Mac 02, 2011

Titipan Ilmiah Ke Alam Blog

Pertama sekali, lebih suka untuk aku katakan, ini adalah penulisan khas dari aku sebagai nasihat kepada mereka yang baru menjinakkan diri ke alam blog. Sekadar pandangan peribadi aku atau getusan ringkas hasil soal-balas dari para pembaca yang dahagakan arah dalam dunia blog.

Semestinya aku akui, blog ini telah menjadi perhatian dalam tahun 2011 yang serba mencabar. Aku katakan sebagai mencabar kerana, setelah bertahun ulung hayat aku bergelumang dalam arena maya ini, hampir 5 tahun jika di nilai dari blog lama aku yang telah aku buang dari kehidupan, aku kena akui semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula ber-blog (mempunyai blog), tak kira platfom percuma ataupun tidak. Ada juga yang menggunakan platfom facebook, aku tahu, jangan nak tipu.

Jadi, semakin ramai ber-blog. Semakin mencabar dunia blog. Mengerti?

Lebih suka aku kaitkan bilangan pengguna blog yang kian ramai sebagai punca mengapa dunia blog semakin mencabar, semakin sesak dan lebih tepat, semakin keji. Mungkin ada yang lucu. Namun, ia tidak selucu blog era dahulu. Kadang-kadang bila baca tubelawak pun, aku rasa blog Ben Ashaari lagi lawak. Lawak dengan segmen bodoh misalnya.

Semakin sesak dengan kehadiran blogger yang annoying. Umpama meredah LRT yang sesak dengan perempuan bertudung di mana tudungnya berbau kumbahan. Itu tak termasuk bau bangla dan vietnam. Bunyi bising couple yang bertekak dan mereka yang cakap kuat tak ingat sewaktu menelefon. Sesak itu mencabar bukan?

Terimalah hakikat bahawa memang ramai orang Melayu sudah mempunyai blog. Bila di bandingkan dengan kata-kata idealisma ; 

"Melayu itu secara manual-nya akan kuat dan kental bila bilangannya sedikit. Tapi, bila  Melayu itu bilangannya ramai, secara automatiknya menjadi lemah dan semakin bodoh pemikiran kerana terlalu rasa selesa dan mula menunjukkan lagak depan Melayu sendiri"

Maka kaitannya, semakin ramai orang ber-blog (lagi-lagi Melayu), semakin kurang kualiti nilai blog di hasilkan. Blog sekarang dipenuhi lambakan cerita yang tak habis-habis menceritakan hal rahsia peribadi diri dan orang lain kepada dunia blog yang umum. Ala, contoh kalau kau buka Ohbulan, kau nampak lah cerita orang ini tanggal baju, tanggal spender, Fasha Sandha 'puas', dan mungkin seremeh cerita 'apa yang Lisa Suriani tengah buat'. 

Tengah buat apa aku tak tahu, tapi aku rasa bodohnya kalau aku nak sibuk tahu apa orang lain tengah buat kalau orang itu tak kenal aku. Kan kan kan? Ah, artis. Kalian kan suka jadi artis, tak dapat jadi artis, buat vlog pun sudah boleh popular macam artis. Okeylahh.. dari tiada langsung.

**************

Sebenarnya, aku lebih suka era blog dahulu. Era blogger yang menjadi inspirasi aku dan para blogger yang sekepala. Era melayuminimalis, lucius maximus, benda aneh, magenta, iqa nabeera dan ramai lagi aku tak larat nak sebut. Ini kerana, ramai blogger era dahulu menjadi popular kerana mereka melibatkan diri ke alam blogger atas faktor menulis dengan idea bagus dan olahan tersendiri yang menarik. 

Era dahulu, siapa yang ada idealisma bagus, penulisan hebat, sarcasm-ilmiah-kelakar, minimal (rendah diri tak menunjuk rupa walau kacak/lawa), barulah dapat pembaca beribu-ribu

Era sekarang, siapa yang pandai SEO, segmen, tayang buffered earning, contest, papar muka besar-besar mentang-mentang lawa/kacak, blogwalking, buat entri puki berdarah, entri tak best tapi sebab geng dengan abang ketak dan buat vlog di taman tasik putrajaya, barulah dapat pembaca beribu-ribu. Pembaca macam mana, aku tak nak komen, buat sakit hati nanti.

Sangat berbeza bukan? Kamu rasa ini adilkah? Kamu ada bakat menulis, ada idea. Tapi, tiada siapa nak dengar idea kamu sebab kamu tak ikut trend blogger era sekarang. Kalau tak adil, sila vote lucah di akhir entri nanti.

