Mei 15, 2011

Permintaan Perempuan

Ada banyak permintaan yang aku dapat dari pembaca-pembaca blog aku ini. Terutamanya dari perempuan-perempuan yang asyik kena game dengan entri-entri aku mengenai perihal perempuan, aurat, tudung, tafsiran dan sebagainya. Jadi, kali ini aku rasa ringan tangan untuk menaip bagi menjawab beberapa persoalan dari perempuan-perempuan yang selalu mengajukan pertanyaan pembalasan mengenai beberapa tabiat dan perilaku lelaki.

1. Lelaki berseluar pendek, three-quarter, tidak menutup aurat.

Well, aku memang tak nak cakap banyak pasal aurat lelaki yang memang dah terang lagi nyata bahawa paras aurat lelaki adalah dari aras pusat sehingga ke lutut. Jadi, memakai seluar pendek, akan menampakkan sebahagian peha. Tak gitu? Tapi, aku nak bertanya satu soalan, kenapa Tuhan cuma settingkan aurat lelaki sampai ke tahap itu SAHAJA ha? Kenapa tidak lelaki itu auratnya sama macam perempuan yang meliputi 98% tubuh badan?

Biar aku jawab dari pandangan aku, bagi aku, ini kerana aurat itu sebenarnya berfungsi menutup kemaluan dan menutup bahagian tubuh badan yang memalukan. Pegang ayat ini. Menutup bahagian tubuh badan yang memalukan. Terus-terang bahagian lelaki yang memalukan ialah bahagian penis. Aras pusat sehingga lutut sebenarnya jelas untuk menutup bahagian penis. Kerana apa? Kerana itu adalah kemaluan. Tak payah lah buat soalan bahalol tanya lagi kenapa kena tutup. Lelaki tidak seperti perempuan, di mana perempuan mempunyai perasaan malu yang kuat secara semula jadi. Kedua, tubuh badan lelaki tidak seperti perempuan, di mana tubuh badan perempuan mempunyai tarikan kepada nafsu yang kuat.

Baiklah, contoh diberi ;

Seorang lelaki memandang betis perempuan, secara umumya lelaki tersebut akan berkata ;

"Peh peh peh, betis putih gila babi. Fewiitttt!"

Tetapi, seorang perempuan memandang betis lelaki, secara umumnya perempuan tersebut akan berkata ;

"Betis macam orang utan, penuh bulu. Yucks!"

Di sinilah perkara yang membezakan secara rawak untuk di jadikan pokok penting kenapa aurat lelaki hanya pada paras pusat ke lutut. Kerana mudah, tubuh badan lelaki, walaupun six-pack macam mana sekalipun, secara rawaknya, perempuan akan memandang dengan... biasa. Melainkan kalau perempuan itu gila seks. Itu cerita lain. 

Oh ya, aku juga dapat feedback yang mengatakan, terdapat ramai juga perempuan yang sukakan lelaki berseluar three-quarter. Katanya, nampak smart. Jadi, kira okaylah. Bukan nampak seksi pon. Nampak smart tak mendatangkan nafsu ghairah bukan?

Ironinya, bagi aku, seorang lelaki yang memakai seluar pendek untuk bermain bola, tidaklah terlalu mengujakan bagi perempuan. Tidak seperti perempuan yang memakai hot-pants, itu memang banyak mengujakan lelaki. Orang perempuan secara amnya, akan teruja bila memandang bahagian penis lelaki, sebab itu ia di wajibkan bertutup. Tapi, menurut kajian yang aku dapat dari beberapa pakar, tak semestinya semua perempuan berasa teruja, ada setengah dari mereka sebenarnya merasa takut. Sebab besar sangat, mungkin?

2. Lelaki yang menonton porno, melayari laman lucah

Aktiviti menonton porno bagi lelaki sebenarnya mempunyai pelbagai pendapat yang bercanggah. Selalunya, sebelum ini aku sering merujuk kepada lelaki yang berkahwin dan belum berkahwin. Di mana, yang sudah berkahwin, peratusan untuk mereka menonton porno adalah kurang, manakala yang belum berkahwin pula peratusannya tinggi.

Kawan-kawan perempuan aku mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza dalam hal ini, mari kita dengar apa pendapat mereka.

"Berdosa lah lelaki menonton porno, haromm", kata Syuhada.

"Memang salah, tetapi kalau fikir balik, lelaki yang tidak tertarik kepada porno, atau perempuan, ternyata lelaki itu ada 'masalah' serius", jawab Yati dengan serius

"Ala, apa nak heran, lelaki sekarang memang normal menonton porno", bantah Amy dengan tegas.

"Aku kurang pasti, tetapi kalau sudah menonton porno, memang aku kensel untuk jadi boyfriend aku", bisik Erma dengan perlahan.

Baiklah, jika di lihat dari pendapat-pendapat tersebut, terus-terang aku nak katakan bahawa, porno merupakan sesuatu virus. Sebuah virus yang telah menjangkiti ramai lelaki tanpa di sedari. Pada kitaran era kini terutamanya untuk pemuda-pemuda Melayu, aku lebih suka katakan ia masih pada peringkat terkawal. Ia masih boleh di ubati dengan jalan yang paling mudah, tetapi telah di susahkan oleh tradisi. Lain tak bukan sebabnya ialah perkahwinan. Jadi, untuk mengubat porno, atau senang cakap untuk mengubat virus lelaki yang kerap melancap di bilik air, depan komputer, atas katil dan sebagainya lah, silalah berkahwin. Gerenti terpadam virus itu secara makroskopiknya. Jadi, dah tak reti-reti nak turunkan harga mas kahwin, cincin dan hantaran kahwin?

