April 07, 2011

Kenapa Lelaki Di Katakan Suka Mencari Kesalahan Perempuan?

"Kau suka kutuk-kutuk perempuan, tapi nanti kau akan kahwin dengan perempuan jugak"

Soalan ini di tujukan kepada lelaki-lelaki yang berkaitan. Kenapa lelaki di katakan suka mencari kesalahan orang perempuan? 

Aku cuma nak tanya balik pada perempuan-perempuan yang bertanya sedemikian.

Kalian fikir kami semua saja-saja ke nak kutuk, sindir kalian?

Highlightkan perkataan ini. Saja-saja. Adakah kami sebagai lelaki saja-saja dengan perbuatan kami yang mendedahkan apa yang kami lihat tidak kena dalam tata norma masyarakat bertamadun?

Adakah kami saja-saja nak tegur kamu wahai perempuan?

Kamu tahu tak, apa yang kami rasa mengenai dunia keperempuanan zaman sekarang?

Hidup kamu seperti mudah sangat di beli. Bila kami menasihati, ramai antara kamu melenting. Syaitan apakah yang ada dalam kepala otak kamu wahai perempuan? Solat lima waktu itu masih tak cukupkah menghalaunya? Atau kamu terlalu mudah memandang kebendaan?

Kamu terlalu hipokrit. Kamu terlalu obses. Kamu terlalu fikir yang hak kamu sebagai seorang perempuan sama rata SEGALANYA dengan kaum lelaki.

Bak mai sini cerita tentang faraid, anak lelaki dapat berapa bahagian, anak perempuan dapat berapa bahagian? Asobah? 1/6? 1/3? Lelaki dua bahagian, perempuan satu bahagian.

Bak mai sini siapa yang kena jadi imam solat di depan? Kamu yang perempuan kah atau kami yang lelaki?

Imam yang bersolat di hadapan layak menegur mengenai barisan saf yang tidak tegak dan tidak teratur. Jadi, apakah seorang lelaki tidak layak menegur perempuan walhal lelaki adalah yang kamu anggap sebagai ketua?

Kamu mahu kami menegur kamu secara baik. Berhemah kononya. Tapi, adakah kamu semua boleh beri jaminan jika di tegur, kamu akan berubah? Boleh bertaubat nasuha? Berapa kali kamu solat taubat wahai perempuan? Takdenya, yang kami nampak. Kamu masih leka. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Kamu mahukan lelaki beriman, yang boleh memimpin kamu ke jalam tauhid. Baiklah, kami boleh lakukan sebegitu. Tapi, mampukah kami bertahan jika kamu terus hidup dalam keadaan menggodakan dan di godai? Dari siapa kami tergoda? Adakah dari barang dunia? Tidak! 90 peratus lelaki seperti kami tergoda kerana kamu wahai perempuan. Itu kenyataan.

Ya, kami katakan perempuan yang ramai masuk neraka. Kemudian kamu kata perempuan ramai masuk neraka sebab ikut suami. Padahal kamu tidak tahu bahawa suami yang membawa kamu masuk ke neraka itu adalah lelaki yang lemah terhadap kamu. Yang jadi balaci kamu, yang tak tahu menegur kamu bila kamu berbuat silap. Dan paling penting lelaki yang menyokong kamu apabila kamu membuka aurat kamu di hadapan mereka yang bukan mahram.

Apa kata kamu? Kami menegur sampai membuka aib?

Aib bagaimana yang kamu fikirkan itu? Adakah kamu yang membuka aib kamu sendiri atau kami yang sudah tidak tertahan dengan perangai jelik kamu yang mendedahkan aib sendiri?

Kamu kata kami membuka aib. Tak baik membuka aib, itu ini dan sebagainya. Kamu kata kami mengguris perasaan kamu. Tapi, pernahkah kamu bertanya hati kami seorang lelaki terluka dengan kesilapan-kesilapan yang banyak kamu lakukan? 

