April 18, 2011

Penaakulan Aku Pada Malaysia Akan Datang : Siri 2


1. Ketidakstabilan politik pada fasa satu sehingga menyebabkan perubahan kepada monarki telah memberi kesan langsung kepada hubungan Malaysia dengan negara jiran tetangga.

2. Singapura dan Malaysia tidak mungkin sekali akan berperang kerana kedua-dua negara ini adalah datang dari proksi Barat. Negara komanwel sukar sekali akan berperang sesama sendiri.  Walaupun doktrin Singapura berbentuk Zionisme. Apatah lagi kedua-dua negara saling bergantung keperluan ekonomi. Hanya media dan agenda sulit kerajaan saja yang membesar-besarkan permusuhan Malaysia-Singapura. Ia hanya untuk mengaburi rakyat terhadap perkara yang sebenar.

3. Jika diteliti, permusuhan Malaysia dan Singapura bukan lah sebab ingin berperang, tetapi kerana Malaysia kurang berpuas hati dengan tindak-tanduk Singapura yang suka melaga-lagakan Malaysia dengan negara serumpun, Indonesia. Itulah contoh doktrin Zionis. Melaga-lagakan negara lain untuk survive di tengah-tengah.

4. Peperangan melibatkan Malaysia hanya akan meletus apabila Indonesia, sebuah negara berproksikan sosialisma menyerang Malaysia kerana melihat potensi bahaya Malaysia dan kelemahan kestabilan politik di Malaysia. Di katakan juga peperangan berlaku kerana isu perebutan kawasan emas hitam.

5. Sebab sulit mengapa Indonesia akan menyerang Malaysia? Salah satu sebabnya ialah perangkap yang di kenakan oleh proksi Barat/Zionis bagi menjatuhkan Indonesia. Merebut kekayaan petroleum Indonesia, tanah-tanahnya dan paling penting, sebagai simbol menjatuhkan negara Islam teramai di dunia.

6. Bagi barat, dalam melemahkan pengembangan Islam, kubu kuat Islam itu sendiri perlu di pecahkan. Agar ia menjadi satu tanda peringatan atau psikologi berbalik yang melemahkan semangat negara Islam yang lain terutama di Timur Tengah. Hilangnya negara Islam teramai, maka hilanglah kekuatan Islam secara tersiratnya. Itu permainan barat.

7. Maka, Malaysia akan berperang dengan Indonesia. Sejak lama dahulu, hanya Indonesia saja yang berkonfratasi secara ketenteraan dengan Malaysia. Singapura? Tidak pernah.

8. Perang Malaysia-Indonesia di fasa Malaysia berada dalam monarki telah menyebabkan campurtangan UK atas perjanjian pertahanan lima negara. Bermakna, Indonesia akan menghadapi 5 negara dalam peperangan tersebut. Malaysia, Singapura, UK, Australia dan New Zealand. Kemungkinan, US juga akan melibatkan diri.

9. Indonesia tersepit di tengah-tengah. Dan kalah dalam peperangan. Mereka kehilangan Sumatera, Sulawesi, Riau, dan sebahagian Borneo. Peperangan maritim ini merupakan suatu peperangan paling hebat dalam sejarah peperangan dunia. Kuasa armada laut dan udara pakatan 5 negara menyebabkan Indonesia hanya mampu mengekalkan Jawa sebagai tanah yang tinggal.

10. Hasil dari peperangan tersebut, kekayaan dan tanah Indonesia yang di takluk telah di bahagi sama-rata antara kelima-lima negara pakatan. Peta dunia berubah. Malaysia sekurang-kurangnya memiliki sebahagian Sumatera dan Kalimantan. 

11. Perubahan geo-politik Malaysia ini yang telah menyebabkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap negara berubah. Ia seperti satu perubahan dramatik untuk melihat Malaysia pergi lebih jauh tanpa monarki. 

12. Hal ini yang menyebabkan situasi politik Malaysia kembali kucar-kacir di fasa kedua. Fasa perubahan dari monarki kepada republik. Ia terjadi kerana keinginan rakyat Malaysia sendiri yang mendapat satu petunjuk selepas menang dalam peperangan.

