Jun 27, 2011

Menjengkelkan 9 : Nak Nampak Cantik?

1. Aku tahu ramai perempuan sukakan perkara-perkara kecantikkan terutama dari segi fesyen. Kini, kita kena terima hakikat bahawa fesyen telah memberi impak kepada ramai orang terutama kepada kaum perempuan. Kamu boleh merujuk gambar-gambar hiasan yang aku sediakan. Jadi, aku ingin tanya kamu. Apabila kamu melihat gambar tersebut. Apakah impression kamu? Pastinya, bila kamu melihat, secara normal kamu akan katakan sebagai cantik, comel, cute, gorgeous dan sebagainya bukan?

2. Sering aku bertanya kepada dalam diri. Adakah kecantikkan yang di tayang dan di peserlahkan oleh kaum hawa ini boleh membawa kita sebagai kaum adam ke syurga? Atau sebenarnya, kaum adam ini mencintai kamu hanya kerana kamu cantik, style, cute dan sebagainya, bukan kerana kamu baik ataupun beragama?

3. Biar aku ceritakan situasi yang aku pernah hadapi ;
"Aku mengenali Alexia pada waktu dulu sewaktu dia tidaklah secantik kini. Kiranya, aku mula mengurat Alexia dan berjaya menjadikannya sebagai teman wanita sewaktu dia mungkin mempunyai masalah berat badan dan saiz seluar yang lebar. Itu bukti bahawa aku menyintai dia bukan kerana dia cantik. Tetapi, kerana aku ikhlas dan melihat sifat-sifat yang ada pada dia telah menambat hati aku.
Setelah beberapa tahun dan peredaran masa , dengan kedatangan impak fesyen seperti yang aku sentuh sebelum ini. Aku melihat perubahan mendadak kepada Alexia. Dia semakin cantik dan pandai berfesyen untuk menyerlahkan keanggunan dia. Seluar yang bersaiz besar sudah tiada. Masalah berat badan sudah lenyap. Yang ada di depan mata aku ialah Alexia yang boleh menyebabkan ramai lelaki jatuh hati. Mungkin. Termasuk aku.
Hal ini membuatkan aku terfikir sejenak. Apakah motif percintaan aku bakal berubah? Jika dulu menyintainya kerana keikhlasan dari sifat-sifatnya, atau sekarang menyintai dia kerana dia cantik, lawa, comel seperti Nur Alfah, Marshanda, Anna Raffali dan sebagainya?
You tell me. Dan aku takutkan jika itu berlaku. Jika motif cinta aku berubah." 
4. Tahu kenapa aku takut? Kerana aku sedar bahawa bila saat motif cinta aku ini berubah kepada kecantikkan, ia tidak lain hanya membuatkan selangkah kaki aku ini mungkin di dalam neraka. Berbanding cinta kerana keikhlasan, sekurang-kurangnya bila di tanya malaikat, kubur aku mungkin tidak akan di himpitkan. Setakat ini, bila aku teringat teman wanita aku. Aku sentiasa mengingatkan zaman awal perkenalan sebagai menyedapkan hati aku sendiri untuk keyakinan aku sendiri.

5. Percayalah bahawa bila kau menyukai perempuan kerana cantik sahaja. Ia tidak berbaloi dan ia hanya mainan ilusi oleh syaitan. Bermakna, bila kau mengatakan cantiknya Nurul Badiah Lai, style-nya SueAnnaJoe, comelnya Ainan Tasneem dan banyak contoh lagi, pandanglah sebelah kiri kau untuk memastikan bahawa tiada syaitan di sebelah kau. Atau tepuklah dada kau sebanyak tiga kali untuk meyakinkan diri kau bahawa kau berkata seperti itu bukan kerana hawa nafsu.

