April 12, 2011

Mengenal Individu Melalui Citarasa Muzik

Aku rasa.

Hanya rasa-lah. Seseorang individu itu boleh di nilai melalui citarasa kegemaran muzik-nya. Ini hanya teori, belum pasti untuk sampai ke aplikasi mahupun kapasiti.

Belum ada penjelasan yang nyata kerana operator-operator yang mengelaskan sifat individu dan muzik itu tiada dalam signifikan sains yang absolute. Namun, ia mungkin sedikit berguna untuk kita label mahupun judge seseorang. Okay okay, memang suatu yang menjengkelkan dengan sikap 'judge-judge' ini. Namun, hey! Tanpa judge, kau tidak akan dapat impression pertama. Tanpa judge, kau tidak akan ada sifat berwaspada atau berhati-hati dengan sebilangan manusia yang mungkin sedang mengambil kesempatan ke atas diri kau dan orang lain. Akhirnya, kita sendiri perlukan sikap 'judge' ini untuk survive dalam hidup bukan? Kita tiada pilihan, dan memang hidup ini telah direka untuk kita agar mengikuti pilihan yang sedia ada. Kita bersikap hipokrit dengan menolak definasi 'judge a person', namun secara tak sedar, kita mengamalkannya. Heh, sungguh ironi sekali.

Benarlah bahawa, untuk menjadi Muslim yang sejati, mengamalkan sikap 'admit' itu amat sukar. Yang kita selalu buat ialah mengikut cara Nasrani iaitu 'decide'. Ataupun mengikut sikap kepintaran Yahudi iaitu 'decide first, admit later'. Haha, bila fikir semula. Aku dapat rasakan api neraka itu bagai sehasta dari tangan aku. Kalian? Aku tak tahu, terpulang lah mengikut acuan masing-masing.

Jadi, aku mulakan dengan diri aku dahulu. Aku mulakan dengan citarasa muzik aku. Citarasa muzik aku yang pertama ialah ;

1. Post-Metal
- Muzik jenis post-metal merupakan muzik yang menyerlahkan sikap keganasan, kasar, protective dan adventure aku pada partikel sekeliling. Lebih aku tafsirkan pengaruh post-metal dalam diri aku ialah pentingnya aku menjadi seseorang yang perlu ke depan dalam sesuatu perkara. Kadang-kadang terpaksa juga untuk aku bersikap psiko dan mengugut. Dengan niat untuk membantu mengawal struktur kehidupan manusia yang tunggang-langgang. Contoh individu/band yang aku inspirasikan dalam muzik post-metal ialah ; Maybeshewill, Isis, Sleep dan Pelican.

2. Taranum
- Taranum bagi aku merupakan suatu cabang muzik. Bukan mudah nak bertaranum beb kalau tiada kebolehan mengawal suara dengan baik. Pada hemat aku, instrumen muzik yang paling genius di dunia ialah peti suara manusia. Itu hakikat. Pernah di tafsirkan oleh Mozart dan Ibnu Farabi lama dulu. Taranum adalah suatu identiti unik yang membentuk diri aku supaya lebih bersikap terbuka dalam setiap perkara. Berapa kerat antara kita boleh mendengungkan secara separa? Iqlab? Antara kita ini sendiri pun tidak kenal apa itu Al-Quran. Ceh! Aku sukakan suara Munif Hijjaz, Imad dan arwah Asri Rabbani.

3. Post-Rock
- Sebelum mengenali post-metal. Aku mengenali post-rock dahulu. Ia merupakan sebuah muzik yang membawa entiti kebahagian, kegembiraan dan inspirasi untuk menuju harapan yang baru. Kita semua pasti takkan terlepas dengan bencana yang membuatkan diri menjadi loser, 'down' dan tewas. Jadi, perlunya muzik post-rock adalah untuk memberi semangat baru pada aku. Ia juga penting bagi aku menjadi seorang yang boleh memberi pilihan kepada orang lain supaya kita semua tidak terlalu terperangkap dengan kekalutan. Pilihan aku mestilah Explosion In The Sky, Mono, Damn Dirty Apes dan Mineral.

