Jun 19, 2011

Menjawab Persoalan dan Hujah EmyAmalina

Merujuk kepada entri Sempit sebelum ini. Seorang komentar bernama EmyAmalina mengatakan kepada aku ;

1. Lu jangan sempitkan pemikiran lu. Hukum tetap hukum. Memang, hukum zina tidak boleh disabitkan kalau tiada empat orang saksi atau pengakuan dari si pelaku. Itu hukum Allah. Gua rasa lu salah paham.

2. Ulama' pun masih membahaskan mengenai qarinah sebab makin lama akal manusia makin panjang makin pandai makin bersepah idea buat bukti baru. (OK gua tulis berdasarkan apa pengetahuan gua, apa gua belajar) Gua rasa Aqram, lu salah faham. Series. Sudah termaktub dah, video takboleh jadi bukti. Memang tak boleh sebab banyak cara untuk dimanipulasi. Biar lepas didunia, sebab Allah tahu nak balas apa di akhirat. Kita yang didunia ni jangan pertikaikan hukum-Nya.

3. Video takboleh jadi bukti untuk kes Zina. Lu tanpa nama ni orang Islam ke tak? Zina membabitkan maruah, and Islam cukup menjaga maruah umat-umatnya. Bukan senang-senang je kau nak tuduh orang buat seks.

Tak lupa juga komen dari Farhan AJ ;

1. aku pun fikir sama macam pengkomen first kat atas tu.. lu x ngaji tnggi2,lu duk diam... video x video,hukum tetap hukum..lu jangan memandai guna otak nak buat hukum sendiri.. sejak zaman Rasulullah SAW lagi, Baginda tak akan menjatuhkan hukuman selagi tiada saksi.. lu masuk mahkamah pun,lu xdak saksi, sampai kiamat pun lu belum tentu boleh menang..jangan hanya kerana lu pro-kerajaan,lu nak halalkan semua yg bangsat2 tu buat...ISLAM adalah satu cara hidup yg ditetapkan oleh Allah SWT.. bukan ditetapkan oleh manusia keparat macam lu ni,, guwa tak jadi anonymous nak komen ni ye,guwa bukan pengecut..anytime lu bleh datang nak serang ke ape ke

Untuk menjawab persoalan-persoalan mereka. Marilah kita menonton video ceramah di bawah. Tapi, aku tak tahulah sama ada video ini boleh di jadikan bukti atau tak. Sebab Emy cakap, video tak boleh di jadikan bukti. Kena ada 4 orang saksi. Hmmm kejap. Aku tengah fikir mana nak cari 4 orang saksi untuk video di bawah ini. Serabut jugak. Takpelah, kita biar saja. Nak buat macam mana ye dak? Biar saja kejahatan berleluasa.




Baca juga hujah dari Dr. Zulfakar Ramlee. Pensyarah dari Farhan AJ punya universiti.

Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee berkata, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina.


Menurut Zulfakar, hukum ta'zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah (keraguan) munasabah, berbeza dengan hukum hudud. "Mengikut hukum ta'zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik. "Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997," 

Aku dah menonton video ceramah ini lama sudah. Jadi, berdasarkan video tersebut. Aku menulis entri Sempit sebagai hujah aku dari sudut qiyas. Sebab aku rasa, kes video seks itu sudah berlalu lama. Mungkin ramai orang sudah tahu kaedah perundangan mengenai video tersebut. Yang orang tidak tahu ialah dari sudut qiyas. Maka aku tuliskan lah hujah dari sudut qiyas yang aku perhatikan. Ini kerana Qiyas berfungsi sebagai menerangkan perkara-perkara atau menetapkan hukum baru yang tidak terkandung sebelum ini. Yelah, zaman nabi dulu, sewaktu syariat hukum pertuduhan zina di turunkan, mana wujud video-recorder! Qiyas yang mudah, pelik juga sebab ada yang tidak faham.

Jadi, kita tunggulah macam mana. Aku pun tak tahu nak senyum macam mana dah sekarang ini.

Sekian, semoga memberi input. Chalo, Asalamualaikom.

p/s : Aku rasa bila unsur politik menguasai. Series banyak orang di butakan dari menjadi seorang adil. 

57 ulasan:

qasehraihan berkata...

senyum cmni :-P...
mcm2 ek??..

Dzarief Zuhdi berkata...

nice one.. the one who argue with u can shut their mouth..haha..

kadang2 lawak tengok saudara seagama ku begitu sempit pemikiran mereka

yang depa tau nak menunding jer..
ape pun nice one.. entry best..hehe

fadh ^_^ berkata...

huhu terasa macam tengah belajar syariah time form 4.
eheh.cetek sangat ilmu aku rupe nye.

nerves berkata...

hahahamekkkk..kehkeh


nway..ustad kazim ceramah sume bes=)

PointBlankShot berkata...

ana jahil ana ok.

terima kasih untuk pencerahan dari ente.

ana mohon share ya?

