Mac 31, 2011

Poco-Poco

1. Mengulas hal tarian poco-poco yang di haramkan oleh Mufti Perak, ia menggamit seribu persoalan dalam diri aku. Hey, aku pernah melakukan tarian itu di depan televisyen sorang-sorang dalam rumah. Sejak bila pula aku memuja Kristian dalam tarian itu walhal aku lakukannya sebab ia hanya sekadar tarian untuk membuatkan diri aku berpeluh. 

2. Biar aku beritahu sejujur-jujurnya lah. Sebagai orang yang pernah melakukan tarian itu. Ia merupakan tarian yang memenatkan dan memang layak di jadikan sebuah senamrobik. Sebab itulah makcik-makcik sukakan tarian sebegitu. Step yang tidak sukar, tak perlu nak kangkang sana-sini macam senamrobik yang biasa kita lihat, hanya gerakkan badan mengikut rentak lagu, ulang 18 kali sampai penat. Biasalah, dalam Bolehland, masyarakatnya sukakan perkara yang mudah dan berulang saja.

3. Orang cakap, Nami sendiri cakap. Kamu tidak akan tahu sesuatu perkara dengan jelas jika tidak mencuba atau melihat dengan mata kepala sendiri. Aku sudah mencuba poco-poco. Dan pada iktikad aku, ia hanya tarian senaman. Jika dikatakan tarian itu dari agama lain (Kristian) atas dasar pemujaan, aku rasa itu pernyataan yang terlalu sempit dan serbanitas. Jikalah di beri hujah "Jangan kamu menyerupai kaum lain", jadi bagaimana kita hendak menjelaskan hujah "Agama kita punyai keluasan"?.

4. Dalam hal ini, aku menyokong pendapat Dr. Asri, pensyarah Pengajian Islam USM merangkap bekas mufti Perlis iaitu kata beliau, tarian poco-poco secara asasnya adalah berhukum harus.

5. Masalah ini bagi aku mudah saja. Kita terlalu bersifat menghukum dan hanya tumpukan kepada satu bahagian tanpa melihat bahagian-bahagian yang lain. Mungkin juga boleh di katakan membabi-buta. Sebelum ini aku pernah menerangkan bahawa, "Tidak semestinya perkara yang haram itu akan menjadi SEGALANYA haram". Iaini seperti contoh, jika di lihat babi sebagai binatang yang haram di makan, tetapi terdapat kelonggaran untuk kita makan apabila datangnya keadaan darurat.

6. Masalah poco-poco ini samalah juga serba-sedikit pencerahannya. Poco-poco tidak akan jatuh haram selagi ia tidak ber-iktikad kepada unsur ;

a. Menari memang sebab untuk pemujaan Kristianisasi.
- Dekat lantai tu boleh buat lambang cross atau join-venture dengan pihak gereja menari depan tiang salib.
b. Menari dengan menggalakkan maksiat (bercampur lelaki perempuan)
- Buat di tempat terbuka dengan mata pakcik bukan kemain juling tengok jamban makcik lain di depan. Padahal bini pakcik ada kat sebelah.
c. Menari dengan sebab menunjuk-nunjuk.
- Bersikap angkuh macam kau sorang je tau pasal poco-poco sampai memperkecil-kecilkan senaman yang lain.
d. Menari untuk hiburan (hiburan terlampau)
- Kadang-kadang ada sesetengah orang kita ni over. Poco-poco tapi pakaian dah macam hantu raya. Orang lain poco-poco, dia sibuk buat pembaharuan joget gerudi depan audiens. Goblok!

7. Ini bermakna tarian poco-poco itu di haruskan jika ia ber-iktikad pada unsur :

a. Menari atas sebab senaman kesihatan.
- Memang sah badan berpeluh dan mula rasa sihat, gembira, senyum sampai ke telinga. Menari sorang-sorang  dalam rumah berpeluh-peluh. Haromm ke Datuk?
b. Menari atas sebab silaturrahim.
- Ah So pun join, Aci pun join, musuh mengumpat lama pun join dan mula berbaik-baik lepas menari poco-poco bersama.
c. Menari atas sebab kebudayaan.
- Aku tak pasti lagi dalam hal ini sama ada poco-poco ini tarian agama atau tarian budaya? Atau tarian budaya yang di asimilasikan dengan agama? Kalau budaya, tiada masalah rasanya untuk di adakan pertunjukkan kebudayaan. Nak kata tarian agama, aku tak pernah jumpa dalam Bible lagi.
d. Menari atas sebab pembelajaran. (ilmu)
- Orang macam aku yang sukakan belajar benda baru, tidak menjadi rutin atau tabiat, tapi sekadar belajar. Takkan harom jugak kottt?

