April 15, 2011

Khayalan Yang Mungkin Tiada Dalam Menulis di Blog

Aku menginginkan dunia penulisan dalam blog ini sebegini ;

Sebagai suatu tempat kita bertanya dan suatu tempat kita untuk memberitahu.

Ia boleh di definisikan sebagai suatu medan untuk kita mencari ilmu hasil dari pertanyaan dan pemberitahuan. Contohnya jika seseorang ini tidak faham mengenai suatu perkara, dan pandangan yang kurang sempurna mengenai sesuatu perkara. Seseorang itu akan menulis di dalam blog untuk mempersoalkan persoalan yang bermain dalam fikiran. Menulis dengan gaya sebagai seorang yang bertanya. 

Lalu, secara tidak langsung, pertanyaan itu akan di jawab oleh beberapa orang yang lain dengan memberi komen ataupun menulis sebuah penulisan di blog lain untuk menjawab pertanyaan.

Andaikata aku tidak memahami tentang penggunaan Asid Hidroklorik dalam kaedah Semiconductor Fabrication, maka aku akan tuliskan di dalam blog dan menunggu penulis lain memberitahu jawapan tentang ketidakfahaman aku.

Itulah dunia penulisan blog yang aku inginkan. Mengilmiahkan penulisan blog supaya menjadikan pengguna blog lebih bertamadun dan berilmu. Kita sama-sama bertukar maklumat ilmiah dan tidak mengharapkan seratus peratus penjelasan wikipedia, wikiscience mahupun scopus. Kita sepatutnya mempunyai ruang lingkup tersendiri dalam mengkaji bidang ilmu yang memberi manfaat kepada manusia sejagat, terutamanya untuk rakyat negara kita sendiri.

Tahukah kamu penjelasan sains dalam bahasa Malaysia di dalam jurnal dan wikipedia amat sedikit? Seringkali aku persoalkan hal ini. Di manakah pelajar dan professor kita yang boleh menerangkan hal-ehwal sains dalam bahasa kebangsaan? Cuba kalian buka tajuk mengenai Mekanik Statistik dalam wikipedia, lihat berapa kerat sangat penerangannya berbanding wikipedia yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol. Mengecewakan.

Ya, kita mungkin tidak dapat menterjemah perkataan Inggeris ke perkataan Melayu secara total. Namun, tidak salah untuk kita menggunakan cedokan bahasa Inggeris sebagai elemen kefahaman bukan? Siapa kisah dengan bahasa campur antara bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris? Perlu di kesahkan sangat kah sampai harus turun di jalanan memprotes sana-sini? Ini adalah penerokaan ilmu. Penerokaan ilmu memerlukan pengorbanan. Lebih baik kita mati menuntut ilmu dari mati menonton rancangan maharaja lawak misalnya.

Hal yang sedemikian, aku melihat banyak skop penulisan penulis blog telah di pengaruhi oleh anasir yang tidak bertamadun, malah telah merebak kepada pemikiran pengguna blog. Banyak sangat institusi-institusi yang tidak berfaedah dan tiada kemajuan dalam dunia maya ini secara am-nya. Semuanya hasil dari pengaruh keseronokkan tanpa batasan, materialisma dan tiada kesedaran dalam memajukan ruang lingkup sesuatu masyarakat. Jikalau aku katakan sebagai penyalahgunaan, ramai pula yang akan melenting nanti.

Jadi, bila di tanya pada aku tentang blog perempuan bertudung tayang muka seperti blog Nurul Badiah Lai dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Mungkin kalian boleh mengagak apa jawapan aku bukan?

Tapi, ya.. ada tapinya. Masyarakat kita lebih suka membuang masa berkongsi hal kehidupan peribadi dari menggunakan masa untuk meningkatkan kapasiti ilmu yang boleh di kongsi sesama taraf rakyat. Ilmu adalah percuma. Baik kau miskin mahupun kaya. Semuanya perlu ada ruang dalam menuntut ilmu. Namun, ia hanya sekadar khayalan seperti khayalan ber-jimba di taman merah Marikh selagi kita semua masih di takuk lama.

Sekian, asalamualaikom!


p/s : Mungkin, inilah sebabnya aku mahu berhenti menulis. Tunggu dan lihat sajalah.

34 ulasan:

Sca Ndx berkata...

yeah. entry ini aku stuju.
entry berbalas ttg ilmu pun best gak.

balah2 benda yg ada input.

Fahmi Mahat berkata...

pernah teringin nak rewrite buku teks psychology of forensics jadi entri blog. tpi cam susah la pulakk..

huhu


Regards,
FahmiMahat

Anem arnamee berkata...

