Jun 15, 2011

Sekat - Menyekat

Bukan main kecoh semua orang bising sana-sini pasal SKMM sekat banyak website share-files. Well, bagi aku. Sekat macam mana sekalipun, kalau dah nama 'Puaka Downloader', bawak mai bazooka firewall sekalipun, pasti boleh lepas punya. Ini kan dunia digital frontier. Apa ada hal?

SKMM ada kerja dia. Itu tugas dia. Kita ada kerja kita. Ada tugas kita tersendiri. Fahamkan lah kehendak SKMM juga yang nak kekang piracy. Dan SKMM pun akan faham kehendak kita yang hendak berkongsi file-file penting untuk pekerjaan. Aku rasa SKMM hanya sekat sekadar 'nampak-sekat' saja. Tiada masalah sangat. Ada beratus lagi website share-files untuk muat turun filem-filem dalam negara mahupun luar negara. Kena tanyalah pada yang pakar dalam hal ini.

So, chill lah beb. Kita perhati dulu. Buat senyap saja. Kita operate muat-turun kita secara underground semula lah. Macam zaman-zaman miRc dulu. Ingat tak? Cuma, sesuaikan dengan software terkini, pasti ada cara yang lebih bijak dan kreatif untuk kita muat turun tanpa perlu risau dengan sekatan SKMM. This is Boleh-land. Peduli apa?

Habis pasal SKMM. Kali ini pasal Perhimpunan BERSIH. Entah macam mana hari itu sewaktu aku meniaga di kedai, aku ter-tonton Buletin Utama. Pecah tradisi nampak gayanya ni. Dah lama aku tak menonton Buletin Utama. Bukan apa, jijik. 

Well, aku rasa Perhimpunan BERSIH itu sekarang dah jadi perhimpunan fancy-fancy untuk sesuatu benda yang nampak tidak kena. Kalau dahulu, tuntutan kumpulan ini agak releven jugaklah. Sebab itu pihak SPR menerima tuntutan mereka seperti tong peti undi yang dahulunya tidak lutsinar (legap), sekarang sudah lutsinar. Okay jugak lah. Tuntutan mereka kini ialah ;

1.Bersihkan senarai undi
2.Mereformasikan undi pos
3.Gunakan dakwat kekal
4.Akses media bebas & adil
5.Masa berkempen minima 21 hari
6.Kukuhkan institusi awam
7.Hentikan rasuah
8.Hentikan politik kotor

Aku hanya nampak tuntutan dari perkara 1 sampai 5 saja yang berkaitan dengan pilihanraya. Iaini yang kena dengan tema perjuangan perhimpunan BERSIH. Yang lain, series bullshit. Mereka nak kukuhkan institusi awam? Cakap senang lah suruh itu-ini. Ingat nak kukuhkan institusi awam tu macam kukuhkan tiang kubur? Macam mana ya aku nak terangkan? Aku rasa perkara 6 hingga 8 itu kurang berkaitan kerana tuntutan itu seharusnya secara terus kepada pihak berkaitan seperti CUEPACS dan SPRM. Tuntutan macam itu di bawa ke jalanan, ia seperti kau berlenggang kat atas jalan pakai kain pelikat, dengan selipar dan baru bangun tidur. Kalau semua orang bersorak, kau bersorak. Orang menjerit mencaci, kau ikut mencaci. Ok, tuntutan dari seekor lembu kepada seekor babi, lebih tepat mungkin analoginya. 

Kita kalau nak membangkang, kena pakai akal lah. Membangkang biar membuka jalan penyelesaian. Jangan jadi macam satu parti ni beria sembang pasal negara berkebajikan, tapi kat negara pemerintahan parti ini masih lagi ramai orang-orang tanpa rumah (homeless). Cubalah sewa satu bangunan, bagi orang-orang homeless ini duduk situ ada tempat berteduh. Bagi makan malam dan sarapan. Sedekah-lah lebih kurang. Kan bagus? Itu baru di namakan negara berkebajikan. Jangan lah pulak mentang-mentang orang-orang homeless itu Cina dan India, kau tak nak bantu. Pilih bulu, nak yang Melayu saja. Tuhan tak memilih bulu memberi rezeki kepada manusia, sampai kat tangan Melayu macam kau, carca marba kau memberi sedekah dengan memilih kroni, resam bangsa dan seagama kau saja. Sudahlah, macam aku tak tahu perangai Melayu puaka macam mana. Islam tak islam, kalau dah ada kuasa. Riak semacam.

Ok, maaf kerana mula mengarut. Kembali kita semula.

