Mei 18, 2011

Cara Aku Memahami Agama Aku : Siri 3

Salah satu fakta yang kau kena tahu dengan Wahabi ialah ; 

Golongan seperti mereka yang banyak menghilangkan dan menghapuskan khazanah sirah Rasuluallah SAW seperti batu yang Rasuluallah duduk di tempat pertemuan Adam dan Hawa. Seperti telaga yang Rasuluallah ludah supaya air telaga yang beracun itu menjadi tidak beracun. Banyak lagi sirah khazanah yang telah di hapuskan oleh golongan Wahabi di Arab Saudi. Jika kau nak kata Arab Saudi itu Wahabi, ya kau boleh kata kerana memang majoriti pentadbir Arab Saudi bersikap Wahabi. Aku lebih merujuk Wahabi itu sebagai sikap, bukan fahaman.

Golongan Wahabi berpendapat ;

Dengan memusnahkan khazanah sirah tersebut, maka dapat mengelakkan berlakunya perkara-perkara khurafat dan pemujaan melampau. Ya, seperti yang terjadi di Malaysia juga, ada kubur keramat, di jadikan tempat buat nombor ekor, khurafat.

Tapi, sebenarnya aku cakap sebegini bukan sebab aku tak suka Wahabi yang suka menghilangkan dan memusnahkan khazanah sirah Islam. Aku cuma tak suka vandalisma. Itu saja. Memusnahkan khazanah Islam sebenarnya vandalisma. Siapa yang suka vandalisma?

Umpama kelakarnya bila ada seorang ulama yang bercakap tentang keburukkan vandalisma, tetapi lepas itu dia galak memusnahkan khazanah Islam di Malaysia. Apa itu? Cakap tak serupa bikin namanya.


Sebenarnya, ada cara yang lebih baik dalam melindungi khazanah sirah Islam. Cara yang penting ialah mendidik penganutnya berfikir secara sedar, gentleman dan tidak keterlaluan. Jikalah kubur Rasuluallah SAW itu di Malaysia pada era kini, aku rasa mungkin Ayah Pin dan pengikut ajaran Kahar akan berkampung di situ 40 hari 40 malam. Sebab apa? Taksub. Jadi, pupuklah sikap jangan terlalu taksub kepada sesuatu benda. Tak payah lah nak gantung sangat gambar Nik Aziz dalam rumah. Tahukah kamu, Rasuluallah ada cakap yang baginda tak suka orang yang 24 jam beribadat? Masa untuk keperluan dunia dan akhirat kena bahagi sama rata, tahu?

Impaknya seperti situasi yang berlaku di Masjid Nabawi pada waktu ini. Kerana sikap taksub ramai orang, akhirnya peluang kita untuk melihat dengan mata kepala sendiri yang Rasuluallah itu wujud dengan melihat kuburnya terbantut kerana pengawalan ketat golongan penguasa bersikap Wahabi yang bimbang jika kubur Rasuluallah SAW itu dapat di lihat dari dekat, akan berlaku pemujaan dan kecurian. Yang ruginya? Mestilah penganut Islam yang mahu mencari kebenaran hakiki. 

Manusia yang sebaik-baik manusia menurut Allah Yang Maha Genius ialah manusia yang tak putus-putus mencari kebenaran dalam hidup. Tapi, untuk orang yang beriman tidak di gelar orang yang baik, ia hanya digelar manusia yang setaat-taat manusia. Dan untuk orang yang menyampaikan kebenaran pula, ia di gelar manusia yang seikhlas-ikhlas manusia. Ketahuilah bahawa mencari keredhaan Allah Yang Maha Mengetahui itu tidak terletak pada satu jalan kebaikkan saja. Kerana kita sebenarnya tidak larat untuk memilih semua jalan kebaikkan untuk di pegang. Come on lah, kita bukan nabi yang larat untuk buat semua jalan kebaikkan. Baginda itu di utuskan. Kita ini di lahirkan. Lain. Sekurang-kurangnya, biarlah satu jalan yang kita perlu pilih untuk bawa kita ke arah kebaikkan. Pilihlah, seperti bersedekah contohnya, itu jalan kebaikkan. Mungkin dengan sikap kerap bersedekah secara ikhlas itu, ia boleh menyelematkan dosa-dosa kita yang lain dari tercebur ke dalam api neraka? Siapa tahu?

