Mei 11, 2011

Biarkan Saja

Aku berterus-terang sajalah di sini. Isu dan topik perempuan bertudung, tudung tak lengkap, aurat, sanggul, shawls, dan apa kelancau semua tu dah buat aku rasa macam.... nak lempang banyak orang sekor-sekor. Kau tahu apasal?

Sebab aku dapat rasakan ;

Ceritalah banyak mana pun, kalau dah nama perempuan, apa yang kau boleh buat sangat untuk buat hati perempuan itu berubah dari buat apa yang dia suka?

Ahh, tak payah pasal tudung dan aurat lah. Benda paling simple sekali pasal perempuan. Tak kisahlah dari divisyen mana sekalipun sama ada perempuan nakal mahupun perempuan muslimah. Perempuan gedik mahupun perempuan steady. Semuanya kalau bernafsu buas, tetap juga rakus dan gersang dengan benda-benda duniawi.

Kau campak beg tangan lawa kat dia, konfem dia sapu. Kau campak heels seksi sikit, bohonglah kalau dia tak ambil. 

Ok ok ok, bukan aku nak kata semua perempuan itu materialistik atau senang di beli dengan kebendaan. Tapi, hakikatnya. Perempuan mana yang tak suka di manjakan dengan kebendaan? Habaq mai kat aku sikit. Even mak-mak kau, ibu-ibu kau dan bonda-bonda kau sendiri ada simpan barang kemas, ada rasa berfesyen. Oh come on lah, benda ini bertradisi. Sampai ke akhirat akan berlaku.

Aku bukannya apa, sebagai seorang lelaki yang bertoleransi, gagah-perkasa dan berprinsip 'to protect women for better future'. Bila aku perhatikan entri-entri aku mengenai perempuan, cukup jelas menggambarkan bahawa itu lah cara dan gaya aku. Apa yang aku buat ialah, aku buat pemerhatian, aku analisis, ambil contoh, tulis dan bincangkan. Sebab apa? Sebabnya mudah, aku tak suka dengan benda-benda yang membawa kepada keterlaluan.

Ya, aku ada masalah dengan perkara keterlaluan. Sebab aku juga pernah berketerlaluan dalam kehidupan realiti. Perit kalau terperangkap dengan masalah keterlaluan sebegini. Jadi, aku cuba ubah diri aku supaya tidak bersikap keterlaluan. Jadi, ada masalah ke kalau aku tuliskan tentang keburukkan bersikap keterlaluan dengan menterjemahkannya ke dalam topik perempuan, tudung, aurat dan sebagainya? Salah? Tak mengapa, kalau salah, bawa berbincang seround-dua.

Aku ada teman wanita, aku cuba buat yang terbaik untuk teman wanita aku. Peduli apa kalau orang nak kata bukan muhrim, bila nak kahwen, maksiat, syaitan duduk tengah, dan apa-apa lah sekalipun. Aku tak ambil kisah sangat sebab aku tahu secara realitinya pada waktu ini, aku elakkan dari bersikap keterlaluan dan berusaha membaiki teman wanita aku agar turut jangan bersikap keterlaluan.

Banyak benda berubah. Kalau dulu, boros berbelanja membeli barang-barangan fesyen yang mewah, kini sudah berjimat dengan pakaian dari bundle. Kalau dulu, asal nampak benda baru, nak try, asal nampak benda best, nak pergi. Sekarang, masing-masing dah berkata antara satu sama lain, 'nafsu je semua tu'. 

Apa lagi? 

Banyak lagi contoh antara aku dan teman wanita aku untuk mengelak dari bersikap keterlaluan. Macam lah dalam hal perempuan, aurat dan tudung sebegini. Series sebenarnya, aku tiada masalah dengan perempuan tidak bertudung, asalkan dia bukan pakai seksi tengah jalan sampai nampak lurah dada sekian-sekian. Aku tiada masalah dengan perempuan bertudung, asalkan dia tak pakai tudung yang merambu-ramba dah macam letak pokok bunga atas kepala. Aku tiada masalah dengan perempuan tudung labuh, asalkan dia tak berpurdah. Ya, aku kurang suka dengan perempuan berpurdah. 

Jangan tanya aku kenapa, sebab aku belajar lengkap sampai universiti untuk tahu tahap mana aurat perempuan itu. Purdah hanya di bolehkan bila kau melihat ada pandangan lelaki yang menjerumus ke dalam maksiat, sewaktu itu barulah kau boleh alihkan pandangan dengan berpurdah. Sebenarnya, tak perlu berpurdah sangat pun, cukup untuk kau rendahkan muka atau menutup muka dengan tangan sebagai tanda kau mengelak dari pandangan nafsu lelaki. Tapi, kalau kau sengaja berpurdah tak kira masa sampai nak makan pun leceh, sampai abang jabatan pendaftaran pun kau marah sebab kau tak nak buka purdah kau untuk gambar kad matrik, sampai kau mandi pantai pun kau nak berpurdah dan mengambil gambar dengan berpurdah. Kau ingat kau kool? Prinsip Islam konon. Kau ingat kau 'beriman' sangat?