4. Metal-Core/Thrash/Post-Hardcore
- Aku malas nak mengulas panjang mengenai muzik sebegini. Ia hanya datang apabila aku mahu menunjukkan amarah yang meluap pada dunia. Rasanya semua orang tahu kenapa seseorang itu mendengar muzik jenis metal-core. Lain tak bukan adalah untuk melepaskan tekanan dan kemarahan. Tak percaya? Cuba dengar Bullet For My Valentine, Alexisonfire (yang dulu), Maximum The Hormone, As I Lay Dying, dan Underoath.

5. Rock-Kapak/Slow-Rock
- Jawapannya hanya satu. Bukan sebab muziknya. Tetapi sebab liriknya. Muzik slow-rock dan tafsiran rock-kapak ini tidak aku perspektifkan pada kekuatan muzik dan irama kerana ianya terlalu rendah levelnya berbanding post-rock. Tetapi, aku memandang tinggi pada muzik sebegini apabila di sentuh liriknya. Puitis. Ia  menyalutkan diri aku untuk pandai berkata-kata. Itu saja. Ada maksud yang mendalam dan jika kalian tidak memahami sastera dengan baik, lagu sebegini akan jadi sampah. Maka, fahamilah nilai sastera dalam rock-kapak. Marilah mendengar Lefthanded, BPR, Scorpion dan L'Arc'En'Ceil, mungkin?

6. Alternatif
- Banyak pilihan dalam citarasa alternatif. Namun, alternatif bagi aku ialah suatu muzik yang ada perkara-perkara tersirat. Kerana aku merupakan seorang yang suka berahsia. Mungkin. Alternatif merupakan satu diri aku yang aku tafsirkan sebagai tempelan untuk aku menjadi ceria di luar, remuk di dalam. Faham? Jika tak faham, aku cadangkan kalian mendengar Radiohead, Coldplay, Oasis dan OAG. Itu saja.

Cukuplah aku beri enam sahaja favourite muzik aku mengenai citarasa muzik. Jadi, kalau kalian tanya aku mengenai lagu Sixth Sense dalam drama Asmara itu, maaf, aku hanya dengar, namun langsung tidak mempengaruhi identiti aku. Apatah lagi lagu Rossa - Ayat-ayat Cinta. Like A G6? Haha, itu sindiran aku pada kehidupan urban yang fake. Apa? Gadis Semasa. Emm, biasa saja. Kalau aku berminat pun, sekadar pada lagu Tolong Ingatkan Aku. Keh keh keh.

Kesimpulannya, dengarlah dan fahamkan banyak cabang muzik supaya fikiran kita lebih terbuka dan tidak terperap dalam satu kotak sahaja. Adakalanya, muzik ini hanyalah permainan ilusi seperti penulisan dalam blog yang sedang kita semua tuliskan. Bukankah seronok bermain dengan ilusi?

Akhir kata, aku hadiahkan lagu Sleep bertajuk Jerusalem, di dalam album Dopesmoker kepada kalian. Aku cuma nak nasihatkan, berhati-hatilah mendengarnya jangan sampai 'terkantoi'. Chalo, assalamualaikum! Have a nice day!





p/s : Apa citarasa muzik kalian?

52 ulasan:

karl berkata...

aku dengar muzik yg pada aku best.

Dark Tranquility - Leaves Eyes - Hijjaz - Mohram - Primal Fear - M Nasir - Sil Khannaz - Kopratasa

kalau tengok pattern muzik yg aku minat setiap genre tak berkait langsung.

dengar muzik untuk enjoy - asalkan telinga boleh tahan & bunyi ngam, aku dengar je.

mungkin tu bermaksud aku ni jenis pentingkan diri - sebab aku tak peduli genre asalkan bunyi tu aku suka.

AlexiaAqram berkata...

haha. kau orang pertama yang aku ingin tanya mengenai hal ini.

betulkah kau mendengar muzik kau itu sebab SUKA-SUKA?

yakin?

atau sebenarnya kau tidak perasan yang sebenarnya kau mendengar muzik sebegitu kerana ada sesuatu yang mempengaruhi diri kau?

cuba check balik.