6. Maka, aku ajukan persoalan ini kepada kaum hawa. Tidak kisahlah yang sebagaimana pakaiannya. Kamu memakai cantik-cantik, seksi-seksi, comel-comel dengan shawls berbelit-belit, contact lens sebesar tidak, cleavage sedalam itu, skirt pendek selagi boleh, kamu mahu ke mana sebenarnya? Kamu pakai seperti itu untuk nampak cantik? Nampak cantik untuk siapa? Untuk suami, untuk teman lelaki atau untuk gambar? Kalau kerana gambar profile facebook, baik tidak payah. Mujurlah setakat ini aku tak pernah dengar pernyataan dari kaum hawa yang masih belum berkahwin mengatakan "Aku pakai lawa-lawa, seksi-seksi dan comel-comel ini kerana Allah". Kalau kamu terjumpa, beritahu aku kerana aku hendak memberikan penerajang sulung.

7. Fesyen telah banyak mengubah naluri perempuan zaman sekarang. Benar-benar mengubahkan perkara normal kepada perkara yang kurang normal. Mungkin jika di katakan peningkatan umur menyebabkan penerimaan fesyen menjadi semakin banyak, tapi apa kejadahnya bila gadis berumur 12 tahun pun sama mahu menyibuk berfesyen dan bermake-up, dan memakai legging? Siapa yang pengaruh budak-budak macam ni kalau bukan kamu yang mungkin sedang membaca artikel ini. Aku tahu, kamu sudah menyiapkan kata-kata komen untuk memaki aku. Tak mengapa, silakan.

8. Betullah orang cakap. Membaca Mangga sudah seakan membaca Playboy. Melihat gambar Maria Elena di limpahi cat sudah seakan melihat Megan Fox berbikini. Kerja seni konon, seni tahi kucing dia. Kita melihat secara zahirnya mengatakan ia tidak sama. Tetapi, malaikat di sebelah kiri sedang giat menulis niat kita melihat sesuatu gambar sama ada kerana nafsu atau kerana apa. Bagaimana?

9. Secara ringkasnya, topik ini aku letak sebagai menjengkelkan kerana terus-terang aku cakap, aku mula gelisah dengan perkembangan fesyen terhadap wanita. Terhadap lelaki turut aku risau. Apatah lagi pada kanak-kanak. Impak fesyen kalau boleh kita tafsirkan lebih kompleks, ia boleh di letakkan sebagai elemen propaganda seperti yang kita pernah dengar iaitu seks, media, sukan, dan lain-lain. Ini kerana memang wujud golongan ketagihan fesyen (fashion-addicted) yang seakan di halalkan dalam kehidupan. Jakim tak nampak hal ini, parti islam pun langsung tidak nampak masalah ini. Jika kamu telah membaca artikel ini, mungkin kamu nampak permasalahan impak fesyen terhadap masyarakat. Bagaimana kita melihat bila ada seseorang yang sanggup berhabis duit kerana trend fesyen. Bahaya? Membazir? 

10. Cukuplah 10 perkara aku sentuh untuk kita fikirkan. Kepada lelaki, tanyalah dalam diri, kamu menyukai perempuan tersebut sebab apa? Kalau setakat buah dada dia besar, aku nasihatkan, buah dada yang besar tak semestinya ranum. Dan untuk perempuan, kamu menghiaskan diri kamu dalam gambar untuk apa? Kalau setakat nak menunjukkan kecomelan, aku nasihatkan, kecomelan kamu tak semestinya boleh melawan kecomelan teacup pigs. Kalau kamu kata sebab keyakinan, simpan sajalah alasan itu. Keyakinan kamu itu secara tak langsung sedang menjual maruah diri kamu sebagai perempuan tanpa kamu sedari. Keyakinan yang sia-sia. Heh.

Akhir kata, tenang-tenangkan diri. Kalau marah, boleh tontoni video di bawah. Chalo, assalamualaikom.






p/s : Betulkah tentang teori semakin pandai seorang perempuan, semakin berlagak perilakunya?
p/s : Yang dah berkahwin berfesyenkan diri untuk suami memang tiada masalah. Tapi, kalau berfesyenkan diri untuk setakat pergi Tesco dengan anak, tanpa suami. Memang ada masalah. Ingat hot-mama lah?

