Mei 21, 2011

Mungkin Aku Masih Mencari Perindu Yang Kognitif

Mungkin ada antara kamu pernah menonton filem (500) Days of Summer yang menampilkan Summer Fin dan Tom Hansen (sila google). Filem ini bagi aku sering menganggu ilusi aku tentang perempuan. Kadang-kala aku terbayang bahawa teman wanita aku mendengar muzik yang sama citarasa. Ya, seperti Tom yang sukakan The Smiths, begitu juga Summer. Tapi, aku rasa mungkin itu takkan terjadi pada diri aku. Setakat ini, bila aku mendengar lagu Maximum The Hormone, teman wanita aku cepat-cepat menutup badannya yang berbogel dengan selimut dan terus memasang lagu Menyesal yang menjadi tema drama Asmara. Aku benci drama tersebut, dan juga Nur Kasih. Lagu-lagu nya aku turut tidak suka. Tapi, silap aku juga, mana ada feel-nya mendengarkan lagu Metal-Core selepas aktiviti ranjang bukan? Selepas ini aku patut tukar kepada John Mayer barangkali.

Hendak atau tidak, terpaksa-lah aku melayan seorang diri. Menyumbatkan headphone ke dalam telinga, menjenguk tingkap apartment dengan berbogel, sambil menghisap rokok Dunhill Menthol dan meneguk Nescafe. Perasan kool konon, tapi kemudian aku pakai boxer. Sejuk pula rasanya.

Jadi, aku belek-belek (menyelongkar?) playlist di dalam Ipod aku. Terus aku fikirkan untuk membuat penulisan mengenai kumpulan muzik yang aku rasa releven untuk kamu dengar kerana bila kamu dengar, kamu akan rasa awesome. Walaubagaimanapun, hasrat itu terpadam bila aku mengenangkan sebenarnya aku kurang layak bercerita mengenai muzik. Aku hanya seorang pendengar yang tidaklah terlalu gila mencari band-band yang rare kononnya seperti seorang hipster Melayu. Bagi aku, pendedahan muzik untuk aku adalah bergantung kepada nasib dan flow yang aku tak mahu pecahkan secara tergesa-gesa. 

Teman wanita aku memeluk dari belakang. Mahu di ajak seround lagi-lah tu, mungkin?. Aku diam berdiri. Merasai hangat badan seronok juga kadang-kala. Okay, cukup selingan nampaknya. Serius kembali.

Oh, lagu dari kumpulan If These Trees Could Talk berkumandang. Aku baru ambil lagu-lagu dari band ini dari kawan aku. Agak menyeronokkan muziknya. Aku sangka Maybeshewill itu awesome dan Pelican itu cukup terbaik. Tetapi, rupanya ada lagi band yang lebih sesuai di halwa telinga aku. Seronok sungguh.

Apa yang aku dapat katakan mengenai diri aku dan muzik ialah umpama akrabnya Sid dan Nancy pada permulaan percintaan. Sentiasa inzal bersama-sama dan melampiaskan kemesraan di tempat awam. Megah dengan gaya punkers yang menjadi perbualan dan kutukan para moralist. Heh, aku peduli apa. 

Cuma, jika di katakan seperti Sid dan Nancy. Maknanya salah seorang dari aku pasti akan mati. Kena tikam mungkin. Berkali-kali. Aku rasa, sebelum muzik itu membunuh aku, biarlah aku membunuh muzik itu terlebih dahulu bukan? Biarlah aku di dakwa, dan dikeji kerana membunuh muzik. Memang aku rasa aku sudah bosan dengan citarasa muzik aku sendiri. Ataupun, aku masih tercari-cari muzik aku yang sesuai. Ataupun, muzik itu membuatkan terlalu ketagihan.

Lamunan aku tersentak. Teman wanita aku menghulurkan segelas wine merah. Tersenyum sambil menjatuhkan selimut yang di kepit pada dada dari tadi.


Nantilah aku sambung menulis. Ada kerja yang perlu aku lunaskan. Sekian, terima kasih.

p/s : Mengarut

14 ulasan:

EmyAmalina berkata...

Pukul 3. Tido Aqram.

AlexiaAqram berkata...

hari ini hari sabtu. tidak bekerja.

eszol raar berkata...

deep


gua tggu sambungan nya

Mat berkata...

belum sempurna

Hazirah Kamal berkata...

semoga berjumpa.

kami semua juga.

ada lagi ke yang lebih indah daripada berbicara tentang hati rasanya?

M. Faiz Syahmi berkata...

jangan lupa buat hd!

Akulah Aqilah Itu berkata...

Aku nak try dengar semua lagu yg kau mention. =)

Mirrul berkata...

aku jealous dengan sid vicious.
setakat main 3 kord bass boleh jadi top. right now! hahahahaha

Orked Desa berkata...

realiti hidup..

citarasa yg berbeza yg akan membuatkan idup saling melengkapi...wpun byk bende yg leh kita bicara bila punya citarasa yg sama, lama2 hubungan akan hambar..

hahahaa...cayalah awek baru tu..c mermaid nama syrena...hahaha...

Sca Ndx berkata...

mungkin sebab tu,
tom dan summer berpisah.
byk sgt persamaan..

Juggalo-bloggerpuaka berkata...

blog paling pariah ....aku label kan kau ni ....'blogger pariah"!


PUAS HATI!



sesuka laki mak kau label ...blogger pelacur lah...blogger beruk...!


Blogger Pariah ialah mereka yang bijak pandai dalam penulisan tapi HATI BUSUK macam bangkai babi ...tak pun hanjing!

Itu la kau ..."BLOGGER PARIAH"!

darul_makmur@yahoo.com berkata...

Salam...nak tumpang promosi boleh tak...klik la sini...terima kasih...peace

AlexiaAqram berkata...

@darulmakmur

boleh blah.

@juggalo

nah rokok. main jauh2.

@sca ndx

pasti.

@orked

kirim salam kat dia ya.

@mirrul

break the rules. itu saja. datang penang tak don?

@aqilah

sila-silakan.

@m.faiz

keh keh keh. cilaka.

@hazirah

mungkin. seronok barangkali.

@mat

mestilah.

@eszol

terima kasih.

Azlan Zahari berkata...

cuba http://www.facebook.com/nervedeless