Jun 22, 2011

Pertempuran 9 Julai

Pagi itu yang di sangkakan tenang mula berubah dengan kehadiran sosok seorang lelaki. Tegap. Berperut buncit dan bermuka bengis. Dia menanggalkan cermin mata dan pakaiannya. Hari ini dia bukan hendak meliwat atau menibai China Doll. Hari ini dia mahu menjadi adiwira. Namun, posisi dia hari ini di letakkan sebagai pemukul gendang. Sebagai pemangkin semangat kepada adiwira yang lain terutamanya yang di ketuai oleh Karpal Singh. Seorang adiwira yang berkerusi roda. Lagak seperti Professor Charles Xavier, dengan kuasa minda, Karpal Singh cuba menahan gerombolan yang akan melawan pertempuran bersih ini.

Muncul satu kelibat. Pendek, rendang dan miang. Namun lincah dengan memegang keris dan tanjak di kepala. Siapa tidak kenal Ibrahim Ali? Bersemangat berlari kencang bak kuda. Niatnya hanya mahu menikam petualang negara katanya. Mestilah orang yang dia cari untuk di tikam dengan keris kontot ialah Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Jika Karpal Singh adalah Professor Charles Xavier, Ibrahim Ali adalah Magneto. Suka dengan besi terutama keris. 

Gerombolan sudah sampai. Tukang Bersih pun sudah bersedia. Pagi ini Sungai Klang mungkin bermandi darah. Pertempuran tidak dapat di elakkan. Kedua-dua mempelai siap-siaga dengan slogan, bendera, dan senjata seakan memang bersiap-sedia untuk bertempur. Sebelah pihak bersenjatakan keris. Sebelah pihak lagi di katakan menggunakan pistol, namun di tarik balik permit pistol dan menggantikannya dengan kapak. Polis-polis dan FRU juga tidak dapat menghalang lagi kerana sudah awal-awal di beri duit kopi dari kedua belah pihak supaya duduk diam dalam balai polis atau pergi menonton Transformers 3.

Pertempuran berlaku. Ini adalah final battle. Lebih teruk dari 13 Mei mungkin?

Pihak gerombolan yang di bantu oleh ketua pemuda-pemudi iaitu Khairy Jamaluddin dikatakan menggunakan pengaruh sebagai askar Wataniah untuk membekalkan M-16 jika di khuatiri pihak di sebelah sana bermain kotor dengan membaling bom katak. KJ memang dari dulu cepat takut. Dia kan Cicak Man. Lidah bercabang, siapa yang tak kenal? Dulu bawa teksi, lepas menuntut dengan Kluang Man baru jadi berani sedikit.

Tak dapat di pastikan di mana pula kelibat Najib Razak. Dengar ceritanya sedang sibuk menjawab panggilan dari Hosni Mubarak yang mahu mengangkut keluar semua pelajar Mesir dari Kuala Lumpur atas faktor keselamatan. Dulu dia yang call Mubarak, hari ini Mubarak yang call dia. Karma karma. 

Rais Yatim pula mungkin juga sibuk. Tidak dapat menyertai pertempuran. Masa-masa yang penting ini sebenarnya perlu di luangkan untuk menjawab panggilan dan temuramah dari agensi-agensi berita antarabangsa seperti AFP, CNN, Al-Jazeera dan tak lupa juga Harian Metroll kerana bimbang pisang berbuah dua kali seperti dahulu. Dia tak mahu di persalahkan seperti Menteri Penerangan dahulu yang gelabah menjawab panggilan temuramah. Dia sudah siapkan skrip. Tenang menjawab.

Kebabommm! Bunyi letupan dan hunusan keris dan kapak bertalu-talu di depan Masjid Jamek. Tiba-tiba keluar satu hero yang kita kenali iaitu Muhyiddin Yasin. Pada mulanya dia mahu mengenakan sut Iron Man. Namun di sebabkan sut itu tersangkut di leher. Dia memutuskan memakai baju teluk belanga sahaja. Dia mengatakan kepada semua. "Akulah Hang Tuah, hari ini aku kembali sebagai bukti Hang Tuah dan Melayu tak hilang kemana-mana".

