Mac 16, 2011

Toyol

Bawak toyol dalam exam memang satu lumrah dalam kehidupan ber-universiti.

Dulu memang pernah aku bawak toyol. 

Dalam test mahupun kuiz. Toyol akan di gunakan sebaik mungkin. Agak berguna jugak lah.

Tapi, bila dalam final exam. Toyol itu tiada fungsi langsung.

Harap kan toyol, toyol tak boleh di harap. Semua rumus dan formula seperti formula untuk mencari real number dalam Hermitian operator langsung tak berguna. 

Aku pun tak tahu kenapa. Gagal untuk menggunakan toyol dalam dewan peperiksaan. Mungkin Tuhan sayang-kan aku supaya menggunakan ability sendiri dan jangan harapkan toyol. Walau pergi ke tandas untuk melihat toyol, satu pun tak kena. Meradang dia macam tak kena nombor ekor. Cis!

Cerita pasal toyol.

Bila kita pula yang mengawasi pelajar sewaktu peperiksaan. Memang terbuka mata, tak kira kau Melayu, Cina, India. Sama saja bawak toyol dalam dewan. Di sebabkan aku pun pernah bawak, bila kena awasi orang bawak toyol. Aku buat dek je. Kalau setakat toyol atas tangan tu okay lah.

Tapi,

Pernah melihat seorang pelajar perempuan di tangkap membawa toyol. Besar toyol dia. Tak beragak betul bawak sehelai kertas A4 dalam peperiksaan yang di penuhi semua formula Math Methods. Selit bawah jam. Selit dalam tudung. Masa menyalin jawapan toyol, muka yakin bersungguh. Expert minah ni. Tapi, memang padah bila kantol. Kan dah kena gantung pengajian.

Oh, sekarang dah berteknologi. Dalam Blackberry pun boleh bawak toyol. Tu diaaa.

Advance betul budak-budak sekarang na?

40 ulasan:

Encik Psychopath berkata...

ape barang tulis note kecik2 then selit. draf dlm hp suda.

Naqib Mohamad berkata...

toyol masa quiz lagi layan!.... lagi2 dah tau soalan bocor. toyol dalam kepala jer ahaha!

ezan berkata...

toyol tak dapat dipisahkan dalam zaman belajar! haha

Amiey White berkata...

kita guna cara terbaik . plan dengan member dalma 4 orang . kiri , kanan . depan belakang . sorang hafal 1 bab . pastu pas2 kertas.

Amiey dah pernah buat time exam ^^ teruk nya >.<

rindu time study theory sekarang lebih pada practical , kena buat model rumah =="

eszol raar berkata...

gua toyol paling hebat lecture note

quiz jela

time final ade minah kantoi iphone siap ade powerpoint lecture note n a4

ganas btol

Apan berkata...

agak-agak la excited pun.sampai 2 kali post benda sama.hek!

anda sihat?

faa rosli sulaiman berkata...

sape x penah toyol mmg otak google!

AlexiaAqram berkata...

teknologi menjahamkan masa depan.

dahsyat korang ni! hahaha!

AlexiaAqram berkata...

@apan

oops sori. kesilapan teknikal.

haha!

HEROICzero berkata...

ya simpan toyol dalam enset. tulis dalam text, simpan dalam draft. duduk exam. kuar enpon. keh3x

aNNa maRdHiaH berkata...

toyol adalah wajib dalam exam . haha ..
zaman dh maju. boleh bela toyol dlm fon je .

AlexiaAqram berkata...

nampaknya cara classic dalam bertoyol sudah tidak popular.

sebagai seorang yang old-skool. aku terkilan.

haihh, aku nak join MASTAKOK lah ini macam.

oranglidi berkata...

hahaha. aku penah gak bawak toyol zaman spm. besar ketas kajang tu.

HEROICzero berkata...

cara klasik. member aku kat sebelah, time exam hall. bawak toyol. selit kertas toyol bawah paper exam. salin2. aku dengki. tengok tak puas hati.

lepas habis dia salin, seluk cepat2 toyol masuk poket dia. tapi terlanggar paper exam. toyol dia jatuh lantai.

aku,

pukkk! HAHAHAHA!

ok, tergelak kuat gila. lecturer datang, ambil kertas aku, terus hantar depan.

babi babi babi! aku tak siap lagi.

Cha Gloxinia berkata...

Teknologi dah canggih. Manusia pun makin malas. Orang dulu-dulu perah otak untuk nak cari jawapan, orang zaman sekarang malas fikir semua guna teknologi guna hujung jari cari jawapan. copy and paste. aku la tu =P

Sab Buenoo berkata...

toyol?

meniru? dalam exam meniru?

eyh. apa ni aku tak paham ah!


:)) haahaha.*muka enesen.

Sca Ndx berkata...

ala. toyol

kuiz dengan test je aku berani
handphone penting. tangkap gambar.
nota perlu tulis kecik gila.
masuk pensil box, tak pun lekat kat kalkulator.

final nak bawak toyol?
demm tak berani sial.
baik try stadi last minit sampai gila

MATAHARI berkata...

tu diaaa..


aku toyol bergerak.

dalam kuiz, test dan final exam.
habis paper aku jadi mangsa mata serong2 yang nak dapat jawapan.
sada yang siap amik paper aku untuk ambil jawapan bulat.

tak pe. tak pe.

menggunakan konsep favor bank, dia hutang kita, hari lain nanti senang nak tuntut. <--bunyi macam kejam, tapi thats the truth.

budak2 sekarang memang. ha ha ha

MATAHARI berkata...

