Jun 28, 2011

Menghabiskan Masa Sejam Dua Di Kampung

Pulang ke tanah tumpahnya darahku telah menggamit beberapa kenangan lalu yang membuatkan aku berfikir sejenak tentang kesilapan dan kebanggaan. Kamu mungkin tidak merasakan ini jika kamu tidak hidup merantau seperti aku. Merantau lama dalam tempoh lebih bertahun-tahun dan jarang pulang. Macam aku, bila pulang sahaja, terkebil-kebil mata aku mencari jalan ke Uptown Pandan di Johor Bahru. Dulu di situ ada traffic light untuk membuat pusingan u-turn, sekarang sudah tiada. Macam celaka juga kalau nak membawa kereta ke simpang Kampung Melayu Majidee jauh sana. Dengan sesaknya lagi. Nak nak pula kereta Singapore depan aku ni asyik main-main brek. Eh, aku langgar jugak karang. Haih. Aku rasa tiada keseronokkan bila bersiar-siar ke bandar.

Lalu, aku mengambil kesempatan ini untuk menjenguk datuk dan nenek aku di kampung. Sampai di sana. Aku berjalan-jalan di belakang rumah, menjenguk kebun. Mana tahu ada durian. Boleh juga makan di dalam rumah,  sambil-sambil melayan tv menonton Kilaun Emas. Sedap suara makcik ya? Cantik shawls makcik. Euw!

Berjalan-jalan di kebun telah mengingatkan aku zaman kanak-kanak. Sewaktu kecil, aku pernah membesar di kampung. Dengan orientasi perlakuan aku yang nakal, satu kampung yang seluas 2 hektar itu telah aku redah. Tempat kegemaran aku melepak ialah paya belakang rumah. Di situlah tempat aku bertemu dengan bekas makwe aku, di situlah tempat aku menyauk ikan pelaga sampai kena sampuk dengan nenek kebayan, di situ juga tempat aku tak pulang ke rumah kerana bermalam dengan membina khemah, dan di situ juga tempat aku berperang meriam tanah sewaktu aidilfitri.

Ya, di paya tersebut. Dan, semalam aku berada di situ. Sambil tercegat di situ seperti juru-ukur tanah JKR.

Aku masih ingat di paya itu. Ada beberapa kenalan aku sewaktu kecil menjadikan tempat itu memotong ketulan ganja. Dan, itu adalah pertama kali aku melihat ketulan ganja mampat seberat 2 kilogram depan mata aku sendiri. Aku yang sewaktu itu masih budak, memang kurang mengerti dengan ganja. Mereka yang membawa, memotong dan mempakejkan ganja tersebut adalah lebih tua dari aku dalam 5-6 tahun. Bila aku sudah besar, baru aku teringat dan merasakan ; "Celakalah, kalau lah ada mata-mata buat serbuan taim tu, mesti aku dah masuk sekolah juvana.". Mesti kena jumpa Botak, Gaban dan Kicap. Selisih malaikat empat puluh empat.

Aku juga masih ingat di paya tersebut. Kenalan aku membawa makwe-makwe mereka di paya tersebut dan melakukan perkara yang mereka sudah berkahwin lakukan. Memang pesta seks habis. Kami yang kecil-kecil ini di suruh untuk menjaga line. Aku yang masih kecil memang tidak mengerti semua itu. Sewaktu kecil, di paya itu aku pernah mandi bogel bersama kawan-kawan sebaya lelaki dan perempuan. Tetapi, aku tiada langsung rasa malu atau keinginan seks. Budak kecil, apa tahu? Malah aku siap mengejek kawan aku yang perempuan ini kerana dia tiada zakar ; "Eeee, Siti takde kotey, Siti takde kotey, kotey Siti hilang, ayukkkk tak tahuuu, mak balik bawak hantu, terjumpa hantu pakuuu". Ya, sampai begitu sekali. Tak macam budak sekarang. Nak permainan bukan lagi Tora atau DingDang. Yang di naknya Ipad. Mana taknya ada kes budak darjah empat dah pandai buat oral. Dari mana puncanya kalau bukan teknologi. Kita yang abang-akak ni, cuba sesekali check folder adik-adik kita. Manatahu, yang lelaki jumpa video Budak Kilang Part 2 dan yang perempuan jumpa Aksi Gadis Bertudung Lesbian. Huk aloh! 

Bila fikir balik sewaktu sudah besar. Memang celaka juga perangai sebegini. Tapi, yang part pesta seks tu, aku sendiri rasa nak tampar muka aku sebab betapa bangang mungkin aku jadi tukang cover line. Rugi rugi.

Dan aku masih tercegat di paya tersebut, kali ini sudah seperti pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran. Aku meniliti setiap inci laluan yang pernah aku lalui di paya tersebut. Banyak sudah berubah. Kalau dulu ada anak sungai, kini sudah menjadi longkang. Pampers pun ada, ubat gigi Darlie pun ada. Airnya sudah tidak sejernih dahulu. Kalau dulu banyak ikan keli dan sepat sebesar lengan. Sekarang nak ada ikan apanya kalau kotex pun ada. Aduh.

