April 16, 2011

Biografi Ringkas : Terfaktab

Baiklah.

Hari yang indah dan ceria di sulami sinaran matahari yang memancar di permukaan merah Marikh. Berterbangan debu-debu pekat berkandungan karbon dioksida. Tipis dan tajam, tidak sesuai untuk berkehidupan melainkan jika ada penanaman pokok secara konvesional. Aku sekarang berada di Marikh sedang tari-menari dengan ilusi yang aku cipta, mungkin selepas ini aku ingin bermandi-manda di gelungan Zuhal sambil menyalutkan diri dengan wap hidrogen. Panas bak sauna.

Eh, lupa pula dengan motif penulisan kali ini. Tanpa membuang masa, aku ingin menceritakan satu jawapan yang selalu orang persoalkan mengenai sebuah blog yang menjadi tempat alternatif aku mencurahkan penulisan iaitu Terfaktab.

Oh, sebelum itu. Biarlah aku berterus-terang bahawa untuk masa kini dan sehingga kini, terdapat tiga blog/web yang menjadi medan aku mencurahkan penulisan. Pertama, semestinya LensaRosak. Kedua, Terfaktab. Ketiga, sebuah blog deep aku mengenai hal-ehwal keagamaan dan kebencian aku pada politik kotor iaitu RebelRevolutioner.

Baiklah, biarlah aku menceritakan mengenai blog Terfaktab. Ini kerana, aku lelah dengan pertanyaan yang terlalu banyak dan tak berapa bijak seperti "Apa maksud Terfaktab?". Padahal, telah aku tuliskan maksudnya di ruangan 'Apa Itu Terfaktab'. Tekan dan bacalah maksudnya. Pemalas betul. Sebiji seperti sikap merkuri. Menjadi kanser dalam tubuh manusia. Tahukah kamu merkuri sangat lembab? Ya, lembab seperti kamu.

Hmm, bagaimanakah ya hendak aku mulakan? Okay, blog Terfaktab di wujudkan oleh aku dan Alexia. Ya, aku dan Alexia adalah founder atau pengasas blog Terfaktab. Boss? Boleh juga. Ketua? Pun boleh. Semua urusan rasmi di blog Terfaktab di uruskan aku dan di bantu oleh penulis-penulis yang lain. Tapi, aku tak berapa suka sebenarnya untuk mengatakan bahawa aku secara solo sebagai founder dan boss sahaja. Ini kerana, kewujudan Terfaktab tidak terjadi jika tiada Shafiq Helmi atau nama pena-nya Penulis.Sahaja, seorang pelajar, blogger dan gitaris. Kiranya, aku, Alexia dan Shafiq bersama-sama mewujudkan Terfaktab di pertengahan November 2010 lepas. Eh, hampir lima bulan ya?


Mengapa aku wujudkan Terfaktab?

Mudah sahaja. Aku ingin jadikan dunia penulisan blog lebih menarik, berilmiah dan sebagai wadah pengumpulan penulis-penulis berbakat. Kadang-kala, salah satu perkara yang aku lihat mengenai penulis berbakat, ada sesetangah mereka tidak berupaya meraih tempat di kalangan pembaca kerana sewaktu itu sememangnya dunia blog sedang berada dalam keadaan tidak stabil, di mana ia di penuhi oleh ribuan blog yang... ah, menjengkelkan. Sangat jengkel, seperti rasa benci kita pada gelatin dalam makanan contohnya.

Oh, sebelum di berikan nama Terfaktab. Aku memberikan nama lain yang sangat menjijikan. Kiranya, sebelum keluar idea nama Terfaktab, ada satu nama lain yang aku guna untuk daftarkan pada asalnya. Nama itu ialah Couple-Triple. Haha, aku sendiri rasa jijik bila nak tulis Couple-Triple. Nasib baiklah, sewaktu hendak mendaftarkan blog itu di Blogger. Terdapat masalah berlaku. Jadi, kerana stuck dengan masalah tersebut. Tanpa berfikir panjang, aku daftarkan nama Terfaktab. Betullah kata Shafiq, tak dapat bayangkan kalau sampai sekarang kita masih menggunakan nama Couple-Triple, bukan Terfaktab. Mesti di cap lelaki jambu. Dan layak menyertai Pencarian Lelaki Jambu di Facebook. Hahaha!

