Februari 28, 2012

Nurul Lynas Natasha

*Sebab ramai sangat orang tanya pasal isu Lynas. Aku letak balik post ini sebagai rujukan awal. Untuk selanjutnya, akan aku tulis kalau ada masa terluang.

Lynas.

Nama sedap. Kalau buat nama anak Nurul Lynas. Peh, mesti macam mat salleh gayanya. Nak-nak pulak comel macam abahnya. Bergaya dan tenang menghadapi situasi. Mewarisi mata hazel yang memikat jutaan perempuan. Stylo bak kata Deus. 

Lynas yang kita dengar sekarang tengah panas situasinya. Tiba-tiba ada seorang mat salleh (kan aku dah cakap tadi) boleh cakap bahasa Melayu bercerita tentang Lynas. Siapa Lynas ni? Makwe mana? Celaka apa popular benar sampai rating maharaja lawak pun boleh jatuh?

Gua sebenarnya tengok mat salleh tu kecik-besar-kecik-besar je. Takde gua excited sangat kalau ada mat salleh boleh cakap bahasa Melayu. Mahupun Paku dan Belacan, Ben Bradshaw atau sekalipun Barrack Obama boleh berbahasa Melayu, gua tak rasa s e xcited. 

Ye lah, ada sesetengah orang kita ini cepat sangat teruja kalau ada something yang agak 'up-up' kan bangsa Melayu dan Malaysia secara puratanya. Contoh macam kalau Dwayne Johnson bercakap mengenai Malaysia, dan bertanya 'apa khabar?'. Bukan kemaen semua dok sengih suka. Ataupun tiba-tiba Carla Bruni buat gila pakai baju kurung cotton misalnya, masing-masing puji sana-sini dan teruja secara spontan melihat orang popular lain negara mengenakan pakaian budaya negara kita lah sangat.

Tapi, gua tak rasa Justin Bieber happy kalau kita pakai baju macam dia atau kita boleh bercakap bahasa Inggeris.

Nah, nampak tak apa masalah di sini? Kita terlalu cepat sangat di rundung perasaan. Tak kira lah perasaan suka atau benci. Tetapi. memang cepat sangat. Kita bukan tahu pun kalau orang-orang Italy mengatakan orang-orang Malaysia cepat sangat emo. Booo, Malese sono emo! Matto! Matto!. Kita takkan tahu punya.

Benda ni simple saja. Pernah tengok IpMan 2 tak? Gua rasa cerita itu banyak pengajaran. Ada certain Chinese yang gilakan kuasa, bersekongkol dengan orang putih. Ada yang buat kerja sekongkol sebab nak cari makan sara keluarga. Ada yang tebal semangat cina nya. Tapi, orang putih? Dia peduli apa? Dia boleh bercakap bahasa cina dan memanipulasikan orang cina. Tapi, tak ramai orang cina waktu itu boleh bercakap bahasa Inggeris dan memanipulasikan orang putih. Padahal, kat negara sendiri.

Nasib baik ada orang terer kungfu. Setel masalah.

So, back to the real story about Lynas. Gua rasa isu ini kelakar. Lynas yang gua tahu ialah sebuah kompeni Australia yang jadi kaya sebab kompeni ini melombong sumber mineral (rare earth) untuk di bekalkan kepada  penciptaan produk paling laris saat ini iaitu Ipod, Ipad dan Iphone.

Jadi, gua rasa amat kelakar bila ada orang yang terlalu paranoid dengan Lynas, rare earth industry, development of semi-conductor product, dan refinery. Oh, mungkin bukan paranoid sebab itu. Mungkin sebab radiasi, nuclear leaks dan mutation. Bersempena kes loji nukelar di Fukushima tempohari ye dak?