Over. Tahu tak apa itu sikap over wahai perempuan? Sikap melampau-lampau kamu itu. Sikap itu yang kami para lelaki bencikan. Over sampai menggedik. Over sampai obses. Ah, semua orang tidak sukakan sikap over bukan?

Macam mana kami hendak bercinta dengan perempuan kalau kamu sebagai perempuan tak habis-habis menceritakan hak sama rata? Pandai-pandailah kamu berhujah hak sama rata sana-sini, pandailah kamu mengatakan perempuan sekarang banyak sara lelaki, pandailah kamu mengatakan lelaki banyak tidak berguna. Tapi, pernahkah kamu bertanya apa sebab perkara itu terjadi kalau tidak bukan dari godaan dari kamu juga?

Kamu dedah, kami seksa. Kamu menangis, kami mengalah. Kamu emosi, kami tak terkata.

Tak pernahkah kamu wahai perempuan mengambil pengajaran dari peristiwa Adam dan Hawa sewaktu mereka di tendang keluar dari pintu syurga? Siapa yang tergedik sangat nak buah-buahan itu? Dan siapa yang naif sangat mengikut kehendak itu?

Dua-dua salah.

Ya, itu kata kamu. Tapi, adakah kamu hendak mendengar kata luahan si Adam?

"Kalaulah aku dapat menasihati Hawa, dan Hawa mendengar nasihat aku, pasti keturunan aku tidak tinggal di bumi yang penuh kerosakkan ini"

Namun, apa tindakan Adam? Menyalahkan sepenuhnya di bahu Hawa? Tidak! Adam pasrah dan redha dengan perancangan TUhan.

Jadi, kamu rasa kami ini sebagai lelaki berdendam kah dengan perempuan? Saja-saja kah kami sebagai lelaki menyindir dan mengutuk perbuatan kamu yang salah?

SALAH KAH?


p/s : Kadang-kadang sebagai seorang lelaki. Rasanya di telan mati anak, di luah mati bapak. Tapi, tiada seorang perempuan pun yang akan faham.

69 ulasan:

! Nurida Ardy berkata...

aku faham dan aku terima apa yg kau atau orang lain ingin tegur dan cakap.
*senyum pakai hati

hana berkata...

erm..
x sape suke kene tegur n kritik..
tp trima la ngn hati terbuka..
cuba muhasabah diri balek...
sye sbgi pompuan sndiri kadang2 pn cam x leh nk terima ngn nasihat yg kaum adam berikan..
tp x salah kalau berubah untuk kebaikan kn...
same2 la kite fikir n renungkn..
=D

erysweetie berkata...

zassss...aku sangat sukes entry ni... please teruskan sarkasis..aku sokong korang..

tolonglah lelaki..tuntutlah ilmu, dan luruskan lah kami kaum hawa..

che'ila berkata...

peh...berkaca mata baca entry nih..thanks la tegur kami ye..

sastraboy berkata...

pergi fanpage sarkasis sana. tengok siapa banyak melenting bila kena tegur?

tapi nasib baik dekat fanpage sarkasis sana, perempuan pun ada join Rejim sarkasis ni. membahan perempuan yang macam kau cakap nilah aqram. terjaga jugak maruah!

kahkah.

sastraboy berkata...

pergi fanpage sarkasis sana. tengok siapa banyak melenting bila kena tegur?

tapi nasib baik dekat fanpage sarkasis sana, perempuan pun ada join Rejim sarkasis ni. membahan perempuan yang macam kau cakap nilah aqram. terjaga jugak maruah!

kahkah.

Naqib Mohamad berkata...

good post bro! nice! thumbs up! nak cakap banyak2 pun tak jadi apa, last2 diam kan saja

Tanpa Nama berkata...

menangis aku baca.

zey berkata...

act, aq tak suka dengar bila girls tak abes-abes memperjuangkan dgn 'hak-sama-rata'...oh, come on, dalam Quran dah jelas tertulis.