Kalau sampai masa kau berubah kepada berbuat banyak perkara kebaikkan, itu di namakan rezeki dan hidayah-Nya. Siapa tahu mungkin dengan satu perkara kebaikkan yang kau kekal lakukan itu, dengan izin-Nya, kau beroleh peluang untuk melakukan perkara-perkara kebaikkan yang lain. Let it be.


Kembali kepada kisah Wahabi pula. Ya, aku rasa majoriti pentadbir, ulama, kepimpinan di Malaysia ini makin bersikap Wahabi. Ada saja perkara yang tak kena di mata mereka. Sana haram, sini haram, sana tak boleh, sini boleh. Siapa yang ajar benda-benda bisikan syaitan ini?

Tolonglah jangan cakap kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kalau benda yang lebih besar di depan mata pun tak pandai nak tegah. Tu, patung berhala besar tu. Come on lah, belum pernah pun mana-mana ulama yang berani cakap kat Lim Kit Siang ;

"Tinggalkanlah sembahan berhala dan sembahlah Tuhan Yang Satu"




Sebab itu aku memang rasa ulamak Malaysia banyak yang tak guna. Ye lah, sebab kerosakkan Islam itu sebenarnya bukan datang dari Illuminiti, Freemason, Missionary Kristian, kapitalis Buddha mahupun Gangster Hindu. Tak tak tak, kerosakkan penganut Islam itu terjadi sebab penganut Islam termasuk pemimpin dan ulamaknya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Silap sendiri. Tu je.


Sekian, chalo dan assalamuaikum. Semoga memberi input.

21 ulasan:

afrohead berkata...

ulama' kipas lim kit siang pun banyak sekarang ni :)

nEuR0 shEwAzni berkata...

takde butang like plak .

AlexiaAqram berkata...

@afrohead

biasalah. ulamak aristokrat, ulamak politik.

@neuro

takkan ada.

Johan "Champ" Radzi berkata...

Ulama kita tak open minded. Smeua yg bukan sealiran sesat. Contoh mcm syiah pun.

Kita dgn syiah perlu memahami satu sama lain, bukan saling bertikam.

free compass berkata...

cari makan

Mat berkata...

ini cun. Gua suka.. Gua suka..

Wahabi, pergi runtuhkan tugu negara... Kih kih kih...

Haramkan senjata keris. Haramkan huruf 't' dan 'f' sebab menyerupai salib. Kih kih kih..

Mehmed - berkata...

manusia pun ada pandang dan fikir cara berbeza..itu pun kau kena tahu, aku pun...Ahaks!

eyka berkata...

"Tak tak tak, kerosakkan penganut Islam itu terjadi sebab penganut Islam termasuk pemimpin dan ulamaknya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Silap sendiri. Tu je."

setuju :)

Elena Reeney berkata...

ada satu mamat mualaf kat opis aku. mat salleh dah masuk ISLAM and dah kahwin dengan wanita melayu. mengamalkan cara hidup ISLAM lebih dari org ISLAM. tapi lately isteri dia ada masalah. isteri dia lari. cakap mat salleh ni xcukup ISLAM untuk dia. hanya ada 4 guru wahabi dlm MAlaysia and isteri dia berguru dgn one of them. terus nak lari pergi SYRIA, nak kahwin dengan lelaki sana. guru wahabi tu kata, kalau suami tak cukup ISLAM, isteri berhak meninggalkannya.

aku pun xpaham, baru jugak dengar pasal wahabi ni. ada nasihat?

hannamaruku berkata...

Kasar nye ayat kau pakai 'tak guna'. Mungkin ada setengah ulama yang aku tengok tunduk kepada politik mengarut. Tapi tak semua macam tu. Aku rasa kalau tengok ulama yang jenis macam tu, boleh kira dengan jari. Yang lain, semua ada teras agama mereka sendiri.


Even mazhab pun ada 4. Kita ada banyak beza pendapat. Hukum halal dengan haram pun di buat atas ijtihad seseorang. Macam contoh couple, ada ustaz yang kata haram. Ada ustaz yang kata harus. Terpulang kat diri kau sendiri, atas ijtihad sendiri nak ambik couple sebagai haram atau harus. Tapi aku rasa kalau tengok manusia zaman sekarang yang dah terlalu barat, yang dah macam nak kembali kepada jahiliyah, tu yang jadi 'sana haram sini haram'.