Haih, cubalah fikir sedikit. Inilah hakikat teknologi dan globalisasi. Kau pum-pang-pum-pang pasal green sana-sini, radiasi sana-sini, separate haters pada government, hentam Najib, lepas tu kait Altantuya sekalipun. Tapi, kau menggunakan Iphone, kau dengar mp3 dengan Ipod dan berlagak dengan Ipad kau depan rakan sekerja. Aku cuma nak cakap, kau memang babi. Lebih babi dari Anwar Ibrahim. 

Sebab itu baik diam sudah. Gua tak rasa Lynas dan government patut berhenti bina refinery. Cuma patut pindahkan saja ke tempat yang jauh dari penduduk. Tak kisah lah, buat kat tasik Chini pun elok juga. Manatau boleh panggil naga dalam tasik tu ka? Kan?

Industri rare-earth makan berbillion untung. Dan memang motivasi kita ialah memperbanyakkan sumber dalam negara. Mana tahu lepas ini dengan material yang di lombong, kita ada Proton Saga FL halimunan? Caghe wok!

p/s : Gua ada apply kerja kat Lynas. Apa ade hal? Memang gua suka manufacture solar panel. Apa? Kau ingat nak cari cadmium telluride boleh beli kat kedai runcit?

32 ulasan:

afrohead berkata...

satu-satunya pendapat yang tak selari dalam isu Lynas ni. nice one AA. ini point of view lain yang orang akan selalu terlepas pandang atau sengaja tak pandang.

Amy Wong berkata...

" Jepun pun tak boleh kontrol loji nuklear dorang, ni pulak Malaysia. "



-ayat typical orang Malaysia-

Cidak berkata...

pemikiran kritis.

nice !

AlexiaAqram berkata...

@afrohead

ia bertitik-tolak sebab aku rimas bila benda ini di jadikan politic issue. wadehell?

@amy wong

heh. macamlah kebocoran nuklear itu 100 persen dari kelalaian manusia. kan?

@cidak

biasa2 saja.

free compass berkata...

kena sokong semua hasrat kerajaan untuk bina loji yang beradioaktif kerana selain menguntung negara ia juga menjadikan rakyat kita kebal seperti rakyat jepun. bah! lihat sahaja rakyat jepun, sihat-sihat sahaja walaupun loji nuklear fukushima bocor depan rumah. siap boleh tanam sayur kailan dan goreng 'kailan ikan masin' dgn mengguna minyak masak beradioaktif!!! terima kasih kepada doraemon dan narutoh.

Mat berkata...

apa ada hal kan. Setakat nak lupus sisa nuklear yang beratus tan setahun tu.. Besi pun bekarat.. Nuklear mende la sangat, untung-untung ada x-men mesia... Kah kah kah..

Dah lupa ke sisa dekat bukit merah, perak tu? 20 orang mati.. Sisa 20 tahun tahun tak abis agi.

alien berkata...

bukan nak cakap apelah kan
malaysia ni kadang tak tetap pendirian lah
itu hari kata nak tumpu kepada tenaga biomass atau sumber yg boleh dibaharui.. cm solar, angin, merisaikel bahan buangan jadi tenaga.. promote gile2 tapi kos belian balik murah.. jadi usahawan pun sukar nak hidup..

la ni dia sibuk nak buat loji pelupusan.. kalau dia buat loji janakuasa nuklear aku tak heran mana lah.. ni pelupusan.. aish~

AlexiaAqram berkata...

@free compas

refinery dan nuclear reator itu lain, tahu?

@mat

GSM consultant yang menguruskan sisa di bukit merah sampai sekarang. kerajaan bagi dana untuk company itu uruskan sisa tersebut. terus-terang, dari aku kasihankan penduduk yang mati tu, baik aku kasihankan orang yang bekerja melupuskan sisa tersebut. namun, pekerja2 sana tak pernah merungut walaupun dah bertahun2 menghadap radiasi. kawan baik aku seorang darinya. project manager dalam pelupusan itu seorang mat salleh dan seorang japanese. mereka tak pernah merungut. yang merungut dan kecoh ialah orang yang tahu ambil kesempatan kelemahan orang lain.