8. Hal yang demikian, dalam men-harus-kan tarian poco-poco, maka kita hendaklah menepati syarat-syarat berikut supaya tarian poco-poco itu tidak jatuh haram, iaitu :

a. Jangan anjurkan tarian poco-poco secara terbuka iaini bercampur lelaki dan perempuan. Buatlah secara tertutup, jika perempuan, perempuan semuaa. Jika lelaki, lelaki semuaaa. Asingkan hatta bersuami-isteri sekalipun. Jika tidak, akan terjadi seperti kes hujah 6a, di atas. Ini juga dapat elakkan lelaki yang tak join poco-poco, tapi sengaja datang tengok kat padang tu cuci mata. Kejadah!

b. Pastikan tarian poco-poco anda itu di anjur oleh mereka yang bertauliah dan di percayai. Janganlah menyertai tarian poco-poco yang di anjurkan pihak gereja, kelab rotary mahupun kelab penganut Buddha. Nampak sangat terpesong tu.

c. Jika jumlah peserta yang terlalu ramai dalam tarian poco-poco sehingga dewan pun tak cukup. Memang   nak-tak-nak kena buat secara terbuka. Kesemua peserta tarian hendaklah memakai pakaian yang sopan. Janganlah memakai pakaian yang amat ketat seperti legging. Pakai track-suit pun okay lah. Baju janganlah singkat dan ketat, sarungkan sekali dengan jaket track-suit. Barulah lagi cepat berpeluh. Yang tak pakai tudung tu, sarungkan lah topi. Baru Bik Mama!

d. Lepas poco-poco, salam-salam, minta-maaf satu sama lain, bincang benda penting dan BALIK. Jangan memandai lah taim-taim tu nak gossip lah, mengumpatlah, nak jual Hai-O lah, nak pekena teh-tarik secawan dua lah. Senam apanya kalau melantak bagai orang gila? Abah luu!

9. Apa-apa pun, ini iktikad gua. Iktikad lu orang acane pulak? 

p/s : Ni semua DUNIAWI Aqram, DUNIAWI. Paham dak? Keh keh keh!

46 ulasan:

mis berkata...

aku masih terpikir hadis yang mengatakn jangan menyerupai kaum yang lain...aku sebenarnya tak paham...isu tu pasal tudung...dalam masa yang sama...tudung apa yang menyerupai sister??...

AlexiaAqram berkata...

isu tudung bukan sebab menyerupai kaum. isu tudung sebab 'berlebih-lebihan'. iaini tidak berpada-pada. tu je.

afrohead berkata...

aku juga masih tercari-cari bahagian mana yang berunsur penyembahan mahupun kristian.

mencari kesalahan selalunya berakhir dengan menggelapkan penglihatan.

AlexiaAqram berkata...

oh, sebab tarian itu memerlukan kau bergerak ke hadapan, ke kiri, ke kanan dan kebelakang. macam lambang salib lah

padahal poco-poco zaman kini boleh ke tenggara, ke barat daya dan kemana-mana arah. ada banyak step. tepuk lagi.

ceh!

Johan "Champ" Radzi berkata...

Susah juga kalau ulama terlalu konservatif tanpa melihat dunia dengan mata terbuka.

Dulu ESQ, sekarang poco-poco. Lepasni lu orang agak agak apa?

Iqbal berkata...

org kristian pun sampai naik meluat dgn org islam. tambah lagi isu ni. pnah aku bce dlm blog mane tah org kristian ckp: ingat kami ni kerjanya 24 jam nak memurtadkan org islam je ke?

susahlah. seb bek x haramkan huruf "t" jugak. kalu haramkan jugak, entahlah.

AlexiaAqram berkata...

eh betul!!! asal dengar kristian, murtad. asal dengar yahudi, zionis. asal dengan cina, babi.

KEJADAH!

free compass berkata...

kat malaysia ni bnyak tarian bogel keliling tiang. ade kluar fatwa haram?

