Jun 03, 2011

Sebab-Sebab Mungkin Releven Lelaki Melayu Takjub Dengan Kereta BMW

Aku lebih suka pekak-kan telinga bila ada orang-orang gembira menyanyikan lagu 'happy-birthday' sekuat hati di dalam restoran mamak yang cukup panas dan hangat. Bumbung bergegar. Memang lumrah menghadapi tabiat masyarakat Melayu Pulau Pinang yang suka menjadikan kedai makan sebagai tempat memekak seperti sebuah stadium. Padahal stadium bandaraya tak pernah penuh. 

Secara tiba-tiba, aku terdengar bunyi brek yang kuat. Sebuah kereta BMW tepat-tepat meletakkan kenderaan di depan meja aku. Dengan hangat enjin, si pemilik kereta keluar dengan langkah yakin dan angkuh. Memakai cermin mata gelap. Di waktu malam. Ber-tshirt polo hitam. Bertopi merah juga berlambangkan BMW. Aku syak namanya mesti Azman, atau Kamal. Paling tidak pun Ben. Sebab hanya lelaki bernama Ben sahaja yang suka memakai topi di waktu malam. Kalau nak letak nama Nara, mungkin keterlaluan. Ah, biarlah. Itu tak penting. 

Yang penting ialah, aku cuma tertarik pada manusia yang keluar di pintu penumpang depan dan belakang. Perempuan yang agak boleh tahan juga untuk di jadikan modal fap-fap-fap bak hujah Bani Hakim dalam zines Projek Komrad akan datang (bakal menyusul). Seorang dari perempuan-perempuan itu berambut perang, mungkin dari pewarna rambut Garnier barangkali. Seorang lagi seksi dengan short-pant, dan seorang lagi mempunyai ukuran buah dada yang mirip AdindaEvans. Aku agak-agak sahaja, tak perlu serius ya? Kita namakan perempuan-perempuan itu sebagai Maria, Linda dan Prema Yin. Kita andaikan mereka bukan dari Subang Jaya. Takkanlah jauh-jauh dari Subang Jaya mahu lepak kedai mamak di Pulau Pinang bukan? Jadi, aku syak mungkin mereka dari Kubang Semang, sebab baju-baju mereka nampak benar seperti baju dari kedai pakaian terpakai.

Aku rasa, aku sudah banyak mengarut. Baiklah, aku cuma mahu bercerita mengenai hal ini. Lelaki tadi, dengan memandu BMW. Sudah boleh membawa 3 perempuan yang bagai salahbrity. Adakah kamu dan mungkin aku merasa sesuatu yang tidak kena? Mungkin, jadi mari kita bincangkan kenapa adalah releven untuk lelaki Melayu memakai kereta BMW. Sebelum itu, kamu sedang mendengarkan lagu dari kumpulan If These Tree Could Talk bertajuk What's In The Gound Belongs To You. Hayatinya dengan baik.

1. Kereta BMW adalah bukti kejayaan.
Aku kurang mengerti mengapa ini seolah-olah menjadi satu mind-set kebanyakkan ramai lelaki Melayu. Mungkin di didik dengan drama-drama tipikal di tv1, tv2 dan tak lupa tv3. Aku masih ingat, memang banyak drama-drama era 90-an dahulu yang menampilkan kereta BMW sebagai sebuah kereta rasmi bagi lelaki-lelaki maskulin, gigolo, lelaki kecundang, anak Tan Sri dan tak lupa juga hero Malaya. Pelopor bagi lelaki-lelaki sebegini mungkin seperti Aqasha dan Rosyam Nor. Oh, tak lupa juga Nash dari Lefthanded. Ia seolah mencorak pemikiran 'kalau kau dah kaya, angkat sebuah BMW'.

2. Kereta golongan MLM-ers
Ini memang tidak dapat di nafikan. Seringkali dan kerap-kali kita dapat lihat hasil kejayaan lelaki Melayu bergambar dengan kereta mewah mereka. Cuba lihat kereta mewah mereka, hampir kebanyakkannya ialah dari BMW. Ada juga dari Mercedes-Benz, tapi setakat ini aku lihat, jika bergambar dengan Mercedes-Benz, mesti bergambar dengan isteri atau skandal wanita. Ia menunjukkan kekayaan perkongsian berbanding bergambar dengan BMW yang menunjukkan kekayaan persendirian dan mutlak. Nombor plat kenderaan mesti di hitamkan kerana takut di sabotaj. Mungkin juga sebenarnya kebetulan bergambar kereta yang di letakkan di tepi jalan. Penipuan? Tak tipu, tak MLM-lah.

3. Best Men Win.
Ya, itu yang selalunya input yang aku dapat dari pengguna BMW dari lelaki-lelaki Melayu. B untuk Best. M untuk Men dan W untuk Win. Kereta kemenangan untuk lelaki. Bukankah BMW pernah menang di Grand Prix F1? Logiklah. Di katakan kereta BMW adalah untuk lelaki yang menang kerana ia berkait dengan perkara pertama di atas. Kalau dah kaya, dah hebat, perlu membawa BMW. Perlu membawa laju BMW di lebuhraya untuk menang. Wajib tinted gelap cermin kereta. Padahal bagi aku sebenarnya menggunakan cermin gelap untuk BMW adalah kerja bodoh. Akan aku beritahu di akhir entri nanti.

