April 10, 2011

Peliks

Babi.

Binatang yang di lihat sebagai paling keji dalam seorang diri tipikal Melayu beragama Islam. Di pergunakan dalam istilah mengeji. Hari-hari boleh di lihat perkataan babi itu di gunakan dalam perbualan masyarakat. Untuk nampak lebih sopan sekalipun, ia di gantikan dengan perkataan khinzir.

Yang peliknya, tahu bercakap 'babi'. Tapi, bila binatang babi itu datang dekat. Majoriti orang Islam di Malaysia (yang sebelum ini mengeji dengan perkataan babi) bertempiaran macam nampak hantu. Apatah lagi bila melihat orang lain yang Melayu beragama Islam memegang babi atau menyentuh babi. Lantas di jadikan isu gempar, dengan penafsiran sesiapa yang menyentuh babi, maka seolah iman dan takwa seseorang itu rendah dan terpesong.

Daging babi adalah suatu objek yang ramai orang berwaspada, takut dan berhati-hati. Apatah lagi bila terbau daging babi yang di masak, seperti daging babi salai di kedai Ah Kaw sewaktu perayaan tahun baru Cina, masing-masing akan menutup hidung dengan harapan tindakan itu dapat mengelak bau yang meloyakan ataupun tak mahu bau babi itu masuk ke dalam tubuh badan. Ini kerana, segala apa yang berkait dengan babi itu menurut syariah Islamiyah, adalah haram. Katanya laa.

Pernah lihat lori yang membawa babi memotong kenderaan anda sewaktu anda memandu di waktu malam dengan tingkap terbuka? Jangan hairan jika ada antara kita bila berhadapan dengan situasi itu, balik rumah terus mandi wajib. Bersenggama dengan babi? Simpang~~

Bagaimana dengan perangai seperti babi? Adakah kerana sawan babi? Seperti ekspresi kebabian yang melanda diri? Perangai seperti babi adalah perangai yang suka menyusahkan orang lain. Ya, seperti babi. Kerap-kali meyusahkan penternaknya kerana suka berak merata-rata tanpa ada kesedaran sivik mengkambus tahi yang di istinjakkan. Tak bolehkah di contohi perangai kucing? Sudah berak tahu kambus dengan sendiri. Gila babi betul kalian ini.

Anjing

Hampir sama dengan babi. Binatang ini cumanya jarang di buat sebagai daging makanan. Kalau ada pun, hanya tertakluk pada orang Vietnam yang terdesak. Anjing secara am-nya lebih banyak di lihat pada tempat awam berbanding babi yang memerlukan kandang khas. Ini kerana, anjing merupakan binatang belaan yang jinak seperti kucing.

Seseorang Melayu yang beragama Islam apabila di lihat menyentuh anjing, turut juga akan di tafsir sebagai rendah iman dan terpesong takwanya. Katanya laa. Ini kerana anjing adalah binatang yang haram di bela di dalam rumah kerana di katakan malaikat tak akan masuk dalam rumah yang membela anjing.

Pada pemerhatian yang di jalankan, lebih 90% orang Melayu beragama Islam akan mengelak dari mendekati anjing. Bagi mereka anjing adalah haiwan yang sangat jijik, kotor, tempang, tak mandi, liar, suka gigit manusia, kawan kamceng hantu sebab boleh tengok hantu, bising suka menyalak dan mengejar manusia secara tak pasal-pasal.

Tanggapan ini menyebabkan ramai juga gadis Melayu beragama Islam seringkali melarikan diri dari anjing. Walaupun ada anjing yang comel dan jinak. Menyentuhnya? Jangan harap. Leceh mungkin untuk menyamak. Mungkin tidak yakin hilang bau, warna dan rasa, atau negara ini sebenarnya tiada tanah untuk di jadikan air tanah sebagai elemen penyamakkan? Mungkin hal seperti penyamakkan ini boleh di bincangkan lebih mendalam oleh Jabatan Agama Perak berbanding hal poco-poco. Kerana di lihat kaedah samakkan nampak gayanya tercabar dengan kehadiran sabun basuh. Persoalannya, apakah jika kita berada di kapal persiaran, kita memegang anjing. Dengan tanah mana anda hendak kita cuci jika di tengah laut? Jadi, bolehkah sabun di jadikan pengganti tanah sebagai elemen penyamakkan asalkan hilang bau, warna dan rasa?

