Mac 04, 2011

Soalan Rawak Kepada Lensa Rosak

Sengaja aku wujudkan entri sebegini sebab ramai orang baik di alam blog, facebook, formspring, twitter dan kawan-kawan di alam realiti bertanyakan soalan kepada aku. Jadi, aku rasa apa salahnya pertanyaan-pertanyaan rawak ini aku jadikan sebuah entri untuk manfaat bersama dan mengenai diri aku di alam maya mungkin? Lagipun, selepas ini. Aku akan berehat seketika dari menulis. Tenaga menulis aku sudah mencecah jarum E. Sebelum bunyi beep beep itu padam. Baik aku gunakan kesempatan yang ada untuk menjawab soalan-soalan. 

1. Apa sebab sebenarnya AA mendelete twitter AA? Kata nak berhenti ber-twitter tapi masih bertwitter di twitter Terfaktab?

Baiklah, aku mendelete twitter aku sendiri kerana, sorry to say lah. Aku taknak menjadi terlalu addict dengan twitter. Bagi aku twitter merupakan medium social network yang sangat pantas. Ia mendorong kepada ketagihan. Sebab itu ada hashtag #tahitwitter. Sejak aku ber-twitter, aku dapat rasakan ia banyak menggangu masa aku bekerja dan bersosial di alam realiti. Bukan sebab twitter ia terganggu, tapi sebab diri aku tak boleh dikawal untuk terus bertwitter. Apatah lagi bila kemudahan twitter boleh di layari dengan BlackBerry. Tangan tu asyik nak pegang handset tak lepas-lepas. Dan ada satu hari itu, entah macam mana Tuhan boleh tunjukkan pada aku akan gelagat seorang perempuan yang merupakan kenalan aku, telah berperangai sungguh menjengkelkan melayari twitter di hadapan aku. Rasa nak penampar tahu?

Jadi, aku berkeputusan untuk membuang twitter aku. Dan hanya ada tinggal twitter Terfaktab sahaja. Aku tidak mempunyai masalah dengan twitter Terfaktab kerana itu twitter syarikat. Nak mampos ke menyalahgunakan twitter syarikat? Hanya perkara-perkara releven atau kecemasan saja akan aku gunakan di twitter Terfaktab. Jadi, tidaklah terlalu addict dan masih boleh di kawal. Dan aku harap, tidaklah untuk kawan-kawan aku terlalu ambil hati dengan pendirian dan pandangan aku ini. #harapmaklong (tengoklah, addict terhadap twitter, masih tak habis sampai nak jugak ber-hash-hash. Haihh)

2. Adakah AA pengejar trafik juga? Trafik banyak, kenapa tak pasang Nuffnang macam dulu?

Jika aku mengejar trafik, aku akan pastikan trafik yang aku kejar itu boleh mengembungkan poket aku. Mungkin aku akan pasang iklan Nuffnang, Advertlets dan sebagainya banyak-banyak di blog ini. Sebenarnya, aku telah menerima kira-kira 4-5 email dari beberapa website syarikat yang mahu memasang iklan di dalam blog ini. Tapi, aku langsung tidak membalas email mereka kerana aku menolak untuk memasang iklan. Sekarang ini, cuba kau lihat blog aku, ada iklan? Tiada bukan? Maknanya aku bukan pengejar trafik. Lagipun, aku ada pendirian bahawa ; 

Aku merasakan duit iklan dari Nuffnang, Adverlets dan sewaktu dengannya merupakan hasil yang membawa kepada syubhat. Ia merupakan satu keraguan untuk membawa kepada hukum haram. Ramai cendekiawan agama telah membincangkan hal ini. Pengaliran duit iklan yang ada tidak jelas. Jadi, itu merupakan satu penyokong kepada pendirian aku tentang mengapa aku tidak memaparkan iklan seperti Nuffnang dan Adverlets. Walaubagaimanapun, iklan This Is Good di Terfaktab, bukanlah iklan yang syubhat kerana aku nampak pengaliran duit iklan. This Is Good merupakan iklan produk baju dari rakan aku. Cukup sepurnama, kami di Terfaktab akan mendapat bayaran upah. Di situ jelas dari mana duit itu datang bukan?