"Kah kah kah", tergelak-gelak geli hati si Lim Kit Siang yang baru saja bangun akibat terjatuh mencari spek matanya yang hilang. Bila di pakaikan spek mata, rupanya dia adalah Cyclops!

Hang Tuah yang datang dengan turun dari kereta Proton Perdana, keris Taming sari di tangan, berjalan lagak seakanThe Punisher. Badannya pula ke-kuning-kuningan seperti Super Saiya. Selepas menyikat rambut, dia terus membuka jurus dan menyerang Cyclops. Teresa Kok yang turut berada di situ kehairanan. Tian Chua pula seakan tidak percaya sehingga menerkup muka kerana hero yang di katakan hilang itu muncul semula! 

Pertempuran maha sengit berlaku. Tian Chua berjaya di tikam mati oleh Hang Tuah. Teresa Kok pula telah di sepak sehingga pengsan. Cyclops pula cedera. Datangnya Hang Tuah berjaya memberi kemenangan moral kepada pihak gerombolan yang mahu menewaskan divisyen kedua perang musuh yang di ketuai Hishamuddin Rais, salah seorang ahli Fastastic Four yang mempunyai badan elastik. Dengar cerita dia juga Freemason. Dengar ceritalah.

Kematian Tian Chua menyebabkan dua orang de facto geng Bersih iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi tak senang duduk. Haji Hadi yang tiada sebelum ini kerana giat berdoa di dalam Masjid Jamek agar di turunkan petir untuk menang pertarungan ini, terus bingkas bangun bersama Nik Aziz menyertai pertempuran. Kedua-dua hero ini mengingatkan kita kepada Tok Janggut dan Abdul Rahman Limbong. Tag-team yang hebat! Mereka menyertai perkelahian dengan Hang Tuah. Kedua-dua mereka mempunyai dua senjata yang hebat. Haji Hadi dengan tongkat sakti kuasa bulan manakala Nik Aziz dengan terompah terbang seribu satu malam.

"Hiyahhhhh!!" Datang pula Magneto cuba membantu Hang Tuah. Dua lawan dua baru adil katanya. Formasi silat legenda di lakukan. Menahan dan menyerang. Bersilat dan berkungfu. 

Anwar Ibrahim yang sedang memukul gendang dari tadi memberi semangat merasakan perkelahian melibatkan Hang Tuah adalah getir. Hendak masuk campur, sakit pinggang. Lalu, dia memasang cd lagu Mentera Beradu sebagai menambah perisa dan semangat kepada wira-wira yang bertempur.

"Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..hanya berbual makan angin kembung perut mual", begitulah keratan dari lagu Mentera Beradu. Cukup bersemangat!

Pertempuran semakin hangat. Semakin ramai adiwira menyertainya. Geng 3 line, 4 jalur, kutu-kutu Majlis Peguam, mat pet, apek kutip sampah, peniaga apam balik dan macam-macam lagi. Tidak ketinggalan juga Zulkifli Nordin yang menjadi Spiderman. Suka melompat ke sana-sini. Azmin Ali yang merupakan seorang Tarzan juga campur tangan. Tak lupa juga Usop Sontorian and The Gang. Setia membawa ayam yang boleh bercakap untuk menjadi pengadil pertempuran. Paling ketara yang menarik perhatian ialah Nurul Izzah yang merupakan seorang Sailormoon. Dengan kuasa bulan aku menghukum mu katanya. 

Pelbagai kuasa dan senjata juga di gunakan dalam pertempuran 9 Julai ini termasuklah keris, lembing, kapak, pistol, senapang gajah, selipar jepun, hos pili bomba, rantai anjing, bahkan ada juga bola-bola api dan tak lupa santau-menyantau. Anak buah Mona Fendey barangkali.