Ini tak termasuk hal yang kawan aku cakapkan tempoh hari. Melayari blog sukan kegemaran Sokernet sudah rasa semakin menyampah. Bukan kerana entri tidak bagus, tapi komen pembaca yang banyak bangang tak sudah. Aku akui itu, sebab itu aku pun jarang buka Sokernet. Maaf Obefiend. Aku rasa kau setuju dalam hal komen pembaca ni mungkin?

Dengan ini, nasihat yang aku ingin sampaikan kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia blog. Jika kamu ingin ber-blog. Landaskan halatuju blog kamu itu dengan betul. Contohi dan inspirasikan penulisan blogger era dahulu yang aku ada sebutkan tadi. Usah buang masa kamu melayan blog yang banyak bertampal iklan perangkap sana-sini, jangan bazirkan tenaga elektrik melayari blog pengejar trafik semata-mata, hindarkan dari membaca blog yang suka bagi link kat ruangan komen secara tiba-tiba tak kena mengena macam yang aku ada sentuh dalam entri pelacur blogger lepas. Ada ramai blog sebegitu, hati-hati okay? 

Banyakkan juga membaca bahan berilmiah tak kira buku, jurnal mahupun blog. Ia akan melatih kamu untuk menulis dengan baik. Ada banyak juga blog berilmiah di era kini, kamu boleh cari. Jangan takut, blog berilmiah takkan bagi link di ruangan komen untuk menarik kita membaca komen dia tentang entri kita pada entri blog dia. Tak tak tak. Kalau ada pun, jangan layan. Orang ada asperger memang macam tu, janganlah dekat takut nanti berjangkit pula.

Haihh, susah-kan rupanya dunia blog? Dunia blog memang kejam. Ingat! Kena cekal dan kena pilih mana yang betul. Salah pilih, salah lah halatuju. Benda sebegini memang sukar. Kalau susah sangat nak cari blog apa yang bagus, resah sampai bulu jembut pun gugur, aku syorkan kamu baca lensarosak saja lah. 

Heh. Gua tak de hal lah beb. Okay? Chalo, asalamualaikom!


p/s : Antara komen yang aku jangka. 
"Nasihatkan orang konon, kau pun sama pengejar trafik. Pelacur blogger!"
Keh keh keh!

91 ulasan:

Mohd. Hafiz bin Abdul Aziz berkata...

"Banyakkan juga membaca bahan berilmiah tak kira buku, jurnal mahupun blog."

I'll keep it in mind! XD

JIJI YU berkata...

mueheh aku berblog kerna penulisan..terbaek bro..

Gadis berkata...

menulislah dengan hati

tapi jangan sampai memakan diri

bidang penulisan adalah satu cabang seni.dan mereka mereka yang gila populariti dan wang telah merosakkan khazanah seni berzaman ini.

aduhaiii~ pelacur blogger

Nadirah Abdul Mubin berkata...

tak heran kunun. huhu. wa saje nk komen. wa setuju sgt gn lu. plh best ttg oh bulan tu. wakaka. babai.

MATAHARI berkata...

best kan 3 tahun lepas punya situasi?


sekarang ni serius, sigh.
malas mau cakap panjang lagi.evolusi paksi 540 darjah bertukar.


MYSPACE blogger, TAGGED blogger, FACEBOOK blogger<--tagged dengan letak link.

mahirahkamal berkata...

^_^ teruskan menULis, pedulik ape kutukan mereka. tak mati dek keji nye

Jejaka Terhangat berkata...

laa..kan blogger sekarang ni semakin hari semakin byk. mana la kami sempat nak baca isi entri setiap satu blog tu. pasal tu kami tengok header je. tak pon yg tayang gambar cantik2, posing gedik2 kat entri, tu la yg jadi blog pilihan kami. mcm artis gak, siapa yg pandai "jual diri", dapat la byk peminat..kan as simple as abc je nak paham konsep dunia blog skrg..

salemaziz berkata...

banyakkan membaca. setuju.XD

AlexiaAqram berkata...

aku bangga ada orang komen pagi2 macam ni. mesti korang dah solat subuh kan? I LIKE! ahaha!

@hafiz

tadehal lah! :)

@jijiyu

teruskan halatuju!

@gadis

betul!!!

@nadirah

babai!

@matahari

KAH KAH KAH. kalau ada, gua pun sentap!

@mahirahkamal

you too! kental kan diri dalam kehidupan realiti juga ok? hihi!

AlexiaAqram berkata...

@jejaka terhangat

pernah dengar simpulan bahasa, serkap jarang?

atau ada cita2 nak jadi mata-mata blogger kaaa?

hehehe.