58 ulasan:

abu_dolah berkata...

teori ko tu ada mungken btol mungken tak sbb it depends on individu tu sendiri.

aku pernah jumpa seorang yang mcm tu. ok, ex aku. haish. umpana burong. masa baru menetas, kemaen dok bekicau dalam sarang je, bila da pandai terbang, langsong tak pulang2 sampai sesat.

riak. lupa daratan. akhernya aku lepaskan.

kesumaharyani berkata...

aku baru terfikir nak pakai shawl. adoi sadis. tak jadi lah macam ni. kalau pakai sekali sekala boleh tak? biasalah perempuan, ada naluri nak rasa diri sendiri cantik. cuma bezanya banyak atau sikit.

kau baik, kau suka gf kau kerana peribadinya. susah nak jumpa lelaki macam kau. aku tak percaya dengan lelaki.

Lucifer berkata...

gambar no 3 buat aku lalai kejap. -.-""


p/s: tak jugak. aku pernah jumpa seorang lecturer yang sudah berkerjaya, dia treat orang sebaiknya dan rendah diri,. ia mentaliti seseorang itu.

sarahunny berkata...

semalam aku duduk kat kerusi2 lepak jusco selama setengah jam. aku pening kepala tengok fashion masing2. jusco je kot. kau bukan nak pegi catwalk dengan tyra banks. shawl warna warni, baju terang. heels bagai. legging camel toe. aku blah.

una berry berkata...

sebagai seorang mama yang tak berapa nak hot, agak sukar kdg2 nak bergaya sakan bila dengan anak ni.

kdg2 ibu2 yang bergaya tu memang ibu tunggal kan, siapa tau..bergaya mungkin untuk boost self confidence and feel good abt herself sampai tak sedar pandangan orang lain.

yep,ini semua mentaliti manusia dan juga keadaan sekeliling.media pun define beauty in a new way nowadays.jadi, terpulanglah.

Cik Mun berkata...

menarik entri ini, ada juga orang ulas isu sebegini. makin menjadi-jadi fesyen sekarang ni.

nerves berkata...

nice!!!

ni br00...contoh terbaik yang menjengkelkan...
alien2 shawls the Scarflets
wtf?!!

Ren berkata...

thumbs up bro..

stuju ngan entri ko..kalo takat kejar cantik je mmg kite yg laki ni xkn kekal dlm relationship..sbb skrg mkin ramai perempuan yg dh pandai bfesyen..n kt ak kalo takat rupe cantik tp attitude teruk xgune gak( tkena kt dri sendri)..

Amiey White berkata...

kebenarannya . yup , perempuan memang ingin nampak cantik di mata semua lelaki .terasa seperti diva . haha jujur : itu amiey .

I'm not hipokrit yg mengatakan tak pernah fikir untuk cantik .

Yes ! pernah tergerak hati ingin dress up macam model,tapi aku lebih selesa dengan t-shirt dan jeans lusuh serta slipar je .haha

kc kasedah berkata...

aku pernah buat status pasal shawl freak kat fesbuk tapi biasalah kene hentam. tapi aku watlek je. hehe ok berbalik pada apa yg kau tulis, aku rasa makin ramai da jd fashion victim. nak salahkan siapa? haaa itu yg taktau tu.