:)

free compass berkata...

lagu gereja vatican dan semua lagu2 keroncong. ok2, serius, 1940's -1960's rock n roll/roots of rock.

AlexiaAqram berkata...

elvis, ABBA dan Boney M lah ni?

chara!

karl berkata...

sebagai contoh - Primal Fear aku suka lagu Church of Blood & Under Your Spell.

Dark Tranquility - Lost To Apathy

Mohram - Sakti

Leaves Eyes - For Amelie

yang soalan tu, susah sikit nak jawab. Macam aku tulis sebelum ni, sebab lagu2 tu sedap didengar - dan ade berkait juga la sikit dengan keadaan emosi masa dengar lagu2 tu.

AlexiaAqram berkata...

@karl

baiklah. emosi. sebab itu sudah cukup kuat untuk menjawab soalan citarasa muzik kau sebagaimana. ternyata muzik yang kau dengar menjelaskan kau seorang manusia yang masih mencari pilihan.

rasa aku lah.

karl berkata...

betul la tu. pilihan yg proper sebenarnya sentiasa ada - cuma aku ni jenis tak tahan. 2-3 minggu cuba dengar hijjaz, lepas tu mula selang seli dengan primal fear, mungkin jugak sesekali dimmu borgir.

mungkin sebab tu Tuhan tak bagi aku buat pilihan aku sendiri beberapa tahun kebelakangan ni

Tanpa Nama berkata...

aqram.

ni lagi satu typical malay.
katalah ada sorang minah tudung labuh, pakai baju besar2, minat rock kapak ke, minat lagu inggeris ke, minat budak2 indie ke, apa pasal nak pandang sleck? salah ke kami nak dengar lagu?

AlexiaAqram berkata...

haha. takpe, slow-slow dulu dalam membuat pilihan. kerana pilihan itu perlu di pilih secara berhati-hati dan mengikut kesesuaian umur.

itu saja.

apa2 pun terima kasih kerana menjawab soalan aku.

free compass berkata...

@karl

nak tknak kenalah try dngar smua lagu. satu hari nnti ketemu jugak yang sesuai untuk kita. sesuai maksudnya smpai bila2 tak jemu dengar.

AlexiaAqram berkata...

@tanpa nama

masalah sebegini telah aku perhatikan. kau inginkan jawapannya?

aku harap kau tidak terperanjat untuk aku katakan golongan yang kau sebut itu sedang terkeluar dari sisi syurga. terus terang aku cakap, muzik yang kita dengar akan mempengaruhi jiwa kita secara langsung ataupun tak langsung.

kalau kau ingin mengatakan aku akan masuk neraka kerana pilihan muzik aku sebegini. aku tidak kisah dan aku terima.

neraka mungkin adalah tempat aku. cuma aku elak untuk masuk neraka lama-lama dan berharap (hanya harap, bukan pasti) untuk ke syurga.

takkan tak faham maksud doa taubat kot?

afrohead berkata...

aku suka Alexander The Phatos. perak mari.
macamana tu?
haha

isaac ismael berkata...

imma belieber....




kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

ouh pasal tu aku ada dengar. tapi masalahnya jiwa aku bukan jiwa nasyid. dan ya, aku adalah golongan tu. aku suka lagu2 lama. sebab aku suka lirik dia. sangat puitis. dan kadang2 aku ada dengar lagu inggeris jugak. itu kan halwa telinga.

dan please, aku bosan betul degan orang yang suka menerakakan orang lain. came on lah aqram, siapa kita nak kata masuk neraka atau syurga.

btw thanks sudi reply.

AlexiaAqram berkata...

@afrohead

tolonglah jangan cakap yang kau adalah alexander the phatos.

sebab, aku kenal siapa alexander the phatos di alam realiti. HAHAHA!

Sca Ndx berkata...

aku suka post-hardcore.
electro.
dan alternatif sikit.

dan aku rasa aku jenis mengikut taste muzik org kot.

AlexiaAqram berkata...