3. Bagaimana pula jika mengejar traffik untuk populariti?

Kalau ada orang kata aku pengejar trafik di sebabkan mengejar populariti. Aku cuma sangsi, aku merupakan blogger tidak berprofil. Jika aku mahukan populariti, pastilah aku akan tunjukkan diri aku dan wajah aku sebenar di dalam blog bukan? Tentu seronok bila wajah sebenar aku terpampang dan blog aku di sisipkan dalam majalah Remaja mahupun 50 Blog Pilihan Intrend. Itu baru popular kan? Haha. Ringkasnya, mereka yang tidak berprofil seperti aku, menyorokkan profil kerana kami tidak mahukan populariti. Atau lebih tepat, tidak mahukan populariti di alam maya di bawa ke alam realiti. Kami menulis kerana menyalurkan pandangan dan idea untuk di kongsi. Penulisan kami yang popular, bukan diri kami yang popular sebenarnya. Dan, populariti itu hanya datang bila penulisan itu di baca oleh ramai orang. Populariti itu bukan datang sebab wajah kami kacak/lawa. Jadi, betulkan sedikit komen dan tanggapan kamu terhadap aku dan rakan-rakan aku yang lain mengenai mengejar trafik kerana populariti. Kami tak minta semua itu, ia semua mungkin disebabkan keterbukaan pembaca blog untuk membaca penulisan yang baik. Jadi, salahkah aku tidak berprofil di dalam blog? 

Lagipun, apa faedahnya mengejar populariti? Lagi pula populariti di alam maya. Tiada faedah. Alam maya bukan nyata pun. Di situ ia bermula, di situ jugalah ia berakhir. Jadi, aku tegaskan tujuan aku membuat blog hanya kerana ingin menyalurkan pandangan, idea, tafsiran, pemerhatian dan catatan ringkas hidup aku. Itu saja. Demi Tuhan. Kalau sebab nak mencetuskan kontroversi, aku tidak boleh kata apa. Sebab setakat ini aku lihat kontroversi itu datang bila penulisan aku terkena batang hidung orang lain yang terasa. Tiada masa aku hendak mencari kontroversi dan mencari gaduh. Petik nama orang pun, aku bersandarkan pada contoh dan sindiran. Bukannya aku hendak mengaibkan. Seperti yang aku perjelaskan lepas, kalau aku hendak mengaibkan orang, sudah pasti satu slot entri itu aku gunakan untuk melampiaskan kata-kata kesat dan kutukan semata-mata. Kalau setakat dua patah perkataan sahaja pun hendak bersaman-saman, memang tak kool. Haha!

4. Isu pelacur blogger memang hangat, sebelum ini isu tudung shawls. Apa agaknya isu yang ingin AA dedahkan selepas ini?

Soalan tak boleh blah. Mana boleh tahu rahsia penulisan orang? Haha. Baiklah, aku jawab sajalah sebagai santai-santai. Ok, aku ingin bawakan isu Hantu Blogger. Mengenai sebilangan blogger yang duduk depan laptop mengupdate blog melebihi 6jam. Itu kerja gila tahu? Aku rasa orang sebegitu macam tiada life. Dia tidak bekerja kah? Tidak belajar kah? Tidak bersuami/isteri kah? Tidak bersukan kah? Hantu Blogger juga boleh aku tafsirkan sebagai seorang blogger yang akan update entry sehari sampai 5,6,7,8,9.....hingga 20 dan mungkin 30 entri SATU HARI. Series aku mengucap panjang dengan tabiat blogger sebegini. 