Amiey White berkata...

saya dengar kata2 orang lama a.k.a pakcik2 :D

btw tgh hari datang lg nak tgk apa jadi . :p

Hellioz berkata...

bergelumang dengan dunia bodoh
bodoh la jadiknya

"ini blog aku, sukati aku la nak buat ape!"

#facepalm
life's a joke afterall dewd.
big joke.

Dawa berkata...

dulu aku suka sgt baca penulisan magenta. intipati dia best. lensarosak pon sbnrnya best dr segi penulisan, tp klu lensarosak perasan, penulisan magenta takpernah dedahkan nama2 secara direct sbb dia pon taknak dedahkan namanya (walaupon aku kenal sgt dgn magenta di dunia luar). jd bg aku, it's fair kalau kita sama2 berterus-terang atau xpyh berterus-terang lgsg siapa kita dan kpd siapa sarcasm itu ditujukan. mmg aku pon dahagakan pembacaan penulisan spt lensarosak dan magenta. jgn risau. silent reader korang masih byk. cuma jgn timbulkan kontroversi semata2 dlm penulisan. angkatlah melayu di mata blogger dunia sbg yg pandai berbahasa melalui kiasan.

AlexiaAqram berkata...

@hellioz

double facepalm for the quotes 'ini blog aku, suka hati aku nak cakap apa'

dem. aku lupa nak masukkan sekali! haha!

@dawa

mungkin lah. anggapan aku saja. magenta tak dedahkan nama sebab waktu itu dunia blog masa itu tak macam skrang yg di penuhi blog yang 'u-know-what-i-mean'.

lagipun, aku di alam realiti. aku mmg suka berterus-terang. jadi, membawa ke alam maya. bahasa kiasan kadangkala bagi aku, tak berfungsi sangat dalam menterjemah maksud lagi2 berhadapan dengan mereka yang pemikiran cetek.

tengok istilah pelacur blogger sudah. metafora sebegitu pun jadi kontroversi.

harap maklum.

eiffel berkata...

kehkehkeh....

kita adala apa yg kita baca...

klo baca entry camtaek, blog sndiri pown jd camtaek!

anis rohaiza a.k.a azah berkata...

mmg btol..

tp saya x kreatif

**so byk kn bce buku** must remember!!

saudagar berkata...

bro,

aku support ko ckp terus terang jek...
sampai bile nk maju kalo asyik kias2..

De' Nurul berkata...

blog sekarang dah tak macam dulu. adekah mempaksa orang masuk blog dia? kalau best ok lagi. kalau tak? trafik trafik seo segmen ape benda entah. bosan gila.

citah bukan mazid berkata...

sangat suke dgn topik ni. especially yang idealisma pasal melayu tuh.uhhuk. memang betul pon.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

walaupon x heran ttp nak komen jugak boleh?sy start blogging dulu sbb nak perkenalkan org ttg produk dan bisnes sy..mcm online bisnes (adakah ini keji?)..lama² sy jatuh hati utk berblogging dr segi sisi perbadi..tp serious sy katakan sy masih mencari hala tuju penulisan..terjumpa blog dunia zara..sy jatuh hati..gaya penulisan dia aneh bg org biasa spt sy..sy teringin menulis spt itu tp takda bakat (atau mungkin x kreatif)..jd sbg permulaan sy tulislah apa yg sy tau dulu (dah tentu sekitar kehidupan seorang biasa spt sy)..practice makes perfect..drpd nak tunggu sy pandai tulis yg hebat spt anda dan zara sy tulislah yg 'biasa² aje dulu'

cik sessy berkata...

perenggan 12 n 13 sangat setuju...
sapa pandai bodek dia naik...
xkisah citer pa yang penting ada otai duk sebelah kompom ramai follower.....
kan???

jd should i vote for LUCAH????

kakakakakakakakakakak..

Sky0ne berkata...

dan juga penyalahgunaan blogwalking untuk mendapatkan trafik. Bukan nak baca sangat apa yang ditulis pun, tapi lebih kepada "aku lawat kau, lepas ni kau lawat aku balik ye?".

Itulah gunanya segala macam group blogger skrg ni kan? Aktiviti wajib, bertukar2 url blog. Bukan nak berkawan sangat pun.

SiSagaPutih berkata...

Blogger murahan..
tu terms yg aku suka bagi kepada terms pelacur blogger yang kau berikan

aku sakit mata bila tengok blog2 murahan ni

rageeeeeee

anyway, nice entry bro.