*siap ada

PointBlankShot berkata...

biasa bro.

gua pun menoyol jugak masa study dulu.

tapi masa quiz dengan test jelah.

final guna kepala hotak sendirilah.

ada budak kelas gua (perempuan), bawak toyol 3 sem berturut2 masa final. skor 3 pointer something liao!

bila kantoi, buat muka sedih hahaha

Akulah Aqilah Itu berkata...

pernah try masa sekolah rendah je. Kantoi, kena jalan itik. Bapak malu! Tak buat dah ever since. Ciss

Catherine- berkata...

dulu masa masih belajar.

menggeletar seluruh tubuh masa buka toyol.akhirnya.x guna juga.sbb aku x biasa.ohhh~ cukup sekali itu aku membekal toyol.alhamdulillah aku berjaya juga jadi orang :)

Catherine- berkata...

ok.toyol A4 itu mmg aku buat. sbb x pandai tulis kecik2. ;p~~

zaira berkata...

kawan aku hari tu pun kantoi toyol. final exam kot bro.

langsung kena amik repeat paper, bayar 2 ribu.

tak semena-mena.

hana rahim berkata...

kalu gitu wtpe pnat2 blajo,
akhirnye meniru gak !

Addam Juhari berkata...

aku tak bawak toyol.

semua orang bawak, keluar result, semua dapat tetinggi, aku dapat 8 je, semua muka bangga pdahal pakai toyol, aku lak lecturer cop plajar yg x bagi tumpuan dalam hall.

cizz, cukup sekali aku x bawak bekalan, lain hari jgn harap aku nak jujur,..

Kehelan berkata...

skrg hp sudah boleh masuk dewan ka? zaman aku dulu tak bulih pun...

tp ada sorg budak kantoi... dia bawak kuar kertas A4 utk jawab exam, pastu tulis segala mak nenek formula, bawak masuk balik... ingt takde org perasan...

myfirstblog berkata...

lec pnh pesan.. spe yg bwk toyol ibarat mkn semangkuk babi..
n then dgn result tu kte keje and kte sara anak2 kite..
lec aku ckp la.. meniru tu haram.. makan babi pun haram kan.. same ke tak?
hahaha..
tapi aku pnh je tiru ni@toyol..
lec tu ar nak jawapan sme dalam buke teks!
huh!
AKU MENYESAL...

Matjoe berkata...

penah cuba membawa toyol, tapi sgt gabra nak bawak keluar sbb takut kantoi, at the end, minda tak fokus, toyol tak bawak keluar.

at the end, tu jer first and last bawak toyol. mmg tak membantu langsung

Aku Ibu Muda berkata...

ada ke orang tak pernah bwk toyol? tak kira lah khidmat toyol tu berguna atau tak..tipu lah cakap kalau tak pernah bawak toyol walau sekali pun...haha

Republic Aku berkata...

hehe....baru ada rasa seram sejuk ...cuba2 bawak toyol....sebab ada bapak toyol depan mata.

malyna berkata...

tadi last paper. well dgr ade yg kantoi. final sem asasi kot ! sayaanggg sejuta kali sayang ..

Alexandriana Alia berkata...

aku pernah nak try bawak toyol, tapi bila nak masuk dewan menggeletar semacam.

tak jadik bawak, buang toyol tu dalam tong sampah.

kecut!

the_firefox90 berkata...

toyol aku mase skola dulu buku nota panjang tu kot..
ltak dalam laci bwh meja, bila nak bace jengket siket kerusi, tarik buku tu salin sjibik2..
LOL

peh, aku rindu zaman kemahsyuran aku..
haha

Nama saya HA berkata...

teringat zaman study kt upm dulu. contoh toyol yg depa bawak: kertas A4 tu depa lipat kecik2 pastu tulis. halusss jer font tulisan.
tp mmg x boleh pakai pun toyol nie. penah mintk jwpn dr member yg bawak toyol ni. mcm haram, dlm toyol dia xde jawapn tu.. hahaha...nak gelak pun ada gak.
nasihat kt kawan2 kt luar tu, tak baik menipu masa exam. nak carik ilmu kene ikhlas dan jujur. baru la senang nk ingat. kehkehkeh..

sori bro. gua bg ceramah sket.
*peace*

AlexiaAqram berkata...

korang memang penternak toyol berjaya.

lepas ni ternak hantu raya plak k?

keh keh keh!

Nobita Sensei berkata...

10 tahun akan datang agaknya ada toyol yang boleh implan dalam badan. rosak masa depan malaysia.

eiffel berkata...

dlu aku buat toyol salin kt kertas a4, pastuh lipat kasik kecik2...tp biasanya aku guna toyol time quiz jela...eh, kteorg quiz pown xley bukak buku!

time test atau exam, xpenah lagik...hish, xbani r!

Asyraf Hamasaki berkata...

AA - aku faham tapi tak pastilah sama dgn apa yg kau cuba selitkan well said actually kalau kita baca komen dan entry ni nak bgtau MAlaysia is too exam oriented orang akan nilai kita dgn berapa A dan berapa pointer kita dapat X kisah la samada hilang norma kehidupan lack of soft skill study sampai lebam ke toyol ke bayar pensyarah ke yng penting result kan? Sbb tu ramai yg mengadu susah nak dpy kerja bagai walaupun berazizah kelas 2 or 1 hehe example aku tgh proceed part time study dgn uk university research saja da cover almost half of exam mark walaupun still ada final exam diorang concern dengan kajian ilmiah supaya pandangan kita lebih luas hence itulah sebab knp zaman sekolah budak2 yg konon x masuk mrsm bagai tak masuk kelas sains di label sbg kurang pandai di campak kelas hujung yg mana kita tau cikgu pun acuh x acuh :) skdr pandangan

ainakhani berkata...

tak pernah tiru macam ni.
selalu kitorang bincang je. itu pon exam kecik2. final sendiri buat!