Tak tak tak.

Kau tahu hantu purdah yang mata satu tu? Yang pernah kecoh satu negara dulu sebab di katakan akan gigit perempuan dara? Ha, itu lah kau!









Mak sapa ni? Malu kalau aku jadi anak dia! Peace!

p/s: Last-last di akhir ceritanya, 'biarkan sajaaaa'.

53 ulasan:

Andy Nurehan Adibah Rahim berkata...

bukak salah, tutup salah...huhuhu T__T

Shadow Girl berkata...

huhhh ayat yang mengganas. sangat menakutkan. *scream*

AlexiaAqram berkata...

andy, sebab itu tajuk entrinya 'biarkan saja'.

Mat berkata...

bosan ah. Xde isu yang lagi power ke?

eszol raar berkata...

simplicity itu semua org ada


tp ramai yg nk jd extraordinary


itu common

Zulfikar Hazri berkata...

ni kes lovesucks vs cik epal yang berlarutan la ni... :)

hana berkata...

erm...
de betol nye..
biar kite bersederhana dalam segala hal...
=D

gha sudin berkata...

Dis is so true!

Tak perlu nak berhujah dalil dengan mereka. Never enough la actually for them. Tambah2 bab keterlaluan dalam pemakaian, membazir untuk jadi hamba fesyen. Kekadang geleng kepala tengok segala trend yang pepelik ni.

Teruskan menegur AA. Semoga cara begini dapat membuka mata hati mereka untuk belajar n menerima kesederhanaan tu..

sharamli berkata...

tudung rambu-ramba la baru nampak c0mel..0k..tak.tak.. ha3

+d.O.Y.A.h+ berkata...

arghhh, terangsang baca entry ni.! betol oh!


yg bwh tu mak2 ek? ingt anak2dara >.<

roxanne de maria berkata...

tudung rambu ramba taleh blah siap ade reben reben kat atas kepala.

miss asnida hani berkata...

Last week, a Non Muslim American wrote an article about the niqab issue in my university newspaper and he mentioned that actually there is no such niqab thing in Qoran.

bujal X berkata...

gambar tu cuma cabang fesyen bertudung je bang~~ada tudung yuna,ada tudung hana tajima~so yang berpurdah pun kena la haptudet~

haha~

mizzkechique berkata...

setiap manusia punye pandangan berbeza...

eiffel berkata...

mostly perempuan memg cmtu.susah betei napsu 9 ni.buas!

lol

AlexiaAqram berkata...

@eiffle

aku mmg suka perempuan yg buas. rawrrrr!

@mizzkechique

tak salah berpandangan berbeza.

@bujal

dari pakai purdah, baik pakai topeng serkup muka.

@miss anida

what her said is true babe.

@roxanne

kau tak tengok lagi 3 anak tudung kat satu kepala.

@doyah

aku suka gambar IC kau.

@sharamli

comelnya gf mofasad ni, rasa nak ambil lidi cucuk pipi dia aje.

@gha

ala, aku tulis untuk share pendapat aje. tq babe.

@hana

so, esok dalam wallet, pastikan bila berjalan, jangan bawak duit lebih seratus.

@zulfikar

lovesuck tu memang mcm singa. haha! tapi, aku suka!

cik epal, ala... semua orang tahu yang dia tu AW. opssss! kikikiki

@eszol

kadang2 aku tgk kau ni, dalam fb lain, dalam blog lain. bela hantu raya ke?

@mat

ini entri penghabisan sebenarnya dalam isu bertudung. sebab itu aku namakan 'biarkan saja'. aku malas nak review lagi dah.

Hashira Yusoff berkata...

tak boleh salahkan perempuan juga..
kadang2 saya berfikir knp lelaki yg 9akal 1nafsu x dpat control n bimbing prempuan yg 9nafsu 1 akal? malah makin merosakkan lagi.. T.T

--> Tips Menghadapi Cuaca Panas

afrohead berkata...

dah boleh nampak dah lepas ni tudung DAP pulak oarang akan jual di facebook. tag ramai-ramai dalam gambar.

Hazirah Kamal berkata...

next time you better do find some appropriate manner to 'touch' these women hearts.

I'm with lensarosak, like, for real. I hope we (the girls) would read and come to senses yang semua tu tak lawa lah, weyh. cuma bila baca satu post blog lain yang tegur cara kita tegur macam mana perempuan berpakaian, you must know hati perempuan ni lembut. kalau awal-awal dia dapat detect post ni mengutuk dia, dia dah tak baca sebab dia tak nak sakit hati. kalau baca pun cuma nak kutuk-kutuk bersama member.

niat kita ikhlas, tapi cara kita pun kena betul.

good luck, lensa rosak. if you ever thinking to start it all over again.