4. Buat Menghabiskan Wang
Angkara terlalu banyak duit dan dividen dari amanah saham. Maka, duit yang ada tersebut perlulah di habiskan untuk membeli sebuah kereta BMW. Sememangnya di akui kereta BMW bukanlah kereta yang murah. Ia lambang artistik dari jiwa yang sukakan kelajuan. Katanya-lah. Jadi, memang berbaloi untuk menghabiskan wang membeli sebuah BMW walaupun gaji bulanan, jika dikira ia melebihi had. Yang aku pasti, maintenance sebuah kereta BMW adalah mahal. Bahkan pernah aku jumpa seorang lelaki yang masih tidak menggantikan lampu hadapan kereta BMW-nya yang pecah di langgar basikal fixie tempohari. Enam bulan tidak berganti. Masih kental membawanya dengan megah. Tidak kisah berlapar dan berhutang, asalkan dapat memiliki BMW. Aku rasa, mungkin hari itu Pendekar Berkuda berhutang kerana hendak membayar duit ansuran BMW-nya barangkali. Pergh!

5. Bring More Women!
Pasti dan yakin setelah banyak contoh di ambil, seperti contoh cerita di awalan yang aku nukilankan. Kereta BMW mampu menarik ramai perempuan ke dalamnya. Walaupun BMW dari model 70an dan 80an. Orang perempuan memang tertarik dengan kereta BMW. Seperti magis. Heh. Biasalah, orang perempuan bukan tahu sangat pasal kereta.

6. Be My Wife.
Setelah berjaya menarik ramai perempuan untuk menaiki bersama kereta BMW-nya. Pastilah seseorang lelaki Melayu itu mempunyai banyak pilihan untuk memilih perempuan mana layak di jadikan isteri. Kamu tak perlu belajar berkata manis, tak perlu menghabiskan duit membentuk otot badan di gimnasium. Cukup dengan hanya memiliki sebuah BMW, kamu sudah boleh memiliki seorang isteri. Pakej yang hebat!

7. Aku sudah kehabisan idea. Kamu tambah lah sendiri ya? Dan lagu kedua ini juga dari kumpulan yang sama, tajuknya ialah From Roots To Needles. Layan!

Kamu ingin tahu mengapa adalah sesuatu yang bodoh jika memakai BMW, tetapi cermin yang di gunakan ialah tinted(cermin gelap)? Ini adalah kerana, ia adalah satu pembaziran ketrampilan. Pakai kereta mahal-mahal, tetapi tiada seorang pun orang di luar dapat melihat siapa pemandunya. Cermin gelap, siapa yang nampak? Bagaimana mahu berlagak? Mungkin selepas ini kita boleh usulkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan agar cermin gelap pada kereta mewah adalah di larang sama sekali. Ia penting untuk gaya, mutu dan keunggulan pengguna kereta mewah terutamanya lelaki Melayu yang memandu BMW.

Tapi, untuk pengguna kereta murah seperti Myvi, Viva, BLM, Satria second-hand, hatta Honda EK tahun 1998 sekalipun, aku rasa tidak perlu untuk kita larang penggunaan cermin gelap. Ini kerana, mungkin kamu tahu apa sebabnya. Heh!

Sekian, semoga memberi input.


20 ulasan:

mathematherror berkata...

Tak tipu, tak MLM-lah.

hahahahahaha.....

eszol raar berkata...

intro cegamp


tapi semua tu bukan sbb gua suka BMW

♛ AR the annoying berkata...

kenapa kena Prema Yin?

Aku lagi tertarik lelaki pakai Evo.Bheheh.

Amiey White berkata...

teringat bebudak U , baru pakai kereta lepas study semua pakat nak buat club . Event pulak setiap bulan , pastu kalau ada member kawen macam nak demand paksa orang join . macam kitaorang takde komitmen lain .

gha sudin berkata...

Best man win!

Tu yang tak tahan tu..

Mungkin bmw ni berada dalam tahap mampu milik mereka kot. Sekenhen, thirdhen pun tarak problem lah kan, janji bmw. Kekekek..

Selagi kete tu ori, i loike. Kalau dah modified n tampal sticker segala cam citer anak usop selam, woh! Big no-no. Kekekekk..

bujal X berkata...

be my whore~

yay~~

Sab Buenoo berkata...

aku..err memang tak tahu apa2 pasal kereta dan lagu ni best lah!

aku baca sambil dengar dan tepat2 masa kau pekenalkan tajuk lagu yang kedua, terus masuk lagu yg kedua plak. yea aku baca lambat betei. keh3

cikpia berkata...

aku paling suka ngan teori cermin gelap ko tu..... nak sokong patbelas ratus juta kali bley tak?? he he....

mrs chenta berkata...

be my wife??


ahahah i rejek awal2...

ye ker??

erm nasib dah kawen ><

AlexiaAqram berkata...

be my whore WIN! terbaik, bujal!

Muhd Fadil berkata...

kahkahkah..
MLM tak pernah tak tipu orang kan?
Ciskek !

Mat berkata...

gua rasa lebih gagah kalau pandu hummer, atau pajero v8.. Atau mitsubishi evolution atau nissan skyline

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

"untuk pengguna kereta murah seperti Myvi, Viva, BLM, Satria second-hand, hatta Honda EK tahun 1998 sekalipun, aku rasa tidak perlu untuk kita larang penggunaan cermin gelap."

Gua pakai Myvi boss!

Murni Yusoff berkata...

kereta BMW kereta atasan,tp kalau kreta murah pn boleh jg apa bergaya..bergaya ikut kemampuan..

Umar Faruq berkata...

terbaek!! slumber je aku share entri ko ni.. hahha..

sya berkata...

x minat la bmw.

shinobee46 berkata...

point no 5 memang betoi bangat.

Elena Reeney berkata...

laki gua pakai bmw jugak. gua terasa!

J. Abdullah berkata...

X6 tetap boleh buat aku pecut untuk kejar walaupun kalau time tu aku hanya drive kereta viva MT660.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

hubby sy pernah pakai bmw..bila naik takdala rs apa pon..x rs nk berlagak ke apa..just teringin nk pakai aje..