Berlainan dengan tuntutan 1 hingga 5. Aku tak bersetuju dengan perkara 5. Buat apa nak berkempen lama-lama ha? Membazir tahu? Tak tahu ke istilah membazir itu apa? Dan kau ingat semua orang suka dengan politik dan nak berkempen sana-sini? Orang macam kau boleh lah, gila kuasa dengan politik. Kalau kempen setahun pun belum tentu cukup untuk orang macam kau kan?

Perkara 4 pula aku rasa mungkin boleh di pertimbangkan. Namun secara hakikatnya. Aku rasa kehadiran media sebenarnya lagi buat bertambah serabut tempat pengundian. Sibuk dan penyibuk. Sikit-sikit nak ambil gambar, sikit-sikit nak tanya itu-ini. Rimas betul!

Guna dakwat kekal? Hmm, mungkin pen yang di gunakan sekarang ini tak cukup kekal rasanya. Lepas ini kita minta SPR bancuh cat. Lebih elok kalau cat rumah jenis Nippon Paint untuk di jadikan dakwat membuang undi. Hamacam?

Aku cukup naik benci dengan perkataan reformasi. Kali ini pula ialah mereformasikan undi pos. Baiklah-baiklah. Nak mereformasi macam mana ni? Cuba terangkan sedikit. Aku kurang faham. Adakah reformasi pos ini bermakna lepas ini kalau nak mengundi kita kena dapatkan setem HASIL? Kalau bermanfaat, aku tiada masalah. Cuma tuntutan kurang jelas, macam lah orang kampung belah Felda Tenggaroh sana faham perkataan reformasi. Sebut farmasi pun tak tahu, kalau kedai ubat tahulah.

Dan untuk perkara akhir iaitu bersihkan senarai undi, aku rasa itu mungkin releven. Ya, bagi aku releven kerana aku tahu senarai nama-nama pengundi itu pasti akan ada manusia yang gatal tangan mengambil senarai nama untuk tujuan penghantaran katalog-katalog ke rumah. Apatah lagi jika sudah dapat nama dan alamat, pasti akan dapat nombor telefon. Tengok-tengok nanti dapat panggilan ; 

"Hello encik Aqram, anda telah memenangi wang sebanyak tiga puluh ribu ringgit dari Bank Of China. Tapi, sila depositkan dahulu lima ratus ringgit ke akaun sekian-sekian untuk menerima hadiah anda"

Buto-lah. Bila masa aku ada akaun kat Bank Of China!

Jadi, kesimpulannya. Tak perlu lah turun padang ke perhimpunan BERSIH kerana hanya satu saja tuntutan yang releven. Yang lain tidak releven. Buat apa susah-susah turun di jalanan menuntut satu perkara saja? Jalan-jalan cari angin usha makwe-makwe rebel? Saja nak memenuhkan jalanan kasi semua orang tahu lu lah Abang Long, Abang Besar dari Pantai Remis? Atau saja nak menyusahkan para peniaga di tepi jalan dan rasa bermurah hati nak mengkayakan penjaja ayaq nyoq? Aku rasa, lebih baik kamu BERSIH-kan kereta BMW kamu di rumah atau BERSIH-kan pusara kubur ayah dan datuk kamu yang sudah lama kamu tidak jenguk di kampung. Lagi berfaedah bukan?

Sekian, semoga memberi input. Chalo, Assalamualaikum!

28 ulasan:

Nawwal Bukhari berkata...

serious terbaik! setuju sangatttt!

Lucifer berkata...

keh keh keh, aku terkena part hujung, spam mesej dan call pasal wanghadiah hamjad. emm.

Rango berkata...

nak buat perhimpunan boleh. tapi duduk diam-diam dalam stadium sudah. tapi lebih baik tak yah buat terus. pergi beli gunting kasi BERSIH bulu ari-ari lagi bagus. dapat pahala lagi.

Amiey White berkata...

setuju . AA :)

fadinzlybront berkata...

Salam Aqram..Just nak promote satu video kt utube..sangat menyentuh.. ala2 rancangan realiti.. nnt mr aqram taip "If The Prophet Mohammad PBUH were Among Us".. kalau mr aqram rasa best, bleh letak kt blog n kasi review sket..tau tau.. tankcute..=) may your life be blessed,no matter what.

Tanpa Nama berkata...

kalu ak nk ulas balek yg ko ckp tu bley x?
"Perkara 4 pula aku rasa mungkin boleh di pertimbangkan. Namun secara hakikatnya. Aku rasa kehadiran media sebenarnya lagi buat bertambah serabut tempat pengundian. Sibuk dan penyibuk. Sikit-sikit nak ambil gambar, sikit-sikit nak tanya itu-ini. Rimas betul!"

aku rase ko tau ape yg dituntut.. dorang nak hak media saksama.. slalu media pro kerajaan je yg dpt keistimewaan..