Miscellaneous Smiles berkata...

tersenyum je ak baca..

but now ak dah tau qarinah. .
bleh lah nnti ak nk tny uzth or uztaz pasl..qarinah nih nii heheeee~

una berry berkata...

Islam itu mudah
tapi ramai Muslim yang suka menyulitkannya

Adila Sahaja berkata...

kena Islam di depan..baru politik..gittewww.hehe.

free compass berkata...

meke yg sanjung anwar buat2 tak tahu penjelasan ni. diorang lebih suka ostad akhil dan ostad bob lokman punya ceramah.

khyrule_anuar berkata...

yang besalah tetap bersalah.. klu dah buat salah jangan takut la.. hehe

Tanpa Nama berkata...

wow free thinker dah semakin banyak sekarang.

Amiey White berkata...

:)

tersenyum , "p/s" kamu itu saya betul2 sangat setuju . dan hujah yang bagus .

AyuE SurihanyOt berkata...

alhamdulillah dapat satu ilmu baru hari ni. mungkin pengomen entry sebelom ni pon sama mcm aku, masih lg berpengetahuan cetek tntang agama islam..

RepublicAku berkata...

campakkan sempit ke kepala mereka semula!

AlexiaAqram berkata...

@qaseh

senyum. oh yeah!

@dzarief

mari ketawa. haha.

@fadh

sila2. :)

@nerves

orang macam dia kita patut naikkan sebagai pemimpin. tak gitu?

@pointblank

ya habibi. boleh sajaaa.

@misc

sila2. pencerahan itu perlu.

@una

betui!

@adila

haha. yaaa!

@free compas

mungkin depa fikir mereka terlalu power.

@khyrule

dah salah. mintak maaf la banyak2 kat tuhan.

@amiey

yang p/s itu yang berisi.

@republic

takpe2, jangan marah. kita senyum.

EmyAmalina berkata...

Assalamualaikum. Hai aqram. Thanks eh entri ni.

Err, walaupun gua macam tk bsetuju dngan certain things pasal pendapat lu, tapi gua rasa baik gua diam sebab ilmu gua tk tinggi mcm lu org.

Tapiii kalau yang mendedahkan video tu pon org yg tk boleh dipercayai makanya bukti itu pun diragui.

Lu pikir susah sgt ke org nk manipulate video tu

tu je yg gua nk ckp

P.s sape plak sokong anuar ibrahim ni? gua penyokong tegar rosmah. kbai

peace

rekbing berkata...

hukum ta'zir tu boleh pakai undang2 manusia ke?

siapa tahu bole jawab. aku cetek ilmu

cranberries berkata...

hehe.ko nyer argument mmg tak penah fail la aqram.bgus dowh.rasional dan tak emosi.mende ni sgt fakta!

so,tak timbul isu ko ni liberal ke free thinker ke.spe yg tak setuju tu mungkin terbawa-bawa pemikiran politik yg kurang rasional dlm isu cmni.penulisan pemikiran ko la slh satu asbab ak bce blog ni

hyde berkata...

Terima kasih. Aku cuba faham. Tapi apa yang pasti aku telah diserabutkan ramai dengan istilah yang jargon

Qias, ta'zir?

Faham dah ramai orang nak sampaikan mesej kepada orang ramai. Tapi aku rasa target kau paling best adalah hakim dan institusi kehakiman negara untuk kau lontarkan pendapat.

Ada pernah hantar?

Paling kurang pun guna nama sebenar, berani bentang fakta, hantar ke Malaysian insider pun kool juga.

Kalau belum aku cadangkan kau usulkan.

Dan akhirnya aku rasa kau perlu menyediakan kuiz di sini. Aku takut pembaca salah faham dengan apa yang kau cuba sampaikan. Lagi-lagi pembaca macam aku yang suka baca sekerat jalan.