Lantaran itu, aku dan Alexia kemudian menulis e-mail jemputan kepada penulis-penulis yang berpotensi menulis mengenai hal-ehwal percintaan seperti Mr.K, SueAnnaJoe, Mantot, TheBentPencil dan ramai lagi. Dalam banyak-banyak jemputan itu, tak sangka pula Mr.K sudi menyertai kami. Sebenarnya, yang menulis email jemputan itu ialah Alexia, entah apa ayat yang dia pakai aku pun tak tahu sampai Mr.K join. Hahaha! Namun, kehadiran Mr.K dalam Terfaktab sebenarnya memberi impak yang besar. Aku akuinya dan memang entah pheromones apa yang Mr.K pakai aku pun tak tahu.

Terfaktab kemudian menerima kemasukkan Mr.K, TheBentPencil, J.Abdullah. Ya! J.Abdullah, kalian pasti ingat siapa gadis ini. Aku sukakan penulisan dia. Dia adalah perempuan yang bagi aku seperti singa di hutan. Namun, jodoh dia dan Terfaktab tidak panjang. Aku juga ada menjemput Ashraf Latif atau nama lainnya Ceghap. Tapi, pun sama, ada sedikit kontradiksi, Ceghap tidak dapat bersama lama.

Kehilangan Ceghap dan J.Abdullah tidak mematahkan semangat aku. Bagi aku, matlamat dan halatuju Terfaktab yang aku ingin set-kan ialah ; menghimpunkan seberapa banyak kelainan pandangan manusia dalam hal ehwal cinta perhubungan. Jadi, aku memberanikan diri membawa masuk Hellioz, Amoi, Bukan Penggoda, ElenaReeney dan HuskyPusky. Kesemuanya bagi aku, ada kelebihan tersendiri dalam menterjemahkan pendapat. Ya, itu yang aku mahukan. Aku tak mahu Terfaktab itu nampak terlalu soft, kerana ada masanya perlu juga untuk rough dalam sesuatu isu.


Kemudian, aku tercari-cari pula satu kekurangan dalam Terfaktab. Oh ya! Blog ini nampaknya belum cukup stabil kerana ada antara penulis yang masih kekok untuk come-back, dan belum nampak lagi halatuju Terfaktab yang aku sedang cipta untuk perkongsian bersama. Jadi, aku pun secara drastiknya membawa LadyNoe dan Durian sebagai keseimbangan. Dan seterusnya membawa dua blogger yang bagi aku cukup handal bermain kata-kata penulisan di iringi pandangan yang sungguh unik iaitu LordZara dan CobNobbler.

Hasilnya, inilah skuad Terfaktab. Inilah Terfaktab. Sebuah blog mendiskusikan hal percintaan dan perhubungan manusia. Khas dari aku untuk tatapan masyarakat secara relastiknya. Aku cuma mahu menyumbangkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat dalam membentuk kesejahteraan sesama manusia. Sebab, aku lihat, skop percintaan merupakan suatu faktor yang menyumbang kepada gejala sosial jika ia tidak di gunakan secara betul. Terfaktab merupakan platform bagi kita semua agar menjadi manusia lebih baik dengan membaca pelbagai kisah tauladan, artikel yang bermanfaat dan pandangan manusia dari segi yang berbeza. Itu semua khas untuk kita fikirkan dan renungkan agar kita semua boleh survive dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

Nampaknya, dengan penerangan sebegini. Mungkin ada antara kalian yang tidak faham sebelum ini, boleh membuka mata bahawa kami di Terfaktab menulis bukan untuk populariti semata-mata. Kami hanya berpegang pada prinsip ; Let it be. Itu saja. Populariti atau tidak, itu belakang kira.