@alien

refinery lah sayang. bukan pelupusan. kilang khas untuk menukar material kepada produk.

Mat berkata...

penapisan lah alien.. Haish..

Mat berkata...

@a.a

generasi dulu dah tau sejarah ni. Kemudian kita, generasi baru. Dan kalau berlaku sekali lagi, siapa nak hadap? Kau? Dan kau tak merungut macam mereka yang kau sebut.

Kerajaan nak salur dana lagi? Dana untuk suami pm kita pun tak cukup-cukup lagi brader.

Berbaloi ke tak kita judikan masa depan negara dan rakyat demi teknologi tu? Tu persoalannya.

Hazirah Kamal berkata...

saya tak rasa 'objection' habis-habisan penduduk pahang, yang dimulakan oleh mp fauziah ini berkait rapat dengan Ryan Albrey. mr.Albrey can speak fluent english, atau melayu baku, tapi still, content dia tak ada beza.

say no to rare earths. in malaysia.

jangan lah hype sangat dengan keupayaan dia bercakap melayu. you got your point there, sir.

tapi isu yang significant bukan itu.

tolonglah. saya antara yang tak pro benda-benda ni semua. lynas (nama dia cute dan comel yeah) kata 2 percent je radioactive element yang ada, but call me paranoid, tapi apa sahaja berkaitan
keselamatan kita, tolonglah fikir lebih dari dua kali.


saya dari terengganu. kerajaan saya dah reject permohonan lynas dua tahun lalu.

how about you, pahang?

alien berkata...

maaf saya tersilap..
aku bukan tak sokong, cuma menda tu berbahaya kan. Kita belum bersedia dari segi tenaga kerja..

AlexiaAqram berkata...

@mat

kes bukit merah bukan sebab kesalahan kompeni tu okay? bukan sebab kebocoran. tapi kilang itu ditutup sebab apabila sudah ada mula penempatan di bukit merah. jadi, terpaksa dilupuskan kilang. bukan salah kompeni, tapi salah perancangan bandar yang tak selidik ada kilang di situ.

ini bukan masalah memperjudikan. ia cuma masalah 'langkah2 yang tidak betul'. tiada masalah nak bina kilang, cuma binalah di tempat yang sesuai. buat di kuantan, memang tak sesuai.

@hazirah

sorry hazirah, i'm say yes to rare-earth industry. tanpa rare-earth indusrty, tidak wujud hard-disk komputer. dan takkan wujud komputer mahupun laptop. tanpa rare-earth industri, fiber-optics takkan wujud. dan kita mungkin takkan berhubung sebab tiada internet, dan sebab kau say no to earth-rare industry.

kau menolak, tapi dalam masa yang sama kau menggunakkannya. lol

@alien

tidak berbahaya apabila di selenggara dengan betul.

Mat berkata...

@a.a

kau setaju tentang lokasi tu sebab kau tahu risiko dia. Ok. Mana lagi nak letak? Tasik chini? Kemudian air tu kemana?

Rakyat pahang tak tolak teknologi. Tapi rakyat pahang tolak korupsi. Pemimpin setuju bina sebab dana. Berapa banyak dana kemudian kira semula berapa tinggi korupsi pemimpin?

Buat stadium, stadium runtuh. Buat jambatan, jambatan retak.

Cukup la kilang kertas MNI dekat mentakab. Kampung aku.

Aku rakyat pahang tetap tolak kilang lynas. Bukan atas dasar tolak teknologi, tapi untuk rakyat.