Peace

Farhan AJ berkata...

hahaha.. inilah dunia zaman sekarang.. atas nama politik,pendapat ulama pun dah ditolak ke tepi..

kebetulan ulamak tu dari parti pembangkang,so pendapat diorang terus dipermainkan..

guwa nak tanya lu bro, apa yg lu ada dan belajar,untuk patahkan hujah ulamak2 kat luar sana yg mengatakan bukti video tu x cukup dan x memadai nak sabitkan anwar tu..

yg lu tunjuk tu,video ustaz.. boleh jadi salah dan boleh jadi benar..

dalam semua kes,kita ambil pendapat ulamak muktabar.. yakni ulama yg lebih dipercayai dan lebih siqah.. guwa xtau la lu tau ke x siqah tu ape..yg pasti ia menunjukkan seseorang tu dipercayai..

dan untuk pengetahuan lu, ulama parti pembangkang tu diiiktiraf oleh ulama-ulama lain di seluruh dunia.berbanding ustaz yg lu tunjuk dalam video tu..

so bila diorang kata bukti video tak leh diguna pakai, lu yg x tinggi mana ilmu tu,dengar sudah la..x payah nak menyalak sgt..

ulama la yg jadi sandaran untuk kita bertanya hal agama,kita sebagai hamba yg DICIPTAKAN oleh Allah SWT..

macam lu, kan lu bangga mengaku lu ni manusia ciptaan angkasa raya.. so guwa x tau la lu punye Tuhan sape..

Farhan AJ berkata...

kalau rasa still blur,buat la entry lagi.. :D

Tanpa Nama berkata...

alexia tak sebut pun nama anwar ibrahim, datuk eskay, haji hadi dalam entri. dia sebut pasal hal video.

tapi ada orang melenting pasai apa?

eira sakura berkata...

ulamak pn manusia biasa gak..
bkn malaikat yg lgsg xwat salah..
ni kan zaman moden..
hbs la klu de kes pbunuhan,rogol,ragut n smua2 nk jenayah nk de saksi..
jd pe gne CCTV smua2 2??
baek xpyh cipta alat2 cam g2..
aku bkn nk ckp psl politik2 ni smua..
tp aku pelik npe org ptikaikan psl bukti gne vdeo ni..
aku pn xngaji tgi gak..
tp de la jugak otak nk pk logik..
bengang je laa klu kata bukti vdeo 2 BESI..
haishhhh...
pasni klu aku rakam org wat maksiat atau org kna rogol ker dpn aku wlupn xde saksi sbb aku sorg jer yg tprasan,nmpknye xleh jd bukti la ek?
kna biarkan je la org2 tsebut wat maksiat?
ceh..

Tanpa Nama berkata...

for farhan~ kita tunggu hari pmbalasan kelak..ye lagi pun kita pun bkn rpat sngt dgn anwar ke..kess vid nih kta cma dgr ckp2 org..~
agma kita klu stakat msuk u ke hape ke tak lah tingi snt..~
lgi pun tk kish lah AA ni baik ke jht ak amek y baik je y buruk ak tinggl..

tinta penaku berkata...

hahaha..
farhan AJ memang lucu.
lu byk membaca.
lu byk menimba ilmu agama.
lu byk belajar tentang islam.

tp sayang. lu jawab, lu tegur, dan lu tegak kan islam tak macam lu sayang agama lu.

ayat lu tak mesra alam. =)

c.i.k.a.m.i.e.a berkata...

masalah bila orang campur adukkan isu agama dengan politik, aku baca, aku perhati, aqram tak mention lansung pasal politik, pehal la dak farhan ni bebal sangat nak faham. hish.

good aqram. kunci rapat mulut manusia.

FahmiRoslan berkata...

masalahnyer ustaz tu bukan cakap kosong2 je...die cakap pn berpandukan Al-Quran dan hadis jgk...x kisah la tu ulamak siqah ke,kurang siqah ke belum siqah ke, selagi die berpandukan 2 bnde yg sahih, ulamak yg siqah pn x boleh nak deny ape yg dia cakap right farhan?

Betty Latif @ BL berkata...

org buat solat hajat mintak Allah turun bala,terang2 asik dia yg kena.

aibnya makin didedahkan.

klu dia dipihak yg benar,Allah pasti akan menjaga dirinya kerana doa org yg teraniaya takde hijab dgn Allah.

ni asik kene je.pastu asik lari2,tangguh2.

my RM0.02

sarahunny berkata...

ahahaha, entry lepas almost sume dok bangkang. entry ni almost sume dok sokong.

qasehraihan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hyde berkata...

lol

Kan aku dah kata. Aku rasa ramai saja yang tak tahu hujung pangkal perdebatan terus menyokong langsung mana-mana pihak.

Aku perasan pola mereka yang memberi komen;

1.Ulama' itu memang manusia biasa. Ya. Tapi silapnya adalah silap orang terpelajar dalam bidang tersebut, silap ijtihadnya pun punya pahala. Walaupun pandangan ulama' tersebut ditolak oleh mana-mana institusi yang berwajib, tak bermakna salah (until prove otherwise). Bab ini saja aku rasa dah boleh buat buku.