Alexandriana Alia berkata...

ampun. apsal aku suka sangat entry ni?.. super duper terbaik bersama contoh2 terbaik!..

pasni kalau ada kipas susah mati blah2 sana kondem kau aku taktau nak kata apa.. sudah terang lagi bersuluh nampak sangat mereka terasa.. ! Lol

Liyana Lunia. berkata...

aku perasan sendiri, adakah LR berkunjung ke belog LL? apakah pandangan LR kat belog aku. LOL naisss, dulu, 4 tahun lps, tk ada org cari duit mcm skrg ni tp skrg dh berubah, kene berebut2 termasuk aku HAHA *pengsan*

Azra Rahman berkata...

LOL on this :

"Era sekarang, siapa yang pandai SEO, segmen, tayang buffered earning, contest, papar muka besar-besar mentang-mentang lawa/kacak, blogwalking, buat entri puki berdarah, entri tak best tapi sebab geng dengan abang ketak dan buat vlog di taman tasik putrajaya, barulah dapat pembaca beribu-ribu. Pembaca macam mana, aku tak nak komen, buat sakit hati nanti."

Fucking true, and yes, i dont read them.I love your annoying.

Faith from the annoying.

luahanmonologku berkata...

hmm.. mengenai diri sendiri pun salah ker?..=.=''

kakiberita berkata...

biasa la. kalau dah keluar Nona cite berblog bulih kaya raya. manusia melayu mana yang tak ambil peluang...

rebut tapak jual goreng pisang pun bulih berparang, masakan lagi tapak untuk ber-blog. percuma pula.. keh keh keh.. semua teknik keluar...

Ailyl Rozanna berkata...

Bismillah. fuhh menggigil first time komen kat lensarosak :-P

Hahhh ! ape tu yg bawah last sekali sebelah kanan. Ailyl pakai kanta baru leh baca dia ! T____T

SiSagaPutih berkata...

Semua nak blogging lepas cerita Blogger Boy.

i hate em.. i just hate em

EZAN IDMA berkata...

betol tu bro :) sy sokong

Farah Ahmad berkata...

Ada yang betul nya...

XIX Dragunov berkata...

aku vote lucah~ wakakakaka~ XD

M. Faiz Syahmi berkata...

lah., kau taktahu ke yang bangsa aku(aku taktau kau bangsa apa) memang suka ikut fesyen terkini.? barulaa uptodate bhaiyaaaaa~

kau suka pakai shawl.? aku ikot.! kau suka pakai legging.? aku ikot.! kau dye rambut.? aku ikot.! kau nak demonstrasi kat duta us.? aku ikut.!

kalau tak ikut., tak ramai., mana nak dapat kesatuan.? mana nak dapat 1malaysia.??

kau ingat senang nak masuk syurga.? kena saling berpegangan tangan menongkah arus., baharulah boleh berjaya.! mana boleh survive sensorang dalam perang minda menelusuri lembah berapi dunia ni.!

dajal dah nak muncul ni weh.! kau tak takut.??

deleanna23 berkata...

blog ko ni bagus...tapi aku rasa tak perlu la mention mana-mana blogger~

Hami Asraff هامي أشرف ™ berkata...

Assalamualaikum w.b.t

Kali pertama aku mengkomen di sini. Aku pun baru je tau blog ni. Ops aku blogger era zaman ini. Yeah tanpa bercakap banyak, aku setuju 100% apa yang hang utarakan di atas. Seriously, good point. Yup matlamat berblog sangat tersasar jauh di landasan kini. Terlalu ramai blogger mengejar seperti yang anda telah sebutkan di atas.

Kualiti entri sudah taruk ketepi. Janji ada manusia terus dan terus bertandang ke blog. Kadang2 aku terfikir jugak. Mahu mengejar trafik hingga ke mana? Memang tak terkejar. Lepas kamu femes, lepas tu untuk apa? Untuk menerima pujian? Kan aku dah cakap matlamat kian tidak jelas.

Sangat menyedihkan trend begini sudah jadi ikutan. Menjadi ikutan sebab ramai yang mula menyokong di belakang. Pembawaan arus blogging kian hari kian tidak sihat. Sangat tidak sihat. Dan aku rasa suatu hari nanti mungkin ada vlogger.com. Maybe. Siapa tahu.

Pesanan aku untuk diri sendiri dan pembaca di sini (kalau yang terbacalah), tetapkan matlamat sekarang. Jelaskan matlamat anda berblogging supaya anda masih di landasan. Teruskan berkongsi ilmu/maklumat/idea kepada pembaca. Bukankah itu tujuan berblogging bukan?

Dan berblogging jugak boleh jadi sumber berdakwah. Aku takut ditanya di akhirat kelak perihal ini.

Yeah aku tahu aku dah buat entri kat sini. Maka dengan ini aku angkat kaki. Causinci.

Miss Shizu berkata...

sokong saudara hami asraff...

adLedash berkata...