Amiey White berkata...

mula2 dulu memang agak marah ditegur tapi berfikir dengan akal waras . saya menerima nya . btw teruskan perjuangan korang yang baik amiey ikut yang buruk amiey tengok je ;p

eszol raar berkata...

rantai godaan win!

CikBulat berkata...

:)
macam kenal je itu banner. hehe. tape la. janji ko jujur tak delete watermark aku.

AISHA INANI berkata...

thumbs up!
keep reminding yaa.........

just, just jgn kasar sgt.
boleh kasar after ko dah melalui fasa2 menegur yang sepatutnyaa.

semua pn tak perfect, so sama2 laa mengintkan.

nice entry, btw!

Tanpa Nama berkata...

Aku paham. So, jom imam dan makmum marilah kita sama2 tuntut ilmu, saling menerima teguran, dan perbaiki diri.

bieha-chan :) berkata...

setuju ngan zey and aisha hani.
actually lelaki tanggungjawab dye besa kan?
pedulikkan pempuan yang dok sebok nak hak sama rata tuh.
da cukup baek la ade lelaki nak tego.kalaw tak tego terus kutuk je lagi la bala.haha.
btw nice entry bro ! :)

zt-zati berkata...

perfect..
dah lame tunggu mnde2 camni..
:)

ama berkata...

.

c.u.m.i berkata...

kalau tegur kene pada cara, InsyaAllah perempuan tu boleh terima.. walaupun luaran seorang perempuan ada yang nampak ganas / keras / kasar, tapi hatinya InsyaAllah lembut..

p/s: entry ini memang ada kebenarannya.. thumbs up.. :)

Fathlea H berkata...

Agreed. May Allah bless.

~ abil CUMA ~ berkata...

@ cumi.. aku tak rase kawan2 kita sekarang ni lut dengan cara lembut2..
kalau cakap lembut2 kalis2, mereka akan buat2 tak paham..jadi lebih baik direct je pade aku..koman2 nangis, pastu berubah wlaupon tak ikhlas..nak tggu ikhlas mmg lambat la..wajib tetap wajib..ikhlas datang kemudian..

sharamli berkata...

dah ramai dah ni ha p0mpuan k0men.

Awang Joe berkata...

bagus artikel nie...

p/s-aku kutuk pmpuan sbb nk ngorat...hehe...

Mainur Hasnah berkata...

setuju dengan kata2 anda.. mungkin hati perempuan memang sensitif, ada saja yang mengguris hatinya. moga perempuan dapat terus tabah terima kritikan dan ambil yang jernih

Tanpa Nama berkata...

lelaki sekaran byk kt pusat serenti.
dalam kelas peri kemana2 u pasti perempuan yang majoriti
kaum adam yang patut ditegur dulu

nanie lurve berkata...

no body perfect rite...same2 r tegur menegur..xsemua salah pompuan,xsemua salah laki....pgalaman diri sndri n pgalaman rakan2 byk mngajar erti kehidupan...jgn salahkan sebelah pihak je...sbb same2 ade salah silap y masih ada ruang untuk diperbaiki...alhamdulillah kalo ade y terasa dan terus berubah selepas ini...

piNky LuCiA berkata...

cool.. tegurlah secara berhemah. jangan lah menyindir. hehehe

oranglidi berkata...

lelaki beri nasihat bukan sebab mau jatuhkan pumpuan. tapi utk mmperbaiki.

HaKim is MiKaH berkata...

jika dicakap tentang jantina nie,
sampai bila pun tak abes...


mesti perempuan nak menang..hahaha

nurana nizam berkata...

kali ni entry ni bagus. teruskan :)

AtiE aBduLLah berkata...

wulamakkkkkkkkk......
well done

AlexiaAqram berkata...

don't give up gurl.

Tanpa Nama berkata...

maafkan hawa,adam.