2. Agama dan politik?
Jangan masuk politik dalam bab agama.
Tapi agama boleh masuk bab politik.
Tapi kenapa guna politik untuk panji agama sebab poltik memegang autonomi dan kuasa. Kau ahli kimia dan geologi yang hebat, kau kata Lynas itu tak boleh dengan pembentangan research yang bagai nak gaban. Kalau ahli politik tolak mentah-mentah? Aku tak tahulah. Kena tunggu rakyat yang tolak ahli politik sebegitu mentah-mentah jugalah nampaknya

3. Berpandukan quran dan sunnah.
Kau. Aku. Dia. Mereka. Semua. Aku rasa semua orang (kebanyakannya) mengaku begitu. Secara langsung atau tidak langsung. Tapi apa kita boleh lain-lain pandangan dan cara berfikir serta bertindak. Kalau aku, aku simpulkan; pengalaman, ilmu dan kepakaran serta ilham dan rahmat Allah itu yang akan membezakan cara kita 'berpandukan' Al Quran dan Assunnah.

Untuk video dalam entry ini aku rasa baik kita dengar baik-baik tanpa presumption apa-apa. Sebab aku rasa aku ada bau-bau salah faham dalam antara komen di sini lagi-lagi bila main istilah jargon dengan isu yang kita pun bukan pakar tentangnya.

4. Last but not least, aku mohon pertimbangan yang serius bab no [4] ni. Bab ta'zir dan hudud, sama ada Qorinah ini dihukum pensabitan ta'zir atau hudud dan apa ta'zir dan hudud sendiri, antara Farhan AJ dan tuan punya blog, sambil minum-minum kopi? Entahlah, aku rasa macam kau orang sepakat kot,

Farhan AJ maksudkan - tak boleh hukum (hudud)

tapi tuan punya blog kata, boleh hukum (melalui ta'zir)

Aku rasa sebenarnya kau orang tak bercanggah pun. Ke macam mana?

Ah, aku rasa penting kau buat pertandingan esei tak pun soalan kefahaman di sini. Aku benar-benar risau tentang fenomena 'salah faham'. Sebab aku pun selalu gaduh dengan member, tapi kitorang slow-slow melalui perbincangan sebab kebanyakkannya kitorang bercakap ayat lain, yang membuatkan orang salah faham, tapi memaksudkan perkara yang sama saja sebenarnya.

wahidah berkata...

*observer yg sgt observant* eh betol ke ejaan?ah lantak.

EmyAmalina berkata...

Islam bukan pada logik akal. Letakkan keadilan pada tempatnya.

de Mahdali berkata...

betul ada hukum takzir. dalam takzir yg dituduh ada peluang beri peluang bela diri. bukan sekadar tengok video dan terus jatuh hukum.

AlexiaAqram berkata...

salah tu emy pernyataan 'Islam bukan pada logik akal'

pernyataaan yang sebenar ialah 'Islam, Al-Quran, hadith dan ijmak sentiasa selaras dengan KEWARASAN akal'. atau

'Kewarasan akal juga selaras dengan kehendak Islam, Al-Quran, hadith dan ijmak'

fikirkan balik. kalau kamu menolak logik akal dan kewarasan akal dalam Islam. maka, kamu seolah menganggap orang gila pun boleh jadi saksi. orang gila pun boleh bernikah. sebab orang gila tiada akal, hilang kewarasan akal,

pernyataan yang general sebegitu jangan di salah gunakan. keperluan akal iaini akal yang waras dan logik diperlukan dalam Islam.

kalau tidak, tiada lah istilah maslahat, qiyas dan uruf. ambil contoh mudah seperti PEMBUKUAN Al-Quran. jika tiada keperluan akal dari Saidina Umar yang berbentuk Maslahat. Sampai sekarang rasanya kita tiada Al-Quran yang di bukukan. ayat suci mungkin kekal di atas batu dan kepingan daun. atu bergantung kepada penghafaz.

hati-hati ya emy bila berkata. fikir dulu sebelum menulis mengeluarkan kenyataan. tengok, kena fikir dulu. itulah gunanya akal dalam islam.

kita bukan nak suruh jadi muktazilah. jangan jadi paranoid dengan keperluan akal. nanti bencana melanda.

Baricade berkata...

Assalamualaikum,

Tuan blog, aku rase kau kene istighfar banyak2 dan bertaubat dgn Allah krn kita semua tidak ade ilmu yg mendalam dlm hal ni. Sekadar mgmbil dr internet dn sbgnye. Ingat! Kadang2 tanpa kita sedar kita mempersendakan hukum Allah. Hukum Allah jgn dibawa main. Iman kita boleh terbatal bro! Nauzubillahiminzalik.