Khusyuk aku di paya tersebut, aku terserempak dengan seekor beruk. Besar gila. Memanjat-manjat ke sana sini. Nak di petiknya buah durian. Ceh, gila apa monyet ini.

Khusyuk lagi aku di paya tersebut, aku ternampak babi hutan. Mengorek-ngorek tanah mencari semut agaknya. Berdengus-dengus macam marah. Aku cuak juga kalau babi hutan ini ternampak aku, mahu mungkin babi hutan ini mengejar aku. Eh, minta di jauhkan lah. Aku pakai selipar mahal ni. Nasib baik babi hutan itu berlalu.

Khusyuk lagi aku di paya tersebut, aku nampak kelibat. Aku amati betul-betul dari jauh. Benda itu di seberang paya. Besar juga. Ini tak boleh jadi ni, baru sejam kat paya ni, dah macam-macam benda aku jumpa. Terus aku angkat kaki dari paya. Lari sekuat hati cabut lari.







Kau nak mampus suruh aku stay kat situ lagi? Harimau lah dowh!

p/s : Tak payah pergi zoo bayar mahal-mahal, pergi paya belakang rumah datuk aku je dah cukup. Gila!

20 ulasan:

Alynn Notnot berkata...

pergh harimau tu weh! xD kalau aku part2 dah jumpa babi hutan tu terus aku cabot. hahahaha. cuak pnye psl.

Diana Zainal berkata...

Rumah atuk ade harimau?peh rumah atok aku ade monyet je.haha

Tanpa Nama berkata...

skrg u turn tak yah guna traffic light kat depan kg melayu mejidee tu,

lalu fly over yang baru buat sudah,

nak nengok monyet, ahah tak yah g zoo, kg pandan banyak oo monyet,

Alexandriana Alia berkata...

pergh, mmg rare kalau ada harimau. aku pun mmg pergi zoo sebab nak tengok harimau je. rasa macam harimau je yang paling best nak ditengok. :p

Miscellaneous Smiles berkata...

gila kool..jpa harimauu~~=D

fingerkontot berkata...

owh mannn! entry kau membuatkan aku teringat kampung aku.

bujal X berkata...

sekarang masih ada pesta sex?

Fiq Vertigo berkata...

nak join bujal

Nobita Sensei berkata...

Agaknya harimau pun nak berpesta?

qist. berkata...

aku rase nk perfi kampung kau.. tp, kawasan paya tu seramm.

Amiey White berkata...

terbaik balik kampung . suasana kampung yg betul2 kampung itu best dari kampung yg dimajukan .

abu_dolah berkata...

well come back to jb bro. agak2 klo balek lagi, boleh la roger2. =)

bila dikampong, sebenarnya macam2 ada dan free! klo jln2 kat kampong, nak tekencing sgt, singgah je mane2 jamban lua uma. free! kat bandar, toilet je da 50sen. hahahaha..

afrohead berkata...

kalau aku masa nampak babi hutan tu aku dah cabut dah. tak cukup tanah beb kalau kena kejar dengan babi hutan.

free compass berkata...

pergh dah macam crocodile hunter..nasib kau tak jadi mendiang mcm die. kah3

pyahnakmat berkata...

ouh kampung melayu majidii ke . yg jalan nak sempit nak mati tu ke? ahahhaa

Topek berkata...

life zaman dulu2 mmg best. seronok ronok je tak pikir apa.

AlexiaAqram berkata...

@topek

mestilah!

@pyah

jalan nasib. ingat nama jalan ni.

@free compas.

gua rasa semua harimau nak turun tengok lawan taiwan kot.

@afro

lari zig-zag.

@abu dolah

haih, johor bahru sentiasa di rindui.

@amiey

eh betul!

@qist

nak aku teman tak?

@bujal, fiq, nobita

threesome?

@finger

baliklah kampung ya?

@misc

kool plakkkk.

@alexandriana

kalau kau berani. silalah masuk hutan taman negara pahang.

@diana

aku rasa, tapir dan zirafah mungkin juga ada!

@alynn

ala, babi hutan je pon. cewahh!

cikSukaSuki@AL berkata...

gila hebat zaman kanak-kanak tu!!

hahaha

Tanpa Nama berkata...

atok ang da boleh letak kabin,pas2 stay kt dlm jg tiket sapa n p blkg 2.cantek pakej beb,bukan cm zoo,cm safari afrika beb..beli tiket,blh p belakang uma n kne ngapp ng rimau!!..kah3

CIK NOR ALIZA BT BORAHNORDIN berkata...

kampung kat mana sampai ada harimau ni...teruja nak tahu!;)