April 05, 2011

Titipan Ilmiah Ke Alam Blog : Bahagian Dua

1. Pahit atau manis sekalipun dalam dunia blog, ia hanya dunia blog yang dalam lingkungan maya. Maknanya, aku rasa tidak perlulah berperasaan bagai atau beremosi sangat. Buat bodoh sudeyh. Apa pasal nak fikir susah sangat mengenai blog sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi dan kehidupan? Orang yang jiwanya telah di beli oleh alam maya, mungkinlah akan ada pengalaman pahit dan manis dalam dunia blog. Terperangkap dengan dunia ciptaan sendiri. Kan kelakar namanya tu?

2. Tiada ketetapan dalam menulis di blog. Ia semua bergantung kepada aliran semasa. Berdasarkan apa yang aku lihat lah. Ada dua perkara yang kau kena perhati dalam dunia blog iaitu ;

a. Orang yang popular di dunia realiti, bila dia menulis blog di alam maya, dia akan turut popular di alam maya. Contoh : Che det, Faisal Tehrani, Zahril Adzim
b. Orang yang tidak popular di alam realiti, bila menulis blog di alam maya, dia akan menjadi popular di alam maya dan kepopularan dia menular ke alam realiti. Contoh : Hanis Zalikha, Lucius Maximus, Pipiyapong.

Tunggu sebentar. Kalian tahu mengapa aku sukakan penulisan Lucius Maximus? Ini kerana penulisan serius beliau sentiasa di luar kotak pemikiran dan tak terjangkau akal untuk kita fikirkan. Aku kena akui, dia memang hebat menulis. Persoalannya, bila di lihat dalam arena kini, aku melihat pertumbuhan bilangan orang seperti Ben Ashaari lebih banyak berbanding orang seperti Lucius Maximus. Bagi aku, ini merugikan. Hanya orang seperti Bik Mama sahaja yang akan minat dengan penulisan Ben Ashaari. Tak percaya, tanya Lee!

3. Aku rasa, idea menetapkan 3-4 entry satu blog atau sikap update hari-hari itu adalah idealisma yang tidak bijak, kerana ia seperti memaksa atau ia berupa suatu skop yang pendek. Aku lihat, Zack Zukhairi dan blog Mistisfiles tak update entry hari-hari pun. Tapi, tetap juga bagi  pandangan kita semua, blog mereka adalah blog yang popular. Dan biar aku beritahu kau, mereka di lihat sebagai popular bukan sebab kekerapan entry, promosi mahupun blogwalking kejadah tu semua. Tapi, mereka popular kerana ISI blog mereka yang ada idea dan bermanfaat serta gaya penulisan yang menghiburkan hati. So, pernyataan 'kalau nak blog popular, kena update 3-4 entry satu hari' hanyalah suatu falasi informal. Walaubagaimanapun, semua ini bergantung pada aliran semasa iaitu ; Sejauhmana kita boleh melihat lebih dalam terhadap trend dalam dunia blog ini. Itu saja.

4. "Setiap fungsi ada limit, dan di dalam limit ada continuity". Iaitu suatu prinsip calculus mudah di mana ia lebih suka aku praktikkan dalam kehidupan ; 

Bila kau ada idea dari pemerhatian, kau bangkitkan ia menjadi isu, kemudian kau letak boundary dalam isu, bukan sebagai penamat mutlak, tapi sebagai sambungan kepada isu yang lain.

Sesiapa yang memahami rahsia calculus ini, dia akan faham. Terutamanya kepada mereka yang berada dalam aliran sains tulen. Bagi aku prinsip ini sama ada sedar atau tak sedar, banyak di praktikkan oleh blog-blog popular.