Bella Ayub berkata...

kalau poco poco yang berbentuk senaman pun sampai di haramkan.. kenapa tak haram kan je huruf 't'??
bukan kan ia berlambangkan spt salib??

faa rosli sulaiman berkata...

like this entry...!

sian org perak...xleh nk poco2

Cik Ungu Kamila berkata...

hurmm, pernah gak terbaca yg tarian poco-poco ni menyerupai bentuk salib. wallahualam.

zapin tetap di hati. kih3

Naqib Mohamad berkata...

kat perak takleh poco-poco haram. negeri lain halal. okbai hehehehee

HARYANI berkata...

haha aku org perak dan aku tak suka pon poco poco tu. bosan. same je stepnya pon -.-

HARYANI berkata...

haha aku org perak dan aku tak suka pon poco poco tu. bosan. same je stepnya pon -.-

MiszNoRuL berkata...

aku pn tgh tergamam biler dengar fatwa yg poco-poco adalah haram..
time aku kursus aritu kitorang siap ramai2 buat poco-poco..hy utk suka2 dan mmg kau buat ni akan kuar peluh...tkde yg tk kuar peluh melainkan ko berdiri tegak tk gerak apepe jek..

aritu yoga dh diharamkan, skrg poco-poco..jap lagi pegi gym pn kena haram..sebab bercampur laki dan perempuan..motif??

fiQ berkata...

ni sume nk tutop cite video seks la bro.kn da nmpk sgt bodoh skripnye..xpsl2 poco2 yg xbsalah tu bole jd haram?! yoga dah tentu2 haram ade dikutkuasakan?? rokok,dah terang2 haram,ade ke dye keco2 ckp bnde tu haram??lg wat2 senyap ade la..anyway,Malaysia boleh!

Orked berkata...

majlis kawin i nanti wajib ada tarian poco2 sebab i suka tarian ni. lagu dia best. :)

jannah mohd nor berkata...

pape jer lah korang nak ckp...
tp pape pun yg kita buat semua tu bergantung kpd nawaitu kita...

asalkan kita tau yg kita tak langgar perintah ALLAH,...

lebih detail...refer buku paling BEST DI DUNIA...

AL-QURAN....
( jgn baca jerr tp mksud xtau..tu yg susah tu..)

MATAHARI berkata...

woha!

ayat p/s tu tak boleh blah, ni semua DUNIAWI ni. keh keh keh.

aku tak ingat mana aku baca, tapi poco-poco tu just a street dance.

bak kata hamka, dalam tengok wayang; jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram.
macam yang kau huraikan dalam perkara no 6.
indeed.

ohya, nak tanya 1 benda, bhai, apa hukum haram dengan orang Perak yang poco-poco, dan orang negeri lain buat poco-poco?

! Nurida Ardy berkata...

alahai,byk lagi perkara yang haram yang patut di ambil perhatian setakat isu poco2 ni smpi nak diharamkan tu,meme tak patut la..alahai alahai...

Encik Psychopath berkata...

mahu street dance yg lebih energetic dari poco2?

shuffle.

gua bukan golongan dancer, lantas gua tak amek port.

PointBlankShot berkata...

gua orang perak, gua tak reti menari poco-poco > gua ok.

hahahah

AlexiaAqram berkata...

@psychopath

shuffle adalah tarian yahudi mabok. harommmm *sarcasm

@nurida

tak ramai orang mebincangkan pasal istihalah. mufti pun jarang gembar-gemburkan. padahal benda tu penting dalam melaraskan islam selaras dengan zaman.

@matahari

ini yang akan timbulkan khilaf. bila negeri gini lain, negeri sana lain. padahal duduk satu negara. dan khilaf itu pernah sampai ke tahap kafir-mengkafir. ini bahaya.

@jannah

benda ni tak boleh sekadar niat. kena cepat penyelarasan. aku kalau bab niat-niat ni rasa seram bila rasa memperbodohkan tuhan pulak.

@orked

yokkkkkk!!!!!!!

@fiq

bolehland 4ever!

@mizznorul

tunggu dan lihat je lah.

@haryani

mmg bosan! kan aku dah ckap. ulang step yg sama.

@naqib

HAHAHAH!

@cik ungu

zapin memang ada class.

@faa
tqtqtqtq!

@bella

kalau hurut t di haramkan. sila haramkan sekali T junction.

