Mac 23, 2011

Potensi

Aqram, siapakah yang berpotensi paling besar menjadi pengikut Dajjal?

Perempuan.

Selain itu? Siapa lagi yang berpotensi paling besar menjadi pengikut Dajjal?

Perempuan.

Boleh spesifik-kan tak? Perempuan macam mana? Bagi nama ke? Hehehe.

Perempuan yang sayangkan wajahnya sendiri. Yang korang selalu panggil sebagai cute. Vanessa Hudgens, Taylor Swift, Wonder Girls, Lisa Surihani, Luna Maya, Yuna, atau mungkin Miera Liyana. Banyak lagi nama-nama yang ada, sebab terlalu ramai perempuan sebegitu di zaman sekarang.

Yuna? Aku suka Yuna, termasuk ke? Tapi, dia dah delete tumblr dia.

Ye ke? Baguslah, kurang satu dosa.

Oh yeah? Apasal kau cakap macam tu?

Perempuan-perempuan sebegitu, aku lihat mereka sangat-sangat sayangkan wajah sendiri dan bangga, tayang sana-sini, gambar di blog, fb, akhbar dan pelbagai saluran media. Padahal mereka tak menyedari wajah mereka yang di banggakan itu membawa kerosakkan pada jiwa mereka sendiri. Kiranya, kalau nak pesongkan akidah perempuan sebegitu, petik jari pun boleh.

Apa kau maksudkan dengan kerosakkan jiwa?

Mereka adalah golongan paling lemah. Jiwa mereka terlalu bergantung kepada 'Barang Buatan Dunia'. Materialistik. Mungkin mereka akan nafikan. Yelah, tiada siapa hendak mengaku salah, walhal gincu dan maskara yang menjadi pengganti kepada wajah mereka, bukan lagi wajah agama. Cuba kalau kau suruh perempuan-perempuan sebegitu bencikan wajah sendiri, aku rasa, makian yang kau dapat, atau mungkin akan di katakan yang kau ni gila. Bermatian-matian mereka akan mempertahankan wajah mereka sendiri.

Aku rasa aku faham, sebenarnya apa yang kau hendak orang macam aku lakukan?

Berhentilah dari menayang muka untuk perkara yang sia-sia. Yang membawa si syaitan lagi hoorayy menepuk tangan. Setiap perlakuan yang kita buat, akan membentuk jiwa kita. Kalau hari-hari tayang muka pada dunia, maka senanglah jiwa kita di beli oleh dunia.

Okeh, abes, orang lelaki macam kau takkan jadi pengikut Dajjal ke?

Ada. Lelaki yang berpotensi paling besar untuk jadi pengikut Dajjal ialah lelaki yang tidak boleh meninggalkan golongan-golongan perempuan yang kita bincangkan tadi. Lelaki yang lemah dengan kecantikkan perempuan. Walaupun ibu, isteri dan makwe sendiri sekalipun. Lelaki yang lemah memang layak berdampingan dengan perempuan yang lemah. Lemah kedua-duanya, mudahlah jiwa di beli untuk di pesongkan.

Kau ini berperangai iblis lah Aqram, suka-suka hati kau kan?

Haha, hati aku sebahagian darinya pernah di makan iblis. Sebahagian lagi masih ada tauhid. Cuma aku harap aku tidaklah tergolong dalam orang yang memerlukan kebaikkan seseorang untuk membuat keputusan sama ada cerita yang seseorang itu sampaikan benar atau pun dusta. Orang sebegitu lagi senang mengikut Dajjal.

Kau perli aku ya? Siapa kau sebenarnya? Apa matlamat kau?

Aqram. Maksudnya antara Syurga dan Neraka. Aku di tengah-tengah. Tentang matlamat, tunggulah, kita sambung cerita nanti ok?

25 ulasan:

Nobita Sensei berkata...

Kahkah..terbaik. Suruh pakai purdah taknak. Padan muka.

b a m b a m ' s berkata...