5. Obses. Adalah satu phenomenal ringkas yang aku lihat sedang melanda para blogger di Malaysia. Aku harap kita semua tak tergolong dalam 'mereka yang terlalu obses dengan blog'. Aku akui aku pernah terkena. Di sebabkan aku sudah mula sedar, aku bagitau awal-awal. Jangan sampai jiwa kita di beli dengan dunia maya yang tidak realiti ini. Memanglah ia memudahkan dan menyeronokkan, namun tanpa di sedari, ia mendidik sifat kita ke arah keburukkan. Dari segi apa keburukkan itu, salah satu nya ialah bersifat 'terlalu serius sehingga benda parody pun di jadikan kes saman-menyaman'.

6. Pengaruh wang. Aku melihat gejala menayang duit dalam blog merupakan salah satu unsur Zionisme yang perlu di bendung. Adik-beradik dari gejala sebegini ialah gejala menayang statistik dan buffred earning. Ya, gejala Zionisme. Aku serius mengatakan. Kerana gaya Zionis adalah gaya gila tayang kelebihan pada mata umum. Appearance more than abilityHence, kalau dah nama gejala Zionisme, bermakna gejala sebegitu memang dua tiga langkah dengan syaitan. Sukaaaanya syaitan bertepuk tangan melihat kita riak dengan duit. Oh, money never sleep yo!

7. Kalau perkara-perkara mengarut dalam dunia blog mahupun di dunia maya ini terus berlaku. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan page-page mengarut di facebook seperti page Pencarian Jejaka Sweet dan Awek Bertudung contohnya, aku rasa mungkin aku akan ke Moscow dan berjumpa dengan Vladimir Putin untuk menggesanya supaya menggugurkan bom hidrogen di Malaysia agar dapat mengurangkan populasi golongan-golongan mengarut sebegini. Aku rasa Nami mungkin setuju dengan hal ini. Hamacam?

p/s : Bullsitt sungguh tak pasal-pasal nak kena cari lelaki sweet. Kejadah!

48 ulasan:

eszol raar berkata...

hi5 bro!!!!

Nobita Sensei berkata...

Bik Mama pun minat Ben Ashaari? Dem! Gua harap sangat Bik Mama pun minat gua. kahkahkah!

Republic Aku berkata...

ada kebenaran yang jelas...

AlexiaAqram berkata...

untuk pengetahuan sekalian, aku menulis entry ini sewaktu usai melihat temuramah Ben dengan Nara.

dan aku rasa video itu..

sapa yang temuramah siapa sebenarnya? atau temuramah diri sendiri?

hadoiii.

grawwrbabe. berkata...

gud advice..saya yg masih muda kena belajar mcm2 ni :).. thanx :)

Alexandriana Alia berkata...

AA,

nak komen atas komen kau. haha. video BEN n NAra tu aku tak habis tengok pun. tengok 2minit pastu macam bosan gila point tak masuk2.

err. blog ni alam maya je. rilex2 sudeyh. dan buat blog sebenarnya untuk dibaca penulisannya. takyahla merapu dengan segmen ke hapa. ntah apa2

juliam berkata...

eh eh kau selalu tak bagi link yang kau kata best kan. aku nak juga link Lucius Maximus, Pipiyapong. haha

ni bagi link yangg lelaki sweet. adoi.

haha

AlexiaAqram berkata...

betul! rilek-rilek sudeyhhh. and.. lucius maximus itu nama blog nya ialah tronoh trankuiliti tronoh. silalah baca!

+d.O.Y.A.h+ berkata...

suka!

Fiffy berkata...

aku suka blog nami. lucius pun best. obe pun. ngahahaa

De' Nurul berkata...

kite bako je. huh!

Ifti Larina berkata...

wow! mmg menyengat bro!

Ifti Larina berkata...

oh okay! baru dpt tangkap sapa Big Mama tuh

hiro berkata...

semoga Tuhan buka hati AA.

hiro berkata...

buka supaya sertai pencarian lelaki sweet.


kah kah kah.

serene berkata...

eh eh. tips baru nih. dah macam abam bem. hahaha.

hazel darwisya berkata...

Page cari lelaki bapok dan perempuan bertudung tapi gila glamor. Memang bullshiattt!I just can't agree more. Sakit mata tengok page tu. Ok tak tengok dah. Tak payah reply, "kalau tak suka tak payah tengok".