@tanpa nama

aku reply sebab aku sedang meneliti sikap manusia pada muzik.

dan bagi aku, rasa akulah. jika di teliti muzik yang kau dengar itu..

lebih baik kau berhati-hati dengan orang sekeliling kau yang tidak faham diri kau. mungkin aku tak faham, namun rasanya aku cuba membantu untuk memahamkan kau buat masa sekarang.

tentang menerakakan orang lain, sebelum kau jengkel dengan perkara itu, lebih baik kau jengkel pada syaitan yang lagi suka menerakakan manusia macam kita.

boleh?

penulis.sahaja. berkata...

dah dengar jurusalem skrg. haha.
tp aku x boleh ah dengar jurusalem.
mungkin belum dewa mcm kau kot AA? haha.

AlexiaAqram berkata...

@sca ndx

hmm. tahniah. kerana kau betul-betul jiwa remaja melayu kini (walaupun tak cukup terkini) + trend hipster yang kau dambakan itu sedang mendekati kau. cuba explore lagi.

hehehe.

AlexiaAqram berkata...

@penulis sahaja

ada lagi dewa abaq anggg. kita berdua lebih tahu siapa 'dewa' itu.

pssss.. tanya si dewa itu tentang cara mendengar jerusalem. sebab dia, minda aku dibasuh. cilakaterimakasih!

Tanpa Nama berkata...

haha okay okay. aku sangat berhati-hati sebenarnya. tapi ada satu perasaan dalam hati aku yang macam nak keluar. benda ni automatik. bila aku naik bas atau teksi dan kebetulan driver tu pasang lagu yang macam aku cakap, automatik aku layan. benda tu tak dibuat0buat. aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak minat nasyid yang slow tu.

aku cuma mahu tanya, adakah patut aku berhenti dengar apa yang aku minat sebab boleh buat aku keluar dari sisi syurga? macam tu?

Naqib Mohamad berkata...

ikut mood gak layan lagu ni sbnrnya. tapi mesti ada satu genre lagu yang kita suka. aku rasa "mengenal individu melalui citrasa lagu" boleh pakai. ada sesiapa nak buat thesis pasal ni? hahaha

afrohead berkata...

eh serius? Alexander The Phatos alam realiti tu kawan baik aku. satu sekolah kat Kuala Kangsar dulu.

AlexiaAqram berkata...

@tanpa nama

kalau aku jadi kau, iaini kalau aku ingin mengejar kebahagiaan selepas kematian seperti yang kau halatujukan. YA! aku akan berhenti apa yang aku minat tersebut. lebih baik aku kejar sisi syurga itu dengan 100% tulen islamik foundation.

tapi, janganlah pula kau bandingkan dengan diri aku yang masih kurang mengejar kebahagiaan selepas kematian.

aku masih mahu merancang. belum memilih.

AlexiaAqram berkata...

@naqib

apa kata kau buat? aku dah penat menulis abstract. ya, ini adalah abstract. hahah!

@afrohead

serius. dunia muzik malaysia kecil saja. hahaha! lagi plak dia graduan Universiti Setan Menyetan.

Tanpa Nama berkata...

alangkah indah kalau kau pun mempunyai halatuju seperti aku yang kau cakapkan tu.

AlexiaAqram berkata...

@tanpa nama

indah memang indah. tapi, aku jenis manusia yang mahu kenal semuanya.

dan aku tak berapa percaya sangat dengan pengomen tanpa nama.

haha, itu saja. maaf.

afrohead berkata...

hahaha. maknanya kau pun study USM la eh? takpe takpe, nanti kau jumpa dia kirim salam kat barua tu. hahaha

Si Nuansa Eyqin berkata...

salam. bagi aku, aku minat lagu macam cradle of filth. erkk, mmg nmpk mcm ganas, tapi aku rasa itu jiwa aku. but, aku tahu lirik dia macam.. kau pun tahu kan?

then, aku layan lagu jiwang. sbb apa? sbb aku suka ke puitisan lirik dia. and satu masa aku boleh menangis dgn dgr lirik itu.

aku bosan dgn lagu sekarang. sbb bosan lah senang cerita. bagi aku slow rock sgt evergreen.

pendapat kau?