AlexiaAqram berkata...

@hashira

aku tak salahkan perempuan pon.

@afrohead

peh peh peh, style abaq ang!

@hazirah kamal

entah kenapa aku rasa kalau perempuan berbintikan kamal, mesti lawa-lawa. keh keh keh!

AyuE SurihanyOt berkata...

lelaki pon ada jugak yang beli brg branded seluar sehelai harga beratus-ratus..depend pada orang la sebenarnya..baju bundle pon ada yang mahal jugak cecah seratus pon ada..


tapi sekuat mana pon suara kita dalam blog ingat pompuan-pompuan tu nak kisah ke??


hell tak oke.. mekap, tudung belit-belit hana tajima bagai semua tu untuk kepuasan diri diorang so biar lah..sakitnya mata kita tengok warna tudung terang benderang tu lagi sakit mata kita tengok lurah tetek pompuan yang tak pakai tudung..dosa pon dapat..


so pilih yang pakai tudung atau yang nampak lurah tetek..fesyen ni tak kemana, last-last nanti akan ke tudung bawal balik..


apasal aku membebel kat sini setan!!

AlexiaAqram berkata...

sebab itu lah aku rumuskan,

'biarkan saja'.

btw,

tudung bawal FTW!

Fyqa berkata...

err.. ok thanks :)

Atika Azumi berkata...

aku tak pakai purdah tapi aku tak benci orang pakai purdah. bagi aku iman setiap orang laen2. ada yang iman dia cukup stakat benda2 wajib x tinggal. ada yg buat lebih. bukan lari akidah pun pakai purdah.

Tanpa Nama berkata...

tak tahu agama, jangan kutuk. haram dowh. orang yang berfurdah ni tahu hukum, nak elak dosa. (kalo ko tataw la, biar ak bgtaw) dan, orang yang jahil plak lebih baek diam. sekali berkata2, nampak sangat kejahilan terserlah. nauzubillah. moga Allah bagi ko hidayah.

EZAN IDMA berkata...

pompuan dah mmg cmtu kenn

miyot berkata...

'mereka'

oh ok ._.

hida.hadi berkata...

eh henpon dia sama ngn aku.kikiki :D

Cha Gloxinia berkata...

Kau campak perempuan seksi kat dia, konpem dia sapu.. Kau campak rokok berkotak-kotak free kat dia, bohonglah kalau dia tak ambil. apakah komen anda ?

sanguine berkata...

@ Cha Gloxinia

aku dah berenti rokok. campak underwear caroline trentini baru aku ambik.

! Nurida Ardy berkata...

hmmmm...:)

AlexiaAqram berkata...

saja nak melayan tanpa nama.

'orang yang berpurdah ni tahu hukum agama'.

KAH KAH KAH!

yakin lah sangggattt?

LOL!

Tanpa Nama berkata...

hati2lah dlm memberikan pendapat.kau bkn anonymous di mata tuhan aqram..

p/s:kata2 cermin hati

AlexiaAqram berkata...

statement kau statement yang tak pakai akal.

"orang yang berfurdah ni tahu hukum, nak elak dosa."

pelacur yang berfurdah, tahu hukum? ohh, alangkah seronoknya manusia mempermainkan tuhan dengan pemakaian.

tak solat, dengki, sebab pakai purdah, terus di katakan baik? di katakan tahu hukum elak dosa?

beb, nilai kan manusia dari segi TAKWA. purdah itu ilusi tahu?

Azreena AbdRasip berkata...

try bukak isu pasal lelaki dengan arak pulak. muka suci suci, darah daging belum tentu lagi. zaman sekarang, susah betul nak cari lelaki yg confirm bersih daripada benda tu.

Nobita Sensei berkata...

Baik-baik hujung roket tu. tercucuk hidung kang naya.

karmasarkastik berkata...

gambar tu mmg paling celakak!

karmasarkastik berkata...

kepala bapak dia purdah itu pandai agama!

itu orang arab punya uniform bingai!

Fiq Vertigo berkata...

go rocket go!

che'ila berkata...

aku pun pelik,apasal kat luar negara tu org islam sibuk nak berpurdah wlupun krajaan negara dorang tak bagi..padahal kalau dalam islam,wajib kita taat kat pemerintah..tak kira la org islam ke tak,asalkan tak bercanggah dgn Islam.Dalam Islam,berpurdah tak wajib.

Tanpa Nama berkata...

Gua pa da heran lu nak komen ape?

TAIK KO.