Perangai seperti anjing melibatkan beberapa dwi-sistem yang berlaku dalam masyarakat. Seseorang yang terlalu  jinak menurut kata tanpa usul periksa juga boleh di gelar berperangai anjing. Dan seseorang yang terlalu menjengkelkan juga boleh di gelar berperangai anjing. Ya lah, kadang-kadang anjing suka tiba-tiba datang jilat sana-sini macam setahun tak berjumpa. Padahal duduk depan rumah. Menjengkelkan anjing ini. Padan lah dengan berperangai hanjingg!


"Bodoh, babi, setan, anjing punya orang masuk simpang tak bagi signal!"

Tudyaaaaaaa. Tak kasi cannn!

p/s : Aku search gambar lelaki pegang babi. 
Cuma ada satu. Gambar perempuan pegang babi, banyakkk. Apasal?
p/s : Pegang babi dan anjing, rasa takut sebab haram.
Tapi, pegang perempuan? Seronokkk pula! Haihh.

51 ulasan:

HARYANI berkata...

hmm betul ke boleh samak dengan sabun? konfius sebab ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.

erysweetie berkata...

yezza...suke entry ni...

aku suke je tgk anjing2 yang comel.. cume tak pegang sbb leceh nak kene samak...

mereka tak bersalah, free je dapat nama sumpah seranah orang.

Republic Aku berkata...

Jadi, bolehkah sabun di jadikan pengganti tanah sebagai elemen penyamakkan asalkan hilang bau, warna dan rasa?

Sesuatu yang harus difikirkan oleh orang-orang majlis agama.

intan.maisarah berkata...

bolehkan sabun pengganti tanah?

tu dia makian..
tepat dan padat!

sherah berkata...

aku tataw la ni perasaan aku atau apa.nampaknye orang kaya melayu ramai yg bela anjing sebagai haiwan peliharaan dia. mcm takde binatang lain.and ini bukan untuk protection tapi bela sematamata

Sogeking Kun berkata...

babi/anjing, tak haram dipegang tapi wajib disamak. bukan muhrim, haram dipegang tapi tak payah nak samak. so, biar haram jangan susahkan diri. hahaha. butoh!

AlexiaAqram berkata...

@haryani

itu yang sedang kita bincang sekarang. bolehkah? bagi pendapat peribadi aku. boleh dengan syarat-syarat tertentu.

@ery

haha! betul.

@republic

itu yang patut para mufti hebahkan. bukan poco-poco.

@intan

kita tunggu dan lihat. hehe!

@sherah

aku perasan. namun, kita tak tahu niat yang jelas lagi apa sebab mereka membelanya.

AlexiaAqram berkata...

sogeking.

kau dapat tangkap maksud tersirat entri ini. tahniah!

kenapa kan pegang perempuan tak perlu di samak?

! Nurida Ardy berkata...

jika ada Hukum lelaki pegang pempuan dan pempuan pegang lelaki kena samak..macam mana la yer..mesti takde kes buang bayi segala...@_@*

cikshahida berkata...

nice, mintak share ye =)

HARYANI berkata...

mak aku kata, kalau bela anjing, malaikat tak masuk rumah. ntah lah..

myMOONyet ♥ JGS oppa :P berkata...

tak suka anjing biarpun comel mcmne pun sebab dulu pernah kena kejar dek anjing T_T

Eris Eins berkata...

mcm kenal quote yg bawah skali tu.

hik.