Hazirah Kamal berkata...

tak ada rare-earth industry, saya tak boleh baca lensarosak?

fine, fair enough. please just proceed.

saya terlepas pandang 'benefit-benefit' yang ada.

tapi you know how things work here.
mereka pilih malaysia. mereka dikecualikan cukai ( 12tahun weyh!). radioactive waste yang ada, is ours. they refused to take them back. kita yang kena handle.

kat mananya untung kita? bukan kerajaaan. tapi kita, rakyat marhean negara yang bernama Malaysia.

orang kata, penyakit yang ada (dengan penyelenggaraan) berkaitan bukit merah masih tak jumpa-jumpa ubatnya, kita ambik risiko baru. yang lebih bahaya.

ape benda?

karl berkata...

bala jangan ditempah.

banyak lagi cara lain yang kurang berisiko kalau nak tingkatkan ekonomi.

AlexiaAqram berkata...

@mat

pelupusan bahan kimia bukan sesuka hati campak ke sungai. ada tempat khas di negeri sembilan untuk lupuskannya. pihak kilang bukannya bodoh nak cemarkan alam sesuka hati.

sekarang kau masuk korupsi, stadium runtuh (stadium tak runtuh, bumbung yang runtuh). well, mempolitikkan isu. aku tak minat nak membincangkan lagi.

@hazirah

fikir lah secara logik. waste yang ada takkan nak lynas ambil dengan mengangkut naik kapal laut? kita sendiri (malaysia) buka industry oil palm di indonesia. waste yang datang dari oil-palm industry adalah di bawah selenggara indonesia. itu semua biasa, SOP.

untung ada pada tenaga kerja. aku dengar 350 kerja kosong di buka.ok lah, sebab bidang rare-earth (fizik dan kimia) tak ramai berbanding bidang mascom, management dan social science.

untung pada teknologi, kewangan dan pelaburan jangka panjang. ia akan memecahkan monopoli China dalam rare-earth industri. sampai bila kita hendak mengimport?

kes bukit merah bukanlah kes besar. ia tidak seserius chernobyl.. walaupun 20 orang mati sekalipun dalam tempoh sepuluh tahun, aku rasa itu hanya lumrah. kalau nak bercerita pasal kematian, teruk lagi kematian bas ekspress yang 27 orang mati serentak satu2 masa.

@karl

semua bidang yang meningkatkan ekonomi ada risiko dik. even, jual beli pun ada risiko kena tipu, riba dan pembunuhan. ini semua normal.

Kentang_ berkata...

ekonomi lebih penting dari keselamatan. wahaha.

keuntungan satu pihak lebih baik dari keuntungan ramai pihak. wahaha.

bila sesuatu itu lebih selamat maka negara asal company itu prefer bina sesuatu itu di negara orang. wahaha.

ape-ape pon aku sayang awek-awek pahang. sekian sahaja dari kentang :)

Hazirah Kamal berkata...

ini pasal radioactive, tau. nak guna standard operating procedure??

This is second of such project in the world, China's the first. so yes, we take risk. big one. sampai bila nak bergantung harap pada China. right?

soalan paling asas, sebenarnya. apa sebab tak nak buat kat australia?

"it is a classic example of a polluting industry being exported to a developing country" - Gurmit Singh (an engineer and advisor to the Environmental Protection Society of Malaysia.)

kita boleh cari 350 peluang pekerjaan yang lain lagi. dan insyaAllah bukan ini satu-satunya industri baru yang boleh kita boleh bagi chance untuk develop in malaysia.

kalau ada lagi benefit yang memungkinkan rakayat malaysia menerima rare-earth plant di malaysia, saya sedia mendengar daripada panel-panel yang dilantik ( itupun dilantik selepas dah approve projeknya. duh)

As a citizen, I want proof that it is safe.

bukan, " sikit je pun radioactive yang ada. kiat boleh handle". you can't even convince a 6 year old like that, mind you.

Kentang_ berkata...

tu pasalla. lawak tahap plawok plawok plawok kot alasan 350 kerja kosong exchange for radiasi. Memang berbaloi! Ini tahap minda kelas 0.5. wahaha.

