April 11, 2011

Tahniah


Dulu semasa kewujudan Puduraya dan Bukit Jalil. Sampai-sampai kat sana, benda first yang kita kena hadapi ialah ;

"Bang, nak kemana? Penang? JB? Bas ada sekarang. Kita tengok dulu lah, bla bla bla, mai-mai. Mari sini lah, bla bla bla bla"

Tertekan gilaaa aku dengan suasana macam tu!

Sekarang dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ;

"Selamat datang ke Terminal Bersepadu Selatan. Jika encik mahu ke surau, encik lalu eskelator sana, dan belok kiri. Untuk cari food-court, di tingkat empat. Tiket Transnasional boleh di beli di kaunter Transnasional di sebelah kanan sana. Terima kasih"

Amboiii. Macam tak percaya rupanya ada masyarakat Malaysia ini yang masih berbudi bahasa. Kagum aku.

Aku mengucapkan tahniah kepada usaha KERAjaan kerana berjaya memperbaharui sistem pengangkutan bas awam menjadi lebih mesra dan professional. Yang paling penting, sewaktu zaman Puduraya dahulu, rasa menjengkelkan pada kehadiran ratusan pendatang asing (tanpa permit) memang menyebabkan aku rasa tidak selamat. Rasa macam bukan dalam negara sendiri. Apatah lagi memang di perhatikan, sewaktu zaman Puduraya, jenayah kerap berlaku di kawasan sekitar itu. Bukit Jalil? Oh lagilah, memang tak selesa kerana panas.

Ah, masih ingat lagi dengan pengalaman buruk ketika makan di KFC berhadapan Puduraya. KFC tersebut boleh banjir. Lahanat betul tak pasal-pasal kena halau. Juga pengalaman di dekati mat-mat rempit yang bekerja sambilan sebagai promoter Celcom. "Nah, saya bagi free sim-card pada abang". Ceh, lepas tu kena beli top-up juga. Bidaah betul pesen meniaga taktik ilusi sebegini.

Juga pengalaman tidak mendapat tiket bas kerana bas di Bukit Jalil sewaktu itu habis di beli oleh warga asing terutama mat-minah Indon, Vietnam, Nepal dn Bangla yang baru selesai berkampung di Kuala Lumpur sewaktu cuti Tahun Baru Cina. Tuhan saja yang tahu betapa seksanya bersesak bagai sardin semasa hendak membeli tiket bas.

Sekarang dengan TBS? Rasa dah macam kat airport. Aku kagum. Siap ada boarding pass. Polis pulak tu yang jaga boarding pass. Beli tiket pun tanpa risau sebab sistem yang lebih mesra pelanggan untuk kita memilih bas bukan dengan paksaan dan kelam-kabut. Pembelian dengan menggunakan MyKad. Jadi, ia mengurangkan human traffic, khas kepada warga asing yang berstatus pendatang haram. Tahukah kamu, jika kamu lewat ke gate (balai perlepasan bas), nama kamu akan di panggil berkali-kali untuk segera menaiki bas. Satu bangunan dengar, haha! Paling aku suka, duduk menunggu di gate-gate perlepasan tanpa perlu risau beg ditinggalkan seketika kerana yakin tiada kecurian. Wow wow wow! Tiga kali wow aku itu menunjukkan ;

AlexiaAqram like this!


p/s : Tapi kenapa ada sesetengah bas yang 
masih tak mahu menurunkan penumpang di TBS ya? 
Ke Bukit Jalil jugak yang depa berhenti. Macam haram.

30 ulasan:

AISHA INANI berkata...

oh yeah?
dah cun eh?
aku belom smp lagi.
ouh nak balik, nak balik!

zt-zati berkata...

owh..
aku xb'kesempatan lg nk gi terminal BTS ni..
t'ingn nk gi sbb rmai ckp mmg bes, ase slamat, and like airport..

~tbe2, t'ingt plak pngalaman aku kat pudu dulu..
sme gile mcm pe yg ko cite..

PointBlankShot berkata...

yup.

memang masalah - selalu sangat kena pegi bukit jalil, jauh bai.

last-last gua suh driver bas tu drop gua kat plaza tol jalan duta tu, suruh member datang ambik hahahha

Mutiara Bernilai berkata...

ha..
part TBS ni memang mutiara stuju sgt2 la..

naik mase akhir bulan 3 ritu..mmg sistem mcm airport..rs mcm btul2 kondusif dan pengurusan yg profesional (so far la..nanti2 x tau)..

pekerja2 pun mesra rakyat..
kwasan x sesak.
macam airport la..nak berlepas, kena trun bawah..

ahah..mmg best, juz bas tetap bas yg same..