Dalam Islam mslh spt inilah yg wujud. Kerana 'keberanian' tuan blog menyuarakan pendapat, maka timbullah kekhilafan di situ. Dan ingat bro! Kalau pendapat kau betul tkpe, cuba kau fikir..kalau ape yg kau ckp ni bertentangan dgn hukum Allah, dan orang yg membaca pula terpengaruh dan percaya. Lebih malang lagi jika mereka sume mnggunakannya sbg hujah. Kalau betul penulisan kau ni, kau dapat lah pahala. Kalau salah ? Kau tanggunglah.


Aku rase teruja sbnrnye baca kau punye statement dgn siap hujah dgn video. Aku sgt terpanggil utk meninggalkan sedikit komentar dan nasihat. Ayat ko jugak

"Tapi, aku tak tahulah sama ada video ini boleh di jadikan bukti atau tak. Sebab Emy cakap, video tak boleh di jadikan bukti. Kena ada 4 orang saksi. Hmmm kejap. Aku tengah fikir mana nak cari 4 orang saksi untuk video di bawah ini. Serabut jugak. Takpelah, kita biar saja. Nak buat macam mana ye dak? Biar saja kejahatan berleluasa."

Walaupun niat kau nak sindir ke apa, tp aku harap kau lebih hati2 lepas ni. Sbb ayat kau kt atas ni seolah-olah mempersendakan syarat 4 saksi tu. Mungkin bg kau perkara biasa, tp utk org yg faham dan tahu mgenai perkara ni, kau mcm merendahkan hukum dan sengaja menimbulkan provokasi yg melampau. Kdg2 provoke itu penting, tp kalau melibatkan agama, dosa la jwbnye bro.

Aku tegur bkn sbb aku perfect, tp tggungjwb sbg muslim. Aku heran jugak org yg komen dan mengiyakan saja apa yg kau ckp. Lepas tgk video tu maka korg pun , "oooo..gitu". Aku harap korg pergi dulu rujuk dkt pakar(tuan guru/ulama') barulah kata "oooo" dan lega. Kalau melibatkan perkara yg keliru ni, jgn rujuk pd seorg sje, kene rujuk dkt ramai. Ambillah pendapat dr org yg plg siqah. Sbg contoh kau boleh la baca kitab Al-Qazaf tulisan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Dr. Wahbah al-Zulhayli, Sheikh Dr. Taha Jabir al-Alwani, Dr. Halim El-Muhammady, Ustaz Rivai Batubara. Dlm ni ade citer psl tuntutan qazaf tu dijalankan.
Tgk jugak fatwa dr yusof al-qaradhawi mgenai liwat ni.

Utk pgetahuan kau, qorinah tu sbnrnye tidak disepakati jumhur ulama'. Dan utk mensabitkan zina/liwat mmg iqrar atau 4 saksi. Jika penuduh tidak berjaya bawa 4 saksi, dia boleh kene had qazaf. Penuduh tu yg kene hukum. Misal kata video tak boleh dipakai, mmg betul dia buat dan dia terlepas hukuman. Kita takleh ckp apa. Kt akhirat nt dia la kena. Allah maha mengetahui apa yg dia rancang dan aturkan.

Video tu tidak boleh diterima sbb ada unsur syubhat. "Hudud akan gugur kalo ada syubhat"(sabda rasulullah saw)

Walaupun da disahkan ke apa ke. Tp org masih ragu ragu tak ? Ada tak org kata yg check video tu kene rasuah la apa la? ade tak? Masih ade kan??. Itulah unsur syubhat yg ade kt situ.

Kalo bwk saksi 4 org yg cukup syarat tu, kau da tak boleh pertikai. Dalam erti kata len, hukum hanye jatuh kalo mmg da tak boleh pertikai. 4 org tu msti betul2 nmpk dgn jelas. Jgn kata lepas ni kau tnye aku kalo da nmpk asal tak tegur. Bro, ni hukum Allah aku tknk ckp byk.

Minta maaf yer, kau kata kau bebas tak bergantung pada mana2 parti politik. Tp ustaz dlm video tu sendiri aktif dlm politik. Kau silap amik org nk jd kan hujah. Sbb ustaz tu sudah tntu ade kepentingan die sndiri. Try la usha2 ustaz lain. Aku doakan kebaikan utk kau. Wallahualam

EmyAmalina berkata...

Hihi maksud gua sebenarnya Islam bukan terletak pada logik akal manusia semata-mata. Allah itu Maha Luas. Setiap ketentuan-Nya punya sejuta hikmah.

Thanks bro. I got your point.