Kita ada di dunia akhir zaman. Zaman yang penuh dengan fitnah. Walaupun kadang kadang aku rasa annoyed jugak dengan pengharaman itu ini, tapi aku tak berani nak bangun dan kata WOK ALA APHAL PLAK HARAM? KOLOT! ISLAM KOLOT! No, it isnt as simple as that. There must be a reason. Kadang2 benda tu kita kena muhasabah balik.


Tapi bagi aku, haram atau halal, selagi kita berpegang kepada Quran dan sunnah, kita takkan tersesat. As long as kita ada Quran untuk bimbing kita, kita sendiri boleh tau had kita di mana.


But unfortunately, mana ada orang sekarang yang bertemankan Quran. Hanya bertemankan Facebook dan Twitter.



Well, masa mula2 kedatangan Islam dulu Islam sangat2 di pandang pelik. Dan sekarang bila akhir zaman, Islam kembali di pandang pelik.



Kalau aku ada salah, tolong betulkan. Wallahualam.

AyuE SurihanyOt berkata...

first time aku suka entry kau...byk input..nice..

karmasarkastik berkata...

huh! kan elok kau tulis macam ni daripada kau menyibuk dgn hal org lain....

apa yg kau tulis ini aku setuju cuma kau harus faham org melayu mmg kayu,mudah cakap.Semua menonong jer ikut kalau yg cakap tu berkopiah,berjanggut,berjubah!

Kononnya ikut sunnah dan Al quran...ada semua tu dalam al quran...apa yg aku nampak mereka semua tu ikut dan dengar cakap manusia !

AlexiaAqram berkata...

@ER

nasihat aku ialah ;

pandanglah sikap wahabi itu macam kau lihat sikap asabiyah. baik ke buruk?

@hannamaruku

kasar ke? haha, kadangkala yang benar itu pahit.

@karmasarkastik

orang melayu okay je. takdelah kayu sangat. orang melayu dari azali suka berperang. zaman sekarang nak berperang antara orang melayu dah tak releven. jadi, bertikam lidah je lah.

samizul.net berkata...

Bro, kau yakin ke betul2 Ulama tak pernah cakap macam yang kau ayatkan tu kat Lim Kit Siang? Aku rasa, kau mungkin terlepas makna tersirat disebalik ucapan2 Ulama yang kau maksudkan [yang terlibat secara langsung dengan politik]. Cuba selami ayat2 pembukaan ucapan2 perasmian atau lain2. Tengok beza ucapan antara politikus yang komited dengan visi Islam, dengan yang tidak.

Seruan2 seperti itu perlukan strategi n pendekatan yang berlainan. Kalau pun ada diserukan, perlukah ianya dilaporkan kepada media massa atau penulis lensarosak.blogspot.com khususnya? Tambahan pula, Ulama hanya menyerukan. Hidayah di tangan Tuhan Yang Maha Pemberi Hidayah.

Memang hebat dan tinggi martabatlah kau bro dapat mengelaskan Ulama2 yang ada di Malaysia ni kepada yang berguna, yang tak berguna walaupun hanya melalui 'rasa'; "Sebab itu aku memang rasa ulamak Malaysia...". Salute!

^^,

AlexiaAqram berkata...

nama pun ayat 'rasa'. jadi, apahal nak take serious?

samizul.net berkata...

Bro AlexiaAqram,

Kenapa perlu take serious? Sebabnya, cuba baca ayat kau yang seterusnya dari sambungan di atas...

"Ye lah, sebab kerosakkan Islam itu sebenarnya bukan datang dari Illuminiti, Freemason, Missionary Kristian, kapitalis Buddha mahupun Gangster Hindu. Tak tak tak, kerosakkan penganut Islam itu terjadi sebab penganut Islam termasuk pemimpin dan ulamaknya terpedaya dengan tipu daya syaitan. Silap sendiri. Tu je."

Melalui ayat ini, ianya jelas yang kau cuba untuk mengolah persetujuan pembaca bahawa;

a. Kerosakan Islam itu disebabkan oleh Ulama2 yang kau maksudkan. Terpedaya dengan Syaitan. Ini yang kau yakini n itulah yang kau 'imani' walaupun kau cuba berselindung di sebalik kata2 'Aku rasa..'

b. Kerosakan Islam BUKAN disebabkan oleh Illuminati, Freemason n bla bla bla.. Ini juga yang kau yakini n imani. Walaupun pertubuhan2 ini menyumbang peratusan yang besar dalam 'pencemaran alias merosakkan imej Islam' sebenarnya. Musuh UTAMA Islam bukanlah golongan penganut agama samawi atau lain2, tetapi mereka yang meninggalkan kehidupan beragama yang sebaiknya dan mereka yang menolak kepercayaan amalan beragama. Hilang rasa takutkan Tuhan [dipelopori oleh Iblis n the geng]. Ini musuh utama umat manusia. Ini musuh manusia yang menggenggam amalan beragama.