Tanpa Nama berkata...

kau jangan aqram. kau up nama blogger famous kenapa. dia tu penyelamat blogger perempuan yang teraniaya. doa dorang dimakbulkan. kan teraniaya. kau jangan. bala karang.

ah aku dapat merasakan blog2 yang mengkomerSIALkan diri dorang ni tak baca blog2 yang kau sebut tu. lebih2 lagi blog Nami@TTGB. mesti dorang kata Nami tu sesat lah apa lah. sebab orang-orang macam dorang tu kebanyakannya hipokrit. contoh macam si xuxu zubedah yang lapar nak makan gajah tu. serius aku tak faham dia boleh bawak ayat Quran lepas tu nak bagi nasihat bagai. padahal dia sendiri mempermainkan perintah Tuhan dia tak sedar pulak.

dan bagi aku, isi blog kita dipengaruhi dengan apa jenis blog yang kita baca. dah kalau baca blog asyik nak bersegmen, bercontest, berbloglist, celah mana minda nak terbukak, ilmu nak masuk? cuba lah baca blog yang more kepada berbincang. aku suka baca blog dengan pendapat dia tentang sesuatu isu atau perkara dan lepas tu ada komen yang akan respon. komen yang membuka minda. berdebat pasal isu tu. ni letak gambar setepek punya besar kat blog lepas tu orang pun komen, "omg! serius you comel gila okay!". bila orang kritik, kau kata orang cemburu. waklu!


dem. aku emo. karang ada pulak yang kata, why so serius? dem.

zey berkata...

peh. cili aqram kali ni. tapi ada kebenarannya. nawaitu sebenar berblogging dah xde....realiti, maya semua nak kejar feymes, duit. ape daa...~

Fahmi Mahat berkata...

tak pernah langsung membosankan. suka cara bro kaitkan math dgn hidup~

sgt suka entri nih. kenapa?

sbb there's more to life than blogging stuffs yang "mcmtu."

keep the midas touch, bro!

regards,
FahmiMahat

erysweetie berkata...

tak suke calculus sejak masuk univ -.-"

Tanpa Nama berkata...

aku xsuke nyampah blog yuyu zulaika. huahua.

sehari 10hapdet tp xda isi n merepek n sibok duk canang brape riban followers dia evry week.

Hansyirah Takezur berkata...

oho.. kalukulus tu..
aku suka cara ko relate..
mmg ada kaitan..

aku sokong post nie.

Encik Psychopath berkata...

kali ini aku sokong sebulatnya.





bagaimana bagi ruang ping ?

athirahzaki berkata...

nice one,
aku suka yang ni

Haizatt Abdul berkata...

update 3-4 kali sehari?wtf~

Dawa berkata...

tidak dapat tidak aku akur dan mengiyakan kebenaran artikel ni.

The Sharkox berkata...

kudos!!!

MATAHARI berkata...

blog ni macam kedai buku Malaysia lah, ramai nak isi sampah daripada ilmiah, yang ilmiah minoriti orang nak baca. berhabuk.

mentaliti?

Encik Amie berkata...

ni first time sy masuk ke sini membaca blog..pengisian yang amat menarik dan mengingatkan pemblog baru macam saya ni faham apa itu blog..terima kasih bro kerana mengingatkan. isi anda memang mendalam betoi

Sab Buenoo berkata...

ouh aku sayang anon2 di atas. :">

mahirahkamal berkata...

#DamnItsTrue

PointBlankShot berkata...

dalam banyak-banyak pendapat kat atas, gua bersetuju dengan pandangan @matahari.

betul. susah benau nak cari blog yang buleh gasak kepala hotak nak berfikir.

balik-balik pasal bercengkerama bawah bulan makan kerang, gambar tak hengat, sarapan pagi tadi makan hapa. nuff said.

vladimir putin?

he's a bad ass president.

http://www.cracked.com/article_19128_7-reasons-vladimir-putin-worlds-craziest-badass_p2.html

kalau la jibby macam dia ni. kalaulah.