Tiba-tiba! Pranggggg!!! Bunyi hentaman kaca yang cukup kuat dan membingitkan pendengaran. Semua orang dalam pertempuran ter-berhenti. Kaget. Tiada seorang pun berganjak. Semuanya memandang jauh ke ufuk selatan, tempat bunyi itu terhasil. Dalam asap, dengan sayup-sayup bunyi irama. Ia adalah lagu pembukaan Stone Cold Steve Austin! Samar-samar di lihat seorang lelaki senyum meringai. Hek eleh, Jep Sepah rupa-rupanya. Mentang-mentang lah final Maharaja Lawak Jumaat ini. Sempat lagi buat lawak.

Tapi, siapa di belakang Jep Sepah itu? Apa kelibat yang besar di belakang Jep Sepah bawa itu? Ia bukan manusia! Berekor dan banyak ekor nya! Ahhh sudah. Takkanlah, musang berekor sembilan??!! Jinchuuruki????????!!!!!

Nantikan kesudahan imaginasi ekstrem rekaan semata-mata pertempuran 9 Julai ini di perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 ini. Siapa yang akan menang? Mampukah tag-team Hang Tuah-Magneto mengalahkan tag-team Tok Janggut-Abdul Rahman Limbong? Hanya masa dan anda sendiri yang menentukan nasib negara kita. Tempur ataupun tidak? Kita akhiri misteri pertempuran ini dengan lagu Gemuruh oleh Wings dan Search.

Sekian, chalo dan asalamualaikom!


p/s : 9 Julai maybe aku ikut polis-polis tengok wayang kott.
p/s : kredit di berikan kepada abu dolah atas sumbangan idea. Thumbs up!

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AHahah tak leh blah ang punya imaginasi.. terbaek gila.. :D

Semua sangkut paut dalam watak.. ahahah

cranberries berkata...

ya barangkali cerpen ni bleh disambung buat novel.mne tau kot2 bleh hits macam novel "SHIT".haha

Hazirah Mustaffa Kamal berkata...

heh. bleh buat senyum pagi-pagi buta.

good stuff.

Dzarief Zuhdi berkata...

Semat doh crita nie..haha..
Jep sepah bawak nine-tails..hahahaha

Cidak berkata...

Hahaha.

gila tinggi imaginasi.

eszol raar berkata...

*mkn pop corn*

zombie berkata...

harap pekida boleh saman lensarosak kerana mendedahkan penlibatannya dalam pertarungan sulit ini. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

PENULIS atau OWNER BLOG tolong bg perhatian pd komen terbaru untuk post 'Menjawab Persoalan dan Hujah EmyAmalina'

Mehmed - berkata...

gila gempak lah..

9julai, tengok lah kalau jalan tu bersampah ke tidak. Ahaks!

Double trouble betul.kau tengok wayang? kehkehke!

Tanpa Nama berkata...

semoga masih ada shabab malaysia yang setanding syabab mesir berani mempertahankan hak mereka..bukan hanya berani berimaginasi di blog sahaja.

[n a j e e b] berkata...

"...yang menarik perhatian ialah Nurul Izzah yang merupakan seorang Sailormoon. Dengan kuasa bulan aku menghukum mu katanya."

>> ahahaha!terbaekk! guling2!
*makan pop-corn*

isaacismael berkata...

terbaik dari lu!

-gua nak join geng mana yer?

pyahnakmat berkata...

ahahha
mengarut p agak relevan
ok la tuh

Farhan AJ berkata...

bila orang islam sendiri mula mempermainkan ulama Islam,maka saat tu, jatuhlah Umat Islam..

semoga diturunkan bukti kekuasaan Allah SWT kepada ko supaya jaga mulut tu sket nak hina2 ulamak..

RepublicAku berkata...

ulama islam itu nabi ke ,tuhan ke ...maka kita harus tunduk dan patuh?

ingkar sahaja tiada dosa siapa mereka!

kitab yang mana satu dibaca?

cikpia berkata...

ha ha..... bersangkut paut!!
aku suka! aku suka!!!!

erin berkata...

hahahaa...membuat aku hilang nagntuk setelah membaca!!terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

si farhan AJ ni syahadah dia pada nabi ke pada ulamak?

taksub benor gamoknyee.