Harapan aku pada Terfaktab sebenarnya memerlukan pandangan yang jauh. Kalau ada rezeki, ingin aku meng-konsultan-kan Terfaktab menjadi suatu badan perunding nasihat dan kaunseling. Menjalankan aktiviti-aktiviti masyarakat tanpa terlalu non-profit, khas untuk membantu semua orang dalam memilih jalan yang betul dalam percintaan dan perhubungan. Senang cakap, ya! Terfaktab merupakan badan aktivis tanpa berunsurkan politik. Sekarang ini aku lihat trend aktivis di Malaysia kebanyakkannya ada unsur politik. Kenapa ya?

Sekian, semoga ia boleh memberi kefahaman kepada kalian semua, assalamualaikum.


p/s : Sebenarnya aku sedang mencari penulis yang ke-empat belas untuk di bawa masuk ke Terfaktab. Sebab itu aku terbitkan entri ini. Aku mahukan penulis perempuan. Ada cadangan siapa orangnya?
p/s : Entri ini sudah lama aku tulis. Aku hanya tambah sedikit penulisan kerana aku hendak habiskan semua entri yang di simpan sebelum aku berhenti dan memulakan yang 'baru'.

20 ulasan:

roxanne de maria berkata...

saya suke gilaa baca terfaktab!

Republic Aku berkata...

walaupun aku baru dalam dunia blog,aku hormati cara kau bawa blog ini,cara kau berfikir ada kematangan yang seharusnya,teruskan dan jangan berhenti kerana dalam tempoh cuma 5 bulan sahaja blog ini benar-benar meninggalkan kesan kepada pelawat dan pembaca...di hati mereka.

Kebaya Sendat Sepatu Merah berkata...

rmai saja penulis wanita.

tinggal perlu dicari.

eh, tahniah atas kejayaan terfaktab selama ini.

Topek berkata...

aku lagi suka lensarosak dari terfaktab. keh3

zey berkata...

"sebelum aku berhenti dan memulakan yang 'baru'"??




like seriously?

cerita-gadis-ini berkata...

wow...selalu mmg bc lensarosak je..kali ni tambah n follow terfaktab...

Tanpa Nama berkata...

cube try ajak eykahamasuba.blogspot.com

afrohead berkata...

elok sangatlah tak jadi pakai nama Couple-Triple. aku dengar pun geli. haha!

The Lady & Mr Vampire berkata...

ok baru knal. nak jenguk ..

Nobita Sensei berkata...

couple-triple? lebih jambu dari blog gua yang agak jambu..kehkehkeh.

ar the annoying berkata...

LOL couple triple, jambu jiwang.

SuperAqram berkata...

nasib baik kan tak letak nama tu. haishhh.

Fatin Razali berkata...

aku tak dapat bayangkan kalau kau letak nama couple-triple tu.

tentang penulis ke-14 tu, mungkin kau boleh cuba freakingelement.blogspot.com. aku suka gaya penulisan dia.

nuurnoar berkata...

aku suggest
http://koken-sigeret.blogspot.com untuk penulis ke-14

free compass berkata...

kucing tak nak?

AlexiaAqram berkata...

hebat2 nama yang korang bagi nih. kagum aku sebentar.

thanks ya!

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE berkata...

Terfaktab best,
kalau couple-triple tu aku mau pengsan dengar. LOL

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya apa yang ditulis oleh penulis yg mgelarkan dirinya lensarosak adalah baik untuk kesedaran dunia blog.... bukan dunia blog saja malah dunia nyata juga.... saya berharap penulis ini akan terus menulis

miss'ENH berkata...

errr..tak terkate sebnanye..ekceli,,salu salu ni banyak bace blog yg..ermm..bnyk crite pasal sndiri2 je..butt,,cryesly yg terfaktab ni lain dari yg lain...

Teringin nak pandai berkate kate macam semua penulis di terfaktab..

SR berkata...

haha... da lame baru nak komen sebab baru jelajah blog ni.

suka gak baca terfaktab. terbaik lah bro..

minat gak baca blog dia nih..

http://saida-tina.blogspot.com