SAlam..

fikiran kita serupa..

rindukan zaman blogging yg dulu...
manusia skg ramai yg buat rules sendiri.

afrohead berkata...

quote: "entri tak best tapi sebab geng dengan abang ketak dan buat vlog di taman tasik putrajaya"

kudos! haha!

grawwrbabe. berkata...

salam... setuju sangat lak kalau suruh baca bahan ilmiah... tak rugi sebab membaceee... ;p

AlexiaAqram berkata...

dunia blog sekarang sudah berpecah kepada banyak KELOMPOK. setuju tak?

tapi mmg betullah, keluar nona, keluar blogger boy. berduyun-duyun orang nak buat blog. buat blog dengan etika yang salah. fesyen dan trend ye dak?

kepada saudara hami asraff. memang skrang sudah ada vlogger.com , cuma namanya tak lah vlogger.com , namanya ialah 1tube. cubalah try tengok, lepas tu bagi pandangan kau. kalau tanya pandangan aku, aku cuma rasa nak muntah darah.

hehe.

iqbal berkata...

blog aku ade follower buleh bilang ngan jari sebelah tgn.haha. baru aku tau nape x ramai..maybe x de shoutbox org nk invite suruh dtg. my blog justa plain text. x ikot trend bling bling. adess. anyway, aku suka dengan blog aku..sbb aku buleh kongsi pemikiran aku,pandangan aku. Lain ler aku ade column sendiri kat sokkabar. haha

Fatin Razali berkata...

"Era sekarang, siapa yang pandai SEO, segmen, tayang buffered earning, contest, papar muka besar-besar mentang-mentang lawa/kacak, blogwalking, buat entri puki berdarah, entri tak best tapi sebab geng dengan abang ketak dan buat vlog di taman tasik putrajaya, barulah dapat pembaca beribu-ribu. Pembaca macam mana, aku tak nak komen, buat sakit hati nanti."

dem true! *sigh

aku suka menulis, dengan blog aku rasa puas dapat tulis/taip apa yang aku fikir/rasa.

aku klik lucah.

Sca Ndx berkata...

enty ini nasihat kat diri aku gak.
aku tak pernah hadap dunia blog lama pun.

aku dulu masa buat blog.
nak try trafik gak.
BW tanpa arah tuju.
main seo lah.
lama2 aku rasa benda tu bullshit.

manusia kalau buat benda untuk duit takde kemana.

nice entry. *clap clap*

AlexiaAqram berkata...

iqbal, aku suka blog minimal. blog macam kau. jangan risau, citarasa jenis minimal masih ramai.

kemaen cik fatin ni tekan lucah. terima kasih naaa

sca ndx. apa yang aku tulis ni, ada sedikit kena batang hidung aku sendiri sebab dulu masa awal2 aku ber-blog. aku ada terjebak dengan benda sebegini. semua orang akan start dari ZERO kan? mana ada orang start blog terus boleh dapat beriban2. oh, pengejar trafik boleh. ceh!

Ujang9897 berkata...

dunia blog masing-masing ada minat dia..,

masing2 ada niat dan minat masing2...mcm ang minat entri berilmiah..teruskan..


tapi buat apa nak salahkan blogger yang cerita hal peribadi.., minat masing2..

kalau ang kutuk blogger baru orang yang takda blog kutuk orang ada blog...

beza blog dulu dan sekarang lain aku setuju jugak..

masing2 dah kreatifkan...

KHRLHSYM berkata...

aku setuju yang ini. +5. zaman sudah berubah, semuanya nak duit, popular, biarlah entri sampah.

NAJ HEBAT berkata...

gua takde hal la bro..


"Nasihatkan orang konon, kau pun sama pengejar trafik. Pelacur blogger!"

kata beliau.

keh keh keh.

sicomot-comel berkata...

well,,aku suka entri kau kali ni.

hm..nmpknya aku kena berpusing 360 darjah la pasnie..huhu

ben berkata...

"Kadang-kadang bila baca tubelawak pun, aku rasa blog Ben Ashaari lagi lawak. Lawak dengan segmen bodoh misalnya."

like:)

SyDen berkata...

Buat blog skarang ni, bagi aku kene ada prinsip. Apa sebenarnya yang ko nak tulis, nak ekspresikan. Dan ko kena prepare kalau ada orang nak attack ko pasal x agree dgn ko (hence this troll thing. lolz).

Which is why I not blogging rite now. Aku sendiri pun tak tau apa aku nak tulis. Minat menulis tu masih ada.

Personally, aku akan baca blog yang stail writingnya cool. For those 'pelacur blog', aku tak sangka sial diari peribadi boleh share dgn orang. Facepalm sial.