Miscellaneous Smiles berkata...

aku suka komen logik akl tu aqram
<3

katakbiru berkata...

qarinah sudah lama di sepakati oleh ke empat2 IMAM... iaitu maliki, hambali, syafiee dan hanafi... cuma ada 3 dari imam tidak menggunakan istilah qarinah, sebaliknya menggunakan pendekatan 'siasat sehabis-habis nya'.... di mana ia sama kaedah seperti qarinah iaitu... mencari bukti yang mensabitkan kesalahan se habis boleh.

tapi, ada seorang pengkomen ini.. mengatakan qarinah ini tidak di sepakati jumhur ULAMA. pengkomen ini biar betul?

nak ambil pendapat IMAM atau ULAMAK ha?

c's berkata...

I wasn't like to interrupt, but I think I have to say this;

I'm sorry, but more we speak, more our stupidity seems revealed.

+ this kind of discussion brings us no where.

Ironically, I love this style. Filtration is needed and such argumentative will bring us farther (for those pretty smart to figure it out). Sometimes, we think we are good until we meet someone better.

*no offense*

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

Syabas Baricade! komen ada sgt bernas. Buat katakbiru, memang qorinah x disepakati sebenarnya oleh ulama. sebab wujud unsur syuhbahah.
sebab itu jarang kita dengar bila wujud zina, jarang sekali kita dgr pendapat alim ulama tentang qorinah kerana tak digalakkan.
Dan untuk Alexia Aqram! aku harap kau bertaubat. Sebenarnya dari dulu lagi aku baca penulisan kau. kau ni memang nampak PRO government!
betul ape yg baricade ckp, benar niat kau gune ayat utk provoke or wat so ever yg ko rase la....tp cara jau cakap tu terang terang menghina agama. Aku percaya orang macam kau ni EGO lebih. X penah aku tgk ko minta maaf kalau ada pembaca tegur malah kau bidas balik mereka atau kau bagi ayat sinis!
Aku sokong hujah Baricade!

Farhan AJ berkata...

guwa sokong gila2 hujah baricade dengan alexia aqram bertaubatlah..

aku pun dari dulu usha ko punye penulisan.. semua pro kerajaan.. so wujud bias di sini.. so bila dah ada bias,hanya ada satu saja jalan nak selesaikan,iaitu kembali kepada fitrah.. iaitu berpandukan agama..

hujah baricade tu menggunakan hujah agama.. so sila la jawab :D

RepublicAku berkata...

haha...macam bijak dalam ilmu agama tapi fakta bersandarkan akal politik....pergi mati lawei!

baricade dan farhan aj...tak cukup power fakta lu!

A129049 berkata...

aku rasa akal pentafsiran manusia ni semua lain2 . kadang2 satu ayat tuh , kalau kita salah fikir , perkara yang nak disampaikan dah jadi lain .

sama - sama lah kita belajar :)

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

RepublicAku : weh! susah betul nk cakap mende ni. Tu la byk mentaliti org kita ingat politik itu hanya PAS,UMNO,PKR or DAP. Dalam islam sendiri menegaskan politik ini membabitkan pelbagai aspek. Sebab itu kita tak boleh lari daripada kaitkan pelbagai benda dengan politik cuma bezanya kat Malaysia ni bila babitkan politik maka org kaitkan dengan parti politik. Politik penting dlm hidup kita. Pergi cari info kau tentang politik dan islam wahai RepublicAku

Baricade berkata...

Assalamualaikum.

Aku bukan nak buat kecoh ke apa. Tapi minta maaf yer aku mmg study dlm bidang syariah. Apa yg aku nk tegaskan kali ni ialah mgenai qarinah. Hudud konfem da out biler pakai qorinah. Skrg ni brgantung pd hukum ta'zir iaitu kebijaksanaan hakim utk menentukan hukum. Hukum ni hukum dunia je yg manusia cipta kt akhirat tak tntu lepas.

SEBENARNYA, qorinah mmg tidak disepakati. Mereka selisih pendapat. Ada 2 pendapat. 1: Zina boleh sabit dgn qarinah. 2: Zina hanya sabit dgn saksi dn ikrar. ...Pendapat kedua ini lebih selamat. Ulama' mutakhir menyandarkan pada mazhab hanafi dn syafi'i. Penggunaan video sbg bukti adlh mmg sukar diterima. TAPI, qarinah video bole diguna (itupun kalo mmg da konfem psti sgt sgt) utk elak jenayah rogol meningkat. Utk elak org yg report dirinya dirogol tu kene qazaf. Kalo die ade video jelas sahih real nmpak betul2, baru bole diguna pakai. Dkt Malaysia ni Syariah Terengganu je yg pakai hukum ni. Tp kite tgk ? Adakah kes yg digembar gembur dibicara di mahkamah syariah ??? Apa yg dputus oleh mahkamah syariah ditolak oleh mahkamah persekutuan. Di mana letaknya mhkamah syariah ?? Itula sbnrnye kesilapan yg ade kt malaysia ni. Dgn wujud hakim yg bole dibeli. Semuanya menjadi kotor. Politik itu bersih. Rasulullah sgt mggalakkan umat ISLAM utk berpolitik. Tapi KITA, UMAT ISLAM sendiri yg kotor kan politik. Dan siapa yg berlagak neutral tknk pikir sal politik ni, dia sbnrnya dlm bahaya. Masih byk yg perlu dibetulkan.