Stereo Mouth berkata...

nice one bro....

pasal samak kat tengah2 laut tuh.. skarang dah ade sabun yang dibuat dari tanah. so boleh samak anywhere anytime... cube la look it up..

drkcrmsn berkata...

best nya dapat pegang babi! hahaha! lebih baik pegang babi dr pegang bukan muhrim yang berlainan jantina.

Cha Gloxinia berkata...

Saya ada seorang kawan baru berbangsa cina. dia bagitahu saya :

" kenapa orang melayu benci sgt pada anjing? mereka tak bersalah, jiran melayu saya marah2 saya apabila anjing saya berak di depan pagar rumahnya.anjing saya mmg jenis tidak suka berak di rumahnya. Masa itu saya tertidur saya tidak sempat nak menguruskan anjing saya"


Saya pun menjelaskan dalam agama Islam, orang Islam tak boleh pegang anjing & babi kalau tangan basah. Tapi Islam tak berlaku zalim pada haiwan tersebut.

Tapi sikap orang melayu yang marah2 bila anjing berak depan pagar rumah tuh macam tak kena pada tempatnya. APa salahnya kalau cuci je taik anjing tuh ikut cara Islam. Ni tidak, nak marah2. lagi lah orang bukan Islam anggap Islam ni menyusahkan umatnya,


Sekian

free compass berkata...

perlu juga samak lepas pegang-pengangan dengan awek sebab pegang awek harom. tapi apakah jenis medium untuk membasuh tidak pula kita pernah ketahui.

@cha glozina
tak kira sapa2 pun cina ka, india ka, org newzealand sekali pun kalau anjing jiran berak depan rumah depa, depa pun marah jugak.

RIAN berkata...

tak faham la kenapa perempuan tu nak pegang babi ? ada kepentingan ke ?

Kentang_ berkata...

pompuan tu pegang babi sebab dia blajar veterina iaitu dokter haiwan.

mane boleh ganti samak dengan sabun. zaman nabi dulu ada je daun herba ke ape tp kenapa mesti dengan tanah, sebab ianya kena dgn tanah.

sabun dari tanah? sabun dari tanah dgn tanah berbeza. sila bukak kamus balek.

apa-apa pon Allah ciptakan anjing dan babi. So, tak perlula nak diskriminasi sgt dgn haiwan ni.

bila aku ckp korang hodoh korang marah pastu ckp ni suma ciptaan tuhan ko kata hodoh. so, korang pon xsuka didiskriminasi so, jgn diskriminasi.

well, kalau pegang awek bole membawa kpd mandi wajib utk menyucikannya.. hahaha

y-A-n-A berkata...

macam2 hal lh. benda tu remeh je kot, boleh samak lg tp org buat macam gempak jek.

Naqib Mohamad berkata...

maksud tersirat ditulis dengan huruf kecil. memang tersirat betul lah . hahahaa

Pijahh' de-Arr berkata...

terbaikk..~boboiboy

haha,kalu kita sbut babi anjing perlu samak tak.?.=)

Tanpa Nama berkata...

pak cik aqram, nak alamat emel bleh x? nak hantar surat layang..hehe..

MATAHARI berkata...

terbaikkkk!..



berhenti pegang-pegang.

AlexiaAqram berkata...

so kesimpulannya.

kita yang lelaki kalau dengan perempuan kita tak takut. maka, tak perlu lah terlalu takut dengan babi dan anjing.

sama macam perempuan. dengan lelaki ampa tak takut, cakap pasal hak sama rata. tapi dengan babi anjng, ampa takut. pelik.

anyway, bab samak ni. perlu ada perluasan hujah dan fakta yang jelas. kena carilah.

Mutiara Bernilai berkata...