Sca Ndx berkata...

ouh damn. aku hippies gak lah. tapi aku dgr je. cuba faham lirik.
tak dressup weh. serius haha

AlexiaAqram berkata...

@afrohead

haha. mungkin?

@nuansa

berhenti dengar cradle of filth. serius. aku bukan nak cakap black metal itu salah, atau lagu cradle itu salah. tak. cuma aku nak cakap lagu cradle sangat buruk seninya. ia muzik orang hipokrit.

rasa aku lah. belum kepastian.

@sca ndx

hippies bagi aku lah 'keceriaan dalam syurga dunia'.

sebab itu aku hanya cakap trend itu sedang mendekati kau. kalau kau nak dress-up, silalah explore. hehe.

Si Nuansa Eyqin berkata...

thanks utk menjawab. aku hargai. kalau boleh, kau bagi aku detail boleh? ok, yup, cradle of filth dan lagu dia mmg tak salah. pendengar yg terbawak bawak dgn alunan dia sahaja sampai hanyut dan tenggelam.

aku kadang2 pelik, aku suka dgr lagu dia, tapi aku tak pernah nak tahu apa lirik dia. just tekan play, then layan. enough.

hipokrit? erkk, why? aku tak paham?

AlexiaAqram berkata...

@nuansa

haha. kau sendiri cakap yang kau suka dengar tapi tak nak tahu apa lirik dia.

itu lah hipokritnya.

baiklah, aku bukan peminat cradle sangat. dalam permainan gitar untuk lagu-lagu cradle, aku perasan ia banyak memainkan riffing mudah. pump and grind the string. (kalau kau tahu mengenai gitarlah).

yang membuatkan kau teruja mendengarnya ialah effek tambahan yang ada pada lagu dan scream vokalnya. itu semua bagi aku ilusi muzik yang murahan.

ini menjelaskan pada pemerhatian aku, irama lagu cradle langsung tiada jiwa kesenian. lirik sahaja lah yang mereka ada untuk pertaruhkan.

tapi, tak mengapa. aku taknak cakap lebih mengenai cradle sebab aku tahu ramai penggemar cradle membaca blog aku. mungkin mereka akan membangkang. jadi, terpulang lah untuk kau tentukan nanti.

Si Nuansa Eyqin berkata...

kau pandai alexa. terkesima aku. macam mana kau boleh tahu itu yang ada pada lagu cradle of filth. means, scream vocal and efek tambahan yg ada pd lagu? adakah kau pun sebegitu? tertarik sbb scream vokal atau mungkin kau nak cakap, "eleh, aku tahulah sbb aku pun layan jenis lagu tu jugak" hipokrit tak gitu? tidak kau tak kan tahu apa penyuntik elemen nak tarik pendengar tu dgr lagu sesebuah lagu itu. atau kau nak cakap " benda ni common je, semua org tahu"

ha'ah aku tak tahu main gitar. jujur.

opss, aku bukan mengatakan aku fanatik cradle. just lagu dia.

kenapa kau tak nak cakap lebih? sbb kau tahu kan setiap bnda tu ada pros and cons. just aku nak tahu jwapan kau. just suarakan pendapat kau. itu je. enough.

aku mmg akan tentukan dari segi baik buruk nya. tapi, aku nak tahu jwapan kau alexia.

AlexiaAqram berkata...

haha.

jawapan aku mudah. ini pernyataan 'cakap lebih' aku.

orang perempuan yang melayan lagu cradle, ramai akan mengalami insomnia.

aku tak tahu kenapa. belum ada penjelasan jelas. tapi, kesan insomnia... adakah ia baik?

buruk rasanya.

jadi, bila di teliti lagu-lagu cradle. ya, lagu nya buruk.

noktah.

Si Nuansa Eyqin berkata...

haha alexia. erkk, jwapan nya mudah sahaja kau.

pulak dah insomnia. tadi hipokrit.

ok, now aku faham. kesannya memang buruk. thanks alexia. erkk, aku rasa kau takkan jawab kot sbb dah ada noktah tu. hhaha.

kau tanya soalan apa ni? insomnia? of coz lah kesan dia tak baik alexia oi. hehe. bukan rasa nya. mmg kesan dia tak baik.

setiap lagu tu ada pros and cons dia kan? tak gitu?