Tanpa Nama berkata...

kah3.lawak2.

farhan AJ: jangan pikir kau belajar kat UIAM dah kira islam sangat. nama je universiti islam, orang afrika, budak2 arab selambe je bawak masuk AL-qUhuLIQ drinks dalam kampus. siap mabuk2 lepas tu peluk budak2 perempuan kita kat bas stop lagi. sebelum kau 'islamkan' orang 'kafir' kat sini, ko betulkan lah dulu pihak pengurusan UIAM dengan orang2 arab dan afrikana tu. orang arab selambe simpan rambut panjang, orang melayu masuk kampus boleh pulak kena saman kalau buat benda sama. lancau la lu mat - source: BORAT

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

buat Tanpa Nama : ok lagi dia taksub daripada Ulama! Setidaknya ulama itu pewaris nabi daripada korang yang taksub Alexia Aqram! apa dia tulis semua sokong! Kalau dia cakap mak bapak korang itu ini pun korang nak sokong ke?! Ape la...Farhan Aj tu bkan taksub ulama. Setidaknya dia berani tunjukkan identitinya. Ini Alexia Aqram, 'ulama' korang sanjung. Ye aku akui semua orang bebas melahirkan pendapat atau menulis. Tapi bila ditegur terimalah. Jangan nak EGO sangatlah Alexia Aqram. kalau nak dibandingkan dalam byk2 blogger, blog ni skang yg paling 'panas' aku dgr bkan kerana popular mcm Obefiend tp sebab bodoh sombong si Alexia Aqram (AA) nih. Aku folo up blog ni sebab byk dgr cite orang tentang gaya penulisan Alexia Aqram yg byk menghina hukum Allah. atau mcm yg aku komen pd post sebelum ni, mungkin AA nak provoke or sinis tp dlm masa yg sama ayat AA menghina Islam. sedarlah sikit. Xkn nak tunggu masuk TV or Melodi baru nak minta maaf. kau maksum ke AA?!

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang menyumpah kau dengan kata-kata.. akan tiba kau meninggal..... Kau akan pergi cari siapa yang pernah kau hina satu per satu!

Ingat kalau kau masih hidup cepat2 lah pergi minta maaf kepada siapa yang pernah kau hina selama ni..

Jangan ingat kau berselindung di sebalik nama Alexia Aqram kau akan selamat? Dengan kata keji kau menghina dan menindas orang yang kau benci, lama kelamaan hidup kau akan terpesong.

Jauh terpesong dari niat kau. Sebaliknya kau akan lebih kearah kebencian terhadap orang yang kau benci. Hidup kau penuh hina!

Alexia Aqram jika kau berani tunjukkan wajah sebenar muka kau di dalam laman maya ni. Jangan kau sembunyi kecut perut, berani dengan kata-kata tapi macam keldai!

hackshitam berkata...

kih kih kih.

AlexiaAqram berkata...

aku ada pop-corn. ada sesiapa nak pop-corn?

makan pop-corn memang seronok sambil melihat komen-komen hulubalang. lagi2 yang pakai nama aku tu. kemaen sungguh.

keh keh keh!

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

tu dia da bersuara...hmmm...

Sembang Kemas berkata...

gua rasa gua nak jadi penonton sambil main gendang dengan Anwar.

kahkahkah.

terbaik AA!

Mat berkata...

best2.. Kah kah kah.. Gelak tengah berak aku..
Jemput tempat aku bro.

cakaplanchang.blogspot.com

tengok2 dulu.

roxanne de maria berkata...

apekebenda la komen derang si anon ni.tapi AA, cerita lu pasal 9 julai ni kar twitter ritu dengan si abu lagi gempak lah. terburai gelak aku.

abu_dolah berkata...

imaginai ekstrem. terhasel juga akhernya lepas borak2 kosong kat twitter. tahniah! =) tak sia2 perah otak tak tdo. hahahahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Hang nak tengok blog ang hilang tak?? aku boleh buat... dalam masa 24 jam aku kasi ang buat backup file ang.. :)

Tanpa Nama berkata...

