Jun 01, 2011

Kuda

Kalau kamu ada masa-masa terluang dan terbuang. Tiada kerja contohnya. Nak membaca blog aku, taip sahaja perkataan 'lensarosak' di papan kekunci enjin pencarian Google. Kamu akan menemui pelbagai link ke blog aku dan banyak blog lain yang review mengenai blog aku. Seperti contoh gambarajah di bawah.


Kamu akan lihat pada tempat pertama akan tersiar pautan yang tepat ke blog ini. Namun, pada tempat kedua dan ketiga malangnya ia tidak langsung releven. Kamu akan di bawa ke website yang di kenali sebagai PendekarBerkuda.

Aku kurang mengenali siapa itu PendekarBerkuda. Cuma seingat aku, dahulu dia pernah mengadakan satu review dan memberi komen secara tidak puas hati barangkali atas isu-isu yang pernah aku ketengahkan. Seperti isu FL (Fukimak Lancau bak kata Presiden Blogger, Mofasad) dan isu YZ (Xuxu Xabedah bak kata Setiausaha Diplomat Blogger, Ashraf Latif).

PendekarBerkuda bagi aku tak ubah seperti 'Just-Khai-Wannabe' yang lain seperti NazirulHazwan, FaizalFredley, FaisalAbdullah dan ramai lagi. Terima kasih kepada Ben Ashaari kerana mendidik ramai blogger sebegitu yang kini sudah seakan memonopoli industri blog zaman sekarang. Salah satu produknya ialah seperti yang telah aku ulas sebelum ini, mengenai beberapa penulis blog yang suka meniru-tampal (copy-paste) hasil penulisan penulis blog lain. Mejuez misalnya.

Aku kurang pasti mengenai cara PendekarBerkuda berkawan dengan penulis blog-blog yang lain. Ya, mungkin benar jika di katakan dengan gathering blogger dan kaedah-kaedah membuat video seperti 1tube mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama penulis blog. Namun, ia masih belum cukup meyakinkan buat aku dan rakan-rakan seperjuangan lain. Ini kerana manusia yang bergelumang dalam arena blog sebenarnya, tidak kita ketahui luar dalam, latar belakang secara penuh seseorang itu.

Kamu melihat yang baik di mata kamu melalui penulisan dan peramahnya. Tapi, itu belum tentu cukup untuk menilai perkara-perkara yang kurang baik terhadap dirinya di alam realiti, barangkali.

Itu sebab, aku masih setia untuk menjadi tidak berprofil. Setia untuk tidak menampilkan wajah secara besar-besaran. Mungkin sudah ada antara kamu yang sudah mengenali aku. Sudah berjumpa dengan aku. Sudah menelefon aku dengan suara-suara yang gersang. Ok, Itu cerita lain. Tetapi, aku yakin kamu mungkin rasakan yang aku ini hanya manusia biasa sahaja. Tak lebih, tak kurang. Tak tinggi, tak rendah. Cuma, aku optimis bahawa aku seorang yang agak kacak setelah ada beberapa orang mengatakan muka aku seiras Tizz Zaqyah. Ya, Tizz Zaqyah. Aku cukup hairan, namun aku masih berasa gembira. Terima kasih kepada yang memuji.

Kembali menyentuh hal PendekarBerkuda. Aku tidaklah mahu komen terlalu panjang lebar. Bagi aku, PendekarBerkuda itu kawan siapa di alam maya ini ya? Aku rasa kamu sudah cukup kenal. Kepada yang mungkin di tipu, kadang-kala aku hairan, apakah yang menyebabkan sampai di tipu? Kamu kekasih gelap dia kah? Maaf, mungkin aku sudah terlalu jauh. Tetapi, seseorang yang meminjamkan duit dengan sebegitu banyak pastinya bukan calang-calang orang. Mesti ada hubungan dekat barangkali. 

Banyak sungguh duit kamu. Aku rasa mahu meminjam duit kamu dan diri kamu sekali kalau boleh. Tapi, tidaklah aku guna duit itu untuk mencagar laptop atau menyalurkan kepada permainan mesin kuda. Paling tidak pun menyalurkan duit itu ke modal perniagaan menternak burung walit. Boleh pinjamkan aku RM1800?


p/s : Hehehe. Kemaen kan kau Aqram?

44 ulasan:

eszol raar berkata...

kemain

Nobita Sensei berkata...