"Guna dakwat kekal? Hmm, mungkin pen yang di gunakan sekarang ini tak cukup kekal rasanya. Lepas ini kita minta SPR bancuh cat. Lebih elok kalau cat rumah jenis Nippon Paint untuk di jadikan dakwat membuang undi. Hamacam?"

kau tau ke x dakwat kekal untuk ape? untuk cat kat kuku jari.. menandakan orang tu da buang undi.. bukan dakwat tanda kat kertas undi.. dakwat kekal tu hanya ilang dalam masa 1-2 hari..

"Aku cukup naik benci dengan perkataan reformasi. Kali ini pula ialah mereformasikan undi pos. Baiklah-baiklah. Nak mereformasi macam mana ni? Cuba terangkan sedikit. Aku kurang faham. Adakah reformasi pos ini bermakna lepas ini kalau nak mengundi kita kena dapatkan setem HASIL? Kalau bermanfaat, aku tiada masalah. Cuma tuntutan kurang jelas, macam lah orang kampung belah Felda Tenggaroh sana faham perkataan reformasi. Sebut farmasi pun tak tahu, kalau kedai ubat tahulah."

makin lawak plak aku bace..

ko tau tak yang diorang mintak ape? mansuhkan undi pos! sebab ape? ha.. aku rase ko kene selidik sendiri.. malas la nk terangkan panjang lebar lagi..

p/s - aku bukan cari gaduh.. aku cume smpaikan ape yg patot.. sekian

bact. berkata...

kamjad!!!!

Fiffy berkata...

menyampah aku bab2 demo2 perhimpunan ni. nak g makan pun x senang. puih! bersihkan najis sendiri dulu la.

Zulfikar Hazri berkata...

bila kerajaan buat hari sejuta belia kat putrajaya, semua org pas tak pas, pkr tak pkr...anrchy tak anrchy semua duk kutuk dan ckp mcm takda guna berkumpul mcm tu. buang masa, baik kumpul dalam masjid buat tahajud la ape la...

tapi bila kena tang dia, buat perhimpunan bersih, maki hamun sana.. caci maki sana.. takda nilai islamik lansung ....

masuk masjid,buat perangai org takde akhlak...

BIAS betul.. menyusakan rakyat marhaen nak menjalani hidup..

HOI Pakatan, kau ingat kau buat reformasi dan tunjuk perasaan ni semua org KL nak suka dan sokong kau? org KL benci lah woi.. nyusahkan kehidupan harian....

EZAN IDMA berkata...

no 7 tu semakin berleluasa rasenye

Kepala Manchiss berkata...

kehkeh..rasa fani baca kekomen.

parti politik mana mana pun sama. yang beza cuma parti bogel parti seks dan sewaktu dengannya.

manusia bila dapat kuasa mula rasa maksum. pengikut mula taksub. hakikatnya penilaian perlu adil. bukan sekadar pada nama (keADILan) atau sekadar pada logo/lambang (DACING).

AlexiaAqram berkata...

@lucifer

yang tak tahan, suruh bank-in tu. jadah!

@rango

bulu ari-ari FTW!

@fadinzlybront

oh, hampir sama konsep macam siri 'Tolong' di tv Indonesia. terima kasih ya.

@tanpa nama

aku sebenarnya malas nak melayan pengomen tanpa nama. sebab, tiada siapa akan percaya kata2 'tanpa nama'. tapi tak mengapalah, mungkin aku kenal kau. aku cuma nak cakap beberapa perkara.

hak media saksama? baiklah, lepas ini jangan terkejut pihak media dari majalah MANGGA buat liputan pengundian untuk para salahbrity. kau suka media kan? saksama kan? take it or leave it.

cat kuku jari? hilang dalam masa 1-2 hari? sorilah beb, aku ni orang bersolat. aku tak suka kuku jari aku ada cat2, air wudhu tak kena nanti. solat pun tak sah karang. tak tahulah kalau kau jenis orang tak bersolat. kau pakailah dakwat kekal tu sorang2. aku tak nak.

undi pos. kau tak payah series sangat. memang blog ni blog humor. memang kau akan lawak membacanya. anyway, kalau mansuh undi pos. berapa pula peruntukkan untuk di belanjakan bagi membawa balik ramai rakyat malaysia diluar negara dan bekerja dalam sektor pertahanan bagi pergi mengundi? kena fikir jugaklah undi pos tu ada kebaikkan jugak.

aku tahu kau di momokkan dengan cerita mereka yang bekerja sebagai polis dan tentera, pos undi mereka disalah guna, atau sengaja kerajaan buat pertukaran kawasan kerja dan sebagainya.

kalau nak setel benda macam tu, senang saja. gesa lah SPR lakukan pengiraan undian POS secara serta merta selepas undi pos habis di jalankan. bukan di kira serentak dengan hari pengiraan undi. jadi, hilanglah syak wasangka andaikata undi pos itu di bawa ke tempat lain. ini mencadangkan pasal reformasi. reformasi kepala bana dia.

aku pun tak nak cari gaduh. just aku kelakar dengan sikap penganjur BERSIH ni. tak dpakai akal. ikut perasaan sangat.