3. Asyik kondem cerita blog perempuan attention whore, blog lelaki berpolitik tak nak kondem?

Haha, soalan ini adalah soalan yang paling aku suka. Thumbs up! Pendapat aku mudah saja, politik itu adalah tempat paling najis. Najis berat. Dan ya, sebenarnya banyak lelaki yang suka bermain dengan najis. Kerana apa? Kerana najis itu menyeronokkan. Umpama najisnya perempuan bukan muhrim untuk di setubuhi, tetapi tetap banyak lelaki sentuh. Umpama najisnya arak dalam minuman, tetapi terus terang aku cakap memang banyak lelaki yang menogaknya secara kerap. Tetapi, kadang-kadang pelik juga. Perempuan nak, arak layan,  cuma bila sampai ke bab makanan, tau pula bertanya halal ke haram? Keji sungguh.

Politik itu menyeronokkan dan sering membuat ketagihan kepada sesetengah lelaki. Ini terjadi kerana sifat lelaki yang semula jadi ada sifat seorang ketua. Keras kepala, ego, selalu nak menang dan hati kering. Orang perempuan secara rata-ratanya tidak akan memahami citarasa orang lelaki dan permainan orang lelaki dalam politik. Mereka tidak akan faham dan kebanyakkan dari mereka aku jamin sering terpengaruh dengan politik dari seseorang lelaki. Orang lelaki yang menceburi politik, ada gaya yang ramai orang akan respek. Tetapi, bila perempuan menceburi politik, terutamanya di Malaysia dan orang Melayu, kecik-besar-kecik-besar saja masyarakat akan pandang. Sama pandangan seperti memandang Rosmah Puaka misalnya. Kan?

4. Lelaki berperangai puaka.

Puaka di sini ada dua perkara. Puaka yang menyebabkan orang lain ketawa dan puaka yang menyebabkan orang lain rasa marah. Jadi, tak perlu aku hurai panjang-panjang. Faham-faham sendiri sudah lah. 

5. Mana nak cari lelaki yang soleh lagi di zaman kini?

Soalan ini aku klasifikasikan sebagai soalan orang-orang lembab. Tanya lagi mana nak cari lelaki soleh buat apa? Kau takkan dapat kalau kau tak tekan pangkah belah kanan atas, tekan start, choose shut down, pergi bilik air, ambil wudhu, ambil telekung, solat, dan pergi ke masjid. Nah, di masjid lah kau akan jumpa lelaki soleh. Bukan di alam internet. Alam internet ini hanya di penuhi lelaki-lelaki average yang masih mencari hala tuju. Lelaki soleh, jarang melayari internet. Terus-terang aku cakap. Jadi, apa tunggu lagi?


Itu saja coretan aku kali ini, semoga memberi input. Chalo, assalamualaikom!

20 ulasan:

afrohead berkata...

part turunkan harga mas kahwin, cincin, dan hantaran tu memang aku setuju sangat-sangatlah.

dan untuk tajuk nombor lima, cun. tepat di muka.

Nadia Zuhaida berkata...

suka penulisan u. :))

Amiey White berkata...

no 1 tu betul la , perempuan yang bernafsu tengok lelaki masalah tu hihi

pape pun last no 5 sokong sangat2 , dem ! =.="

Farhan AJ berkata...

nombor 5 tu terbaik bro !!!!

Fariq berkata...

beo button like yg dulu mane.. hohoho... thumbs up..

zt-zati berkata...

lme gle xmsuk blog ni..
dah lain da..
~but, still love with pe yg u kata..
totally agree..

Nobita Sensei berkata...

Kadangkala makwe-makwe kat kampung panggil gua Ustaz Amirul.

Orked Desa berkata...

nah padan muke...muahaha...wpun orked ni pompuan tp agak setuju la dgn entry kali ni... :)

Tanpa Nama berkata...

jadi perempuan yang soleh pun jenis yang jarang melayari internet lah kan?


:(

Tanpa Nama berkata...

Gua pa da heran lu nak komen ape?

Jemari MonteL berkata...

takde button LIKE seratos kali ke???

Kembali Senyum berkata...

jangan tanya nape lepas ni ramai pempuan g masjid. heh heh

nas berkata...

likes sangat!!!!
keh3..
eik.. muke rosmah.,,
akakkaa

EdNa berkata...

Pergh~Terbaik part terakhir.
Tapi x semestinya juga kan? :)

ika~~ berkata...

aku perempuan yang sukakan lelaki berseluar three-quarter.nmpk macho.keh keh keh.

eyka berkata...

gua suke entri ni! :)

eiffel berkata...

hey gwa suka entry ini!jujur dan telus!!!

*cimOt* berkata...

heheheh..sonang jo jawapan nye..poi masjid la en~~

timm berkata...

no 5 terbaik!

Tanpa Nama berkata...

sdah trang lg bersuluh siap pengakuan brani mati dr kaum ADAM yg lalaki2 yg mngadap internet x bleh pkay....huhuhuh