau sehari ada 43 jam sekalipun, kedai mamak akan buka 43jam. Dan kalau boleh kedai mamak memang hendak menjual semua jenis makanan di dunia. Pasta di kedai mamak? Dem!

Style customer-kejar-pekedai ini aku merujuk pada Kedai Nasi Tomato Batu Lancang. Customer yang berebut hendak makan di kedai itu. Bukannya kedai tu yang kejar pelanggan sampai perlu buka hingga 12jam. Kedai itu hanya di buka pada pukul 12tengah malam. Dan di tutup dalam pukul 2.30 pagi (2jam setengah meniaga) apabila satu periuk nasi itu habis. Kalau tak habis pun, pukul 3 mesti tutup. Cuba perhatikan, orang gila mana yang hendak makan nasi tomato pada tengah malam buta? Mestilah tidak bukan? Tapi itu semua tak jadi masalah jika nasi tomatonya benar-benar sedap.

Ada lagi satu Nasi Longkang di Sungai Dua. Buka pukul 6 petang, pukul 9 dah kemas-kemas berangkut tutup. 3 jam saja meniaga, mesti ada orang akan tanya. Untung ke? Aku pernah berbual dengan tuan punya kedai, dia kata untung-tetap-untung. Tapi, tidak mahu tamak dalam meniaga. Kalau dia mahu tamak, mungkin pukul 12 tengah malam baru dia akan tutup.

Tamak dalam berniaga ini, macam-macam kita boleh sentuh. Seperti kedai makan Tom Yam yang kecil, tapi nak bentang table-kerusi seluas satu padang bola. Penyudahnya, masakkan sampai lambat. Kejadah!

Ini kerana perniagaan kedai makan merupakan suatu entiti perniagaan sedekah. Kadang-kadang aku lihat kenapa ada peniaga di kawasan yang sama, makanan dan bahan mentah yang sama, seperti nasi lauk ikan, sayur dan tempe di kedai A ini boleh jual RM2, tapi di kedai B ini sampai cecah RM5? Ya, ini kerana kedai yang B itu menjual makanan tanpa menyelitkan unsur sedekah, yang dia tahu hanya untung, balik modal dan masalah kos. Tapi, yang aku lihat, kedai yang menjual RM2 itu lebih untung kerana semakin ramai pelanggan ke kedai nya dan siap boleh renovate kedai lagi. Kedai B? Di takuk lama.

Perniagaan yang mempunyai unsur sedekah akan mendapat rezeki dan untung yang berkat. Ini bukan aku yang cakap. Tapi nabi yang cakap dalam teks Piagam Madinah. Peniaga yang kedekut memang cepat melingkup. Berniaga kalau kedekut sampai nasi pun 'setonget' di beri, lauk sedikit di cas mahal memang takkan mendatangkan rezeki yang berkat. Weh, Mcd pun beri percuma refill air, bagi kupon percuma breakfast tahu?. Kedai kau ambil kuah pun kena cas?. Maka, bila kedai dah bungkus, tolonglah jangan salahkan kerajaan ataupun salahkan orang lain kononya kedai kena bomoh. Kejadah!

p/s : Apa-apa pun, kedai yang masak sedap, mahal macam manapun, tetap ramai orang akan datang. Kedai masak tak sedap, sorilahhhh memang takkan datang lagi. Dah tahu masak tak sedap, janganlah memandai buka kedai makan ye dak?

44 ulasan:

Faztee Danisha berkata...

nice entri..setuju..niaga mkn ni libtkn customer..so kene le prihatin sikit kehendak kita..mhl pun biar le berpada makannye..sedap baru berbaloi..lg satu dr sgi kebrsihan..xleh nk jaga ke dorang ni..

afrohead berkata...

memberi equals menerima. as simple as that.

diba berkata...

diorg ni kdang serve ala kdar je..pdhal untung 100%

una berry berkata...

kebanyakan kedai makan melayu customer service memamng hampeh
kalau tersalah hantar pesanan pastu orang tegur nak pesanan yang asal, siap buat muka lagi
pastu hantar dengan cara menghentak
sapa yang salah sekarang ni?
huhu

AlexiaAqram berkata...

masalah sikap. tu puncanya.

MiszNoRuL berkata...

nice...betul tue..ade kedai yg oh ramainyer org beratur mesti sedap kan makanan kt kedai dia..tp bile kita yg rase tk kena dgn taste tekak kite..
ade plak oh kedai ni dh masuk jalan2cari makan..sekali pegi try, ok tk pyh ko susah2 cari kedai ni lagik...
p/s..teringat nasi kandaq beratur kt tepi masjid kapitankeling..

hida.hadi berkata...

bangkok station@permatang pauh guna sistem PDA.
tapi yang sadisnya, nasik goreng ayam bersamaan dengan nasi goreng biasa plus 4ketul hirisan ayam bersaiz dadu. apakah?