AlexiaAqram berkata...

@syden

aku sepak kerusi, kerusi tak jatuh. aku sepak kerusi itu lagi, masih tak jatuh. padahal kaki aku dah sakit.

sakit kaki aku itu ibarat perasaan melihat diari peribadi yang boleh share dengan orang bak kau cakap tadi. kerusi itu masih tak jatuh walau kaki sakit menyepak!

double faceplam!

Mr.Kerro berkata...

Memang matlamat blogging sudah jauh trsasar...kbnyakan yg aku tnay knapa nk jd blogger mereka ckp dah memang minat menulis smbil nk buat side income.. Side income?,. Perlu difahami apa mksud side income tu, iaitu pndptn smpingan..ini bermakna kita ada tujuan yg lebih besar dlm blogging iaitu mnghasilkan entri yg berkualiti. kalau btul nk side income tak perlulah nak BW xtntu hala, sibuk nak naikkan trafik kejadah tu smua , itu dah jadi main fokus dlm blogging..hinggakan setiap hr BW tp entri bersawang. Kalau ada pon entri xbrmanfaat.

Sekadar pandangan.

qyqa berkata...

bro,

lu x sentuh plak pasal blog yg cter sal lucah?????

wa tgk, baru bape bulan tp follower ramai siot..
cter sal entri lucah ramai org komen

pergh

AlexiaAqram berkata...

aku mmg nak tulis pasal hal itu. cuma belum cukup hujah psikologi yang kuat dan susunan ayat yang baik untuk menerangkannya dengan lebih menarik.

dan risau kalau aku petik, ramai yang akan cari pula. jadi, aku rasa baik simpan dan kurangkan pendedahan ttg blog sebegitu.

insyallah tgk macam mana.

free compass berkata...

betul.

Naqib Mohamad berkata...

totally agree bro! sebab tu aku malas dah nak blogwalking cari blog nak baca. 70% crap. tu belum cerita pasal pakwe, keluar gedik2 dengan pakwe, makan kat tempat mahal, ambik gambar, mak masak tak nak plak kau ambik gambar letak dalam blog?? malu ke? LOL

Cik NurulZaty berkata...

totally agree

dulu masa 2-3 taun lps saya blogging. mmg aman damai je..xde lak nk kecoh sana sini..

tapi skrg..pling worst wanita2 lah.
ok fine,saya wanita juga..
i mean sal tayang wajah2 yang cantik2 tu.
bkn sbb jeles
tapi...mmg cam no point

ayat 1 je..
tiba2 ada gmbar muka besar mata besar mekap teball.

zzzz~~

:)

just hope penulis2 blog skrg leh bg ilmiah sikit kn.

cam lensarosak ni..x de la ilmiah sgt..cuma ada benar, baik gak stiap every post.
u know what. i slalu je share post lensarosak/terfaktab kat fb

sbb sonok baca. so bg org len sonok gak kn.~ hee

وان محمد ناءيف berkata...

@AlexiaAqram

act. aku ni mmg staon jagong lagi dlm blogsphere nih.

tapi nk mintak tolong lu listkan mne2 blog2 yg 'educated' cam lensarosak nih,Mr.K..

coz ak libatkan diri dalam blogsphere ni pun nak jadik pandai.oh, n 1 more thing..


i hate gedix gal,sori yuyu ;)
thru emel pon boleh.
email;guysvision_virgo.@y.c
*aku bukan pelacur email,k?ha ha ha

AlexiaAqram berkata...

boleh check kat blog list aku. bahagian Angkatan dan Antena. antara blog2 bagus yang aku suka baca.

fiQ berkata...

nice~!
=)

luckiey berkata...

well...aku berblog juz nk share ape yg aku rasa dan alami....agak cenderung kpd personal life larr jgk.....but,aku xpikir pon nk citer sal personal life all d time....tp aku suka bc penulisan ko...aku bayagkan kalo debate ngan ko mst best kn... xD

iqbal berkata...

@Alexia
aku seriously x pikir sgt nak fofular atau idak...sbb aku menulis bukan kerna nama. haha. cissss...

Asyraf Hamasaki berkata...

Aku vote lucah
Baca dengan mata hati
baca dengan hati sendiri
mesti akan nampak

TAYAR PANCIT berkata...

terbaik bro.serius!mmg terbaek.nice jumpe blog ni dan saye dah follow. tayarpancit.blogspot.com

MOFASAD berkata...

dulu ko troll aku ntah apa apa tahu tak?

aku cerita pasal presiden fam letak jawatan

ko cerita bola malaysia

apahal!!

hahahaha

sekarang ko dah berani

kalau aku jadi kau

blogger tak tunjuk muka

sumpah aku watmacam ni

tapi kenapa aku tunjuk muka aku?

sebab aku hensem la aku tunjuk!

ahahahahaha

AlexiaAqram berkata...