*nak salahkan mak ayah tak boleh, sebab mak ayah pun akan marah tetiba keluar pakai baju ketat2, seluar ketat2 tapi bertudung. nie semua desakan fesyen. org tu pakai lawa, nak hekot. org tu pakai ini, nak hekot. hehe :)

eira sakura berkata...

aku xde laki lg woi..
so aku nk bgaya dpn sapa ni..
muahahahahahahahaha..
ntah la yer..
aku tgk org bgaya sakan n cntek gitewww aku pn rs cam bsmangat nk bgaya..
tp korg tgk la sekeliling korg..
kbykan pkhwinan yg bahagia,wanita2(isteri) itu simple sahaja..
aku bkn la mnyesal dberi rupe yg agk..er,agak mnarik..
hahahahahaha..
tp aku jeles tgk kwn2 aku yg biasa2 da de anak 2-3 org..
fuh~~
aku ni mmanjang jer single..
thn dpn nk msk suku abad da..
woahhhhh..
tanpe ler..
smua ni rahmat Allah..
puas da aku mcari..
jd aku prlu bhenti mcari..
huhuhuhuhuhu..

AlexiaAqram berkata...

@dolah

benda nni mmg mula2 diklafikasikan sbg individu. tapi, bila dah mula merebak macam virus. dah tak di panggil individu dah. cuba skit masa kau berjalan di uptown, kau pandang kiri kanan, pandang seberapa ramai perempuan into sangat dgn fesyen. cer try cer try.

@kesuma

kalau kau nak berfesyen, tiada siapa yg larang. aku tak larang. tapi, kena ingatlah kemana, di mana, dan sebab apa kau nak berfesyen pakai cantik2. tu je.

@luc

haha, sori luc kerana melalaikan kau. tentang mentaliti, ya aku setuju. jadi teori itu tidak boleh di pakai sepenuhnya.

@sarahunny

duduk dulu di kerusi jusco. beli papa roti. air oren. makan. nanti tak pening kepala. haha.

@una berry

ibu tunggal, hmm. ada benar. mungkin ibu tunggal boleh di kecualikan. tapi, asalkan jgn sampai ibu tunggal nak boost punya pasal, semua lelaki dia nak sapu masuk rumah.

@cik mun

sama2. fikir-fikirkanlah.

@nerves

itu kan dah legend dalam shawls. legend waklu!

@ren

haha. rilek dan chill. yg rosak, boleh di baiki.

aiko kato berkata...

cantik itu subjektif. it is how u define cantik makes u the person u r..
it is good to know that u r actually love ur gf for who she is..but u shud see things from her view.
xslh kn seorang wanita mahu jd cantik utk her love ones??
lumrah seorang perempuan, we luv beautiful things n luv being beautiful.
i do think one shud accept perempuan itu as who she is..

if perempuan itu over obssesed on being pretty, i do believe it's her own choice. sbg manusia yg memerhati, u can judge her but just so u know, ppl is judging you as well.

as a perempuan, i hav no idea what's inside kepala lelaki, but i do believe a man shud know what's best for himself right??jika tidak suka gadis anda bergaya/looking pretty..just tell her...if she loves u..she is willing 2 change kot.

peace~

Cik Puan Nazatul Sanif berkata...

ya betul. sebagai seorang perempuan naluri ingin cantik tu sentiasa ada. tapi fesyen ade hadnya.
cukuplah, walaupun aku pemakai shawl tegar, aku lebih selesa shawl, t-shirt, jeans dan selipar. tak perlu high heel bagai. aku selesa dengan diri aku dan aku sokong pndapat kau.

cikpia berkata...

aku rasa sukakan kecantikan itu tidak salah..... cuma cara kita 'cantik' itu yang salah....

tapi aku rasa tipula kalau orang cakap SAYA TAK PANDANG PADA RUPA PARAS TAPI HATI BUDI..... penipu!! kalau muka dia tak kena ngan taste ko, ko ada ka teringin nak kenal ati budi dia....???

wanita semua dijadikan cantik, sebab tu orang kata WANITA HIASAN DUNIA..... ada ka orang guna benda tak cantik buat hiasan? cuma istilah CANTIK itu subjektif, bgantung pada taste memasing....

AlexiaAqram berkata...