Susah jugak berkecimpung dalam dunia pendekar ni ya..

qasehraihan berkata...

hahaha...kamu smpat ag wat klakar ye..

dia pandai main kata masa nak meminjam..
kalau lelaki pun ada yg tertipu dgn dia..apatah lagi saya..huh

arini sy lebih terkejut..
rupanya ramai lagi blogger lain yg dh tertipu dgn c kuda ini..huhu

kamu dh kaya kan? xyah minjam a..nanti kang kalah lak 'c pendekarpenghutang' tu..

Lucifer berkata...

perenggan ketiga terakhir meledakkan ketawa yang tak dapat ditahan. btw,


kepada QasehRaihan, saya nak pinjam duit awak juga.

Dawa berkata...

hehe nukilan ubat jiwa di celah kepanasan isu PTPTPTPN ini

bukanyayangyou berkata...

hi

AlexiaAqram berkata...

@eszol

mari kita main mesin kuda. hari ni gua letak 100. amacam?

@nobita

sebab itu banyak pendekar dan pencen.

@qaseh

haha. saja je. dari kamu panas hati. baik kamu cool. tunggu sajalah dia bayar. kalau nak paksa pun, dia memang takde duit nak bayar. apa gunanya? takkan nak suruh dia jual kuda2 belaan dia pulak. tal patut2.

@luc

ya, saya dan luc serius mahu pinjam. buat modal pergi stadium hujung minggu ini. hehehe.

@dawa

keh keh keh. depa semua yang review ni SERIUS SANGAT. rimas aku.

darxniq berkata...

wahhahahhaa....tergelak aku bace...btw..nice entry bro..

MOFASAD berkata...

Fukimak Lancau tu gua dah patenkan..

Faking Lensarosak

ok jugak


kah kah kah

afrohead berkata...

lepas habis baca aku terus tarik ke bawah mencari kalau-kalau ada komen dari qasehraihan. :)

JIJI YU berkata...

setau aku kuda kuat kentut..

bact. berkata...

kahkahkah
ini la permainan kuda tanpa faedah bulanan..

Mat berkata...

budak temerloh tu. Lu nak die ke bro? Haha

gua ingat nak review jugak la.

eszol raar berkata...

gua nak letak 100 mcm lu tapi gua kena pinjam dkt qasih dulu

dochi berkata...

nak try skali main mesin kuda ni .
macam best je makan duit haram .

kihkih .

Sembang Kemas berkata...

gua nak join main kuda jugak boleh?

sebab gua salute lu LR.

Sca Ndx berkata...

aneh mamat SEO pun mahu pinjam duit juga?

The Sharkox berkata...

pendekar kuda kayu..

AlexiaAqram berkata...

@sharkox

kuda kepang. cak pong!

@sca

itu yang aku hairan. mana dapat duit bayar domain? opsss.

@sembang kemas

uh, moh la sekali. kalau ramai sangat, kita main 2spade 3diamond.

@dochi

duit haram memang menyeronokkan.

@eszol

pastikan kau isi BORANG N dan BORANG J. serta cagaran laptop ya?

@mat

taknak lah gua. ingat gua lesbian ke apa?

@bact

faedah bulanan tinggi sangat sampai 30%. taukeh arak pun boleh muflis.

@jiji yu

kencing atau kentut?

@afrohead

dia ada, dia ada.

@mofasad

gua tak heran dengan paten lu tu. apatah lagi dengan perut lu. keh keh keh!

@darxniq

terima kasih.

@bukanyangyou

hi!

MOFASAD berkata...

fak!

♛ AR the annoying berkata...

Bheheh.kenapa aku rasa pendekar berkuda tu asyik nk bercerita pasal entri kau.

aku syak dia jatuh hati kat kau.
k bai.

AlexiaAqram berkata...

@mofasad

lol

@AR

dia tahu aku kacak? HAHAHAHAH!

y u y u Z u l a i k h a berkata...

rindu dak cengap... hmmm.. apesal unfriend ha???

Piah Becok berkata...

huaaaaa... nak pinjam jugak la.. eceh, tetibe je.. hahha.. tapi tang kacak macam tizz zaqyah tu memang buat pecat perut. hahaa

terbaru-->A FRIEND IN NEED let's.help -->WORDLESS WEDNESDAY #1 -->HAMBA ZAMAN SEKARANG: ulasan ringkas

AlexiaAqram berkata...

@yuyu

errrr. tiada komen. haha.