Memilih pemimpin negara itu penting kerana mereka yg mencorakkan masa depan kita semua. Jadi, kita renungkan. Mulakan diri kita dahulu, fikir sebaiknya. Jangan gaduh sesama ISLAM kerana suatu yg remeh. Wujudkan baitul muslim dr diri kita sndr dulu. Maka, akhir sekali barulah kita dpt wujudkan daulah Islamiah yg agung.

Bila lagi kte dpt tgk pemimpin spt Sultan al-fateh ? Salahudin Al-Ayubi? Kite refleks diri kte sndiri.

Wallahualam.

hackshitam berkata...

nice komen by baricade,
xsobauu duk tuggu owner blog muncul...
hik hik hik.

hackshitam berkata...

Aku rasa bila unsur politik menguasai. Series banyak orang di butakan dari menjadi seorang adil.

aku rasa pesanan ni sesuai untuk ko sendiri. kena atas batang hidung sendiri.

hik hik hik.

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

yeah! nice komen by baricade. cara kau penuh hikmah. xde unsur sinis atau menghina tp cukup sekadar dengan MENEGASKAN serta mengukuhkan hujah. Tak macam Alexia Aqram...Setiap balasan komennya pasti wujud unsur hina, sinis atau menyakiti hati orang...
gud la baricade!
Harap AA sedia terima pandangan dan hilang EGO!
Ya Qadial Hajat! Amin...

AlexiaAqram berkata...

hello.

aku lebih tertarik dengan komen katakbiru. dia mengerti loophole yang berlaku dalam hal qarinah ini. betul, imam yang 4 iaitu hanafi, maliki, syafie dan hambali tiada masalah atau sebarang pertengkaran dengan pendapat qarinah yang boleh di gunapakai dalam takzir. kiranya mereka sepakat

tapi, ulamak mutakhir cuba pertikai penggunaan qarinah. kita nak ikut IMAN yang 4 atau ULAMAK yang di bayar gaji?

ini yang aku pening ni. sebab aku pernah baca mengenai hadith dari Rasuluallah SAW. tak silap aku ia di turunkan selepas keluar surah Al-Maidah yang menceritakan tentang seorang yahudi yang di tuduh mencuri, padahal yahudi tu tak buat. yahudi ni hampir2 dihukum oleh Rasuluallah. lalu bila allah berfirman, pencuri yang sebenar dapat di tangkap dan di hukum.

rasuluallah SAW ada menyebut "Jauhkan (gugurkan) hudud jika ada syubhat(kesamaran)"

dari hadith ini, ke-empat2 imam bersepakat untuk bila menyiasat sesuatu perkara, kita kena siasat sehabis-habisnya atau bak kata imam maliki, kena ada qarinah. iaini jika tiada bukti dalam peruntukkan hudud, tetapi ada bukti utk peruntukkan takzir, kes masih berjalan dan di teruskan siasatan. iaitu qarinah ini bermaksud fakta2 atau bukti2 yang lain di mana ia berkaitan dengan sesuatu kes. dan ia ada dua qarinah, qarinah yang kuat atau qarinah yang tidak kuat. atau dalam bahasa melayunya, fakta dan bukti yang kukuh, atau fakta dan bukti yang tidak kukuh.

jadi, bila sentuh pasal video. di mana aku hanya menceritakan pasal video sahaja. tak pula aku cerita siapa yang buat, apatah lagi menyebut nama anwar ibrahim dalam entri tersebut. jadi, agak pelik bila ada beberapa orang yang tiba2 melenting tak tentu pasal.

sekarang ini, aku berpendapat video itu boleh di jadikan bukti dan fakta. atau qarinah dalam sesuatu kes. kerana video itu telah di siasat dan di sahkan tulen. bermakna ia merupakan fakta yang kukuh. bermakna, gugurlah fakta mengenai video itu di edit atau rekaan. sekarang ini, yang tidak di siasat ialah siapa pelaku dalam video tersebut. itu saja. dan aku tidak pulak menuduh pelaku video itu anwar ibrahim pon dalam entri, tak tahu kenapa ada orang cepat terasa.