@cik puan

boundary mmg diperlukan. terima kasih ya

@aiko

cantik untuk the love ones ini yang buat aku risau, aiko. adakah berbaloi untuk cantik di depan yang kita cinta? kalau untuk yang dah berkahwin, ya. yang belum, bagaimana? tidak pula yang perempuan fikir, bila kau cantik untuk yg tersayang, adakah yang tersayang kau itu boleh menahan gelora nafsunya? untung kalau dia bawa ke alam perkahwinan, kalau tergantung bersekedudukan bagaimana?

@eira

berhenti mencari hanya buat kau bertambah tertekan. inilah cabaran percintaan, MENCARI.

@kc kasedah

ikut hati, aku nak salahkan salahbrity dan pelopor. tapi, konfem kena bidas balik. kipas susah mati depa kan ramai. jd, tak payah salahkan sesiapa. just ubah mana yg patut.

@amiey

well, kejujuran itu salah satu sifat yg baik, cukup untuk tambat hati lelaki.

=MiMiE= berkata...

suma bergantung kt hati sbnrnya.. aku yg pmpuan ni pon kdg2 saket mata tgk org pakai tudung, shawls berbelit2, tp end up kat kaki pakai legging.. baju ketat2 mcm balut nangka. mekap tebal2. bukan nk hentam. tp nk pakai mcm tu biarlah kena pada tempat. =.=' xrasa mcm lari dr konsep asal ke? tp mmg admit la.. pmpuan mana yg tanak nmpk cantik kan? kawan2 aku penah kritik aku sbb aku selesa dgn attire yg simple mcm shawl, shirt and jeans. kdg2, view dr guys tu pon penting sbnrnya utk kita yg prmpuan ni cermin diri. accept it la. realities hurt apa? =) sekadar opinion.

Miscellaneous Smiles berkata...

cantik..?

aku cntik tak.?

Ayuni berkata...

baru2 ni aku ada tunjuk gmbr yuna pakai turban dlm majlis dia jd duta Canon kat suami aku.suami aku ckp 'hodoh' gilaaaa.dia melarang keras aku pakai mcmtu.haha.fesyen2 skrg semakin hodoh di mata lelaki,tp byk pompuan rsa mereka cantik berpakaian sedemikian.

dlu aku pun pakai shawls,terikut2 dgn fesyen yuna.tp suami aku mrh,dia ckp hodoh.dia suruh aku pakai tudung bawal je cmana sblm ni aku dok pakai.dia ckp tdg tu plg cantik.dan suami aku suka aku dress up simple2,bj xserabai2 penuh dgn accessories,colourful bagai.

dulu trend shawls,pastu pakai tdg mcm xsiap,gelebeh kiri kanan tepi muka,skrg artis tu nk naikkan trend pakai serban pulak.kesimpulannya,aku rsa kebanyakan lelaki (mengambil pandangan suami aku) sukakan perempuan yg dress up simple2.depa akan rsa pening kepala tgk pompuan tu pkai bj yg byk sgt colour.

yes!lelaki bencikan pompuan yg terlampau berfesyen.

rekbing berkata...

style gile cara kau.

ko buat satu entri kontroversi, pastu dtg entri pnyudah.

mmg indirect ttp mngena! :D

Ja-Ja berkata...

haha biasalah, sekarang kan ramai perempuan yang obsessed dengan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

inilah jadinye kalau manusia lupa dan confuse yang mana tuhannya. nafsu? fasyen? hiburan? girlfriend/boyfriend? kadang2 kite lupe. bila pandangan/pendapat org lain lebih kite utamakan dari kata2 Allah. ye saya tau mmg sukar utk kaum hawa ni utk tak berfesyen2 dizaman ini. tp kalau itulah harga utk sebuah syurga, why not if we sacrifice for that? sy percaya ade lg orang yg rasional and tak kesah kalau kite tak ikut fesyen2 ni. kadang2 bile tgk org2 dkt malaysia skrg ni di tempat2 awan, rasa macam duduk Us. makin ramai org pakai seluar pendek, legging, and etc. kadang2 tgk ade org US ni pn tak seseksi org islam kita. malu rase diri bile terfikir yg diri ni tak terdaya utk buat sesuatu utk saudara dinegara sendiri.

