Mac 16, 2011

Sejenak 3

Ya. Kau rasa bangga bila kau lihat Ben Bradshaw boleh bercakap dalam bahasa kau.

Dan ya, kau rasa amat kool bila melihat Paku dan Belacan bercakap mengenai hari raya dalam bahasa kau. Ada can boleh berkawan dengan Mat Salleh ni.

Kau kagum. Kau rasa bahasa kau itu terkenal. Lingua franca. Semangat bangsa kau berkobar-kobar. Bahasa kau hebat. Dan kau mula "sound" sebangsa kau yang berbahasa Inggeris sebagai mat salleh celup. Sebagai lupa daratan. Tak hargai bahasa sendiri kononya.

Apa yang kau cakap sebelum ini?

"Orang luar negara hargai bahasa kita, kita tak hargai bahasa kita sendiri. Masyallah, bangsa aku memang mudah lupa"

Haha. Seronok kau melihat Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa yang di sertai ramai orang berlainan bangsa. Apatah lagi bila kau lihat seorang Arab yang boleh kecek Kelate. Kau bangga! Bangga dengan Kelate kau yang mungkin ya, terkenal di Arab.

Apatah lagi bila kau melihat dokumentari mengenai doktor dan pelajar di Russia, berbangsa Russia boleh berbahasa Melayu dengan baik. Kau rasa WOW! Ini penemuan ajaib. Ada orang yang menghargai bahasa kita. Bangsa kita di kenali.

Hmm.

Aku cuma nak cakap satu je lah. Kalau kau masih terawang-awang dengan bangga dan ilusi orang lain bercakap bahasa kita. Aku nak tanya,

Orang Russia boleh bercakap bahasa Melayu, kau yang Melayu ini boleh bercakap bahasa Russia?

Apa? English sahaja kau tahu? Dan slanga utara ang tu? 

Apa? Boleh bercakap bahasa Arab? Kau membaca saja pandai, makna kau faham tak? Hal tafahum?

Kau tak rasa ini memalukan-kah? Orang lain sibuk belajar bahasa kau, tapi kau tak nak belajar bahasa orang lain. Bangsa lain faham apa yang kau cakap, tapi bila si Cina bercakap bahasanya, kau terlopong tak faham. Bila si Russia bercakap bahasanya, mata kau terpejam-pejam. Kau minta dia bercakap English. Dan si Rusia itu boleh menyindir kau dengan bahasa kau sendiri, yang kau ini hanya sampah sebab bangsa kau tak tahu menguasai banyak bahasa.

Baru kau nak sedar dari lamunan? Nasib baik ada juga orang Melayu yang boleh berbahasa Russia. Terima kasih lah kat kerajaan kerana banyak menghantar pelajar kita ke luar negara.



Ini baru betul kegunaan vlog yang bermanfaat. Ada faedah. Bukannya sibuk buat vlog cerita pasal suka abang ini lah, apa pandangan awak mengenai vlog lah, segmen terjah lah, saya tak suka cik anon lah, tips blogger yang baik lah, tips pakai sarang mengkuang kat kepala-lah. Kejadah.

Haihh, jahanam minda bangsa, jahanam negara, melingkup agama. Tu lah, masa exam pergi bawak toyol... 

Oh ya, kepada tuan punya video. Privet-i-salyut!


p/s : Dari buang masa pergi tasik buat vlog. 
Baik pergi belajar bahasa Jepun.
Mana tau Maria Ozawa kau tu boleh jatuh hati? 
Ha, pergi belajar dengan Diloz.

p/s : Kemaen Aqram, kan sekarang dah ada google translate.
Keh keh keh!

31 ulasan:

Azra Rahman berkata...

aku paham apek cakap.
aku faham aku faham.
belajar apek pun sakit, nak rusia pulak, haram j lah.

mie berkata...

oooo...
adakah ini dr haneem?
ehehee

Raihana Izzati berkata...

Pernah bagitaw x?

GUA SAYANG AA.

Fine.bold.sexcited plk.