Mesej ini juga [bahawa BUKAN pertubuhan2 itu tadi..] kau cuba 'mind-set' kan dalam minda pembaca w/pun tulisan2 ini kandungannya adalah serius tapi sayangnya penulisnya tidak serius? Hanya sekadar 'rasa..'?

Kesimpulannya, adalah lebih baik dan bermanfaat sekiranya seseorang itu, jika sekadar 'rasa', 'rasa2', tidak jitu atau kukuh keyakinan dengan apa yang ditulis, maka lebih baik tulis hal lain atau diam, atau private-kan tempat meluah itu. Lebih2 lagi bila ianya melibatkan isu seperti ini.

Last but no least, aku akui mesej yang bro AlexiaAqram sampaikan melalui 'luahan' ini sememangnya mempunyai elemen yang baik n wajar untuk direnung+fikir2 kembali. Cuma yang aku terkilan, bro kata cuma 'rasa..' dan tidak serius..?

Aku menghormati prinsip kebebasan memberikan pendapat tetapi itu bukanlah tiket untuk aku, semestinya, perlu menghormati [maksudnya bersetuju bulat2] pandangan seseorang tadi. Kita ada kebebasan, tapi ada tali yang bernama tanggungjawab. Kebebasan bertanggungjawab.

Nota: MAAF, tiada niat untuk memberikan 'khutbah/ceramah' di sini. Lagi satu, lupa pula jawab ucapan salam tu. Waalaikumussalam... ^^,

AlexiaAqram berkata...

series aku tak tahu sama ada aku kurang faham penjelasan kau atau penjelasan kau berbelit-belit.

apa kes masuk imani dan yakini ni?

definisi rasa itu bukan macam ayat majmuk nak kena serious sangat.

seperti kau percaya kepada tuhan, tapi kau tak nampak tuhan, tapi kau me'rasa'kan tuhan itu ada.

rasa itu yang membawa kepada kepercayaan.

mengerti?

sebenarnya kau cuma mahu menidakkan point aku mengenai ulamak. kau mempertahankan ulamak. jadi, bercakap sajalah pasal apa kau mempertahankan ulamak. aku bukan cakap aku tak sukakan semua ulamak.

pandangan aku jelas dari dulu bila sentuh mengenai ulamak, 'majoriti dan kebanyakkan' ulamak. bermakna masih ada ulamak yang tidak tertipu dengan ajakan syaitan. kau kena baca entri aku mengenai keagamaan kalau kau nak lebih faham.

entri ini aku buat untuk peringatan dan nukilan aku pada perpecahan dan khilaf yang memberi impak kepada perjalanan penganut Islam. itu je. ini blog lensarosak, bukan blog nik aziz.

aku rasa kau perlu banyakkan istighfar lah.

sekian terima kasih.

mahirahkamal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mahirahkamal berkata...

Ulama tak semestinya maksum..mesti ada buat salah. Takkan la sebab dia ulama nak tutup sebelah mata je dan dia je betul.

Tak banyak ulama macam Dr Asri..Penyampaian dia mudah dan jitu. Islam itu mudah..tapi ulama banyak menyusahkan.

AlexiaAqram berkata...

hai mahirah.

thiya berkata...

assalamualaikum. terima kasih kerana menulis sesuatu yg dpt membuka mata kita.

hanya allah yg mengetahui hati2 manusia. saya percaya saudara bukan berniat menghukum semua ulama' tapi kerana keadaan cth nya keadaan di negara kita yg seperti kuasa ulama' itu dinafikan oleh pemimpin2 sekular, maka ulama' skrg diklasifikasikan oleh anda sbgai pengecut dlm menegakkan kebenaran.

ulama' dan pemimpin itu perlu seiring sejalan menegakkan islam, bukan saling bertelagah menjulang kamila hero yg dpt menyelamatkan rakyat. dan rakyat semakin jelak melihat pemimpin n ulama' yg bertopengkan nafsu semata2 ini.

maka, ulama' dan pemimpin prlu seia sekata, sehati sejiwa. bukan berpecah belah menegakkan fahaman yg entah apa2.