"Ini kerja apa? Tolak hidup realiti, pilih hidup maya. Membelakangkan hidup realiti sampai tak ingat batasan kehidupan, ini kerja apa?" (pinjam quotes Nik Aziz)

Ada orang kata Hantu Blogger memang menghambakan diri depan internet dan komputer. Ataupun, segala apa yang blogger itu buat, akan terus di tulis dalam blog. Itu sebab sampai satu hari jejak 20 entri. Gila. Namun, bagi aku, topik sebegini masih belum kuat untuk di tuliskan. Kerana, aku ada ramai kenalan yang memang duduk depan laptop/komputer melebihi 10jam. Seperti seorang designer, akauntan dan sebagainya. Bila ada masa curi-curi, akan update blog dan sebagainya. Kiranya, masih ada sebab kukuh untuk menafikan gelaran Hantu Blogger ini. Jadi, nantilah untuk aku tuliskan. Kalau ada sesiapa yang hendak mengambil idea ini untuk di bincangkan dan di jadikan penulisan, silakan. Idealisma adalah percuma. Bukan berbayar macam iklan dan bersegmen-segmen. Hehe.

Oh! Atau mungkin aku akan buat topik mengenai Lelaki Zaman Sekarang Yang Aku Rasa Sungguh Menjengkelkan. Aku lihat, banyak lelaki, pakaian macam lelaki, tapi bila bercakap, macam perempuan. Lelaki sebegini tak buat kerja kasar, paling kasar pun aku rasa main tenis, pergi gym, konda-kondi, ataupun mengalahkan perempuan bila pergi salun. Suka pakai spek mata stylo. Pakai eye-liner dan juga suka ambil gambar konon style lalu paparkan dalam blog mahupun FB. Aku cuma fikir, mana pergi watak lelaki yang kasar? Tegas, cakap dengan gaya lelaki. Semangat bertempur itu kuat dan memang ada teloq. Mana ha? ha?


5. AA hendak berehat atau berhenti? Apa yang AA akan buat bila berehat atau berhenti? 

Berehat. Buat apa nak berhenti selagi misi tak tercapai. Haha. Mungkin aku akan menumpukan pada kehidupan aku. Bersama ibu bapa, kekasih dan kawan-kawan. Kehidupan realiti lebih baik dari kehidupan maya. Aku ingin mendaki Gunung Jerai lagi. Mungkin juga aku akan berkembara (back-packers) bersama kawan-kawan menaiki keretapi ke Bangkok. Asyik naik flight saja, tak mencabar langsung. Oh oh oh, mungkin terus saja duduk di pulau komunis ini mencari sumber penulisan dan mencambahkan idea dengan menghabiskan pembacaan buku-buku ilmiah. Lagipun, aku sedang sibuk mengkaji tajuk Pluralisme. Bahan sudah ada, nak mula menulis pula tiada semangat. Doakan aku agar aku berjaya dalam kehidupan ya!

***********

Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak pada pembaca aku atas sokongan kalian membaca blog aku. Kelak, kita akan berjumpa lagi dalam blog ini membincangkan isu-isu lain, bergelak ketawa dan makan pop-corn bersama. Izinkan aku berehat (tak pasti berehat pendek atau panjang), dan menutup wacana kita dengan lafaz ;

Chalo, Asalamualaikom!


p/s : 5 soalan, tapi jawapan dah macam satu esei. 
Ini bukan soalan rawak lah celaka!

50 ulasan:

TAJUDDINDAUGHTER berkata...

jgnla nk berehat lama2, ^^

MATAHARI berkata...

1. damn, aku dah addict dow #ehsamalah.

2.3.ragefest yang akan dipenuhi orang yang menerjah tanpa baca terus komen,

4. aku belum cukup hantu nak update 20 entri satu hari.

5. psst, kalau ada masa hujung minggu silalah ke pulau susu.

.sweet-ants. berkata...

jangan la blah. aku suke bace blog ko wlupon kdg2 makan dalam tp sume tu kita belajar sama2.

Mohd. Hafiz bin Abdul Aziz berkata...

wokey! menunggu entry2 yg dasyat lagi mantap dari lensarosak!