Jom wat vlog skali.;)

una berry berkata...

google translate xboleh pakai sangat
masa aku blaja french dulu kalau guna google translate senang sgt lecturer detect sebab grammar pejadah sah2 xbetul n tonggang terbalik.hoho~

I agree with u regarding malaysian should learn other language/s

mana tau dengan tau banyak bahasa boleh keje kat negara lain, translate ilmu dorg in bm.

una berry berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
aNNa maRdHiaH berkata...

ternganga mulot dengar die ckp russia..
huhu ..bagus2 ! mmg berfaedah kalau kita gunakan vlog cmni,bukan tujuan tergedik2 je .

PointBlankShot berkata...

hoyeah! somebody speaks my rhyme finally!

Sab Buenoo berkata...

pelan2 kayuh....

aku tengah belajar mandarin dulu sekarang. XD .huehue

k_Own berkata...

gua belajar bahasa arab ! hehehe....

tapi tetap berbange lah bngse bngse lain ber bahasa Melayu..

Cha Gloxinia berkata...

buat aku tergelak je ayt ni " sibuk buat vlog cerita pasal suka abang ini lah, apa pandangan awak mengenai vlog lah, segmen terjah lah, saya tak suka cik anon lah, tips blogger yang baik lah, tips pakai sarang mengkuang kat kepala-lah. Kejadah. "

:D

isaac ismael berkata...

"dari buang masa pergi tasik buat vlog, baik pergi bljar bhasa Jepun"
hahahahaahahaha

Nobita Sensei berkata...

Gua tau jepun sikit-sikit. Jerman sikit-sikit. Arab sikit-sikit. Campur semua yang sikit-sikit tu gua dah rasa banyak-banyak.

P/S: Boleh buat bini makwe dalam vlog ni. Ade tisu tesco lebih?

AlexiaAqram berkata...

at least, kena tahu mencarut dari pelbagai bahasa.

keh keh keh!

zey berkata...

kalau gitu, aq nak call nenek aq neh,..








nak belajar ckp jawa.

sELipAr_biRu berkata...

segmen terjah yg paling tak leh bla... mnyampah

sELipAr_biRu berkata...

segmen terjah yg paling tak leh bla...

afrohead berkata...

quote: "saya tak suka cik anon lah"

hahah.

Naqib Mohamad berkata...

paka!

kembalikan lah PPSMI....

Amiey White berkata...

Thanks to my mum amiey boleh cakap bahasa cina untuk kutuk cina yg marah2 amiey dekat pasar borong =="

MATAHARI berkata...

kah kah kah.

ayat-ayat bawah video tu semua buat aku terbahak2 dah.

G ISMAIL berkata...

pedas skali kata-kata itu.. terasakn seperti sebiji batu tajam menujah didahi yang tak brape luas nih.. huhuhu.. Jangan kata nak faham bahasa cina, bahasa inggeris yang dah belajat sejak dari darjah 1 sampai lah tingkatan 5, sambung lagi setahun kt universiti masih lagi gagal untuk memahami. hahahahahaha

Mainur Hasnah berkata...

betul.. kalau kita rendahkan ego kita.. belajar bahasa lain lagi bagus

eiffel berkata...

gwa pown slalu gk belajar bhasa jepun ngan korea masa tgk drama dorg...manfaat jugak ye layan drama luar ni..lol~

ohayo aqram! xP

Republic Aku berkata...

tersenyum pahit bila ada kebenarannya...

qyqa berkata...

ya akhi,
syukran lianna taaruf li hazihi ukhti..
uhibbu jiddan..

gua kena fikir lama juga nak tulis arab ni walaupun dah lama belajar.
hais nak kena buat vlog juga!!! =p

grawwrbabe. berkata...

kenapa ade owg kata lucah???
salah kah belajar bahasa rang luar??? xde la bodoh di carut dengan orang luar uh!

Ery Farieha berkata...

hahaha aku pun penah terfikir camni
kita bangga org cakap bahasa kita
tp bila kita ckp bahasa lain, kata lupa diri
heh
#somalaysian i think? >.<

ainakhani berkata...

agak betul lah apa kau cakap.
kita kagum orang luar tahu bahasa kita tapi kita tak ada inisiatif nak belajar bahasa diorang.. huhuh T.T

alexa yussida berkata...

privyet~

Belly-Button berkata...

this is dr haneem... she is cool, mmg down to earth. :)

neemosaurus berkata...

dapat tahu pasal entry ni lepas ade sorang awek msg sy kat facebook. anyway, spasiba!


:)