ULTRAMOFASAD memang hensem.

tapi sejak dah berpunya, rasa nak bagi penerajang.

keh keh keh!

Eim Abey berkata...

haha, aku stuju la. org yg gila traffic & buat vlog kt putrajaya tu aku tau siapa. mls nk sebut ah, tp btul, blog dia hampeh tp follower mengalahkan org.
blog best x smstinya byk follower sgt, tp byk komen yg bernas & supportive.
thumbs up smpai jari kaki, nice entry

P.S. aku pun dok menyampah jugak bc org yg komen smbil bg link blog sendiri

sya berkata...

sya blogger baru,and mmg agak terkejut jugak dgn dunia blog ni actually...
sya mmg igt org yang tulis blog org yang bijak pandai belaka, byk pengetahuan maklumlah seantero dunia dapat baca..
tapi mmg jadi sgt plek tgk blog yang famous2 skrg. mcm xde apa2.. harap2 lah dapat jumpa blog melayu yang penuh ilmu lagi lpas ni...barulah nak follow pun x bosan.. stiap kali bukak pun x bazir masa membaca..

p/s: u r one in the list.. :)

Saiful Bahari berkata...

kah3,btul ape yang lu cakap,walaupun gua baru dalam dunia blog,tapi gua da lame memerhati bahan ilmiah di setiap blog zaman dahulu kala..entri zaman dulu,berilmiah dan banyak menggunakan ayat seorang sasterawan,memang hebat orang dahulu.

salute!

Kazaztan Team berkata...

dah nama pun yg menulis tu manusia..tentu ada byk ragamye...blog itu sendri tiada peraturannya yg tertakluk...jadi suka hati depa la nak tulis ape...tp kkdg depa lupa...menjadi manusia tu ada peraturannya...

muCux berkata...

incik lensa rosak
aku curik header ko ye. .
nk wat segmen
hihihihihihi

Irwan berkata...

hahah. nice entry. aku setuju dengan kebanyakannya cuma...

sebagai undergrounder, takkan kau tak perasan kesamaan evolusinya?

mula-mula ug sekadar same interest. Pastu gig mendapat sambutan. Dijanakan lagi oleh zine dan isu-isu ethical serta pergaduhan antara genre. Dan dapat perhatian media mainstream. Bila diorang dah masuk, maka kita semua kena divide and conquer.

mula-mula join sebab curiosity, lepas tu minat. lepas tu, bila kengkawan lain dah berjaya (atau kahwin atau berkarier), yang tinggal pun jadi otai (sebab lepak dengan noobs). Bila bangfes dan hujan berjaya, atau budak2 baru buat duit dengan dgn ug melalui internet, mulalah mindfuck kan budak2 dengan cerita2 ethics, good old days, etc.

Grow up la AA. Wise la sikit. Patutnya kalau kau dah anticipate semua ni akan berlaku, apa yang kau buat? Kau galakkan persatuan atau perpecahan? Kau baca balik tona entry kau ni. Ada kesan retak tak mana-mana?


sarcasm-off now,
berilah orang baru peluang dan masa. nantik sampailah hidayah kat diorang, macamana hidayah sampai kat ko.

Dan maybe, just maybe, mereka tak jadi macam kau pada hari ini..sebijik macam oldfag dalam underground.



gggg

Nobita Sensei berkata...

tenkiu. rasa bersemangat untuk teruskan cara penulisan yang gua pegang selama ni.

samizul.net berkata...

AlexiaAqram, aku terasa ada aura dibalik 'gelombang' ini. TAHNiAH dan TAKZiAH. v(^^,)

una berry berkata...

sebenarnyakan,
masih kabur kenapa orang dok kejar2 trafik, SEO, kena blog-walking, nak tarik follower beribu2 dan sebagainya.
serius tak faham

and I don't really like the idea of disabling right-click function coz takut orang copy entry yg padahal xdela worth utk dicopy pun
blogger2 femes with great articles tak wat camtu pun?

xfaham

AlexiaAqram berkata...

kalau ada orang yang cuba menyamakan blog dan muzik. aku rasa itu tindakan bangang.

muzik dan blog tidak berada dalam kelas yang sama. penggunaan evolusi itu wujud, namun tak valid pada identiti setiap cabang. hanya untuk menguatkan hujah sejarah. bukan untuk menguatkan persepsi mahupun falasi. jangan nak sistesis kan sudeyhh.

jenis orang yang menulis takde halatuju ni memang malas aku nak layan. buat lah ayat baru/moden/power sekalipun, buat ayat cliché, philosophy gempak mana pun. tapi kalau takde arah, ia tetap sampah.

mcm lah kau seorang saja undergrounders kat muka bumi ini dan macam lah semua undergrounders berfikiran sama macam kau.