Penulis macam ni susah nak jumpa, kamu mahu kurangkan? ..

Apapun. Blog ni jangan matikan. Biarkan untuk dilawat .Sekian.

isaac ismael berkata...

Nurul Badiah Lai

cun gak..haha..

dindingkosong berkata...

setuju jugak...

Tanpa Nama berkata...

tak berhenti2 pun

Takamine Iswadi berkata...

serius setuju

u got the idea bro,skrg neh ramai blog pasal pakwe la makwe la,ape ke jadah semua tuh

btw dont stop blogging,why not kau start dulu blog mcm apa yg kau inginkan

aku follow :)

eiffel berkata...

cuba kau cakap..berapa ramai yg berminat tentang ilmiah dari hiburan?berapa ramai yg mencari bhn ilmiah itu dr bergossip?berapa ramai ramai yg mencari tips lilit tudung atau teknik hebat diranjang berbanding dgn konsep kimia yg kau tanyakan tadi.berapa ramai?

aku tidak memprotes, tapi aku berkata juga tntg realiti.

MATAHARI berkata...

ohoii.


ya, aku tahu itu tujuan nya. meng-ilmiah-kan penulisan blog, tapi kebolehan akal dalam bidang yang berbeza untuk di-interpresikan oleh manusia masing-masing sangat berbeza, mereka yang hanyut dalam opium hiburan dan populariti, numb, kebas, untuk meneroka lohong-lohong yang berlingkar dalam tengkorak. kecerdasan yang berbeza.

minoriti sekali pun kita-kita ni, tapi kita dah nampak kan hasilnya? sedikit demi sedikit muncul memeriahkan kancah minoriti.

kalau boleh, jangan lah berhenti...

AlexiaAqram berkata...

@eiffle

sebelum kau tanya soalan itu. lebih baik kau tanya diri sendiri dulu yang kau berminat tentang apa?

usah kau pedulikan struktur yang kejam kalau kau tak tetapkan apa yang kau minat dulu. soalannya, kau berminat atau tidak?

@matahari

aku sedang fikirkan. tunggu dan lihat sajalah. nasihat aku, elakkan dari bersikap terlalu #somalaysian. kau ada potensi untuk menjadi penulis yang di kagumi. susurilah dan tadbirlah dengan baik.

Si Gadis Marhaen berkata...

aku setuju dengan entri ni. sangat susah untuk mencari penulisan ilmiah dalam bahasa Melayu dalam Internet. dalam dunia blog apatah lagi. tapi, masih belum terlambat untuk mengorak langkah pertama ke arah mengilmiahkan penulisan blog, bukan?

(aku tahu, sebab setiap kali aku mencari maklumat tentang ilmu pedagogi misalnya, majoriti hasil yang akan keluar melalui carian dalam Google adalah dalam bahasa Indonesia.)

Amoi berkata...

well. you can see I hate writing about my personal life on blog. cukup cuma ranting macam macam masalah aku pada Twitter dan Facebook.

my personal life biasa biasa je. that's no need to talk about it.

XD

shahirahkhairudin berkata...

aku jarang komen..ni nak komen..

kau nak berenti tulis belog?

silakan.. semakin kurang bahan bacaan masa santai aku nanti..

sebab belog aku tak bagus, aku selalu datang sini..

Fiq Vertigo berkata...

sudah gaya mahathir, 'aku berhenti ketika orang masih memerlukan aku'


kau kejam lah.

sakakarma berkata...

kah2...aku setuju dgn kau FIQ...ala kenapa la cepat angkat tangan ni ,aku baru jer nak bermula kau dah nak blah.teruskan saje buat secara rilex tak perlu begitu serius sangat ...kalau nak mereka berubah kau jgn cepat mengalah,alaaa... sikit2 lama2kan jadi bukit...

zey berkata...

bak kata lecturer aq, wiki xleh pakai larr...ilmu yang tak diiktiraf. haha! mmg la, bahasa Malaysia mmg kurang dalam bidang sains...mungkin sbb byk term yang lagi senang berbahasa inggeris. jurnal pon byk dlm english, dan sah2 lah bukan keluaran kita. well, kalau nak memartabatkan bahasa melayu, masuk lah UKM. haha.

*tetiba promote?~

AlexiaAqram berkata...

korang smeua suka buat aku pening kepala lah. hahaha!

ok ok lah.

aku akan keluarkan semua entri-entri yang aku dah lama simpan ni dulu.

lepas dah abes keluar semuanya, aku stop. ok?

Naqib Mohamad berkata...

pada dasarnya berapa kerat sgt yang berminat seperti kau fikirkan? tak ramai... blog dah menjadi sebahagian dunia hiburan.

