Mei 19, 2011

10 Sebab Kenapa Remaja Melayu Tak Layak Jadi Harry Potter

Dalam beberapa hari lepas aku mengambil peluang memanjakan diri dengan menonton semula filem-filem terdahulu Harry Potter. Sememangnya aku amat meminati filem dan novel Harry Potter. Bila sentuh kepada filem-filem bersiri, Harry Potter adalah antara filem yang aku minat selain Star Wars (kerana Stormtrooper) , Lord Of The Rings (sebab aku minat filem perang) , dan tak lupa juga Pirate Of Caribbean (kerana memang aku teringin hendak menjadi lanun). Jadi, bila ditanya tentang kenapa aku meminati Harry Potter, aku rasa ada banyak jawapannya. Terutamanya dari segi perbandingan dengan remaja Melayu. Jadi, kita layan sajalah apa yang hendak aku karutkan di sini.

1. Sebab remaja Melayu lebih pentingkan mobile-phone dari tongkat sakti.

Mana-mana kita pergi sekarang ini, jelas nampak remaja Melayu gemar berkepit dengan telefon bimbit. Tak kisahlah dari jenama apa sekalipun, semestinya paling popular ialah Blackberry dan Iphone. Semua orang tampak sibuk berhubung antara satu sama lain. Tapi, dunia Harry Potter lain, walaupun saat itu di London sudah ada kenderaan aliran ringan, aku tak pernah nampak Harry, bahkan Hermione memegang telefon bimbit ber-sms. Semua perhubungan adalah face-to-face, dan berterus-terang. Ah, remaja Melayu sekarang nak pegang keris pun tak pernah, apatah lagi tongkat sakti. Gigit straw pandai lah.

2. Jampi orang Melayu panjang sangat.

Hal ini boleh di kaitkan dengan pengaruh filem-filem mistik dan seram yang seringkali di tayangkan di televisyen. Selalunya bila menewaskan musuh dan makhluk halus, di wajibkan membaca jampi serapah ataupun surah-surah terpilih yang sebenarnya mendedahkan diri kepada serangan musuh. Kiranya, belum sempat nak di habiskan bacaan ayat Kursi, makhluk seperti zombi sudah awal-awal mengigit tangan kamu. 

Kiranya, kalau Voldemort lawan Ustaz Amirul, agak-agak kalian siapa yang akan menang?

3. Malaysia tiada sekolah khas dalam pembelajaran ilmu ghaib.

Ya, ini benar. Belajar di sekolah pondok sekalipun, belum tentu boleh terbang macam Chriss Angel. Lihat sekolah Hogwarts, tidak perlu susah-susah membayar down-payment membeli sebiji Myvi. Hanya dengan belajar terbang dengan penyapu, ke mana-mana sahaja boleh pergi. Duit petrol? Abaikan. Banyak perkara yang boleh di ajar di sekolah yang mengajar ilmu ghaib terutamanya dalam hal-hal metafizik dan kimia. Asyik-asyik MRSM dan MCKK, dah macam tiada sekolah lain.

Jika memang kerajaan hendak mewujudkan sekolah mempelajari ilmu ghaib, aku pasti akan daftarkan anak aku di situ. 

4. Ramai remaja Melayu kurang percaya kepada ilusi, keramat, magik dan bomoh.

Asal pelik sedikit, tahyul. Asal magik sedikit, tipu. Itu saja yang ada dalam pemikiran remaja Melayu. Jadi, memang tiada harapan lah hendak menjadi Harry Potter. Tengok parang terbang pun sudah pelik, padahal Harry Potter pandang tak pelik pun. Malah, bukan setakat parang. Kerusi meja pun boleh di terbangkan. Heh.

5. Polisi kerajaan dalam penerbangan.

Jika benar remaja Melayu boleh menjadi Harry Potter, aku rasa lingkup penerbangan domestik Air Asia dan Malaysia Airlines. Pasti pihak kerajaan sudah awal-awal mengetatkan syarat pembelian penyapu terbang. Di lesenkan, mungkin? Atau mungkin di insurans-kan dan di cukaikan. Paling tidak pun harga penyapu terbang mungkin sama mahal dengan Ford Fiesta. Hello, penyapu je kot.

