April 05, 2011

Oter-Meng-Oter

Orang Malaysia kita memang terer 'oter-meng-oter'. Di bagi Kelisa, jadi Mini-Cooper.

Di bagi motor? Rim aloi mesti nak Mito X ataupun Racing Boy. Kaburetor standard pergi buanggg, ganti dengan karburetor TS la baru betolll. Blok apa barang korek, pakai blok racing lah baru superb. Kalau dah pakai blok racing, bearing pun kena pakai bearing racing. Kalau tak, mana serasi. 

Tak cukup lagi? Electronic circuit kalau boleh nak pakai 125Z punya, walaupun motor tu Honda Fame je pon. Make-up moto kena bagi cun, lagi-lagi yang Ego ataupun Nouvo. Bakul biar ada kat depan, lepas tu sticker bunga-bunga termasuk bunga raya sekali. Baru trademark dak-dak Jay Bee.

Pergh! Kau tak tengok lagi Honda EX5 pakai cooler. Takpun, Honda Bulat pakai super-charger. RX-Z Jerung? Panther? Gamma? Baru Gila-gila Remaja ye dak? Tak main lah RG, apatah lagi Yamaha SS.

Nak up lagi? Tu helmet Appolo pakai visor rainbow. Ingat absorber je ada kaler pelangi? Heh. Tak nak try cooling tank? Letak tepi, baru smart. Kalau nak pergi berhembat, baru minyak terbakar dengan sepenuhnya.

Oh, gua lupa pulak ekzos boleh korek. Tukar silencer lubang 14. Baru bunyi 'wrenggg enngg engg engg'. 

Ceh, itu tak cukup power. Lu pernah tengok tongkat RX-Z masuk dalam Ego? Setakat nak parking tegak tu tadehal lah beb. Double stand tu buang aje. Kaki pun tak penat. Tambah pulak dengan saiz rim aloi 16 dengan absorber Showa. Makwe naik belakang rilek je boleh SMS taim motor tu si pakwe angkat willy baik punyee.

Sudah lah. Apa barang layan motor. Tak cempion langsung.

Lu nak kereta? Gua ada satu yang cempion.

Pernah tengok Putra di make-up jadi Skyline? Tak caya lu tengok majalah Kereta edisi tahun 2004. 

Tapi ada lagi cempion bai.

Apa dia?

Bonet belakang Kenari letak akuarium. Sumpah style! Sumpah cempion!


p/s : Bela ikan pelaga dalam akuarium kenari ni pun cara gak.

21 ulasan:

Cik Bib berkata...

heheh..kreatif gak tu. kalo drift nnti. pening n pengsan ikan-ikan tu yer.HIKHIK....

afrohead berkata...

kalau bonet belakang Kelisa letak akuaruim bela ikan Kelisa baru betul-betul champion!

Encik Psychopath berkata...

pernah tengok kriss jadi lc ?

eszol raar berkata...

org malaysia mmg kreatif der

pnah ade otai kereta cerita kat aku

org jepun tgok kereta kita pon depa cuak n ckp kita lg kental sbb laju x hengat tapi safety suma takda

indeed

si cebbie cholet berkata...

nih bole ah aku bagi kat member opis aku yang dok kedekut nk beli balang ikan tuh...hahaha

Mat berkata...

dak jb mmg kusut. Mekup dresing macha bai. Meriah serupa depavali.

Dak kl dah lyan trend standet . Skru pun mau kaler hijau.

Stok barang ori je kat moto. Makgad pecah je da bleh jadi point g rembat moto sbb mau barang ori. Ori kedai ahsang, x payah nak tayang moto la. Showa bengkel sentul? Mau jual motor la kena gelak ngan geng.. Haha

Zaman bile kaberater ts? Kih kih kih..

Mat berkata...

lagi 1 wa lupa, apolo visor kromek tu budak skolah je pakai.

Paling koman shoe.. Nak klasik magnum III ke.. RT

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=6eQrHpuB8pE&feature=player_embedded

Hansyirah Takezur berkata...

bunyi ekzos tu sangat membingitkan.. ingat power sgt ke cmtu? erk..=='

AlexiaAqram berkata...

@cik bib

ikan pelaga takkan pening aih. nama pun ikan pelaga.

@afro

cempion wak luuuuu! hahah!

@psychopath

pernah.

@eszol

eh, breakdisk depan belakang masih di kira tak selamat ke? haha!

@cebbie

NICE ONE!

@mat

lu story zaman bila, gua story zaman bila bai. 2010-2011 memang mcm lu cakapkan lah. tapi, zaman gua 2003-2005. ARC seteng tu kalau lelaki pakai, memang kena kutuk ahh.

@hansyirah

lagi bingit, lagi power. sebab lagi 'jaki' mendengarnya. heheh!

sherah berkata...

gila biar betul!

Stereo Mouth berkata...

sikit lagi ade la plak orang nak oter skyline jadi kereta mayat.. sikit lagi...

Republic Aku berkata...

peh! nasib baik aku cuma suka oter gadis jer....

y u y u Z u l a i k h a berkata...

pehhhh... kreatif.... <3

AlexiaAqram berkata...

@sherah

betul!

@stereo

sikit lagi bebbb!

@republic

oter apa yang kau pakar? buah dada?

@yuyu

erk?

MATAHARI berkata...

aku tengok evolusi otter mengotter ni macam evolusi pakaian muslimah yang sampai tahap langsir dan berladung tu.

wow.

memang KBKK(kemahiran berfikir kritis dan kreatif) lah sistem pendidikan yang diterapkan berjaya diaplikasi oleh mereka-mereka ni.

AlexiaAqram berkata...

aku setuju benar dengan pendapat kau lucifer.

KBKK. aduh, kan bagus jika ia di terapkan dalam meng-oter JET PEJUANG.

Republic Aku berkata...

bukan buah dada la,apa la punya pendek akal ,oter dia punya perasaan....

AlexiaAqram berkata...

hahah! hoi! tulis biar jelas dan terang. main ayat sangkut-sangkut plak. jadah!

Kebaya Sendat Sepatu Merah berkata...

gua pernah tgk yang kiri kanan pintu ada akuarium. comel lak tu ikan dia.

haha.

AkuMuzikFilem berkata...

evo convert waja

aku tengok taste orang malaysia modified kereta rendahlah. pemilihan warna yang bersifat kampung. ei. jarang jumpa yang kena dengan mata, tapi mujur ada juga