@freecompas

ada. tapi macam biasalah endingnya. tiada tindakan.

ama berkata...

step menari poco poco ni lu perasan tak ada macam tanda salib.

itu pasal.

dulu kat sekolah selalu juga aku menari poco poco ni. kehkeh

♥..cik_mas..♥ berkata...

ini pendapat aku lah. tak tahu lah pada kau pula lensa rosak. aku juga pernah buat tarian poco2 tu. memang diakui ia mengeluarkan peluh. tetapi kau perasan tak pergerakan poco2 ada bentuk salib. bergerak ke kiri ke kanan dsb.... dan sekarang, aku cuba elakkan, sbb ade kebenarannya..ini bagi aku. sbb tu mufti perak tu kata ada unsur kristian.

sebenarnya banyak lagi cara kita boleh mengeluarkan peluh, x semestinya hanya berpoco2.... itu sahaja. assalamualaikum.

Sab Buenoo berkata...

no komen.

aku orang perak tapi skang kat labuan. apedehal. tapi aku tak suka pon poco2. bohsan do..

terpikir aku macam manala aku nak kawen dengan dato' nanti. jd datin, pastu pastu kena pegi menari poco2. pastu pastu kena menari poco2 lagi. -.-" bosan2...

@matahari
nyamuk2..woha! :D

sicomot-comel berkata...

bosan seyh ngn poco2 ~,~"

aku remaja yg aktif !
poco2 tu sesuai lah utk makcik2 yg dah 40++

remaja mcm aku, breakdance dan bagai mcm tu ar sesuai nk keluarkan peluh

HAHA !

AlexiaAqram berkata...

@ama

aku perasan. tapi, adakah poco-poco yg kita ngok-ngek-ngok-ngek ini sebuah upacara ke?

@cik mas

org mcm kita mmglah bnyak aktiviti keluarkan peluh. org berumur?

@sab

ya, mmg bosan.

@comot

pandaiiiii!

Kuceng Puteh berkata...

Yeah. Memang sokong AA. Well, memang la ada banyak lagi senaman yang boleh bagi berpeluh. Tapi nak tanya, jenis tarian lain tu boleh masyuk ke dengan seseorang tu?

Macam AA bagi contoh orang tua. Ingat, lain orang, lain preferences. Jangan nak ikut kepala mufti sendiri je..

OPSSSSSSSS
Jangan ikut kepala sendiri... Fahami orang lain beb.

Sekian. okbai!

SagaPutih berkata...

Mufti Perak dengki sbb takde sape nak poco poco ngan dia kot, thats y dia kata haram

terlalu konservatif. benda2 bodoh mcm ni dia perkotak-katikkan kenapa?

Sure Heboh yg celaka u tak haram plak? AF tak haram plak? Benda2 tu lagi menyesatkan la.

umat Islam dan serbanistas hidup dalam Paranoia, thats y, terlalu paranoid orang nak murtadkan umat Islam, padahal kita yang memurtadkan diri sendiri dengan benda2 bodoh

AlexiaAqram berkata...

@kuceng puteh

tak bley bayang makcik2 bershuffle. ye lah, kata 'macam takde tarian lain kan?'

@sagaputih

paranoid android. paranoid mufteyroid.

AR The Annoying berkata...

aku pun terfikir benda ini mengarut bila aku terbaca artikel mufti perak.

whats up with poco poco? ya, aku klasifikasikannya sbagai berfikiran sempit.

banyak lagi boleh dikaji kalau nak diharamkan,kenapa tak wajibkan semua rakyat malaysia beragama islam memakai tudung??

itu persoalan utama yg harus dipandang oleh semua Mufti di Malaysia.

Rosmah wanita pertama pun tak bertudung, ape kes? Malaysia negara Islam bagai.

Mufti mufti, Poco poco jugak kau kaji,sedangkan dalam al quran tak ada tulis pun dgn jelas.tapi soal aurat dah termaktub.

friends call me YAYA berkata...

tarian poco2 mmg bukan adat kita tp die adalah adat dari negara jiran indonesia.....aku pelik asl mufti ckp haram..padahal tarian ni da lama da wujud cuma kat negara kita baru nak popular...mufti da tade point la tu..tu main petik je poco-poco

fiezafie berkata...

uwaaa.. aku org perak neh... xleh nk poco2 cenggitu.. kihkih..

Tanpa Nama berkata...

ate, mufti peghok idok le suke nengok si najib dengan si mah tu nari poco2 gamaknye. kite bakor je mufti tu! bakor! tak suke benor le teman nengok orang dok halang hobi kesukaan first lady kite. eeee geghammm!

