Jun 24, 2011

Ini Mungkin Artikel Politik Terakhir Untuk Minggu Ini.

Kehidupan aku sejak menetap di rumah baru telah menyebabkan aku secara nak-taknak kena berhadapan dengan orang-orang politik. Orang-orang memperjuangkan ketuanan Melayu. Euuww, lame gila dengan perkataan ketuanan Melayu. Aku rasa, Malay Dominance lebih tepat. Bila masa entah Melayu menjadi ketuanan? Yang banyak jadi askar dalam hutan pun Melayu juga. Bersusah payah di dalam hutan sebegitu, layak ke jadi tuan? Tak lupa juga berlingkungan dengan golongan-golongan yang tidak berpuas hati kepada kerajaan. Semua ini aku kena hadapi sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Aku pernah bertanyakan seseorang yang lebih tua dari aku. Telah berkecimpung dalam politik selama dua dekad. Kini menjadi Ketua Perkasa di sebuah daerah. Hendak menceritakan bagaimana aku boleh bertemu dia, mungkin terlalu panjang. Cukuplah untuk aku katakan bahawa hanya hubungan dia sebagai pelanggan dan aku adalah pekedai.

"Berapa lama PM Najib boleh menjadi Perdana Menteri?"
"Sampai dia mati, tapi tak lama."
"Eh, kenapa pula?"
"Sebab Najib ada leukemia. Itu adalah penyakit keturunan. Lihat bapa-nya. Lihat adik-beradiknya."

Aku kaget juga dengan jawapan sebegini sebab aku tak terfikir pun bahawa kematian adalah penamat sebuah pemerintahan. Ini kerana, dek terpengaruh dengan propaganda ketidakpuashatian dari sebelah pihak. Aku merasakan tamatnya pemerintahan seseorang pemimpin selalu di gembar-gemburkan dengan rampasan, perhimpunan, pilihanraya dan tak lupa juga konspirasi. Tapi, kita sering terlupa bahawa kuasa pemerintahan itu tidak seratus peratus di tangan kita secara hakikatnya. Ia juga datang dari kuasa Tuhan. Aku percaya itu.

Kiranya, aku mengandaikan. Jika kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang tidak bagus, mungkin kerajaan ini akan di tumbangkan sejak lama dulu dengan kuasa dan izin Tuhan. Mungkin sejak zaman Perdana Menteri pertama yang di khabarkan suka bermain mahjong atau zaman Perdana Menteri keempat yang di katakan zalim seperti Firaun. Tapi, pejam-celik. Eyh, sehingga kini kita masih di bawah Barisan Nasional. Ternyata, kerajaan ini masih lagi bagus dan boleh di harapkan. Jadi, aku chill saja tanpa banyak soal. Yang tidak betul macam tuduh sekolah Maahad latih pelajar jadi penggans, kita kritik lah. Itu saja.

Ini berbeza bila aku bertanya dengan Ketua Pemuda sebuah parti bercapkan dua bulan sabit di sebuah daerah.

"Berapa lama PM Najib boleh menjadi Perdana Menteri?"
"Ahhh, kau tanya aku soalan macam ni, kau memang pencacai umno, esok juga pakatan bla bla akan tumbangkan Najib dengan kroni-kroni bangsat diorang. Duit semua dapat kat depa..bla bla bla..rakyat susah...bla bla bla.. harga barang naik..bla bla bla.. aku nak pergi perhimpunan bersih.. bla bla bla.. pilhanraya tak adil..bla bla bla..bertaubatlah!!"

Nak kata kaget pun bukan, terkedu pun bukan. Aku hairan. Ya, kehairanan. Mengapa? Mungkin kamu boleh fikirkan sendiri.

Lalu aku hilangkan pengalaman peristiwa yang membuatkan aku kehairanan ini dari fikiran. Sebab aku tidak mahu pemikiran aku terganggu dengan emosi. Seperti kau melayan pengomen-pengomen yang membuatkan kau hairan dengan komenya. Berbaloikah? Jadi aku lupakan dan pekakkan telinga.