HAHAHA! kelakar dowh!

kau nak fame ke? ambik lah, usahalah sampai kau dapat. takde sapa larang. hanya kau saja fikir berilusi sorang2 macam ada orang lain larang apa yang kau inginkan.

LOL!

benda kecik macam ni pun nak buat isu. entahapa2.

AlexiaAqram berkata...

@unaberry

alexia ada cakp kat aku tentang sebab benda tu

banyak sebab.

tapi satu sebab yang menarik ialah, ILUSI PUBLISTI MAYA.

semua orang akan rasa, termasuk aku. tapi, aku elakkan dengan cara menjadi anonymous blogger. sebab aku tak nak diri aku di hantui fame di alam realiti.

ILUSI PUBLISITI MAYA satu hari nanti akan di jadikan penyakit berdaftar. ia hampir kepada gangguan jiwa. so, hati2 okayh?

:)

shasha.eiqa.fiqa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
YUL berkata...

setuju dengan apa yang ko ckp tu,

Naqib Mohamad berkata...

blog macam music? adakah ini dikaitkan dengan asimilisasi budaya?

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju dengan segala yang LR hujahkan. dunia blog sekarang makin hancur, sebab kebanyakkan blog hanya menceritakan kisah peribadi dan cintan cintun dari a-z,cthnya ada blog nie kalau boleh segala perbuatan dengan bf/gf nak diceritakan dalam blog! bullshit!

dan jugak sekarang nie, ramai yang hanya kejar populariti, seo dan segala bagai haram jadahnya benda yang merepek-repek, dan jugak aku tak paham kenapa blog abg bdn ketaq tue ramai follower, dah lah entry mcm gampiang, segmen sana sini, lepas tue mulalh blogger2 yang kurang follower nak join segmen bodoh macam tue!

crayon berkata...

dahsyat gila entry hang.. konfem terasa abang badan ketak.. konfem terasa orang gila SEO.. sebelum ni aku baca tapi tak rasa nak komen pun.. 1st time aku komen kat sini sebab aku teruja dengan kedahsyatan penulisan hang.. hahaha..

bab komen pembaca tu aku super setuju dengan hang.. tambah pulak sekarang ni blogger hidup nomad dan berpuak-puak.. kalau silap tulis sikit ja, siap angkat segerombolan batalion pembaca/blogger hentam blog orang.. hahaha.. nasib baik aku cekal dan hati kering.. auww :>

apa-apa pun.. penulisan anda super cool.. sekian

Encik Tikus berkata...

haha first time komen dekat sini kot.. entri kau banyak aku rasa deep gila doe.. and yeah aku suka baca blog-blog veteran.. macam Lejohndary.. dan aku mula baca blog blog orang pun dah lama kot.. tapi tak tergerak nak buat blog.. Jebon pun dah lama menghilang.. rindu doe nak baca entri diorang yang sengal berisi nie..


Like =)

ismey berkata...

aku suka sangat entri kau kali ni. selama ni jadi silent reader je. tapi bila baca ni buat aku nak cakap betul sangat2 apa yang kau cakap. blogger sekarang asyik pandang rupa cantik, follower ramai tapi post meraban-raban je cerita.

cikpia berkata...

aku setuju dan aku sedikit kecewa penulis blog macam ko akan berehat......

munirah ruslan berkata...

malangnya magenta dan seangkatan dah tak update

Anem arnamee berkata...

Salam.

Rindu zaman dulu, zaman yang orang suka apa kita tulis, dia komen siap olah. zaman tak tau ade benda kat blog yang kalau kita klik2, dapat duit. Huhu.

Mainur Hasnah berkata...

kalaulah aku kenal blog kau dulu sebelum blog lain.. dah lambat pulak.. walaupun identiti aku terdedah tapi haluan blog boleh diubah lagi intipatinya

Republic Aku berkata...

bagi aku ....tak der hal la jadi bodoh untuk lagi pandai....sesiapa pun kalau baru2 nak bermula pasti akan bikin itu kesilapan ,kalau tiada itu kesilapan mana ada itu pengalaman...jadi belasah jer laa!
apa aku peduli ye tak!

qara berkata...

jiwa aku jua berpendirian begitu. sebenarnya banyak jgak blog yang bagus..tapi kadang2 tukang komen nye sangat hampeh. sikit2 'ko kejar trafik'

ape kes nye! aku yang membaca pun sakit jiwa doe!