April 17, 2011

Penaakulan Aku Pada Malaysia Akan Datang : Siri 1


1. Pilihanraya Umum ke -13. BN menang, tapi tidak mendapat majoriti 2/3 dan majoriti mudah.

2. Kerajaan campuran akan di bentuk.

3. Pergolakkan negara akibat ketidakserasian kerajaan campuran. Demonstrasi penyokong kerajaan dan pembangkang meletus sehingga berlaku pertempuran. Pertempuran kaum mungkin berlaku. Keadaan politik tidak stabil.

4. Negara dalam keadaan kucar-kacir fasa satu.

5. Tentera yang taat setia kepada Raja mengambil alih pemerintahan setelah resolusi darurat di jalankan. Setelah MAGERAN sendiri di tentang kerana tidak berfungsi sepenuhnya.

6. Tentera memerintah untuk satu tempoh sebelum pilihanraya baru di adakan.

7. Pilihanraya baru menyaksikan tiada keputusan 2/3 dan majoriti mudah di capai. Masih lagi membentuk kerajaan campuran. Kestabilan politik masih tidak dapat di capai. Berlaku kembali rusuhan.

8. Tentera mengambil alih sekali lagi. Memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Hasilnya, demokrasi berparlimen di runtuhkan. MONARKI di tubuhkan.

9. Monarki di laksanakan. Raja-Raja Melayu bergilir-gilir memerintah. Pada awalnya, di terima baik oleh semua pihak kerana kredibiliti Raja terawal di kagumi.

10. Sampai kepada beberapa Raja yang tidak di sukai memerintah. Kestabilan politik kembali tergugat kerana tiada kredibiliti pada Raja yang memerintah. Semangat asabiyah negeri berleluasa. 

11. Kucar-kacir fasa kedua berlaku. Penentangan rakyat terhadap sistem monarki dan kelemahan Raja-Raja Melayu memerintah.

12. Monarki di tumbangkan. Kuasa tentera tergugat. Hasilnya, tentera merakyat-kan formasi tentera. Bukan untuk taat kepada raja, tapi untuk melindungi kestabilan rakyat.

13. Kesedaran rakyat kepada kepentingan kestabilan politik timbul. Kesedaran rakyat terhadap golongan intelektual dan ulamak memimpin pemerintahan negara mula memuncak. Rakyat menolak pemimpin yang berkiblatkan permainan politik dan salah laku diri.

14. Malaysia beralih kepada sistem republik. Republik Malaysia di bentuk. Presiden dipilih dari golongan intelektual-cendekiawan Islam. Menentukan hala republik dengan memilih islam sebagai dasar republik.

15. Republik Islam Malaysia terhasil. Menuju ke arah meluaskan empayar Republik Islam Malaysia.

tamat.

p/s : Ketika Republik Islam Malaysia di wujudkan, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Lim Kit Siang mungkin dah takde. KJ mungkin dah tua. Presiden Republik Islam Malaysia mungkin dari kalangan 'baya-baya' kita sekarang.

20 ulasan:

Hasrol Nizam berkata...

tapi "baya-baya" kita ni sekrang asyik cakap-aku tak minat benda-benda macam ni.

Topek berkata...

wow, meramal masa depan? menaakul. hebat. berdasarkan ape ko taakul ni?

teruskan mengupdate! jangan berhenti kalau boleh. peace

karl berkata...

republik Islam tu hampir mustahil - sebab Islam di Malaysia sekarang 60%, mungkin berkurang kpd 50% lagi bila ramai lg yg murtad. kalau setakat bertukar pada republik ada kemungkinan la

MATAHARI berkata...

moga yang 'baya-baya' kita kian bercambah para pemikir dan penggerak, kerana kebanyakan 'baya-baya' kita terlalu selesa dalam cengkerangnya.

Republic Aku berkata...

cantik tu... tapi mula-mula kena bom roket dahulu kasi hancur baru boleh cerita...kalau tidak lu boleh jadi itu DSAI...cerita tak habis2...dah dekat hujung nyawa...begitu juga la...

Naqib Mohamad berkata...

baya-baya kita yang di mulut sekarang cakap tak minat dia akan termakan kata-kata sendiri macam 'seriously aku tak akan merokok'

airaniez wirdani berkata...

Malaysia ni kebanyakan yang memerintah akan jaga kroni atau keturunan masing2.Harta rakyat banyak lagi ni.Kroni takleh hidup susah.kena jaga.huhu

eszol raar berkata...

taakulan kau ni aku prefer sgt sgt

btw,bg aku nama lagu n artist kau ni

SamuraiGila berkata...

Salam singgah

Republik Islam Malaysia
Sedap nama tu
Terutama yg ISLAM tu.

Tapi takkan jiran2 kita nak biarkan je.
Indonesia
Singapura

Lagi teruk,Amerika :\

free compass berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
free compass berkata...

mintak2 dunia tak kiamat esok hari kalau tak semua ni tak boleh jadi.

Johan "Champ" Radzi berkata...

Kita perlukan lagi seorang Nasrallah Aqram

Seorang lelaki yang bisa memimpin.

isaac ismael berkata...

aku nampak...
apa yang kau nampak..
ahahaha

AlexiaAqram berkata...

@hasrol nizam

semua itu akan berubah apabila siri dua penaakulan.

@topek

tak pasti, ini semua entri yang di simpan lama. akan di habiskan keluar sebelum berhenti.

@karl

mungkin. namun jika kesedaran islam sewaktu fasa dua berlaku. ia tidak mustahil. kerana kesusahan pada fasa satu, memberi tamparan kepada rakyat.

@matahari

insyallah. semua bermula dari kita.

@airanuz

lemparkan saja kroni2 tersebut ke dalam sungai klang.

@eszol

daft-punk. album tron legacy.

@samurai gila

akan di terangkan dalam siri 2.

@free compas

kiamat itu akan terjadi bila ada tanda-tanda kiamat.

@johan

aku bukan orangnya.

@isaac

kau nampak? bagus.

fiQ berkata...

xdinafikan entry ni ade logiknye..nk harap UG msia mcm UG UK? xdpt la beb..prangai n mentaliti menteri2 msia kdg2 lg trok dr bdk skolah..xcaye tgk la live dari parlimen..PR n BN same je.tp politik msia amat memerlukan reformasi supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka bkn mereka shj yg bole memerintah dan politik kotor bkn sesuatu yang digemari rakyat. rakyat tak bodoh. kebebasan bersuara adlh hak semua org. tiada lagi istilah 'media kerajaan' dan 'media pembangkang'. semuanya harus adil dan telus.

golongan muda sekarang harus bijak untuk menilai..harus terbuka untuk menerima pendapat dan kritikan. hny dgn cara itu, kite akan dpt menentukan siapa betol dan siapa pengkencing.

-tiada yg sempurna-

one way~ berkata...

yeah...harap menjadi realiti~

Tanpa Nama berkata...

heheh..'republik islam m'sia'
mimpi ngeri SINGA-land..

Kentang_ berkata...

Dah macam karangan cereka pulak, tak pon cerita dongeng rakyat.

Apa-apa pon kerana masa itu masih belum berlaku, maka apa-apa pon mungkin terjadi.

ms.chicarito berkata...

yeah. aku sokong kalo kau masuk bertanding jd pemimpin.

Matjoe berkata...

justin bibir masuk islam dan jadi pemimpin malaysia