Fateen Insyirah berkata...

Nak update sampai 20 entry memang tak le . Hakhak .

Waalaikumussalam

Amiey White berkata...

pasal twitter , betul dah addict gila , x on rasa macam gian. =.="

and LR jangan rest lama2 ~

come with new hot entry yang buat orang berfikir :D

milimilo berkata...

adeh.aku rasa kalau ada twitter macam takde blog dah pun takpe.patutlah kau delete.cilakak lah twitter ni kadang2.mungkin bila ada isu bn 10 boleh aku singgah main f5 dan mkn popcorn lama2 kat sini lg. :D

HEROICzero berkata...

aku tunggu isu hantu blogger tu, and harap ade blogger yang kau petik.

cool! =)

AMI.FAHMI berkata...

tk pyh nk rest sgt laa dol

afrohead berkata...

kau nak rehat lama pun tak apa, asalkan entri selepas itu betul2 mindblowing!

kira berbaloi la :)

Nobita Sensei berkata...

back-packers. gua dah lama teringin.

mahirahkamal berkata...

Pergi bertapa ke?
gonna miss your entry =_='
All the best Aqram~

zt-zati berkata...

yea, sy pernah t'fikir gak nak wat pasal hantu blogger tu..
siyesly org2 ni sgt annoying sebab banyak gile keluar enrty dia je..
agak2 la..
las2 dah unfollow da, xlarat nk tengok post dia yg bnyk gile tu..
kalo bes xpe gak,ni dok tulis sepatah dua je 1 post, tapi post bnyk2..
haila..


~nyway, njoy la berehat & bersantai..
arapnye bila balik nanti de post yg gile mantap..
xsbar nk join mkn popcorn..
LOL

najwaMazlan berkata...

incik akram. first of all saya nak mintak maaf. der~! maybe that entri too much. tapi ingatlah yang even cik maksudkan lain. perkataan tuh teramat mencucuk hati orang perempuan. saya paham apa maksud pelacur blogger. tapi kalau tukar ke benda lain, boleh? mcam blogger yang cari trafik ke, blogger sengal ke.
n' bab lagu tuh saya dah buang. at least ada jugak yang tegur. :)
BTW, kita sama2 manusia. x lepas. saya pun duk tengah belajar nak membesar. kak yuyu tak salahkan incik aqram.tapi cuma malu sbb perkataan tuh. okeh? penulisan incik aqram saya memang tabik. itu saya tak boleh nafi. okeh. pergilah nak berehat. saya tak nak dah jejak mata ke sini. takut dengan header. haha! 0-0

kanjopang si lipas berkata...

broo......mmg cool!=)

eiffel berkata...

ceh!aku dah addict dgn blog ni! camtaek tahu!


hey aqram, nk cuti jgn lelama sgt!nti aku sangap nk baca idea ko!

samat pergi, samat balik..wslm~

eiffel berkata...

oke, fine!aku yg klik lucah!ada masalah?


kthxbye!

eira sakura berkata...

alah~~
aku br jd fan blog ko..(fan:pminat tau. bkn fan kaki kipas. hehe..)
tetibe je nk brehat pulak..
haha..
yeah..
penting sbnrnya rehat ni..
penat badan n penat b'fikir 2 laen..
slamat la brehat..

Faezah Hannah Al Baj berkata...

BLOG adalah dunia yg lain selain daripada alam hakiki dan alam realiti.

tak kesah la kalo smpai 28jam sehari mengadap labtop,asalkan masih berpijak di atas bumi yg nyata.(ada ker??) cuma tabiat kebanyakan yg lupa diri, selalu nk lebih2. ssh nk ber'moderate' eg:kalo nk tempek gambar mesti nk letakk yg paaaaling besar.apekah??

syabas kpd AA krn berani merungkai kebatilan. sy ikuti isu hangat AA spt shawl, pelacur blog dll.gugurl2 n boboi2 dewasa kini mmg sgt2 menjengkelkan. syabas syabbas. *clap clap

paling sedih bila secara terang terangan bermaksiat di dalam blog. bangga no. haih.

xkesahla buruk mcm mn pon gaya penulisan.. xkesahlah entry xberilmiah pon, tetapi isinya haruslah wujud hemah,nilai, kebenaran..usahlah pertahankan diri dgn ayat penyata "belog aku, aku punya suka lahhh" kena ingat, ramai yg membaca

sy xpandai menulis.namun berblog atas dasar suka berkogsi.mmg sifat semulajadi.tq
chorat choret chikgu

Sky0ne berkata...