*speechless* =|

Sab Buenoo berkata...

aku suka gila entry soal-jawab macam ni.

:D baru la sesapa yang bodoh2 susah nak faham apa yang kau nak sampaikan tu jadi faham!.



err. faham x apa maksud aku?=.="

Mek Norfa berkata...

betul2.. perempuan yg selalu berpotensi untuk ...... dalam setiap hal

lalink7 berkata...

menyengat dan tersengat..

mahirahkamal berkata...

sekarang pon baNyak dajal bertopengkan manusia. . .

zureen berkata...

assalamualaikum

ada benarnya juga especially tang perempuan tayangkan muka..
tapi bab di tengah2 antara syurga n neraka...hemm, menurut ilmu saya yg cetek,tiada yang ditengah2 dalam Islam, sama ada kita pilih ke kanan or kiri, wallahualam

afrohead berkata...

kudos for this one!

Mirrul berkata...

aku takut. minta maaf wey.

free compass berkata...

kalau perempuan pengikut dajjal so senang je la nak lawan. perempuan bukan kuat pn. kehkehkeh

Catherine- berkata...

Lelaki yang berpotensi paling besar untuk jadi pengikut Dajjal ialah lelaki yang tidak boleh meninggalkan golongan-golongan perempuan yang kita bincangkan tadi.

iaitu perempuan yang sangat-sangat sayangkan wajah sendiri dan bangga, tayang sana-sini, gambar di blog, fb, akhbar dan pelbagai saluran media.

kalau lelaki yang sama taraf dgn perempuan yang disebutkan di atas, sama la yeh??

tayang muka sana sini, tayang gambar mesra ngn awek berlainan..

yer?`

free compass berkata...

@ katering

marah nampak?

Gua pa da heran lu nak komen ape? berkata...

mak pun?

Apa guna 'syurga dibawah tapak kaki ibu' dengan 'syurga di bawah tapak kaki suami?'

✿ CikCimi berkata...

speechless~ =.=

Fiq Vertigo berkata...

mereka kata mereka tahu kita
kita golongan lemah
kita pamer diri
kita pamer wajah

aku kata, Aqram tahu kita
aku harap Aqram semoga kau berjaya

aku kata kalau wanita itu bijak, yang luaran ini hanyalah pinjaman. dalam ni, tong iman tong ilmu kena isi. itu barulah modal keyakinan diri. bukan sekadar simplysiti.

Naqib Mohamad berkata...

+9999

Tanpa Nama berkata...

bagus sgt entry nih....tp laen kali ko buat larr entry tang laki yg suke pompuan cantek2 je....yg perempuan2 follower dajal yg ko mention tuh.....sbb tuh makin ramai pompuan even xcantek nk tunjuk jgk wajah2 diorang....nk test market g2 org kate....hik3

Cha Gloxinia berkata...

Good entry

erysweetie berkata...

thumbs up!

nursyuhaida berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Artoone berkata...

keberanian menghina dan menjatuhkan hukuman sesama manusia, hurmm... bukan calang-calang ada sifat ini. bertelur juga kau Aqram.

Tapi telur kau ni wajar dan bertempatkah?
tak mengapa, aku tahu kau pasti ada jawapan pada setiap hemburan soalan.

Tanpa Nama berkata...

@nursyuhaida
bercakap berpandanglah kepada diri sendiri dahulu.
anda mungkin tiada juraian rambut di tepi telinga untuk menunjukkan anting2 nye,tetapi cara anda bertudung masih menampakkan dada, dan juga baju anda masih menampakkan bentuk badan anda di blog anda.maaf sekiranya terasa hati.sekadar bersama2 menghulurkan teguran.;-)

Silent Blogue berkata...

nice thread .
terima kasih atas peringatan .
up up !

Tanpa Nama berkata...

diantara syurga dan neraka.? titian sirat.

Amira Anorah berkata...

ye...betol...perempuan yang lebih mudah buat dosa berbanding lelaki...