Mac 10, 2011

Sejenak 2

Faisal Tehrani bukan suruh kita semua masuk Syiah la dowl.

Kau nampak dia update hari-hari pasal Iran-Syiah, lantas kau terus cap dia sesat sebab kerap mem-publisiti-kan Syiah di Malaysia.

Dia sebenarnya mahu kita ambil contoh sikap orang Syiah yang MAJORITI-nya mengikuti sunnah Nabi dan sikap-sikap baik yang di tonjolkan orang Islam-Syiah-Iran. Sebab tu dia hari-hari cerita pasal sikap yang baik orang Islam-Syiah-Iran. Kau tengok fesyen remaja wanita orang Islam-Syiah-Iran cukuplah. Simple, takde striking-striking bai. Hijau, hitam, cokelat gelap dan apa saja warna dark. Warna yang tidak menyerlahkan. Remaja Islam-Sunnah-Malaysia? Kalau boleh nak 7 warna pelangi di sumbat dalam satu pakaian. Kalau boleh nak free-hair hari-hari. Asal kena setitik-dua kuah makanan pada tudung dan baju pun dah gelabah malu macam orang gila. Tenang sudah, kotor pakaian pun janganlah sampai hati jadi kotor.

Iran adalah negara yang kaya. Kalau tak kaya, takkan lah ada budget besar untuk kajian Fizik Nuklear. Kau ingat kajian atom itu murah? Kau ingat nak detect electron boleh pakai contact lens ke? Kita kat Malaysia ini pun baru tahap 'agensi'. Macam mana rakyat Iran yang bermazhab Syiah boleh maju sebegitu? Sebab Allah Maha Adil, mereka yang berbuat baik, berperilaku mulia, akan mendapat rezeki yang baik. Even kalau manusia itu sembah patung nom om nom sekalipun, dia selalu berbuat baik, tolong orang. Allah akan beri rezeki juga. 

Jangan masuk Syiah, sebab Syiah tercetus dari persengketaan politik selepas zaman kewafatan nabi. Ambil saja sikap orang Syiah yang baik, yang di tonjolkan oleh pengikut Syiah. Kan mudah?

p/s : Sikap orang Malaysia memang suka baca, angguk, sedar kejap, lepas tu lupa. Jangan harap nak praktikkan. Ceh!

17 ulasan:

Warna Warni Kehidupan berkata...

gua setuju hahaha...erk...

Sab Buenoo berkata...

aku pun setuju.

sya berkata...

yang baik jadikan teladan
yang jahat jadikan sempadan.. :)

habsahharun berkata...

pramugari Malaysia kena pakai baju macam pramugari Iran..baru mata2 lelaki tak terjojol

grawwrbabe. berkata...

hahaha..memacam la... ok2..amek msej yg baik...

Johan "Champ" Radzi berkata...

Aku tak rasa syiah itu sesat. Itu hanya masalh cabang. Diorang sembah Allah dan ikut Nabi jugak Diorg percaya Allah Maha Esa dan lain lain sifat sempurna Allah.

Serius aku cakap, orang yg gelarkan org lain sesat, apa jenis muslim macamtu?

eszol raar berkata...

'jump into conclusion'

itu mindset ramai islam malaysia

sicomot-comel berkata...

ikut ape je yg baik ^^

XIX Dragunov berkata...

betul aku setuju... faizal tehrani hanya mahu bercerita tentang sikap orang syiah yang lebih nampak keislamannya berbanding kita... lagipun, siapa lagi yang nak bercerita tentang syiah lagi... dia je yang tahu dan sanggup bercerita.... kita pun patut tahu pasal syiah ni macamane...

Republic Aku berkata...

aku simple dalam hal ni....sebenarnya wajib ke bermazhab!? itu je ler...

mish lily berkata...

setuje dgn sya,
baik jd teladan,
yang tak elok jgn jd ikutan..(:

khai berkata...

aku setuju sgt2 dengan kau.

Nobita Sensei berkata...

selalunya orang yang cap mengkhinzir buta ni membaca tanpa berfikir.

JIJI YU berkata...

mentaliti masyarakat kite cepat sgt menghukum ini la jadinye..

وان محمد ناءيف berkata...

sokong entri nih,baru2 nih pun aku aku baru jengok blog FT.kagum dgn ahmedinajad.zuhud gle pemimpin tuh.istikharah gune al-quran(seriyes gua rase nak praktik pasnih,beli terjmhn AQ mini..then gune ble perlu.insyaAllah)

bahagian "p/s" tu pun gua sokong gak.melayu2 ;)

Mainur Hasnah berkata...

ye.. ambil yang jernih je.. buang yg keruh.. fullstop.. tak perlu kritik sistem orang lain kan

the_firefox90 berkata...

yea, aku sgt suka pada awek2 yg berjubah hitam dan bertudung labuh. mereka ni la calon2 sesuai nak wat isteri dari awek sekrang yang rata2nye seperti pelangi yang terlebih warna sampai nampak freak gile,..