Aku tunggu entri hantu blogger tu. Dulu pun hampir-hampir jugak nak jadi hantu blogger, update siang malam pagi petang, blogwalk sana, tinggal jejak sini. Kiranya ada entri ko yg kena batang hidung aku sendiri la.

Tapi nasib baik aku sedar diri cepat. Senarang takde macam tu dah.

Cuma sekarang dah jadi addicted to twitter plak. Dayyumm.

Teruskan menulis bro. Aku tak kisah pun kalo kena batang hidung sendiri. Orang yang tak boleh terima hakikat je yang sibuk memekak menyalak sana sini.

Heh.

Sab Buenoo berkata...

wey jangan rehat lama2. nanti pop corn aku masuk angin. :) hehe

cikpia berkata...

gonna miss ur writings!!!!

iqbal berkata...

bro, pasal plurasim tu,aku tunggu entry ko.akupn dah ade sikit bahan. yesterday ade pasal sorg non-muslim pertikai nape org kita sibuk sgt ngan plurism sdgkan agama dia relax jer. bg dia..plurism adalah wadah kreativiti dlm beragama. wadehel.

sya berkata...

jz. dont stop writing...
i admire ur entry A LOT..
nanti xtau lagi nak baca blog mana bila bosan.. huhu

Fiq Vertigo berkata...

damn, aku dah addict dow #ehsamalah !

ahahah.. komeng matahari tu lebeh kurang sama dgn pendapat aku.

@matahari

AA mungkin da muak ke pulau susu. tapi takpe, tiap kali bertandang, tempat tu akan bercerita fasal benda lain.

De' Nurul berkata...

tak reti twitter dan malas nak mula sebab dah tau ia memang hantu.

Sca Ndx berkata...

aku rasa ramai jugak terbuka mata baca entri kau,

saman? merika sangat ni. itu baru direct sikit. ala.

rehat lah AA. hirup udara segar.

RastaMat berkata...

jangan rosakkan hidup realiti sebab taksub dengan hidup maya..

ieka darlink berkata...

aku mungkin tak kisah jika dilabel hantu blogger.
sebab abah aku tak kasi kerja.
umur aku belum sampai masa untuk sambung belajar.
aku tak bersukan.
dan aku tak punya suami.
so setiap hari aku akan duduk depan komputer.
tapi tak lah update 5678910 entri sehari.
jejah 20blog pon tak. hahha.
bila kau buat entri hantu blogger ni aku nak kopipes komen ni.

jangan rehat lama2 AA. orang suka penulisan kau.

MR.Screamo berkata...

cantik penulisan:)
good luck.

SagaPutih berkata...

1. yeah twitter is addictive. aku pon dah start nak addict tapi luckily aku takde smartphone kahkahkah

well, ko cakap pasal cuti, aku pun tgh cuti from blogging, tapi tak tau bape lame.
good luckk bro

Kembali Senyum berkata...

aku suka entry kau
pasal semua
yg paling eksklusif, pelacur blogger
harap kau dapat tulis lagi entry yg ada isi
jgn rehat lama lama .

JLoveAbd berkata...

Nak buat preparation nak tunang or kahwin lettew. Heuheu.

AyuE SurihanyOt berkata...

aku dok baca haram tak paham AA tu apa kejadahnya...dah abis entry bru tau AA tu alexiaaqram..cet

TheBentPencil berkata...