k_Own berkata...

serius gua nampak ada poin d situ..

gua mengaku, gua suka awek yang simple2, jgn nmpk sgt mereka mereka tuh macam yuna, maria elena dan ramai lagi.

gua rasa macam sgt rosak dan buruk bila gua tengok2 mereka nih.

semoga mereka membaca artikel nih. bg bukak sket mata mereka, mereka HODOH

deylaSUPERB . berkata...

tp kan bro . ak nak ckp . ak pon addict dgn fesyen . ak rs xslahkn berfesyen slagi mnutup aurat ? i mean still ttup dada , pkai longgar2 . amcm ?

ali berkata...

@deyla. aku rase la as long as your appearance doesn't attract so much attention from man, i think its all good. perempuan pn haram kn pakai wangi-wangian yg berlebihan kalau nk kluar? stakat pakai utk cover sikit je. ni perumpamaan je la. and this what i think based on my knowledge. others may think differently :)

Wadi AR berkata...

terpanggil utk mmberi komen setelah sekian lame menjadi silent readers. suke dgn entri kau yg sgt cool, isi mantap. dan selama aku hidop 22thn ni aku xpnh beli kasut high heel mahupun mencuba jadah tersebut. sebab ape? kau boleh fikir musababnye.

kaoo9 berkata...

kalau aku nak kuar rumah , mak ayah aku pusing dulu tengok kalau ada yang tak kena . kalau tak pass , dia suh tukar . tapi aku tak penah kena , kakak akau selalu fail . huehuehue .

free compass berkata...

cantik lagi awek semalam. makwe 18 paling cun.

afrohead berkata...

aku tak ada masalah dengan perempuan yang berfesyen, asalkan BERPADA dan menjaga AURAT. yang menjadi isu pada aku ialah niat perempuan berfesyen untuk apa. 'untuk kelihatan cantik' dan 'untuk keyakinan diri' adalah jawapan tipikal. sama ada mahu mengaku atau tidak, aku rasa niat perempuan berfesyen rata-ratanya untuk kelihatan cantik di mata lelaki. (pendapat aku sahaja)

KiD berkata...

aku sokong.sakit mata tahu tak.pakai yg simple dan tutup aurat pun dah bgus.fesyen tak boleh bawa mati.bukannya kau selekeh kalau tak berfesyen.janji kemas dan tak menjolok mata pun dah OK.pasal berlagak tu aku rasa byk yg berlagak daripada low profile.

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

kan cantik 'tone' yang digunakan dlaam entri ni.

rasa nak pergi share je kat facebook biar jadi macam cerita-cerita teladan semua tu.

wahidah berkata...

nak cantek nak bershawl sume kene moderate la.bersederhana sudah laa.sexy pon kene sederhana perr hahahahha..sape xnak cantek woiii

Aflina Affandi berkata...

Bagus jugak berani buat entry macam ni . Terima kasih atas teguran .

tira azhar berkata...

http://tirazhar.blogspot.com/2011/06/fashion-and-its-complications.html

bagi aku, lensarosak terlalu emosi bicara tentang fesyen hingga aku rasa jengkel untuk entri kali ini. sebagai silent reader kamu, aku rasa kamu patut kurangkan rasa jengkel.

. berkata...

terlalu banyak entri macam ni aku baca dari kalangan blogger lelaki tapi sayangnya bagi kaum hawa yang terasa mereka tidak menyedari kesilapan yang ada malah terus membidas..

bagi aku, berbaju kurung bertudung mengikut syariat itu lebih sempurna dan cantik dimata ALLAH. tak perlu nak 'seksi' terlebih utk menanti 'seksa' di neraka :)

Topek berkata...

berdasarkan pemerhatian seketika aku, memang betul teori pertama ko.