Sca Ndx berkata...

kalau kat pudu. semua org nak tny pergi mana.
dari masuk pintu smpai jumpa kaunter.

kdg2 menyenangkan
kdg2 rasa jengkel.

TBS aku tak pernah jejak lagi.
hehe

Si BungaPopI berkata...

"p/s : Tapi kenapa ada sesetengah bas yang
masih tak mahu menurunkan penumpang di TBS ya?
Ke Bukit Jalil jugak yang depa berhenti. Macam haram."


saya rasa sebab bukan semua destinasi ada di TBS. kalau nak keutara masih di bukit jalil.

keciwa bila kesana diberitahu utk ke utara cuma ada taiping sahaja. isk.

cik-terompah berkata...

pergghh . bangga gua sebagai penduduk paling hampir dengan tbs ! sbb rumah aku kat bandar tasik selatan je pun . superb . KERAjaan tuu . haha . bawa maksud !

Perempuan Lanjut Usia berkata...

serius? lame dah aku tak balik kampung naik bas semenjak pudu direnovate.

berita baik ni. tak sabar nak merasa.

shuds berkata...

maju lah weh sekarang . sumpah kagum

catherine- berkata...

waaaa~ dh lama x naik bas kt kL

:(

Nobita Sensei berkata...

wow wow wow! macam di bursa malaysia pun ada!

roxanne berkata...

TBS hanya ada bus ke selatan. ke utara kat Jalan Duta. for central akan pindah balik ke Puduraya on 16th April dan stesen bas sementara Bukit Jalil akan ditutup sepenuhnya.

ni latest info yg i dapat.

MOFASAD berkata...

nanti gua buat lawatan sambil belajar kat sana

Anem arnamee berkata...

Suka. nak pergi TBS Lah. ambil gambar ! :P

ama berkata...

tahniah

Encik Amie berkata...

wah,sempoi. Yg kat pudu 2 bilalah nak buka.aku pun da lama xpi kay hell, lpas ni mesti jd jakun ja.

rozy asra berkata...

malaysia negara maju dah ke?

! Nurida Ardy berkata...

cis..agak tak best jadi orang bandar, tak merasa naik bas kat TBS jalan jauh2..damn damn damn..T_T

Saiful Bahari berkata...

wow!TBS cool mcm tu skali?tahniah!

eszol raar berkata...

TBS sux

byk sgt polis mkn gaji buta duk kerja jaga ticket org dkt eskalator

been there

n kdekot nak mampus,no on eskalator pun x boleh

dasar kdekot

Sogeking Kun berkata...

sekarang, gwe nggak bisa cari makan lagi. TBS sucks, banyak bapak polisi.

AlexiaAqram berkata...

gaji buta ke?

kalau aku jadi polis tu, tak hingin aku nak duk terjegat jaga check tiket orang.

baik duduk dalam van balai polis bergerak dengar sinar fm.

ha, yang itu baru makan gaji buta.

Mikah Lurima berkata...

WAAHHHH! Tak lah takut nak g KL naik bas lepas ni... dulu x suka sangat keadaan dia... teruk! benci jumpa org2 yg marah2 bila tak nak beli tiket dia. sekarang, dah tak ada lg. yeahhhh! XD

the_firefox90 berkata...

siyesly berbeza gle ngn pudu..
aku rse bts ni dah setaraf ngn klia da..
superb..!!

HEMY berkata...

dulu bini jauh dok asing aku sll la nek bas kat bukit jalil nuuu...skang dh dok sama...hehehe..tak sempat lagi la nk rasa pglmn ko

hazel darwisya berkata...

Baru semalam naik bas dri TBS ni. Melelong nak cari kat mana sbb xtau jalan. Betul la macam airport. :)

Aishah Rahman berkata...

Finally we have a world class standard station in KL. Thanks to the government to make this happen. This place is more convenience,safer for locals and the tourist. It will give a good impression for Malaysia. Pudaraya was a scary place before. Totally lack of facilities. Thank God for the new TBS. A safe place to put us away from criminals.

Aishah Rahman berkata...

Finally we have a world class standard station in KL. Thanks to the government to make this happen. This place is more convenience,safer for locals and the tourist. It will give a good impression for Malaysia. Pudaraya was a scary place before. Totally lack of facilities. Thank God for the new TBS. A safe place to put us away from criminals.

sakakarma berkata...

aku baca dari atas ke bawah tapi paling kimak perkataan KERAjaan....tak bersyukur lansung...macam monyet

Tanpa Nama berkata...

TERMINAL BAS PUN TAU NAK CAKAP SOPAN SANTUN KAU BLE LAGIK TAK MENCARUT,TAK MENGUTUK,TAK MEMERLI,TAK SAH.....TAU NK MENERIMA JE TP NK MEMBERI HARAM....MELAYU MELAYU