Fyqa berkata...

ouh begitu. aku dri dlu smpy skrang xgeti poco poco. hehe

Alexandriana Alia berkata...

iktikad aku. semuanya dengan kepala otak dan hati nian masing2... tu asas. menari ke melawak ke menyanyi ke kalau hati menghala ke sumthing yang mungkin merosakkan iman akidah maka haram lahhhhh.

poco2 best sebab leh menari ulang2 serentak secara beramai2.

Tanpa Nama berkata...

kalo korg pna tgk kristian buat lmbg salib kat bdan..korg agax2 bende start na wat cane???guna index and middle finger start dari kiri ke kanan then atas ke bawah..last skali both fingers ke mulut..korg compare nan steps poco2..then korg report kat sini pew yg korg dapat..

Tanpa Nama berkata...

KO SAPE NK PERTIKAIKAN FATWA ULAMA. BERAPE SGT ILMU KO NK COMPARE NGAN MUFTI PERAK TU. APE KO INGAT DIE SUKE2 JE BUAT FATWA, X DE BUAT RESEARCH MANA2, X DE DUK BINCANG RAMAI2. KITE NI KALAU X TAHU SESUATU PERKARE TU JGN NK MAIN SEDAP TULIS AJE, BAIK SENYAP. AKU PUN ADE GK TERLINTAS PSL APA MUFTI PERAK NK HARAMKAN POCO2 NI, TP PIKIR2 BALIK SAPELAH AKU NK PERTIKAIKAN FATWA DIE NI, BERAPE SGT LA ILMU AGAMA AKU NI. SO, BAIK SENYAP AJE, TERPULANG NK IKUT MANE2 FATWA, X PYH NK KATE ORG TU BETOL, ORG NI SALAH. SATU LAGI, DLM AGAMA ISLAM SENDIRI ADE 4 MAZHAB. ADE JE PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA MAZHAB2 TU, TP XDE PULAK YANG CAKAP MAZHAB TU BETUL, MAZHAB NI SALAH. SO, KONKLUSINYE, BUAT RESEARCH BEBETOL, TEPUK DADA TANYE SELERA, IKUT MANE YG BETOL.

SagaPutih berkata...

WOW! dia tulis huruf besar! menandakan dia marah!

anda ada buat research?

tahukah anda bahawa mufti2 ini pon adalah manusia? manusia yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan?

masalah sekarang, banyak perkara yang lebih serius dari tarian poco poco ni, nape nak amik kisah?

banyak lagi event2 yang tidak mendatangkan faedah dan cenderung ke arah kemungkaran taknak kuar fatwa plak? hmmmm

saudagar berkata...

yess,,,
da start nk best kat komen...
hahahaha

orang kurang rajin berkata...

tengok pocoyo pun comel. dan jangan angkat kedua2 belah tangan anda okey. kalau nak angkat tangan ketepi, angkat kaki sekali =P

Tanpa Nama berkata...

untuk warga tua, aktiviti yang dapat mengeluar peluh adalah 'isteri muda'.

Strept Akiera berkata...

haha.. semua nk dikaitkan dg org kapir.. bukn stkt poco2.. bnd2 simple pon kononnya ada kaitan ngan yahudi lar.. konspirasi zionis la, freemason lar.. sampaikan duit seringgit pon dikatakan ada hubungkait dgn yahudi. cit~

kalau yoga tu, ada la alasan kukuh diharamkan, sebab dia berkaitan iktikad dan akidah.. tapi kalau poco2 ni, pergerakan dia x seumpama salib sgt.. ia lebih kepada simbol tambah (+)
kalau diharamkan dsbbkan wanita2 yg menrikannya tu trlampau, knp x haramkan skali mak yong? joget? tarian inang? tarian tu lagi lar..siap lenggok2, gedik2 atas pentas, tergelek2 manja.. pakaian penari pon bukan maen seksi..emm~

citah bukan mazid berkata...

aku rasa poco2 haram sebab masa kita sedang berpoco-poco, terdapat pergaulan ataupun percampuran sesama lelaki dan wanita.

pulaknye wanita pakai yang ketat2 dan pendek2 dan instructur pun boleh tahan pakaiannya. huhu

ini pernah terjadi depan aku di mana perempuan2 yang ada sangatlah seksi walaupun mereka tutup aurat sikit.


:( maluuu sangat sampai tak sanggup nak teruskan senamrobik.

Republic Aku berkata...

dia cuma mufti jer tak semestinya apa yang dia fikir itu betul,dia bukan nabi yang terlindung dari buat dosa...