AlexiaAqram berkata...

aku harap, walaupun bermula dari kosong. ia tetap akan ada juga lebih dari satu.

berharap.

Beautiful girl berkata...

Jgn berhenti..

Nazirul berkata...

idea kau memang bernas sekali

Nazirul berkata...

idea kau memang bernas sekali

Sab Buenoo berkata...

kau nak berhenti?
please dont! nanti siapa nak ingatkan aku supaya jangan buat entry merapu banyak sangat. :(


sekarang pun dah cukup banyak. cuma tak tempek muka je sebab takut terasa bila baca entry2 kau. ehehe


:: ini satu pujukan okey.

ishiko berkata...

wahh.. bagusnya...
saya asek merapu jer tulis belog, info seciput je..

Johan "Champ" Radzi berkata...

Aqram,

Ingat juga kerana dunia blog adalah medan bebas. Bermakna setiap users merdeka untuk post apa perihal sekalipun. Tapi aku sukakakn idea kau.

Medan ilmu.

Andai ada seribu lagi blogger macam kau, aku rasa Malaysia tak perlukan lagi wikipedia.

Mata kau melihat jauh.

NAJ HEBAT berkata...

Biar maju masyarakat. Ilmu terberi semampu boleh. Biar ada yg masuk. Ada yg dapat. Itu input.

platipus berkata...

kalau semua blogger fikir macam ni, then blogesphere akan jd sumber ilmu yang sgt2 dikehendaki..

takyah rujuk encyclopedia, wiki, anwsr.com semua..

tp sayang...manusia punya citarasa dan cara pemikiran yang berbeza..tak boleh nk duga semua orang akan jadi macam yang kita mahu..


dunia sini (blgshre) dah makin ketandusan sumber bacaan yg ilmiah..hmm

sha amane berkata...

absolutely agree.btw, aku suka dengan cara penyampaian ko dalam menulis entri.

LUNA berkata...

aku mahukan keamanan dunia. supaya dunia tiada peperangan. tiada lagi penjualan senjata. tiada pencuri, tiada jenayah. semua saling percaya mempercayai. saling memberi salam sesama sendiri. aaah. dunia yang cukup indah.





lulz. realiti tidak seindah kata. hanya angan2 yang kadang bisa menjadi nyata.

Nurulbadiah Lai berkata...

owh my name is there!!never mind..

less and more..agree with u..
me as well..
saya suke membaca belog yang lebih berbaur sinis..yang lebih ade bg pendapat and so on..

but then..sometimes if saya nak dapatkan sesuatu yg ilmiah..
saya besanya xsuka baca blog..saya suka cari sources yang lebih meyakinkan..
it is true that..xsemua org suka baca sesuatu yg ilmiah..
and me as well..sometimes i love reading sumtim yang santai..about fashion and so on..

back to the basic..jgn marah or benci dengan org yang ade blog n tulis pasal peribadi..
coz ade org suka meluahkan sesuatu dlm blog..then die tulis suka2..but luckyly..ade org follow..setiap org ade cara msing2..

thats why..bila kite rase sesetengah blog tu..xbersesuaian dgn kite..xperlu baca..senang je..
me too..kadang2 blog yg terlalu kebudak budakan..sy xbaca..

kadang2..saya suke jugak baca blog yang xtulis psl benda berat2.sometimes..sbb kadang2 my life..kerja hari2 ngadap benda2 ilmiah..kene serius..so abes office hour..suka jugak baca blog2 peribadi org disamping baca blog2 yang isinya betul2 bernas..

like my blog..cant deny..terlalu ramai yg kritik kenapa xtulis mnde yg lebih berfaedah skit..tulis psl law ke..apa ke.
but then..what for?saya tulis pasal sesuatu isu tentang law pon..dah kene kritik cakap show off..org lain pon pndai gak..xyah la tulis2..see?people mentality????


so conclusionnye..depends la..xperlu nk bising2 tentang sesuatu blog seseorang..kiet cerdik enuf kn nak cari blog yang betu2l sesuatu dengan mentality kite..aite??

have a nice day..
btw..blog kite bukan blog tayang muke tau..kecik ati:)

AlexiaAqram berkata...

@nurulbadiahlai

rasa2 saya nak bagi jawapan apa ye?

grawwrbabe. berkata...

kenapa awak tak mulakan.... alangkah bagus awak yang mulakan.... seperti nye awak juga memiliki ilmu yang tiada tandingan bukan?? share lah jika sudi :)

adorabelle berkata...

well said. couldn't agree more.

Tanpa Nama berkata...

KAU R BUAT.....