Aku beralih kepada soalan lain. Aku bertanyakan hal ini kepada seorang cikgu. Khabarnya dia ketua Pekida di daerah tersebut. Cuak juga aku. Kerana di katakan Pekida adalah sebuah pertubuhan bersifat gangster yang terlalu Melayu. Tapi, aku mula tidak cuak bila kita dekati orang seperti dia. Berbual-bual dengan baik. Tidaklah menakutkan mana. Oh, mungkin sesiapa yang pernah mengikuti penulisan aku, mungkin pernah ingat dengan nama Cikgu Hamid yang pernah aku sebut sebelum ini. Orangnya biasa saja. Tidaklah memandu BMW ataupun Toyota Vios. Tak berlagak, hisap rokok Dunhill merah, sering berbaju pagoda. Cuma, memang sering bersalam buah naga sajalah. Heh. Tapi, tak pula aku nampak rantai-rantai di leher atau tangan. Tak pernah pula aku dengar dia berbual dalam telefon mengenai tender kerajaan berjuta-juta. Yang aku tahu, asal ada perempuan Melayu kena histeria, mesti panggil cikgu ini untuk setel-kan. Power betul cikgu ini. Tak padan malam meniaga jual satay, petang-petang jadi refree bola pula.

Dia tahu aku seorang anak muda yang menolak demokrasi dan sering mengkritik kerajaan masa kini. Lalu, aku tanya dia.

"Muhyiddin Yassin kalau jadi PM, ramai orang suka tak?" 
"Ramai orang tak suka, tapi dia ada karisma" 
"Karisma macam mana tu?" 
"Karisma ini ialah sumbangan seseorang kepada masyarakat. Semua orang boleh menjadi ahli politik dan pemimpin, tapi tak semua dari mereka boleh menyumbang kepada masyarakat. Sumbangan seperti usaha dia mendirikan masjid, bantuan kepada orang-orang susah, jalan raya, padang bola sepak dan sebagainya yang baik berkaitan kemasyarakatan . Itu-lah karisma. "

Jawapan ini membuatkan aku terfikir sejenak. Adakah aku pernah menyumbangkan sesuatu yang baik untuk masyarakat? Aku mencari-cari. Sejak dari perbualan itu aku bertekad untuk mencari jalan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Walaupun tidaklah mungkin aku akan menjadi ahli politik dan pemimpin, kerana aku tidak terlalu berminat. Namun, aku perlu sedar bahawa mempunyai karisma itu perlu kerana isi dalam karisma itu berpahala dan baik untuk di kongsi bersama. Lalu, aku menggiatkan Terfaktab agar menjadi lebih menyumbang sesuatu kepada bermasyarakat. At least, aku berasa lega hati bila ada seorang pembaca yang membaca penulisan aku terus sedar, lantas memutuskan hubungan dengan teman lelakinya kerana teman lelakinya suka mendera. Itu adalah sumbangan bukan? Dan ada juga pembaca yang merasa terubat dan lebih yakin diri setelah membaca penulisan cinta aku selepas baru bercerai. Itu juga sumbangan bukan? Aku hanya mahu menghiburkan orang dengan penulisan di samping memberi sumbangan yang mungkin tak seberapa untuk di kongsi. Itu sahaja. Tak lebih, tak kurang. Dan memang aku berharap, Terfaktab akan lebih ke depan dalam isu membantu masyarakat dalam skop percintaan. Optimis.

Maka, kamu rasa jika aku tanyakan soalan yang sama iaitu "Muhyiddin Yassin kalau jadi PM, ramai orang suka tak?" kepada Hishamuddin Rais, agak-agaknya dia akan jawab apa?




KAH KAH KAH....KAH KAH KAH..  (mungkin ini jawapannya)



Sekian,
Chalo, assalamualaikom!

22 ulasan:

Hellioz berkata...

lawak la kimak

hahaha!

AlexiaAqram berkata...

woi woi woi!!

hehehe!

Raksasa Jahat berkata...

babi tol haram aku tak paham. politik jadah apa ni? haha sory tak amek pot.

AlexiaAqram berkata...

sekor lagi datang dahhhh.

Mat berkata...

inche, serius beno gayenye.. Haha.. Cikgu hamid.. Cikgu hamid..

Encik Amie berkata...

hahaha..ini sangat nice bro.

Miscellaneous Smiles berkata...

tggu sy jdi PM..