Eloknye sape yang sokong tu cuba pindah rumah kat sebelah kilang tu. baru nampak kesungguhan menyokong. tapi nanti takot takde orang nak dipersalahkan pulak sebabnye yang duk sebelah kilang tu semua dah... wahaha. My sock lost (pronounce dlm bhs klate) betol mereka-mereka ini.

AlexiaAqram berkata...

apa masalah dengan radioactive? masalah terdedah dengan isotop? beb, kau pegang telefon bimbit, sudah ada kesan radioaktif. kau pegang komponen komputer sudah ada radioactive.

eh, kenapa kau tak mati sebab pegang telefon bimbit ha?


OMG! aku berdebat dengan golongan sastera kah ini?

polluting industry? ceh, industry mana yang tiada polluting? habaq mai kat aku? buka kilang makanan pun ada polluting, tahu? buka pasar malam pun ada pencemaran. dasar engineer dah kena suap dengan media. fak betol.


takpayah pindah. aku sendiri akan mintak kerja dengan lynas. puas hati?

karl berkata...

memang la risiko ada dalam semua bidang ekonomi.

pepatah Cina, kalau terpaksa pilih dua benda yang mudarat, pilih yang paling kurang kesan mudarat.

rare earth mining yang membimbangkan, hasil toksik kilang tu. uranium, thorium yg merupakan sisa radioaktif. belum masuk lagi sisa asid hasil buangan proses rare earth tu.

bidang logam & galian ni bukan bidang aku, tapi aku tau rare earth, lombong atau kilang kesannya tak baik pada alam sekitar. Kewujudan kilang tu nanti akan menghasilkan toxic dump di kawasan sekitar.

Ambil je iktibar Love Canal - perumahan yang dibina di atas tapak buangan sisa toksik. Perkara tu tak mustahil berlaku kalau kilang tu diteruskan di Kuantan.

Senang cerita, kalau diberi rumah percuma duduk bersebelahan kilang rare earth, aku tak sanggup duduk kat situ.

Tak tau la pada orang yang menyokong kilang tu, mungkin dorang tak kisah kot.

AlexiaAqram berkata...

karl, kau sebagai pharmacist harus juga sedar bahawa handle bahan2 kimia itu berbahaya bukan? kimia dan pharmacist lagilah sentiasa seiring.

let say satu benda, drugs. why secara general drugs adalah musuh negara, tetapi dalam perubatan ia dijadikan bahan perubatan? morphin contohnya.

aku rasa jawapannya satu saja. sebab drugs itu di guna dengan betul.

sama macam bahan2 radioaktif. ia berbahaya. tetapi, ia tidak berbahaya jika ia diguna dan diselenggara dengan betul. malah bermanfaat.

aku taklah expert in atomic. tapi, taklah sebodoh sangat untuk nak fikir asal sebut radioaktif, maka terus tuju kepada bahaya. itu menyalahi pemikiran ahli sains macam kita.

marie curie sakit bertahun kerana radiasi kerana leukemia. eh, tapi kenapa dia dapat anugerah nobel ha? sebab dia tahu, bahaya dan kematian itu cycle of life. tapi exploration dan development juga penting untuk memberi kesedaran dan membuka kajian ilmu terus kepada generasi akan datang.

Mat berkata...

cis. Aku terlepas.

Ok. Kau mengelak bila ada point 'mempolitikkan isu'.

Tengok saja komen kau. Ini bukan masalah orang yang cuma tahu 'radioaktif itu bahaya', masalah besarnya kilang nadir bumi tu sendiri.

Jarang aku tengok komen pembaca kau yang membangkang cakap-cakap kau.

Isu ni femes dan ramai yang tolak. Tiba-tiba kau datang dengan idea teknologi yang menyokong. Heh!

Aku pun selalu setuju dengan kau. Bila aku setuju aku diam.

Pada aku, isu ni tak lari dari politik. Kau tak boleh mengelak. Haha

Mat berkata...