Cheh

Sembang Kemas berkata...

gua pandang awek gua atas dasar ape ye?

sebab awek gua tak pandai berfesyen,bila gua tanya fesyen apa dia pakai.dia kata fesyen kampung.

tapi sekarang dia mula belajar cara-cara lilit shawl dengan betul.

mungkin motif percintaan gua akan berubah gamaknya?

Tanpa Nama berkata...

thanks for the reminder. lately aku dok pk kenape aku dah jadi cm scaflets. diorng budak2 baik aku tau, tp kekadang tu aku cm rase nk jadi cntik cm diorng.

niat aku dh lari sungguh.subhanallah.

Mr K berkata...

WE WAN A GAMBA ALEXIA!

fiqvertigo berkata...

kamu runsing ni.

aku paham. been wonder the same thing.

satu saja dalam ingatan yang babah tak putus-putus pesan;


"Bersederhana."

frodo mana? eh rindu frodo pula..

idham mohamed berkata...

cik AA
aku nak mintak pertolongan jase baek dr cik AA
utk gambar2 gurls dalam ni,one of them was my fren..
aku tau gambar2 dalam ni sekadar hiasan,tp atleast censored la bahagian mana yg patut agar diorang boleh hilang identiti diorang. cz kawan aku tu budak baek.
diorang2 sensitif skit kalau gamba diorang di jadikan contoh.aku tau niat ko baek.
:)

mekasi cik AA

Teejay berkata...

Unfortunately a lot of our perception of beauty comes from the media, both Western and our own. Women wanting to be beautiful is a law of nature and cannot be helped. In fact, I think the reason they oppose these kinds of posts is because they think what you mean to say is that they cannot be beautiful - strictly a no-no. They want to feel good by looking good and God forbid anyone tell them otherwise.

While it is true that any of these fashion faux pas can be avoided if only women sought out to be less 'fashionista', the burden of duty should not be placed squarely on those petite frames. Us guys with our leering, lecherous Male Gaze (http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/MaleGaze) don't help things, and not all of us are upstanding God-fearing Muslims that we can willingly turn away. While we should be, the reality is we're not. In effect, by indulging in our tastes for a certain look in women we inform the women of our society what we consider beautiful, which causes them to strive to achieve that. Both men and women are at fault for this phenomenon, and one thing I'd like to highlight is that it's great that you acknowledge this when you asked your readers, "Apa motif cinta korang?" It really puts into perspective the man's role in this issue.

In general I support your stance that men should not start relationships or love a woman for their appearances alone; we know those can be deceiving and are temporary, since everyone will grow old and withered someday. Personality, character, religiosity are all other factors we have to consider when confessing our love if we want to have a healthy and loving relationship...not just if we want to avoid all these fashion disasters.

azah berkata...

serius doh... ak rse kn tiap kalo ak bce blog ko yg melibatkn tang mengjengkelkan nie... mesti ak bru je knal mreke2 ko ko statekn name 2... bru la ak start search kt google... hahahaha

ko nye blog nie.. mmg informative la... hehehehe....

@sarahunny... bru JJ je kot.. cbe ko tgk kt mid ke pavi ke x pon klcc... lg handal kan.... hahahaha

erysweetie berkata...

ubat untuk ni semua...gadis2 pergilah bernikah.. eh, yang lelaki pi masuk meminang cepat...