Tanpa Nama berkata...

pencarian jejaka sweet?bertudung???wtf??
kasi bom dorang ni,,ap ke bangang??

sastraboy berkata...

kahkah.

habislah kau aqram lepas ni. berbondonglah bala tentera Ben Ashaari datang sini. patah riuklah blog kau ni. mesti kena paksa delete. ayokkk!!!

kahkah.

apa ada hal kalau blog kau ni kena delete aqram! yang didelete blog, bukan pemikiran.

kahkah.

cilaka gua menyimpang lagi!

sugar*spice*salt berkata...

word!..really like ur style of writing*typing*..keep it up...

Tanpa Nama berkata...

hai sastraboy. comelnya

AR The Annoying berkata...

HAHA, fucking Love the no 3. Tak payah nak update tiap tiap hari.

and regarding Ben, LOL, dia add aku kt facebook, dah approve but aku fucking annoying dia asyik promosi link blog dia.last last aku unfriend.

okbye.

AlexiaAqram berkata...

woha! terima kasih semua. pastikan akal kita tak jatuh lantai.

and to point blank. sebab putin tu bad-ass maka dia layak jadi boneka. so, aku mem-boneka-kan dia jer.

isaac ismael berkata...

tak percaya tanya Lee, ye?

hahahahahahahha

Mainur Hasnah berkata...

harap mereka sedar yang blog ni satu medium bagus yang boleh digunapakai cari ilmu, kembangkan pemikiran.. banyak je web yang menulis untuk membuka mata.. tak payah peduli web lain.. baca sarkasis ke terfaktab je.. hahahah *kipas susah mati

sya berkata...

tolonglah link kan blog2 yang best tu aqram lenkali. seriyes nak baca blog yang berilmu..

AISHA INANI berkata...

hahahahaha!
aku nampak satu jek, sampai terangguk kepala macam kan ko nampak plak kan.

MENTALITY YANG DOK UPDATE 15 MINIT SATU ENTRY ITU ADALAH BULLSHIT!

update takder isi, then trafik tinggi, nak buat2 terharu! fakk...... ehh, eh kepalahotakk depaa laa!

boleh nak hupdate seratus entry pon, tapi ada isi laa. isi yang terkesan. setakat isi, cina baca newspaper dlm lrt, hukolohhh adik aku boleh up entry cm tu jugak ler.

grrr.

~ abil CUMA ~ berkata...

aku rase abang ketak2 nak tolong muhibbahkan dan eratkan silaturahim blogger la..

bik mama...papadom2 pon hado..

Perempuan Lanjut Usia berkata...

betol la,skang besepah blogger gila pemes dari menulis penuh isian. jenuh mencari blogger yang menulis pakai otak bukan pakai nafsu,memang kurang.

AkuMuzikFilem berkata...

jenis aku update sminggu sekali. average 4 5 sebulan. walau tak update, suka baca blog orang. aku jarang uapdate tapi konsisten. lambakan blog picisan dengan jurnal harian peribadi yang memualkan disebabkan mentaliti. orang malaysia suka benda2 yang ala2 realiti ni, jaga tepi kain, gosip, sebab itu AF semua popular, ya itu santapan mereka

aku baru je kena banned dengan page fb pencarian sweet itu sebab komen2 ikhlas aku.

qara berkata...

aku baru berjinak2 melayan blog. tapi kebanyakan yang aku baca banyak isu yang sama, yang mana isu dari blog A ade dalam blog B. blog C. dan seterusnya lah.

kalau dorang kemukakan pendapat yang bernas aku no hal. tapi..huh.

tak mengembangkan otak langsung!

masing2 sibuk nak naikkan rating.

even ada yang wat entry gaduh2 dengan bloger lain. haih?

isi tarak.

! Nurida Ardy berkata...

guwa baca blog ahli pemikir jew..lagi sedap dan lazat...nom nom nom...har har har...