SagaPutih berkata...

lu cakap pasal nasi ganja, terigt nasi ganja ayah gua bawak makan kat jitra. terngiang-ngiang sampai sekarang la sial.

karl berkata...

yang air tmbikai + susu pekat tu mmg palat sungguh. melampau benar bangang

faa rosli sulaiman berkata...

dlm sayur ade ulat pon peniaga tetap xnk bg ganti rugi...siap soh bayr lagi tue...gilo!

- koroe - berkata...

kedai murah dan sedap memang syok. rasa nak pergi tiap hari.


tak nyesal buang duit kat sana !

Elena Reeney berkata...

abis kalau gua nak order Air Tembikai yang di letakkan degan susu pekat manis, nak sebut apa?

lagi satu aku paling menyampah bila order tomyam udang ke apa ke jadi TOMYAM BAWANG!! udang ada ah kecik gila, 3 ketul. Bawang bapak berlambak. Abah dia ah kann!!

NurulShahida berkata...

member aku pernah kene tembikai + susu pekat manis kat foodcourt sek 2 shah alam. terus banned kedai tuh,padan muka!

SyDen berkata...

Restoran Subaidah UUM still pakai kertas lagi meniaga

keh keh keh

Tapi itulah restoran yg aku tengok time lunch mesti penuh gila.

erysweetie berkata...

makanan kat penang mmg best!

eh, hang niaga kat penang ka? bg alamat sket. aku nak pi~

Naqib Mohamad berkata...

ada sesetengah kedai mamak, air kosong pun dia caj. pffttt...

PointBlankShot berkata...

gua salah seorang pencinta makanan setuju dengan entri lu kali ni bro.

seriyesly. dan penang adalah port makanan yang best.

arked taiping dekat bomba? jangan la makan situ bro, last sekali gua makan situ 8 tahun lepas. ikan keli goreng dia ada ulat besar jari kelinking.

Alexandriana Alia berkata...

aku tak pernah lak alami cam kes ko nih.huhu


tapi aku bengang gak kalau meniaga tapi masakan dia cam hampeh. tak lalu gila nak telan. bukan sebab tak sedap, bayang kalau mee rebus kuah dia rasa adunan tepung. tu bukan tahap tak sedap, tu tahap apekejadah??!

kalau akulah meniaga sumthing yang macam tu, sumpah aku malu nak meniaga. meniaga pakai helmet ironman barangkali.

delarocha berkata...

ada peniaga letak meja sampai kat luar kedai, tapi takde pekerja yg jenguk2 ke luar nak amik order untuk pelanggan yang duduk kat luar.

Perempuan Lanjut Usia berkata...

Kejadah,ade ke nasik longkang? sedap dak? baru tahu.

zey berkata...

1st time aq dgar nasi ganja, nasi longkang...
buat aq terpkir cane rasanya yer?


haha! aqram, kaw leh gnt Qi dlm JJCM r cenggini~

Nobita Sensei berkata...

Teringat gua acapkali beratur semata-mata nak pekena nasi kandaq kampung melayu.

zt-zati berkata...

stuju..
ade kdai tu, nampak kuno gile..
tp mkanan ok, harga pn ok..
so, better gi kdai ni dr kedai yg lawa, mknan xsedap, cas mhal..
huhuhu

Cha Gloxinia berkata...

Terkekeh-kekeh aku gelak! haha ( betul ke ayat kekeh? )

Bercakap tentang kedai mamak, most of kedai mamak kotor! Korang kena pergi dapur tengok macam macam diorang masak, kuku diorang, dan segala bagai. Member2 aku semua dah ada bad experience kt kedai mamak.



sekian

Leena berkata...

lagi-lagi ada jugak kedai makan jenis nak untung lebih lepas tu dia kurangkan makanan and whatsoever lah..contohnya, pesan tomyam yang ada cuma batang2 serai dan beberapa helai daun limau purut...ciss!!! kecewa seyh jadik pelanggan yg sungguh kelaparan!!!!!

AlexiaAqram berkata...

@leena

tomyam memang kena ada banyak batang serai untuk naikkan perisa dia kot. tapi, kena seimbang dengan isi lah. kalau tak rugi bayar rm5 untuk semangkuk tomyam woo.

@cha

mamak mana yang bersih? habaq maiii. haha!

@zt

kedai bawah pokok cheri. char koey tiaw dia mantap woo!

@nobita

kas-kas apa dia pakai?

@zey

kalau aku ganti qi, ada can nak tekel yuna tak? hihi.

@delarocha

betul. kat penang ni, pi goald coast. ada lah kedai mcm tu.

@alia

kah kah kah! iron man wak luuuu!

@pointblank

ang seriussssssssss ka niiiii? sumpah gua tak nak pegi wehhhh!

@naqib

pelita nasi kandaq. kedekut taik hidung masinnnn!

@ery

rahsia. hehe.

@syden

oh, baru tahu UUM ada subaidah. nice!

@shahida

kannnn????

@ER

err. semangka susu?

campakkan saja tomyam tu ke muka depa. ada bran?

@koroe

ehbetul!

@faa

report persatuan pengguna!!1

@karl

keh keh keh!

@sagaputih

jitra ada gak? ada masa gua nak try. belah mana?