HEHEE~~ TERINGIN =p

pyahnakmat berkata...

aku tak la expert mane tentang politik ni . bagi aku , memang la nampak BN kukuh . masih memimpin sampai sekarang . itu sebab dia kuasai media . kalau perasan negeri yg BN ta kuasai mesti banyak kuar berita masalah sosial lah . masalah infrastruktur lah . nak menang undi . ye , dunia tak adil .

eira sakura berkata...

penipuan 2 prlu klu dpt menyelamatkan org..
kite bkn malaikat boleh bckp benar setiap ms..
Alhamdulillah kite hdp di Malysia ni aman n damai even tlalu byk PATI kt mne2 jer..
erm,boleh laa~~
woi,pe2 pn aku bsyukur giler..
xkisah la politik cmner pn..aku pn mule2 xmnt gak nk cmpur hal2 cm gni..
tp suara kite ni la akn jd pnentu pmeritahan negara 1 ms t..
nk2 pulak t akn de parlimen utk belia..
ha,lyn ler kerenah kite2 ni smua..
muahahahahahahahahaha.....
pe sumbangan aku pd masyakat??
aku mngajar tarian pd gadis2 supaya dorg x tjebak dgn aktiviti so sial..
2 sumbangan jugak kn??
huahuahuahua..

ekjozbuluh berkata...

rasanya wt design pn sumbangan jugak,kn? ce tny klu aku jd PM? ha3...dek kerna kjaan skg le aku hidup senang, syukur...klu bwh depa, xtau le...huh!

Katak Hijau berkata...

Muammar Gadaffi pun dulu lama memerintah, baikkah dia?

Baguslah Cikgu Hamid macam tu. Baru selari dengan nama pekida. Yang masalahnya bukan org2 tua bro, yg muda2 agas tu. Dia join, ingat pekida ni organised crime ala2 mafia. Patut diajar sikit.

But politics aside, terfaktab memang terbaik la. Teruskan berjasa kepada remaja2 mabuk cinta dekat Malaysia ni. Hahaha.

Zulfikar Hazri berkata...

Katak : salahudin al ayubi pun tidak lama memerintah, jahatkah dia?

Katak Hijau berkata...

Zulfikar: HAHAHAHA. Jangan guna arguement tu balik dekat aku. You're missing my point. Aku cuma apply logik 'lama memerintah=baik' dekat atas tu. Bagi aku lama ke sekejap ke, bukan jadi pengukur kehebatan pimpinana seseorang. Itu je.

afrohead berkata...

ending entri ni part Hishamuddin Rais tu serius WIN. haha.

free compass berkata...

di malaysia kalu nak jadi PM kena ada penyakit kronik.

RepublicAku berkata...

lembut betul nada kau kali ini...bosan mungkin.


jangan jadi singapura sudah!

Orked Desa berkata...

x bleh blah ko gi tnya si tukar tiub tuh....kah kah kah la dpt kat ko....

TheBentPencil berkata...

pegangan politik kamu menyebabkan kawan saya tak suka blog kamu.

tapi ia juga menyebabkan saya lebih respek pada kamu.

kihkih

tak kiralah inept macamana pun orang claim BN ni (ya, dia ada loophole, epicfail sana-sini jugak). tapi at least tugas-tugas asas sesebuah pentadbiran negara jalan jugak.

so far, takde geng2 kongsi gelap tembak2 org di jalanan seperti di Mexico atau daerah yang terbiar tanpa bantuan sewajarnya selepas bencana macam di Haiti. Amerika? nah, hebat mana negara itupun, government shutdown juga, penangguran masih berleluasa, potong bantuan kesihatan dan pendidikan rakyat. nak macam tu? fikirkan.

ya, kalau anda tanya, saya neutral. saya pun nyampah jugak tgk muka Najib depan TV hari-hari.

Nad Izza berkata...

Salam'alaykum wbt...

Pandangan yang boleh diterima tanpa perlu mengutuk siapa2. Post yang bagus. d(^_^)b

fais berkata...

tidak ada kerajaan yang kekal di atas muka bumi ini.. lihat sahaja di kota konstantinonpel.. dulunya diperintah kafirun.. kemudian dirampas sultan al-fatih.. kini jatuh semula.. tapi janji Allah.. pada hari kiamat.. Islam akan menang.. sekian :)

kaoo9 berkata...

akulah Hishamuddin Rais :

"KAH KAH KAH KAH"

sengal lah kau aqram.

Onez Makio berkata...

ternyata stylo....x dpt dsangkal ag..