Eyka berkata...

eyka nk laki yg ade teruna..pompuan je xkesah laki tak de teruna..laki kesah gila klau dapt awek xde dara..kenapa ek?:)

Minda.Kritikal berkata...

best ah AA kondem Tanpa Nama! tak abes2 ke nak tentukan iman sesorg mlalui pemakaian. asenye tak perlu kot smpai gtu.
Kpade Tanpa Nama, sile berkenalan dgn lebih rmai org ye. kamu nak tentukan thp kejahilan org pun, tak layak kut. stop judging la, typical moron.
dear AA, way to go!

Tanpa Nama berkata...

nape entry makan tu delete.. takut orang laen kate tiru cik epal eh... :)

AlexiaAqram berkata...

bukan delete lah saitan. blogger tgh maintenance. post makan itu hilang, atau tak dipulangkan.

Tanpa Nama berkata...

nape isu pkay purdah nk djdikan isu biar la diorng nk pkay pe pon bkannye ssahkan ko p0n...slaunye glongan yg pkay purdah neh glongan pembngkng so obvious sngt ko anti pmbngkang...x ksah r tdung rambu2 k,reben2 k,at least diorang nk pkay tdung dr x pkay lngsong wlaupun x pkay seksi smpy nmpk lurah....hkum ttap mhkum...

Tanpa Nama berkata...

dahh makin pelik pandangan kau ni.apa pulak kau nk kondem hukum tuhan, kate takpayah buat itu inilah.kalau kau tak suka orang berpurdah, takpayah lahh nk kondem mcm berlagak pandai je.ada asbab kenapa dorang berpurdah.yang kau ni couple, kau taktahu hukum kapel ekk?belajar sampai universiti tentang hukum kapel plak.

Tanpa Nama berkata...

one more thing, pemakaian kena jaga adik akak abang.yang bertudung tu, mintak sangat tolong labuhkan tudung sampai bawah paras dada.tak payah nak mekap tebal tebal sangat.ini basic, asas punya.alexiaaqram, aku harap kau hati hati dalam berblog, blog ikut Al-quran, as-Sunnah.bukan tibai ikut pendapat kau je.ikut sedap mulut nak kata itu ini.

-fa- berkata...

aku suka entri ni.tp mcm tak payah nk kondemkan perempuan berpurdah. bukan kita nmpak apa dlm hati diorg. tak perlu nak menilai org lain tahu ke tak tahu hukum agama.lgpun, kita TAK layak menilai org lain.oh ok, biarkan sj. -_-!
Ps : aku tak berpurdah, tp suka tgok org berpurdah.

Tanpa Nama berkata...

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

muslimah berkata...

statement kau statement yang tak pakai akal.

"orang yang berfurdah ni tahu hukum, nak elak dosa."

pelacur yang berfurdah, tahu hukum? ohh, alangkah seronoknya manusia mempermainkan tuhan dengan pemakaian.

tak solat, dengki, sebab pakai purdah, terus di katakan baik? di katakan tahu hukum elak dosa?

beb, nilai kan manusia dari segi TAKWA. purdah itu ilusi tahu?
<-- statement paling bodoh setakat hayat aku dh hidup ni. ape ke pelik nak samakan pelacur pakai purdah dgn org yg niat betul2 berpurdah sbb nak elak zina?lagipun tak pulak ade ayat lam karangan budak darjah lima kau tu yg spesifikkan yg berpurdah-sbb-ttp-kejahatan.Semaklum aku, kau mengutuk semua yg berpurdah.Logik kau di mana entah?

Masitah Harun berkata...

Maaf akram,
Iman dan takwa seseorang ko xleh nk judge sesuka hati...
menuduh seseorang secara umum juga bukan hak ko...
even ko sendiri yg menyatakan jgn menilai dari segi appearance...
so,jgn terlalu anti pada benda yg ko rasa tak munasabah tpi sebenarnya ada kebaikannya juga...
pendapat ko xsalah tapi jgnlah over...

Tanpa Nama berkata...

Assalam...aqram..aqram,.geleng kepala aku 'ter' bace entry ko ni smbil mkn pisang goreng lpak kat balkoni..
ntah dari ceruk mana la idea ko ni dtg..nmpak mcm kurang kasih sayang pon ade..stu hal je aku nk ckap..kalo bab iman2 n agama ni..or rules ttg agama..ko xyah ckap la kat sni..sebab nampak sngat kejahilan ko tu..ayat ko mmg sentap hati org tapi bab agama ko xyah ckapla..takut siot kalo putar2 belitkan hukum agama ni..baik ko amik cermin ngadap then ckap sorg2..at least xde la bingai2 yg kurang iman pcaye jugak dngan kata2 ko ni..adoiii..eh dah hbis psang goreng aku??aku sokong kaum tanpa nama..selamat beramal..