13. Peperangan mengubah segalanya. Peperangan adalah keperluan mengubah mentaliti manusia.

tamat.

p/s : Sewaktu perang ini berlaku, ramai antara kita yang terkorban. Ia memberi petunjuk kepada 'baya-baya' kita tentang pentingnya kestabilan politik. Jangan risau, Karpal Singh, Mahathir, Lim Guan Eng dan Taib Mahmud mungkin sudah tiada.

18 ulasan:

Pijahh' de-Arr berkata...

the future history

Tanpa Nama berkata...

entry mcm novel Tom Clancy.nice.

todt.. berkata...

As Salam,
Seronok browsing setiap entry tapi kesoronokan berdabel bilamana baca entry bab tudung & fesyen tuh yakni itulah pemanggil utama saya berada di sini while blogwalking td..tergamam dan tersedak tatkala mbc apabila sinaran radioaktif tuh terbias (sp mkn cili dia rs pedas kan) hahaha
kalu ada button follow msti sy dh tekan tp apakan daya tuan tnh kedaun mengambil sikap bijak utk tdk terguda dgn kepopularitian walau sbnrnya saya amat yakin mmg blog ni femes emes, sy jek yg lmbt nek train smp ke sini..
sronok berada di sini!

cikpia berkata...

jap aku nak kaji balik fakta 5-11.....

IQBAL ZARIN berkata...

ini membuka minda. tapi kalau masin mulut kau, aku harap aku tak berada pada zaman tu.

Mat berkata...

kiamat?

Johan "Champ" Radzi berkata...

Peperangan hanyalah satu contoh. Kita tak semestinya perlu sebarkan "Sakit" agar mentaliti manusia berubah bukan?

free compass berkata...

14) sebuah kapal Alien dengan code nama 'MOTHERSHIP ZETA' berlabuh di atas ruang udara kampung cangkat larang. sekumpulan anak muda disedut ke atas kapal tersebut untuk dilatih menjadi pemimpin di planet lain. pada tahun 3011 masihi, anak2 muda ini pulang ke bumi untuk memimpin dunia yang entah apa-apa namun semuanya sudah terlambat kerana Ayah Pin (dajjal) telah pun memerintah dunia.

-gurau je. apa yang kamu tulis semua memang boleh jadi.

SamuraiGila berkata...

Siri ke-3 nanti ada tak?

Mehmed Nouri berkata...

wah wah..boleh kah?? ahakss..

Nobita Sensei berkata...

taim ni mungkin gua tengah bawak kapal selam KD Bik Mama.

Skipper Johnny berkata...

analisis yg sempoi bro....espc kt cni "Maka, Malaysia akan berperang dengan Indonesia. Sejak lama dahulu, hanya Indonesia saja yang berkonfratasi secara ketenteraan dengan Malaysia. Singapura? Tidak pernah."

mmg benar....itulah keja depa nak melagakan kita sesama rumpun seagama di rantau ini....pon begitu peperangan ini bukan benda main2 mcm men paintball...yg menang jadi arang yang kalah jadik abu...

AlexiaAqram berkata...

KD Bik Mama?


HAHAHAHAHH!

Skipper Johnny berkata...

KD Altantuya laaaaaaaaaaaaaaa..

MATAHARI berkata...

peperangan efeknya lagi meresap dalam mengubah mentaliti, kerana askar-askar turut dilatih dengan cara "SAKIT" dalam menjadikan mereka pagar negara.

Hahazirah berkata...

sejarah mse dpn, bakal, atau x mgkin terjadi..

Johan "Champ" Radzi berkata...

@matahari

"SAKIT" itu sendiri adalah ubat tentunya. Seperti Nietzche katakan, "SAKIT" dan "NIKMAT" itu satu hal yang datang bersama.

Mohd Baharuddin Amri berkata...

lagi baik kalau d whole line of politicians arini dh takde mase tu.bersih punya malaysia..
then only we can hv a holistic reform.

weh since u hv projected these events,allow my indulgence to add some more.

since monarchy is now abolished (for fear of ISA,mind u "i hope this wont happen"),states r led by governors.might be d same as the current YDPN concept,but with addition of executive privileges,like the ones in US,perhaps.so MB takde,n d mase depan org address ketua negeri sbg Nazir Jimaluddin, Gabenor Peghok yang sah.actually,i want to use Chairman,but sounds too communistic lol.

if this is to happen,i wanna be in d pedestal!who knows i might end up being a governor of state..
hahahahahaha