6. Ketidak-adilan dalam Kementerian Magik.

Politik orang Melayu faham-faham sajalah. Tak ngam, cantas. Kuat mengampu, naik pangkat. Aku tak dapat bayangkan jika Kementerian Magik di Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Pasti dan yakin Kementerian Magik akan di haram kan serta-merta kerana tidak mengikuti syiar Islam. Paling tidak pun, jawatan menteri dalam kementerian magik pasti di beri kepada Datin Seri Wan Azizah. Dia memang pandai hilangkan jam tangan. Magik sungguh!

7. Remaja melayu kurang sabar dan kurang berakedemik dengan bijak.

Ini adalah salah satu sebab paling releven kenapa remaja melayu tak boleh menjadi Harry Potter. Kesabaran itu penting tahu? Harry Potter adalah anak yatim piatu yang tinggal bersama keluarga angkat yang tidak mesra. Untuk menjadi mahir dalam magik, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi cemerlang di mata guru-guru di Hogwarts terutama Professor Dumbledor. Remaja melayu? Jumpa pensyarah pun segan, apatah lagi jumpa dekan, sentiasa cuak. Padahal dekan tu pun manusia jugak.

Heh, cakap orang. Kau pun dua kali lima Aqram!

8. Harry Potter membaca Utusan Malaysia.

Ok, analoginya ialah Daily Prophet itu di kira sebagai media berita macam Utusan Malaysia. Walaupun ada berita yang nampak macam tipu, tetap Harry Potter akan membacanya kerana Harry tahu, untuk menafsirkan berita itu benar atau tidak, dia perlu membaca dan berfikir. Remaja melayu sekarang agak paranoid dengan Utusan Malaysia dan Harian Metro. Selalunya, kerap membaca berita di internet. Jadi, memang tak releven lah remaja melayu boleh menjadi Harry Potter. Sebab, mana ada internet dalam filem Harry Potter, apatah lagi facebook.

9. Hanya remaja indonesia saja yang boleh jadi Harry Potter.


Tak caya? Cuba tengok sini dan sini.

10. Remaja melayu sebenarnya berminat nak menjadi Naruto dari menjadi Harry Potter.

Ini benar!



Jadi, memang sah-lah remaja melayu tak boleh dan tak nak jadi Harry Potter bukan?


p/s: Harry Potter itu remaja. Orang tua tak payah sibuk.

37 ulasan:

HARYANI berkata...

OMG aku suka gila harry potter kot :D

aizattaib berkata...

Semua point ada maknanya tersendiri. Best!

p.s. Harry Potter mmg best!

GamUHU berkata...

Nice. ada style.

k_Own berkata...

serius nice duhh !

Pijahh' de-Arr berkata...

ohh

eyka berkata...

eyka suke sangattt harry potterr~ kalau jadi harry potter pompuan comel tak?? ;D

Lucifer berkata...

haha. mencurah2 entri kau ni.

keh keh keh.
nak lihat pendapat orang lain pulak.

Norizyana berkata...

blogwalking :)

harry porter nk jd kite ke?hehe

adrinaqamarina berkata...

HP tiada ganti. acewah!


:P

Sca Ndx berkata...

anak muggle dgn muggle pasti mati awal. kbai

eiffel berkata...

wow..klo mesia ada unibesiti magik, aku nk daftar kt sana lah!

tp...tgk sajalah mesia ni.heh!

btw, HP sgt best!aku bole tgk citer tuh berpuluh kali.

Ar. Aishah berkata...

Kau tak rasa ke point kedua kau macam memperlekehkan ayat Kursi. Pada aku ye. Tak tahulah pada kau macam mana

wallahualam

Aya Ariel berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aya Ariel berkata...

heh..
"Selalunya bila menewaskan musuh dan makhluk halus, di wajibkan membaca jampi serapah ataupun surah-surah terpilih yang sebenarnya mendedahkan diri kepada serangan musuh. Kiranya, belum sempat nak di habiskan bacaan ayat Kursi, makhluk seperti zombi sudah awal-awal mengigit tangan kamu." cuba ko pikior balik stetment ko nih..

haku tak minat pon heri poter..tgk pon tak penah -_-
taksub giler!!

AlexiaAqram berkata...

aku fikir, tidak perlu susah payah membaca surah kursi, cukup allahuakhbar, tiga patah perkataan dah terjadi praktis magik. macam sectumsempra. apasal korang ni suka sangat cari salah orang ha?

kikikiki.

Elena Reeney berkata...