Ini power... Ini power...

http://ariffshah.com/malaysia-kilang-lynas-najib-razak/

AlexiaAqram berkata...

apahal nak kait komen pembaca yang jarang membangkang? semua orang ada pendapat masing2.

heh.

terus-terang kau tak melihat penuh entri aku dengan jelas.

aku cuma nak cakap. gebeng tu kawasan perindustrian. meletakkan kilang di kawasan perindustrian pun orang nak bising. aku rasa kelakar.

oklah, orang nak bising. kita pindahkan kilang itu ke tempat yang lebih jauh. letaklah di kawasan belukar muadzam shah ka. kawasan yang jauh dari penduduk. pun orang bising. kali ini dengan alasan environment.

kes bukit merah. kau tidak nampak penjelasan aku. kau kena tahu kilang nadir bumi di bukit merah mula beroperasi tahun 1982. di waktu bukit merah sendiri bukanlah kawasan berkepadatan penduduk macam sekarang. tiada lebuhraya utara selatan. tiada lake town resort. memang kilang tersebut dibuat jauh dari penduduk.

tahu tak bila orng mula bising dan komplen mengenai kilang tersebut? 10 tahun selepas itu! apabila bukit merah mula ada taman perumahan.

well said, kerajaan prihatin. pihak kerajaan lihat dengan perkakasan tahun 1982 untuk handle radioaktif, dan di tambah dengan jarak perumahan dan kilang makin dekat (baca : rakyat semakin ramai). kilang tersebut perlu di lupuskan kerana sudah tidak releven.

bagaimana radiasi boleh terjadi sampai melibatkan kematian?

ia berlaku sewaktu kerja2 pelupusan loji, dan tapak pelupusan. benda itu sememangnya tidak boleh di elak! sebab apa? teknologi 1992 dalam pelupusan radioaktif di malaysia tak cukup bagus. tapi, tidaklah sampai ke tahap terlalu teruk.

jadi, berlaku lah sedikit pelepasan radiasi (tapi tidak banyak). dan sampai sekarang, walaupun tapak kilang itu sudah di ratakan, masih ada radiasi. dan kerja pelupusan masih berjalan sampai sekarang di bawah GSM consultant dan di selia kerajaan.

as well, aku lihat ada komitment kerajaan. tidaklah kerajaan berlepas tangan. tidaklah berlaku korupsi ataupun kelalaian yang terlalu memudaratkan.

35 orang mati dalam tempoh 10 tahun. dem. kalau ada orang persoalkan macam kelakar. macam tak dapat terima dengan cycle of life. takdir tuhan. lainlah kalau 35ribu mati dalam tempoh 10tahun. itu lain cerita. aku sendiri akan tentang.

untuk lynas. aku yakin dengan teknologi kawalan radiasi yang sudah maju. perkakasan yang baik. tiada masalah langsung untuk di buka di gembeng sebenarnya.

blog arifshah tu aku rasa lagi bertambah kelakar. alsan yang dia beri ialah hebahan yang tidak cukup kepada rakyat. lol. benda ni ramai golongan professional sudah tahu sejak 5 tahun lepas. sekarang ni, sama ada rakyat tak tahu atau rakyat tak ambil tahu masa 5 tahun lepas?

lepas itu menyentuh 350 orang pekerja diambil tak berbaloi. lagi lah kelakar. ini kilang nadir bumi. bukan kilang OPERATOR PENGELUARAN.

bab pengecualian cukai itu aku setuju untuk di kaji balik. sepatutnya cukai harus berjalan apatah pula melibatkan syarikat luar.

pasal waste yang di sebut oleh menteri australia. itu tiada masalah. kan aku dah cakap, takkan nak angkut waste tu naik kapal laut hantar ke australia? gila!

bab lokasi. ia boleh di kaji macam yang aku dah sentuh sebelum ini.

dan bab denda pun boleh di kaji semula.

jadi kesimpulannya, apasal perlu kait dengan politik kalau masih ada ruang untuk di kaji?

fikir2kanlah.

