April 17, 2011

Apa Yang Aku Nampak Yang Kamu Tidak Nampak

Aku tidak cemerlang dalam menjawab peperiksaan. Semuanya menjadi gagal seperti gagalnya teori klasikal fizik dalam penerangannya terhadap kesan foto-elektrik. Macam mana pula di katakan jika ada dua lampu, maka kecerahan (intensity) nya berubah? Tidak! Itu menyalahi undang-undang mekanik kuantum.

Kaitannya dengan ketidakcemerlangan aku pada peperiksaan?

Aku memang tidak berupaya memperjudikan nasib aku pada sehelai kertas. Ini kerana itu menyalahi hukum manusia yang sebenarnya mati-hala-hidup kehidupan adalah bersandar dengan masa, rezeki, dan usaha yang rawak. Bukan pada masa 3 jam yang dingin di dalam dewan yang kedap dan tekanan. Mereka itu bukan manusia, tapi objek yang terlalu kejar-kejarkan sijil.

Tapi, kegagalan aku itu bukan bermaksud aku tidak boleh bergerak. Hey, aku manusia seperti partikel proton, bebas bergerak infiniti sehinggakan kalau kau hendak menterjemahkannya, sampai ke tahap 3-D persamaan Schrodinger sekalipun, aku boleh melepasi dengan bertukar kepada struktur yang lain.

Jadi, jangan ajak aku main poker. Apatah lagi 2-spade besar 3-diamond kecil, kencing, black jack dan apa saja yang melibatkan daun terup.

Sebab aku nampak apa yang kau tak nampak.

"Hey, aku ada royal-flush! Bak sini rokok korang semua lahanat."

p/s : percubaan satu-dua-tiga, percubaan percubaan..

15 ulasan:

Stereo Mouth berkata...

nice entry...

zey berkata...

Adess. aq tak boleh nampak apa yang kaw nampak kali ni,





bagi aq kaca mata!

lanaazusa berkata...

tersirat entry kali ni. love ya! =)

desperate ruumate berkata...

peperiksaan adalah satu kertas kajang yang menjadikan aku seorang penipu.

manakala dewan peperiksaan adalah sebuah neraka. haha.

tita

eiffel berkata...

abg aku pnh ckp..sijil bkn nye mnjamin kn kebahagian ko.bkn jnji ko psti akn berjaya dlm hidup ko.



oke.mgkin ia mempengaruhi sdikit.tp...ko xmatilah tanpa sekeping sijil sekali pown.

Topek berkata...

bro, adakah ni juga entry yg disimpan dan baru dipublish? just want to know peace:)

Jemari MonteL berkata...

sokong !!!! dapat straight A lam exam x semestinye ko leh jadik PM pade mase depan..... lalalalala

Sha Amane berkata...

suka entri nih.
bila ko keluarkan teori2 fizik tu, terus aku ingat aku tak habis lg study fizik tuk final nie.hehe

Nazirul berkata...

kau nak cakap kau struggle final exam lettew.kekekekkekekeke

Lucifer berkata...

reading this speeds up my adrenaline.



pada mak ayah itu, sijil itu yang menggembirakan mereka, jadi kuda tunggangan memecut ke destinasi yang mereka mahukan.

Republic Aku berkata...

sijil lambang sambung kehidupan sebenar di luar ...

amir berkata...

aku suka kau punya metafora dengan pakai hukum-hakam fizik. aku rasa kita perlukan penulis-penulis otai fizik seperti Brian Greene dari negara malaysia.

ok, mungkin aku tak berapa faham entri kau tapi aku tetap terasa best lepas baca. terkeluar nerd fizik zaman sekolah.

Zulfikar Hazri berkata...

cissss.. tak guna, pegang full house queen pun kene makan...arrghhhh

AlexiaAqram berkata...

@zulfikar

haaa.. len kali kocop biar ada sunnnn.

@amir

ini namanya ilusi 'a new wave'. selamat membaca! thanks.

@republic

luar mana?

@lucifer

jadi, sampai sekarang kita tak dapat fikirkan apa nama yang sesuai. haihhh.

@nazirul

entri ini di tulis pada 2009. 2011 baru terbit. lama tak?

@sha amane

selamat study!

@jemari montel

mungkin lah.. mungkin.

@topek

ya.

@eiffle

eh betul. terer belajar pon, tapi pegang cangkul pun berterabur, sia-sia saja rasanya.

@desperate

dahsyat.

@lanaasuza

tqtqtq.

@zey

baca bismillah dulu

@stereo

:)

Tanpa Nama berkata...

hihihi..sengih aku baca entry ko. sebab pe? senin depan aku ade paper fizik - mekanik kuantum.

hai pakcik Schrodinger..;p