siap kata aku macam2, amboi angpa ni masa kecik kuat minum susu lembu ka apa?

ok2. lagi satu berkenaan qarinah hanya terpakai dalam rogol, siapa ntah yang cakap ni aku rasa makin kelakar. dia paham tak qarinah itu adalah fakta dan bukti. bermakna, qarinah ni terpakai kat mana2 kes jenayah dan kesalahan2 apa pun. ok? rogol tu pun zina. orang yang merogol tu berbuat salah berzina secara memaksa. jenayah lah tu. orang yang buat seks tanpa kahwin pun di kira kesalahan, maknanya rogol dan buat seks tanpa nikah itu dua2 nya ZINA. cuma, untuk perempuan yang kena rogol itu, adalah nas dan peruntukkan untuk membelanya. di situ kita akan mencari fakta dan bukti sama ada perempuan itu di rogol. atau kata mudahnya, mencari qarinah.

sama lah mcm kes video ini. kita menjumpai satu bukti/qarinah iaitu sebuah video yang memaparkan seseorang melakukan ZINA. dan sekarang aku cuma nak tanya, SIAPA YA PELAKU DALAM VIDEO TERSEBUT? ada cadangan?

ok? chalo asalamualaikom!

ekjozbuluh berkata...

fanatik sgt smpai buta...mudah sgt nk menggelupur...sbb depa rs depa yg kena...apepn, layan r lensa nih...terbaekkkk

Ada Nama berkata...

Yang bab anwar ibrahim tu 1 bro...Tp kn gua rasa ada betul gak dorang ckp...
gua tgk lu ni x bole kene tegur...
gua tgk ada gak yg fire lu bkan psl anwar ibrahim tp psl agama.
kemon lah bro...
ko pon bukannya siapa sgt...
ko menulis blog sbg tmpat ko keluarkan apa g ko rasa dgn cara pnyampaian yg berbeza. sebab aku tgk blog ko ni ada humor ada serius..itu gaya ko...Cuma apa yg ko ckp kadang nmpk sgt ko ni bodoh sombong. Sori to say la...memang lu susah nk kene tegur. apa pun x sume perfect. sebab tu la wujud pepatah lidah lebih tajam dr pedang. walaupun ko tak bercakap tapi kau sampaikan apa yg ko rasa dlm otak or hati lu. Sebab klu ko ckp mcm ni depan org confirm org balun lu. Cakap asik nk menang. Tak pnah nampak kalau ada org komen n tegur tak pernah wa nampak lu minta maaf ke apa kalau ada kata kata lu yg mcm menghina. org boleh terima cara lu berhumor tp at the same time tak sume boleh terima cara kita untuk tulis psl org lain. itu lu kene respect pandangan org la...

Apapun gua suke si 'Alexia Aqram Bertaubatlah'

OK? aku jwb salam ko tu...Waalaikumsalam...

Baricade berkata...

Assalamualaikum

Aku tau la qarinah tu mksud eh bukti dan bkn gune utk rogol je. Hang pikir aku bodoh sgt ka ?? Ape2 hal aku mintak maaf je la. Aku da malas nk interfere dgn bnde tkde kesudahan mcm ni. Masing2 tknk mngalah, alamatnya smpai kiamat pun tak sudah.

Barakallahufik

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

Steady baricade!
aku suke org mcm ko.. Nampak jenis tenang dan mudah menerima teguran. Style. Buat Alexia Aqram.
Kami yang menegur ko kitorang tak gune pun bahasa kesat mcm Babi,buto, lancau or fuck...kami menegur dengan cara elok bro....aku tahu ko tak kisah kalau kene maki.. But sori memaki hamun orang bukan style kami...Kami rela ditegur. Alexia Aqram sila hormat pandangan orang dan turun sikit EGO kau. Jangan anggap ko sorg je betul.OK?
Waalaikumsalam

Anyway to 'Ada Nama' Thanx :)

ekjozbuluh berkata...

klu da tegur, dia wt xtau...ape yg korang kesahkn lg? baca ajelah diam2...kecoh je lebih!...apepn i likeeeee...komen pandai, tp rupenye pandir..

Tanpa Nama berkata...

dah blog dia...suka ati dia la nk ego ke pe...

Tanpa Nama berkata...

ni gaya penulisan nya,belum tentu sifat nya dii luar sana.kenalinya dulu br kata kan egois atau ape2 lah.sekadar penulisan tetapi sudah menjatuhkan pendapat akan sifat keperibadiannya agak tidak adil di c2 kan?