Kentang_ berkata...

haha. bila tak boleh menjawab maka attack peribadi OMG aku bercakap dengan orang sastera. wahaha. ini sangat lucu. memang dasar blogger clown.

aku tahu ko amik pure fizik dalam degree, tapi ko pulak rasa macam ko sorang budak sains. wahaha. Aku pulak rasa ko budak sains untuk exam or budak sains tak abis mengaji.

ko cakap semua benda ada radiasi? nah! ambillah kalau nak menang sangat kn? tapi radiasi ade tahap dia. Sinaran ade tahap dia cth alpha, beta dan gamma. so, bila part henfon yang ada radiasi memangla tak mati, tapi cuba ko pegang uranium tak pun cukupla thorium (yang lynas kesayangan ko nak buat tu), aku nak tengok ko mati ke tak. ape yang aku nak sampaikan adalah kekuatan radiasi tu. yes! macam drug dalam perubatan yang ko cakap tu. bila dos yang menepati maka boleh jadi ubat kalau dos terlebih maka jadi racun. sama dengan hal ini. Bukannya selengara dengan betul tapi lebih kepada dos.

Dan aku faham orang macam ko memang ade benda nak putar dan putar, kalah sini attack sana pulakkn? tp, ini kelebihan ko iaitu maharaja lawak versi blog. ape-ape pun keep it up. wahaha.

lastly, aku kagum dengan determination ko nak prove ko sokong tu sampai nak apply kerja kat Lynas. Terbaik!

AlexiaAqram berkata...

heh.

takkan nak mengalah sampai nak bagi aku menang? lepas tu kata aku putar belit?

radiasi memang ada tahap. thorium pun ada tahap. 2 persen. itu pun dah cukup buat kau mengamuk dan merapu tak tentu pasal. lol!

timm berkata...

apedehal?

Alexia Aqram babi! berkata...

For hazirah kamal, kentang and mamat. - korang tak yah nk bg pendapat kt owner blog ni. Sebab dia rasa dia sorang je betul. Aku gk dlm sume post dia kt dlm blog ni if ade org komen x sependapat ngn dia tak ley nak terima. Dia sorang je tau pasal LYNAS ni. So diam je. Dia 'paling pandai' kat sini.

Republic Aku berkata...

kalau sengaja tak mau faham memang susah....biarkan lah...aku setuju dgn kau punya hujah2...

Fahmi Mahat berkata...

pd
1)annoymous referred as Alexia Aqram Babi,
2)Kentang
3)karl
4) Hazirah Kamal

..

a)alahai, bai. clichenya.
Ryan watever tu cakap Melayu je, kita semua da emosional. Ce rasional sikit... korang tak nampak ke ada unsur2 suggestion yang ditambah dlm video klip tu?

b) thorium + uranium tu bukan byproduct, tu semua product dari pemprosesan atau extraction , akan diguna dalam teknologi nuclear tu. di Pahang terlalu banyak mineral2 aneh yang kita belum tahu selain bauksit + aurium (emas).

c) mende takde masalah la klu

i : boleh alihkan ke tempat yang tade orang35km radiusnya. I say pulau is good. Pulau buatan pun xpe.

ii : bina reaktor dgn bahan yg cukup dan telus, bkn mcm isu JKR dulu2 (smpi skrg ke? tah), bajet RM16 juta, tp orang bingai pun tau tengok bangunan kos RM 1 juta pun tak sampai. Barulah tak bocor

tu jek.
At least Alexia Aqram sedar apa yang dia cakap.

Lagipun kita kan buka blog untuk bincang2 mende gini.

taktau la klu uols2 semua buat blog sbb kejar BE ke ape..

peace.

yang sentap jap baca komen tak brp rasional sebab dia pun ada wat entri gini gak,
FahmiMahat