*senyum*

pegang babi dan anjing tak berdosa.
hanya perlukan samak.

pegang bukan muhrim tu berdosa.
perlukan taubat,

seperti biasa, hal2 ini sentiasa mendapat prioriti sensitiviti yang tak sama rata.

ishiko berkata...

tuu.. mety bakal doktor haiwan tu...
*setuju dgn MutiaraBernilai ckp tu..

sya berkata...

ada. boleh pakai sabun... sabun tu diaduk khas dengan komposisi tanah khas untuk samak.. sabun tanah liat.so senang la, x pyh nak g korek2 tanah nak samak bila pegang anjing or babi, beli je sabun tu ada jual kat kedai. errr.. tp x pasti jenama apa. search la ye. :)

afrohead berkata...

sama juga macam minum arak, lepas tonggang kenapa tak teguk air tanah lepas tu? kasi suci balik dalam badan? keh keh keh

Sca Ndx berkata...

ok aku dah faham.heheh

woot woot berkata...

jangan pegang pegang boleh pandang pandang

LOL dah kalau tak kahwen tu mane boleh pandang2 jugak ~.~


mereka beranggapan pakwe2 mereka lebih mulia dari anjinng,padahal ? tetttttttttt

tumpang lalu berkata...

pgg babi lbeh baik dripada pgang perempuan. sebab pegang babi tak berdosa. juz kena samak. sebab babi tu najis berat. tp kalau pegang kekasih yg bkn muhrim, macammana kita nak samak? dosa tetap dosa. hehe. fikir2kan.

kata kila berkata...

kekekekee. makian yang tepat lagi jitu

Fahmi Mahat berkata...

teringat dulu student ni disensasikan dalam tiap akhbar , picisan mahupun utama.

tapi ramai yang terlepas pandang isu yang AlexiaAqram bawakan ni.

Mereka still makhluk Allah juga.

sentuh wajib samak, tapi bukan haram sentuhnya.

Even ada pendapat yang mengatakan anjing itu haram disentuh sebab diqiaskan dengan babi .

Terimakasih untuk entri nih. sangat bagus, membuka mata, macam bese lah =)

Jom dengar perli media baiiik punya plak~ =)

malas login berkata...

haaaaa??

Mat berkata...

bahan2. bantai la lu.

Mainur Hasnah berkata...

1.laki dengan perempuan tak jaga batas, bukan takat samak.. mandi wajib jangan lupa ...
2. sebab perempuan suka pegang2 binatang kot and suka bergambar.. laki peduli apa nak posing dengan binatang..
3. tak suka bila orang duk kutuk babi ke anjing sebab tu makhluk tuhan dan dicipta lagu tu.. cuma sebab kalau pegang kena samak dan haram di makan dah binatang tu jadi bahan cacian.

zt-zati berkata...

siyesly aku xsngka ko nk bwk isu ni..
gud la, mb leh bkk mata rmai pihak pas ni..
coz org skrg pndang babi n anjing tu hina sgt..
pdahal kne samak je kot..

~yg dok b'kepit, pgg sna-sni ngn pkwe boleh plak..
pdahal lom kawen pn lg..

zt-zati berkata...

eh,eh..
aku perasan yg muka pompan tu sme la..
:p

Tanpa Nama berkata...

pak cik aqram, nak emel..

kira kekuri berkata...

cehh..pempuan suka sangat pegang babi..bukannya comel pon,sabo je lah =.=' x berfikir la org2 islam yg pgg bbi nih

catherine- berkata...

err...aku mcm pernah baca n nampak dlm internet ni pasal sabun utk samak. apentah nama dia...
serius ada tapi heran,kenapa x dikomersial kan?`

Kentang_ berkata...

well, zaman skrg ni mcm2.. bank pon boleh ada islamic banking.. isu sabun tanah ni pon aku rasa isu cam islamic banking gak..

sape ckp boleh samak guna sabun tanah? bak datang kat aku ustaz tu.

aku ade dgr cte yg mula-mula aku tak nk share takot benda ni tak betol. betol or tak tu tak penting cuma aku nk sampaikn mane ada sabun boleh guna untuk sertu(sucikan najis muhallazah). ada saintis germen buat kajian ttg cacing pita or ape tah yang penting cacing ni ade dalam babi dan org yang makan babi.