@hidahadi

hahaha. tudyaaaaaa! ang dah terkenaaaa!

@misznorul

nasi kandaq beratur? bolehlahhh

Ifti Larina berkata...

pergh! setuju sgt2 lah bro. kalau macam kt restoran pntai timur, restoran kegemaran kami satu fmili kerap berubah2 sebab bila datang lg nk makan, dah tak sesedap sebelum nie. parent ckp sbb tukang masak kerap bertukar. thats why jadi macam tu. yg si tukang msknya pun warga thailand. hairanlah. melayu rmi mana? nmpk sgt lah org sana lebih expert masak masakan kita sendiri

Siti Solehah berkata...

rsenye kt kdai2 skrng klau order air tembikai susu memg dorng akn bg air tembikai + susu kot... sbb bulan lpas time g mkn kt 1 kopitiam ni, spupu sy order air tembikai susu, n memg dorng bg air tembikai + susu.. tp mggu lpas g kdai yg sme, ble order honeydew, bru dpt yg btul2 tembkai susu... pelik btul la....

Zetty 69! berkata...

Masak sendiri, makan sendiri lagi puas hati.

De' Nurul berkata...

air tembikai susu kau tu aku penah order. cara dia cakap air tembikai campur susu.

dekat kuala perlis lagi seronok dia punya menu. aku order nasi goreng usa. tau dapat ape? nasi yang di goreng bersama Udang.Sotong.Ayam
bole?

Tanpa Nama berkata...

ko suka makan kan? ko pernah tak makan nasi kandar aboo kat bagan dalam? yg start pukul 12.30 pagi tu?

azeera azeez berkata...

kedai makan depan workshop sungai dua tepi longkang besar tu pon sedap...amboi depan workshop tepi longkang tu

penyisir rambut berkata...

pergghh..
ak tertarik nak komen jugak...
sebab slalu nye kat cafe dlm U dot dot di utara mesti terhad...
pastu jual mknan mahal..
tak sedap nak mampos!!
nak tanak makan kat situ jugak la..
tiap2 kali makan wat dosa sebab maki tokey je...
belah utara,,tapi hrga wat harga KL...
cam gampit!
tuiihhh!!

Republic Aku berkata...

dah lapar bedal juga laa...

Encik Psychopath berkata...

x ikhlas niaga gitu la jadiknye. tp tetap dikunjung juga.

ama berkata...

makan kat gumah lagi baik laaa kan. heh

mis berkata...

wah entri yang best! apa yang ko cakap pasal kedai makan memang betoi~

azryn akmal berkata...

kat bukit jelutong ada 1 kedai makan pakai scan, tak kisah lauk ko sket atau byk, dia tetap scan ikut harga tetap. tobat dah aku x pegi lagi!

MiszNoRuL berkata...

hahaa...aku tk kata nasi kandaq beratur tu sedap..tp teringat kedai tu bukak kul 10pm..belum sampai kul 10pm org dh ramai tunggu siap2 depan kedai dia..cam apekah?? tgh2 malam duk membedal nasi kandaq..

bak kate ko aqram.. bolehlaaaa

p/s..aku nk tau gak kedai mamak mane yg bersih..dekat lineclear pn boleh nampak tikus besar bapak..haha

PointBlankShot berkata...

serius la bai. sejak dari tu gua tak pernah jejak kaki dah kat situ.

ciksufi berkata...

nasi tomato batu lancang mmg marvellous

Dinda Iva berkata...

wow...satu info yang bagus nieh...sebab iva dalam perancangan nak bukak bisness mamam...erm...tq kongsi yea..akan digunakan kelak info² ni..tapi mmg betul...nak berniaga makan ni kena jujur..masak jgn macam nak bagi kucing makan..macammana kita nak org masak sedap so begitu juga dengan org lain nak kita masak sedap jugak.....

Whoda berkata...

huh lagi 1 trend org skrg berniaga. die dulik ape sedap ke tak mkanan dorang tu. harga mahal tetap mahal. tapi kualiti hampeh. sume jenis nak untung sekali tu je. die xpikir ke kalau die wat sedap2 org akan dtg balik kedai tu n at the same time xperlu bukak smapai 12 tgh mlm? hahaa mentaliti yg masih mundur.

-effa ayub- berkata...

betol2. me setuju dengan entry2 di atas. penah jugak terjadi pengalaman sebegitu dekat area selangor.mintak nasi goreng cili padi.yg dpt nasi goreng biasa + 4 ketul cili yg dihias cantik tepi pinggan. apa motif kan????haha

kalau dtg jitra nnti try la makan dekat YOB CORNER.medan selera depan TNB jitra(dkt jbatan pendaftaran) n bersebelahan dengan IPD KuBANG Pasu.kedai yg hujung skali dekat dengan pintu masuk TNB. YOB CORNER .
serius Koeyteow Goreng dia mmg powerr..masakan panas yg lain pon sngat2 sedap,sy dh try hampir kesemua menu dia :)..sng kata x rugi la g makan sana.. best sgt2 for me. :)