Alexandriana Alia berkata...

jap nak cek facebook n blog aku ada tak bercirikan gamab2 macam contoh di atas. hahahaha

nasib baik takde. chiaow!

suha berkata...

cik suha tak cantik dan Alhamdulillah takde ciri-ciri sprti yg dinyatakan (^_^)



ade sesape nk masuk minang tak?lala

cik_zetty berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cik_zetty berkata...

tapi memang tak dinafikan...perempuan selalu ingin nampak cantik i dun know why tapi itulah hakikatnye huhu :D

cikSukaSuki@AL berkata...

berbalik kepada mentaliti setiap individu lah

dia nak cantik sebab apa. aku pun saru jugak tengok fesyen2 ni. sangat berlebih-lebihan. cukuplah sekadar bersederhana.

cantik dimata kita dan orang sekeliling.

laskar pelangi berkata...

tepuk tangan kuat kuat.horey horey!

nasihat yang berguna:)

kekadang fesyen sekarang dah terlebih lebih. habis bebudak nak tiru bagaikan. tutup aurat tapi padat sana sini. saya seorang perempuan sendiri melihatnya sangat teruja.apatah sang kumbang right? HAHA

darkbatman berkata...

xsume laki cm2.. n kdg2 x salah pompuan nk berhias. ade pro n kontra. harus kne pd tempatnya n x melampaui batasan.. fesyen x salah. klaux berfesyen dikatanya kuno ditinggalkan zaman..

Tanpa Nama berkata...

aku ada gmbr kau dah awek kau bahiyah. mcm beauty and da beast

よしくに みやこ berkata...

simplicity is always the best!
fashion is an expression of creativity... maybe that's how certain people sees it.
I'm no fashionista!
But I agree w u aqram.

Lina Shabbir berkata...

clap3!

fuuuuuuuuhhhhhhhhhh.

lega gila bila tahu ramai rupanya yg tak setuju dengan fesyen scarflets dan yang sewaktu dengannya.

1. perempuan ni kalau dia tahu diri dia tu cantik, memang habis r.so, jangan puji2 dorang cantik.

2.camne nak cakap ni ek?dgn ayat yang sopan? kita perempuan ni bukan objek yang nak dipamer dan dijual kat kedai. so, tak perlu "melawa", "bergaya", "beraksesori" yang melampau. melampau ialah bila orang toleh 2-3kali bila kau lalu.

3.honestly girls, masa bersiap2,mekap,pakai lens,belit shawl,sarung rantai besar2 tu, xkanlah sikit pun takde niat nak orang tengok n nak org rasa "lawalah dia ni". ha,kat situ dah salah dah.

4.yang baik jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan.kalau maria elena pakai seluar ketat nampak bentuk kaki dengan shawl berbelit2,kita tahu kan itu tak kena? toksah lah kita ikut.tiba2 maria elena pakai jubah,tudung litup tutup dada,kita tahu itu betul,bolehlah jadikan tauladan.faham?

just giving my 2 cents,sedang dalam proses memperbaiki diri sendiri juga,sama2 kita berkongsi ilmu :)

p/s: no offence tapi 99% perempuan sekarang pakai baju yang bukan saiz dorang.kalau t-shirt n jeans tu dah melekat sampai nampak VPL,apekejadah,kan?

BERSEDERHANA itulah yang TERBAIK.

p/s ii: pernah terbaca cerita, Rasulullah tak suka warna2 terang contohnya kuning.nanti saya kaji lagi k :)

nuha donut... ;D berkata...

hey ! sye suke sgt entry ni.. menyedarkn sye tntg sume.. sume yg kmu post kn nih majoriti berkaitan dgn sye.. time kaseh byk2 sbb wt entry nih ! ><

Bashtiah berkata...

Mudah terpengaruh dengan fesyen terkini secara buta tuli, itulah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

tengs.. lensarosak nie memang suke buat orang tersentap.. tapi in a good way bro.. yup.. sy pun trgolong dalam wanita yang semakin mengikuti fesyen bertudung nie.. ermm.. tapi semakin sy ingin cantek, smakin seksa pulak rasanya.. my bf dump me juz sebab sy ta cantek.. funny rite..

suke sume artikal abg.. keep it up bro.. tengs again.. love u..

ciksyieda berkata...

like this entry.. artikel kt sini byk sedarkan sy.. thanks sbb buat entry2 macam nie..