@piah

terima kasih kerana menyokong. hehe

Faizal Fredley berkata...

erkkk..bab nama gua tu aku kurang faham ler..hahahah...ape motip dia??

Republic Aku berkata...

tersenyum cuma...

AlexiaAqram berkata...

semua orang kecuali kau, yang komen kat blog aku ni, faham apa maksudnya FAIZAL FRED-LEYY.

sekian terima kasih.

! Nurida Ardy berkata...

Lucky...Aku tak kenal siapa PendekarBerkuda ini..huk
*seret jari ke google

Amy Wong berkata...

btw, 2 hari lepas baru gua google lensarosak sebab gua bosan gila masa dengar lecture ccna.

tup tup, keluar entry.

kefetulan betei.

keh keh keh

=_=

Fahmi Mahat berkata...

nais2.

(AA:tu je yang mampu kau komen, Fahmi Mahat??)

tu cuma ayat dlm kepala aku jek. aku yakin AA takkan cakap camtu.

kut?

hehe.

yang senada dlm entri ni lebih kurang,

FahmiMahat

p/s: Jom X Men 1st Class sok!

Zulfikar Hazri berkata...

UiiyYoooHhhHHh.....nasib baik aku tak penah pinjam duit kat org...

panik2.. takut bank nyamar jadi blogger, kutip hutang kad kedit... kakakakakakaka

Pedekar berkuda Pawned....

Pendekar Berkuda berkata...

okay...thanks untuk nasihat kau tu...

walaupun ada sindiran di hujung...

Act, laptop aku dah tak ada....seminggu lepas aku ambil balik dah hilang...itu saja boleh aku cakap....

Itulah jika pandai main Ilmu Google..tapi aku masih tak tak boleh aktif lagi sebab aku tak ada laptop dah...

Itu saja...

Moga kau makin hebat... aku support dari belakang je la kalau isu kau best...

Jujur saja..aku tak pernah join gathering... cuma kenal di dalam group kat FB dan via blog je...

Pendekar Berkuda berkata...

Aku jujur saja bila aku kata aku suka baca entry kau sebab memang bagus... dan ada point... aku datang je sini jenguk-jenguk blog kau kalau bosan...

kira blog kau macam blog kegemaran aku untuk belajar mengetahui benda-benda yang aku masih tak tahu la...

kau nak cerita apa pasal aku pun aku tak kisah... yang aku tahu...aku masih lagi ada batas pergaulan...belum pernah lagi aku melanggar batas tu dengan mana-mana blogger...

missSenget berkata...

aku teringin nk jumpa org kacak macam tizz..

mari kite berdetim..

bujal X berkata...

hihi~~saya gelak je~

*abam~pinjam duit ble??

Pijahh' de-Arr berkata...

p/s : Hehehe. Kemaen kan kau Aqram?

oranglidi berkata...

nice one. sinis yg tajam.

ko nak ternak burung walit ke nak ternak lemak?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Rupa Tiz Tiz?

Awww....

Ketinggian mungkinlah.

Ok, aku cari nahas~

hahaha~

shahjiehan berkata...

aku cuma agak sangsi dengan isu pendekar blogger nih... mcm ade konspirasi...

klo kawan sekalipon xkan la sampai nk pinjam beribu2....


pelik jugak blogger2 skrg ni... yang p bagi pinjam beribu2 tu buat apa??

shinobee46 berkata...

gua tak kenal pendekar berkuda ni sapa. tapi entry dia menghentam balik entry FL lu buat tu gua ada baca gak.

.::: Princess MOMOY :::. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

biasa la tu jang pinjam

pinjam sana bayar hutang sini
pinjam sini bayar hutang sana

tidak mustahil dia pinjam blogger lain settle hutang blogger ni

semak sahaja analytic tengok masa comment pendekarberkuda tu, OS apa yang keluar

kalo apple OSX maknanya laptop beliau masih ada~ BHAHAHAHAAH~~!

apa pon tak boleh~ jambu rok

darkbatman berkata...

en3 ne aku stuju ngn ko. wpun ade en3 yg aku x ske.. straight to the point jela. setiap org ade pendpt tsendiri. bab duit 2 ak xtau nk kate ape. sebelum bg pinjam patut dh tau risiko mgkin dh xkn dpt balik.skg ne duit mmg penting n mmg dh biase sgt klau org xbyr 2 mmg xyh berhrpla.

sbb 2 org kata sblm wt pape pk dlu nt menyesal diri smpai mati. :D