@eiffel: kau kena ada darah keturun magician jugak eh. kalau x, xboleh masuk okayyyy.

@AA: gua rasa benda tu xpraktik sebab environment berbeza. cuba harry mmg betul2 kat zaman sekarang. haruslah dia ber bbm je. tak payah sebok nak suruh helang hantar surat. and you-know-who just RT je foursquare Harry, terus senang org ramai ramai boleh detect dia.

Aku pun minat tgk cerita ni. xpernah miss tapi aku xsuka Harry. Sebab Harry tu loser asyik org nak selamatkan dia je. berapa ramai dah mmpos sebab dia je?

Damn!!

okbai.

AlexiaAqram berkata...

ER, lu punya point pasal RT foursquare memang chilaka.

kahkahkahkah!

berjalan jugak adrenalin aku pagi2 dengan komen kau. kalau tak, memang rimas dengan 2-3 komen yang bersifat terlalu serbanitas. benci gila!

s.u.h.a berkata...

haha. sila lah kamu yang menjadi harry potter dan pendekkan jampi. jgn panjang sgt. senang nak ingat.

nub berkata...

budak melayu spek nak kaler2, tak main bulat2...

Nebengz... berkata...

memang tak logik la kalau harry potter pakai iphone~ naik fixie~ dan beli potion online~ hahahahaa

apapun~ banyak isi tersirat~ hihi

Aimi Dayana Bahari berkata...

no comment.

eszol raar berkata...

lulz

Encik Amie berkata...

kau punya penerangan hebat bro,pecah pelampung perot aku gelak.hahaha.

-li.zue- berkata...

aku takmo comment pasal entry ni.
semua point ko tu betul. haha


tadi aku baca entry pasal cik epal,
dan aku dah start rasa yang blog ni menarik.

keep blogging ye dude :)

AlexiaAqram berkata...

apa kena mengena aku dengan cik epal? dia buah-buahan, aku gajet terkini.




grrr.

sc berkata...

superb :)

Doubleyou berkata...

Em.
Ko layak ke jd HP?

sicomot-comel berkata...

pergh.

aku pown nak daftarkan anak aku ke sekolah balajar magik !

shaerin berkata...

haha ! cayalah !

Anis izyan Abd Rahman berkata...

bahah !! betul semua ! ahha

Tanpa Nama berkata...

Aku ada perasan satu pasal penulisan kau ni.Berinspirasikan Melayu Minimalis.He's a legend,man

BTW,welcome back :)

MY HEART berkata...

Seperti biasa, aku setuju dengan apa yang ko tulis...

aku up di blog aku kisah lensa rosak...

http://avelynstorytelling.blogspot.com/2011/05/kata-lensa-rosak.html

AlexiaAqram berkata...

oh, terima kasih ya!

gha sudin berkata...

ummm.. suma orang dok komen pasal heri poter. ai nak komen pasal nana narita lah. kekekekkk..

umm, dah ketandusan idea sangat lettew scene2 wayang/tv kat mesia ni.. i feel sorry for them. seriously..

agak susah eceli nak cari citer2 bermutu pun kat tv sekarang, yang boleh diterima remaja2 ni. eg 6 progresif, kami, ghost, blogger boy, gol & gincu.

eh, perasan tak citer2 melayu ni lighting dia gelap? nampak gelap walaupun keadaan tengah panas dalam filem. especially wayang, susah nak menarik la. huhuhu..

oops, terpanjang komen.. kehkeh..

Halle Calypso berkata...

spell yg aku plg nk blaja

"accio"

malas nk jalan amik remote control

Tanpa Nama berkata...

Ak xtau nk ckap pe tpi da jelas2 yg statment kau 2 MANGKOK HAYUN nak mampos..de k magik lam dunia neh bai...nk wat statement agak2 r bia r logik sket bleh dtrima dek akal hamba allah yg dangkal neh....pastu yg x bleh than de plak kutu2 yg sokong statement cam taik tuh..wei korang 2 bkn melayu ke siap ktuk2 psai agma gi...ada akai pkai r bro....

nur nadhilah berkata...

magik ni ade sungguh ke tipu...
pastu yang org indonesia tu betul ke tipu entah2 ikat tali kat penyapu....
saya sangat suka tengok citer harry potter dan saya ingin menjadi harry potter...
masuk dalam mesti saya menjerit jampi harry potter setiap hary....
org indon beli tongkat sakti kat mane????????