cacing ni kalau dibakar pon hidup lagi, korang potong pon hidup lagi rendam pon hidop lagi. maknenye ko masak daging babi pon still ade cacing tu, ko rebus ke, or ko rendam dalam air sabun yg dibuat dari tanah tu ke takkk mati.

satu hari tu hujan, dalam pada saintis tu keluar, cacing ni jatuh kat tanah. tengok-tengok mati pulak.

betol atau tak cerita ni aku nk cakap, setiap yg Allah suruh ada hikmahnye, so, adala hikmah kenapa perlu sucikan diri dengan tanah. bila guna sabun tanah bukan jadi air tanah, jadi air sabun, tak pon kuar buih sabun. tak kirala camne pon tapi takkan jadi air tanah.

tanah nak buat air tanah pon ada standard (jenis-jenis or ciri-ciri tanah tersebot) untuk bersuci, inikan pula terus bukan air tanah.

orang berniaga memang sume cakap boleh, orang nak buat bank pon boleh ckp oh.. ni islamic banking.

ape yang aku nk sampaikan, ade otak berfikir, bukan percaya je. sekian.


*samak sebenarnye istilah utk suci dari najis muhafafa dan mutawasitah.

Kentang_ berkata...

kira kekuri: ko tu lagi bodoh. ko tgk pixa tu patot boleh taw dia tu Dokter Veterina. Tengah study. Asal plak orang Islam pegang babi tu bodoh? Orang Islam yang pegang yg ko nampak tu study pasal haiwan, maybe 1 hari nnt dia boleh huraikn sebab knp Islam haramkan makan babi or kenapa kena bersuci dengan air tanah.

Tanpa Nama berkata...

nak mel pak cik aqram =)

Aku Ibu Muda berkata...

owhhh..i know tis gurl! kalau tak silap...doktor veterinar dah skang ni :)

My Name is Mar berkata...

Like this entry!!
Ketawa terbahak-bahak baca:)
Suatu perkara yang diolah dengan sangat baik!
Thumbs up for U!

cloud9 berkata...

na pgg babi or anjing bia bsebab laa. lps da pgg pon samak laa kn :)

mis berkata...

"pegang babi dan anjing rasa takut sebab haram....tapi pegang perempuan, seronok pula" hahahahaha!

Queque berkata...

Ah, aku, kalo Islam x haramkan pgg anjing skali pn, aku mmg xsuke anjing...anjing asek meleleh air liur n bermuke ganas! kucing lg comel, manje n pembersih belake.. ahahah~

Kalau org Islam boleh mkn babi skali pun, aku xphm ape yg sdp sgt dgg babi tu...mkn ayam ngn lembu pn best pa!

Hani El Zahra berkata...

Love this entry!

Pegang anjing / babi bersebab atau tak bersebab tak berdosa pun...Org kita ja yg kuat bersentimen & prejudis...I blamed those people zaman dolu2 yg suka suki kata anjing haram bla bla bla tanpa penjelasan yg lebih mendalam tentang hal ini.

Yes, anjing memang haram, haram dimakan! Bukan haram dipegang, diberi makan, dirawat, atau dibela (utk tujuan berburu, menjaga rumah/kebun/ternakan) dgn syarat tidak boleh diletakkan di dalam rumah (ruang tamu, bilik,dapur) & boleh diletakkan di luar rumah/halaman/car porch.

Tentang sabun yg boleh digunakan utk tujuan samak (e.g. sabun Taharah)boleh digunakan utk tujuan samak kerana komposisi tanah melebihi bahan2 lain dlm sabun tersebut. Contoh: kandungan sabun adalah 80% tanah & 20% bahan2 lain.

Tentang pandangan masyarakat, itu memang susah. Sebabnya kebencian terhadap anjing/babi ni sudah berakar umbi dalam otak & hati org kita yg masih berfikiran jumud. Sudahlah jumud, pemalas utk gali ilmu pulak. Yg merek tahu, menjatuhkan hukum tanpa ilmu & berlagak kononnya mereka lebih pandai & hebat bila bab menjatuhkan hukum ke atas anjing & babi.