Sab Buenoo berkata...

hawa pun nak mintak maap jugak. hawa selalu tempek2 muka besar2 dekat merata2 suro orang like. lepas ni janji tak buat dah.
keh3.



rasa macam nak post entry ni dekat Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung je.. huehue

Saiful Bahari berkata...

gua suka pernulisan anda.GJ

seliparbiru berkata...

aku suka entri ni.. rse msuk ke ht

Miss Fireflies berkata...

waahhh sungguh meluahkan perasaan,



sabar sabar...:)

Anem arnamee berkata...

Lelaki budiman saja akan tulis macam ni.

afrohead berkata...

kudos for this one!
bukan saja-saja kutuk,
yang kami kutuk itu sebenarnya teguran..

mis berkata...

betul...

LADYiera berkata...

sebab tu dah tertulis banyak perempuan yang akan menjadi bahan bakar api neraka .

kan lebih baik kalau hawa tak tergoda dgn syaitan dulu . sudah tentu kita bahagia hidup di syurga ..

Tanpa Nama berkata...

perempuan letak gmbar di facebook
bertudung dan pose mcm2 cara
bila mahu berubah?

khairul farhan berkata...

Ketidaksamarataan di antara lelaki dan perempuan lantang disuarakan di atas nama hak asasi wanita. Gender inequality yang jelas ditunjukkan di dalam Al-Quran tidak mahu diterima malah disangkakan satu prejudis terhadap kaum wanita.

Namun hujah-hujah mereka sungguh rapuh. Lemah. Tidak berfikir jauh. Tidak memandang apa yang Allah ingin sampaikan.

Pijahh' de-Arr berkata...

mu ckp seolah2 permpuan y byk salah..huh...~
huh..

huh..
~
~
yee rmai prmpuan mcm tu. . .~

=)

Republic Aku berkata...

Firman-Nya kepada perempuan itu: 'Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu.'.....salam.

Tanpa Nama berkata...

like seriously, i love this blog. even aku pompuan, aku x denied ape yg ko bg pendapat. at least ade la boleh dibetulkan utk kaum pompuan.


*jarang update blog tp pengisian padat bagus dari update 10 mnt skali buat contest

"menang contest, aku review blog kau 44 malam"

ika berkata...

tak semua benda boleh disamaratakan. tapi ada benda yang kena pertahankan :)

nice!

ghost writer berkata...

terus kepada point!

Jejaka Terhangat berkata...

like entri ni banyak kali..aku pun ada tulis kenapa perempuan yg selalu jadi "bahan" dlm entri2 aku..lelaki menegur kerana sayangkan muslimah mereka..tp, ramai yg tak sayangkan diri sendiri. sbb tu tak suka ditegur..thumbs up lg skali utk entri ni..=)

Mutiara Bernilai berkata...

salam..

baeklah,

masuk tlinga kanan, cepat2 tutup telinga kiri. Oh,harap xkeluar.

terima kaseh.

^__^

cik aufa faqihah berkata...

tahniah, awak dah berjaya buat saya respect kpd kaum adam sekali lagi :D

alhamdulillah, yg mana baik kita ambil, dan jadikan panduan..

sebenarnya tak kisah la macam mane pun cara dye tegur, kalau kita salah kita sepatutnya terima,..

tak kira lelaki atau perempuan..

btw, n3 nih da buat sy menangis tt__tt <<----jiwa sensitive :P

congrate !!

=MiMiE= berkata...

xsemua org perfect kan? and again.. awk wat sy sedar xsemua lelaki xleh pakai dan xsemua perempuan boleh pakai.. kdg2 nama je ada akal, tp bila hati yg control.. suma hancus.. sy respect entry nie. btw, kalo da ditegur cara berhemah tp xley accept namanya xleh trima kenyataan tuh. well..sometimes, reality hurts kan? =)

-NSA-

PointBlankShot berkata...

tervaek!

Tanpa Nama berkata...