Sebelum blog ang aku hack dan aku removekan semua baik ang buat backup siap2..

aku kasi tempot 24jam sahaja... :)

lepas dari pada itu akan aku removekan segala dan semua entri kau satu per satu.. Harap Maklum!

eira sakura berkata...

kuangkuangkuang..
bez seh cte ko ni AA..
bg aku ko xde pulak mhina Islam..
kurg2 ko mnaip pakai otak n bkn emosi..
aku sygkn agama aku..
klu kes sosial blambak2 blaku pd rmaja islam,ulamak2 skalian watpe?
sibuk nk tawan putrajaya..???
haramjadah..
elok ulamak2 kite ni dekati remaja2 kite..
bimbing dorg..
tah2 boleh jd ahli politik yg BERSIH,lbh hebat dr TOK JANGGUT N ABDUL RAHMAN LIMBONG..
ini bg khutnah jumaat cter psl qazaf la,zina la yg ptahankan tukang maen GENdang GENdut..
watpe..?!
ko pk remaja kite phm pe yg korg khutbah 2?
solat jumaat pn xpergi woi..
so,ulamak kite watpe sbrnye????

ekjozbuluh berkata...

'bilalah nk habis pukul gendang nih', kata china doll yg da ready beraksi...

missSCHNEEBLY berkata...

buat gua cemas tunggu 9 julai ni,demmmm....

Norasiah Nasir berkata...

xpe ke buat cerita mcm ni...

tp saya bc sambil senyum geli hati..sbb susunan ayt & jln cerita menarik hati

Tanpa Nama berkata...

eira sakura ni sweet la. ko buat apa pulak?

speaker. berkata...

mungkin bagi kalian benda begini seakan hiburan.Alexia Aqram, tahniah! kini saya dah tahu, mana letaknya otak anda.di lutut mungkin =). mungkin sekarang ini kau sedang bergembira dan mendabik dada.ramai betul puji post aku.hebat mungkin.takpelik jika suatu hari nanti, tidak ada lagi penghalang buat kau.bercerita tentang hal agama dengan cara begini juga boleh menjadi hiburan buat kau.ulama' sendiri pun boleh masuk sekali buat macam cerita kartun. ini orang yang berpelajaran tinggi mungkin?

afrohead berkata...

kau ni terpengaruh dengan yellow flash Naruto ni AA. siap jinchuuriki pun ada. hahaha

Alexia Aqram bertaubatlah! berkata...

Sabo je la 'Speaker' oi...
nak lagi best ko layan komen dia kat post sblm ni 'Menjawab Persoalan dan Hujah EmyAmalina'...
Da byk org pangkah blog dia ni...Bkan sebab apa tapi sebab owner...Tak boleh kene tegur!

Tanpa Nama berkata...

kelakar gua tgk lu org ni..satu pihak terlampau extreme agama..tak boleh nak bawak bincang pasal agama..fasis nak mampus..terus keluar keris nak radak perut org.

owner blog ni pun satu..ko lagi la bodoh piang.tahap ko cerdik sikit je kot dari budak2 ni. aku baru baca entri pasal objection ko pd bersih.mmg ko ni ignorant.sebelum tulis kaji la pndangan dr dua belah pihak.jgn ikut sedap mata ko je. yg golongan fhmn kaum tua ni jgn ko lyn. lagi bodoh nnt ko. aku tgk ko ni sbnrnya ok, cuma kdg2 terlalu ignorant.entri ko pasal bersih tu mmg buat aku gelak.sempit gila pndangan ko. lain kali ambil tau sikit pasal negara,jgn nak tulis pasal cinta je.