AlexiaAqram berkata...

kau nak aku jawab macam mana ye? nak aku meng-iya-kan semua lagu ada pros and cons?

tak boleh.

sebab ada lagu yang 100% kebaikkan. dan ada yang 100% keburukkan.

pernah dengar dengan teliti irama kicauan burung?

pernah dengar dengan fokus irama bunyi cengkerik?

atau

pernah kau dalami alunan irama ombak?

muzik alam adalah muzik yang tiada pros and cons. jadi, tak usahlah kau katakan pada aku 'semua ini common' atau 'eleh, aku tahulah sebab aku pernah dengar'.

ia semua bergantung pada telinga kau. deria kau.

itu saja. sekian, terima kasih kerana bertanya dan memberi pendapat.

FahmiRoslan berkata...

akram, coldplay kau suka lagu ape eh?

fadh ^_^ berkata...

ergh memang setuju part ironi nya orang yang konon2 xjudge orang tu. konon lah xsuke golongan yang judgemental.padahal diri sendiri sedang bersikap judgemental. bleargh!!

PointBlankShot berkata...

gua berada di level 4 denan 6 hahaha

Orked berkata...

dgr semua jns muzik termaksud dangdut. :))

tapi lbh suka alternatif sebenarnya. :)

Si Nuansa Eyqin berkata...

baiklah alexia. ya, muzik alam mmg indah. aku akui. beri ketenangan. tak dpt di sangkal lg.

ok, terima kasih utk jwapan itu. btw, aku suka cara jawapan kau. menunjukkan kematangan.

Terima kasih. :)

Skipper Johnny berkata...

Gua layan rock kapak/slow rock jer....cth:Slam ngan X-Japan....feveret tuh :)

AlexiaAqram berkata...

@fahmi

banyak. bagaimana dengan the scientist?

@fadh

kan?

@point

fighter! tapi belum cukup survival. nak survival? sila layan dinosour junior dan apa2 saja band lo-fi. mohd jayzuan pun boleh juga.

@orked

teruskan. :)

@nuansa

sama2. :)

cikpia berkata...

i'm a music lover, aku layan sumer genre semua irama melodi bergantung pada keadaan. dekat2 PMS takkan nak layan lagu head banging kan????

My Name is Mar berkata...

Lagu yang menarik perhatian aku adalah lagu-lagu yang mempunyai lirik yang bagi aku indah...
Aku layan je semua lagu...
Lagu hindustan ke... KoreA KE... Taiwan ke.. English,indon,malay,thailand..
Semua aku bantai...
Jazz,R&B,hip hop,rock.. Aku tak kisah..
As long as lagu tu bawa erti kepada aku..
E.g.
Lagu hindustan.. Hum khushi ki chah mein..
Lagu english.. One of us-Glee version..
Bagi aku keindahan dan kekuatan sesuatu lagu tu bukan hanya pada melodi tapi juga pada lirik..
Tapi so far,jazz lebih menarik hati..

Alin Hassan berkata...

tkejut aku dengan header blog ko nih. haha:D

s.u.h.a berkata...

kalau suka lagu korea macam mana?

wahidah berkata...

goth.

HARYANI berkata...

aku tak tau la aku suka apa.

tapi kalau emosi aku kacau bilau, aku dengar rock/ metal sambil head banging.

kalau time normal, aku suka dengar lagu slow, relax.

tapi aku paling benci lagu disko.

rasa macam org yg hilang arah tujuan pun ada. adoi.

nora dora berkata...

1. Tool
2. Maserati
3. Raihan

AkuMuzikFilem berkata...

aku kurang salute pada rock kapak, kerana mereka bukan mencipta lagu. cuma, sama seperti kau, aku setuju, liriknya sangat puitis dan mendalam kadang, kerana, aku bagi contoh, search; banyak lagu dorang dicipta m.nasir samada lirik atau lagunya. and, m,nasir always my top list. aku suka lagu2 yang dicipta dari universal chord yang diulang pakai, tapi unik dan berbeza dari sebelum2