Teruskan!Aku suka teguran.
Buat rasa ada yang mengambil berat.
Manuisa hidup mesti la ada elemen
ingat-mengingati.Itulah hidup manusia.

adan berkata...

terbaik...!!!!!!!!!


ada button like ka?

aku nak like 20blas kali boleh?

Hakim Dengkoi berkata...

follow me back...Ten Q (",)

.::s e n t::. berkata...

YES! tegur cara elok, aku sokong sgt. tapi ade certain lelaki zaman skarang ni, nak tegur la sangat kononnya. padahal cara salah..xyahla smpai salahgunakan gambar pompuan tu. itu BUKAN tegur/nasihat. itu memalukan orang namanya -___-'


peace!

kira kekuri berkata...

nice entry bro! ;)

LORD ZARA 札拉 berkata...

AA.

Aku rasa nak buat balasan pada tulisan kau ni.

Boleh tak?

He he he~

AlexiaAqram berkata...

LZ.

boleh je kak ngah oii.

hehehe!

Sheriel Aizan berkata...

Ada hak lelaki yang wanita tak dapat
Ada juga hak wanita yang lelaki tak dapat
Privilege by Allah dengan by law.

Hak lelaki boleh kahwin 4, wanita nak sama rata, kau gila nak kahwin 4 ke?

Hak wanita ada couch wanita dalam ktm, bila time lelaki masuk situ, pandai pulak kau bising sebab kau ada specialties kat situ.

Allah dah letak mandat lelaki tu lagi besar. Kalau kau nak lawan, lepas ni kau je pegi meminang lelaki.

Tanpa Nama berkata...

double tripple like 4 diz entri..
byak point kt sni,xmcm blog org tu..buat segmen ntah pape,update smpai bratus shari,smue segmen,xde point lgsung..

keep it up yaw!!

Encik Amie berkata...

entry yang sangat makan dalam..

-li.zue- berkata...

adoi.takley bayang kalo ada lelaki datang depan mata sound direct pasal benda ni,


memang meleleh wo.

tapi benda betul kan,
buat apa nak marah?


gud job.nice entry! ;)

hmm.pompuan zaman skrg, dh ramai yg cam tak sedar, benda yg batil, still dikatakan hak.

andynurehanadibahrahim berkata...

mohon share tuan tanah. =D

AIDA SYAMIMI AZHAR ♥ berkata...

AlexiaAqram, aku tak kenal kau. Tapi aku rasa, aku nak kahwin dgn kau. Ok, bai.

yaya berkata...

inche alexia!terbaek betol entry ni.
HUHU! sy ok je lelaki nk tegur sy. just in a nice way. cume boleh gune care kasar jike msh x bekesan. slgi kite sm2 idup di dunie ni, elok same2 slg mengingati, slg nasihat ssame sndr. keep it up with a maveles entry bro! =)

[sutera kasih] berkata...

bestnya entri ni...nak share :)

MY Sara berkata...

Hmm.. Like a compass needle that points north, a man's accusing finger always finds a woman. Always.

Sorry to say bro, leaders lead, losers blame.

Zaman kompleks sekarang ni jangan sembunyi bawah alasan pemalas. Kalau kita teliti punca rosaknya sesebuah institusi bermula dari ketua yang tak boleh pakai. Betulkan kaum sendiri dulu kami dengan rela hati menyusul.

The easiest thing to do is to pick up on the weak. Woah dunia nak kiamat sebab perempuan tak senonoh belaka. Lelaki hanyalah insan innocent yang terlalu lemah untuk menepis godaan2 wanita jalanan..pfft

Kudos on the attempted dakwah but I just thought it was misplaced. Keep harping on those lost brothers and we may see a brighter future in the Islamic world.

#justmytwocents seiring dengan entry tough love kamu ni

-Sarah

MY Sara berkata...

Oh baru perasan entry lama

Harap maaf boleh abaikan