AlexiaAqram berkata...

aku cuma mahu mengajak kamu berfikir.

sebelah pihak menganjurkan perhimpunan raksasa.

sebelah pihak lagi juga menganjurkan perhimpunan menentang perhimpunan raksasa.

kedua-dua belah pihak bertembung semasa perhimpunan.

ada jaminan untuk mengatakan kedua-dua pihak tidak bertempur?

jika bertempur, jika membawa kematian.

ada jaminan dari pihak penganjuran perhimpunan untuk tidak tercetusnya kematian atau pertumpahan darah?

pasti tiada jaminan.

takkan benda seperti ini tak reti nak fikir?

berfikir kehadapan. usah terlalu ikut nafsu kejantanan untuk menuntut keadilan dengan cara sebegini.

ada cara yang lebih cool dan baik dalam menuntut keadilan selain mengadakan perhimpunan yang bakal membawa kematian ini.

tak percaya?

tengok cerita 3 Abdul.

wassalam.

p/s : afrohead, yellow flash memang awesome!

Butterfly Kisses berkata...

Sampai terkuar air idung aku gelak!!!
hahaahhahahahahhh!!!! Kiok!!!

Farhan Muhammad berkata...

Sokong AA ! Hidup Jinchuuriki !

free compass berkata...

aku ketinggalan jaman lagi.

Lucifer berkata...

lulz. komen farhan aj bikin senak perut.



tp naiss gila kaitkan watak dalam citer ni. tag team tu.

[n a j e e b] berkata...

"..aku cuma mahu mengajak kamu berfikir..." - aqram.

Ini je yang penting; berfikir.
Sama ada penulis benar atau tidak, kamu perlu BERFIKIR.
Sama ada penulisannya baik atau tidak, kamu perlu berfikir.
Sama ada kamu perlu terpengaruh atau tidak, kamu semua memang perlu BERFIKIR.
So, it's up to all of you guys macammana nak berfikir, dan it's up to him how to deliver all his post, sebab dia juga berfikir.

Kamu membaca, dan kamu berfikir.
Itulah gunanya akal.

p/s : pathetic, kesian parents susah2 cari ilham untuk nama, tetapi declare as TANPA NAMA.

sero berkata...

tak agak2 tanpa-name kutty ni... ape barang ugut2 nak hack ni brader

kalau tak suke buat ape ko bace?... ehh hacker la takut siotttt

Tanpa Nama berkata...

blogger: aku rasa ko sedia maklum bila bersih 1.0 dulu dijalankan,xde pun berbunuhan. sebab tu aku kata ko ignorant.

dan sebenarnya perhimpunan bersih ni bukannya pergi pecahkan tingkap kedai, bakar kereta,etc..cuma perarakan utk mengajak rakyat berfikir tentang isu pilihan raya.

ko sendiri maklum betapa korupnya kerajaan kita sekarang, totalitarian government. kita pergi sebagai rakyat, dan sebagai pembangkang, mungkin pr ada advantage, tapi kalau pr naik dan buat hal macam bn sekarang, benda sama jugak yg akan kita buat. bg aku, bn dgn pr dua kali lima, sebab aku tgk negeri pr pun sama je mcm negeri bn. kalau ikut kan aku mmg aku nak jatuhkan dua2 sekali, tapi apa pilihan yg kita ada? nak revolusi? dgn budak2 kita yg still sembang lebat pasal cinta, af, bola..terlalu ramai yg ignorant..

jadi secara realistiknya, aku percaya pada 2 stage reformation, jatuhkan bn dulu kemudian baru pr..so fikirla sbb ko ni generasi depan..jgnla bawak fahaman sempit kaum tua ni..

Onez Makio berkata...

terbaek giler babi r imaginasi..haha

Tanpa Nama berkata...

melayu memang mudah lupa...
kalu nak ikut sgt ambiga tu ikut lahhh..ko jgn lupa contact dia bila ko dah nak murtad nanti..dia leh tolong settle kan utk ko smua mende...pastu ko leh mintak byk lagi berkenaan utk melonggarkan agama islam di malaysia bersama ambiga...slamat berbahagia...
Allah swt sahaja yg dpt menghakami ko n da geng yg bersama ambiga..
alhamdulillah syukur kpd Allah swt krana aku masih berada dlm islam