@jlove: ai sokong! ahahahah

apa buat di pulau komunis tu?

mari ke pulau konek.

ya, pulau dekat melaka tu.

dulu kitorg kutip kerang dan ketam dekat situ.

aum nikmatnya pulau tersebut.


p.s. pasal addict...yeah. i agree. awek2 shawl pun wa sedih ah. secantik2 diorg, tak payah la abih kan masa blogwalking tulis blog segala. pergila tengok dunia yang indah tu.

yg hodoh cam kite takpe, keluar pun orang tak pandang. akakaaka

Perempuan Lanjut Umur berkata...

Kau bertapa lama skit AA,nanti kao kembali dengan penulisan lebih bernas.tak sabar aku! kihkihkih

AlexiaAqram berkata...

nampaknya. jloveabdullah berjaya mengkantolkan niat aku.

cis! hahaha!

kepada semua, mekaeh banyak2 naa! lain hari kita jumpa lagi naa! aku ingat nak buka balik Formspring, khas untuk sapa2 nak bertanya.

WOHA!

Catherine- berkata...

twitter aku x dpt buka.lgpun aku x pandai guna twitter.huuu~ kesian.


ok. x sabar sebenarnya tunggu entry pasal no. 6 dalam entry yg lepas lepas tuuuuu...;p~

Atiewa. berkata...

jgn nak cuti lame sgt. xde bhn berilmiah nk bace nnt kehkeh.

nurliani ahmad mustafa berkata...

aku ttp sokong hg karem! hahahha

hamka berkata...

aku baru nak berjinak2 dgn entri ko. sedap je aku bace.. hurm.. hampe..

sicomot-comel berkata...

weyh AA !
kau jgn cuti lama sgt..
nnt aku otak aku berkarat tak diasah dgn penulisan kau..
huhu

smoga selamat ye kat sana =D
enjoy ur life

3k berkata...

3k

LORD ZARA 札拉 berkata...

Kau nak rehat lama2, suka hati kau. Yang penting, jangan lupakan aku.

Ha ha ha.

XD

EZAN IDMA berkata...

haha. selamat mendaki bro. jgn lupe entry hantu blogger.

a.samad jaafar berkata...

salam sejahtera buat KR.. ini hari yg ke-3 aku kenal KR..kenal melalui Tukang Komen..t kasih buat tukang komen krn mperkenalkan aku kpd blogger hebat ini.. ternyata KR amat memikat meskipun ada kalanya tuturnya agak kasar dan lepas..aku rasa, perlu juga ada blogger yg berani menegur sikap 'pelacur' sesetengah blogger..malah aku kurang senang dgn stail blogger yg menjdikan pengikutnya sbg mesin mengumpul laba daripada iklan.. aku setuju sgt KR tidak mmasuk iklan di sini..secara jelas mperlihatkan keikhlasannya sbg blogger.. soal terkena batang hidung.. kita perlu bersikap terbuka.. teruskan berkarya KR..aku tabik sama lu !

anis rohaiza a.k.a azah berkata...

lensa rosak... ak suke idea ko psal nk wat entry LELAKI ZAMAN SEKARANG YANG AKU RASA SUNGGUH MENJENGKELKAN.... sila lah buat... sbb mmg wujud pon org sebegini.... tlg la buat....

tq... heheheehehe

Morfius berkata...

heh, kalau kau nak buat entri pasal hantu blogger..
xde kna mengena dgn blog serius kan?
hari2 update entry?
4 5 entry sehari?
tapi entry dia x la cam entry abg ketak2 tu ye..
muahaha!!!

Mainur Hasnah berkata...

penulisan AA memang bagus.. ada isi segala.. karangan bm mesti mantap dulu.. moga balik nanti ada entri yang menyedarkan ramai..

mimiey berkata...

salah satu blog yang sangat aku gemari. gaya penulisan yang sangat baik. teruskan, aku sokong kau. jangan rehat lama2, tidak sabar mahu baca entri seterusnya :)