AlexiaAqram berkata...

@fiffy

aku mencadangkan kita beli satu tray telur. masa diorang berarak, kita lempar dengan telur. amacam?

@zulfikar

well, diorang ni (PAKATAN) perasan sangat macam semua rakyat sokong diorang. yang bukan sokong diorang, mereka tak cap sebagai rakyat. tetapi, pencacai BN/UMNO. ada ka patut? hidup macam sorang diri plak kat malaysia ni/

@kepala manchiss

eh, BETUL!

afrohead berkata...

yang menyokong Bersih itu ialah penyokong parti politik penganjur.

maknanya ia hanya disokong penyokong parti politik terlibat, bukan MAJORITI rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

"cat kuku jari? hilang dalam masa 1-2 hari? sorilah beb, aku ni orang bersolat. aku tak suka kuku jari aku ada cat2, air wudhu tak kena nanti. solat pun tak sah karang. tak tahulah kalau kau jenis orang tak bersolat. kau pakailah dakwat kekal tu sorang2. aku tak nak."

itulah orang cakap.. pentingnya ilmu pengetahuan.. jgn tulis ikot dan.. ko mesti tau kan dakwat ade banyak jenis.. dakwat minyak.. dakwat air.. dan mcm2 dakwat.. ko ingat ustaz2 xpikir? hadoyai..

undi pos. kau tak payah series sangat. memang blog ni blog humor. memang kau akan lawak membacanya. anyway, kalau mansuh undi pos. berapa pula peruntukkan untuk di belanjakan bagi membawa balik ramai rakyat malaysia diluar negara dan bekerja dalam sektor pertahanan bagi pergi mengundi? kena fikir jugaklah undi pos tu ada kebaikkan jugak.

hahaha.. ni ak nk gelak lg nih.. bapak aku bekas tentera.. bapak aku tau.. bukan bapak jiran aku.. bapak aku tau la mcm mne org2 yg undi pos tu.. nk ak crite ke cmne? nnt xpcye plak kn..

p/s - asal ko ckp pnh rase knfiden r?? padahal salah.. hadoyai.. ak bkn nk gaduh tau.. x.. bkn ape.. just bgtau

katakbiru berkata...

entah apa2 si tanpa nama ni.... dia sendiri yg cakap hilang 1-2 hari...dakwat kekal.. maknanya susah nak hilang lah...

cakap belit2... mengata si lensarosak takde pengetahuan. LAME...

Tanpa Nama berkata...

ok.. look.. mcm inai la.. xilang kn? ade inai sehari ilang?
apepon kne tunggu fatwa ulamak kt malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Ala Pemilih blog lenserosak ini bodoh sbenonyer.. tah2 duduh dalm bilik men tenet je.. bukn tau hal negara pn.. katak bawah tempurung..!!!

ANONYMOUS berkata...

aku rasa aku sokong tanpa nama ni. bukan sebab fanatik kepada pembangkang. lets open our eyes, see what is actually happen in malaysia. jangan duduk rumah, main game, tak tahu apa berlaku, kita senang, tak fikir hak bagi yang kurang senang. jangan asyik disumbat dengan utusan malaysia. memang la otak tak berkembang.


*btw, sebelum ni dah ada dah dakwat utuk pilihan raya dan dah disahkan sah oleh jakim bila nak ambil wudu' cuma last minit disapproval oleh kerajaan. macam biasalah. kajilah sikit. search kat google. jangan dengar cakap membe, lepas tu percaya bulat2. banyakkan membaca.

Tanpa Nama berkata...

I observe that lotsa people (the 90's generation) are insanely speak of somethin' that they actually not so sure about that. Free thinkers. Man. The difference between you and the ulama' is- they dont use their logic brain to take charge on somethin'. They did lotsa research and consulted the Al-Quran and tons of hadith before they came up with the conclusion. That's what Allah tought us.

And you. Haha.

Your activities for everyday are just to find someone else fault, and condemning them in your 'cool' blog. Bleurrghhhhh. Then suddenly came up with your own thought that will mislead others ignorant because of your own ideology. What's the difference between you and others that create their new own religion. Kabalah maybe?

hackshitam berkata...

hahahahaaaa..
semua pasal perpepsi..
=)
but then,
i agree with tanpa nama,
sbb i rasa kerajaan hari ni nampok beneno tak telusnya..

my 2 cents.

hackshitam berkata...

afrohead,
bukan Majoriti?
then,
there is a poll in the internet.
98%+++ agree with this gathering.
and u know what,
the total of people who elected in this poll is about 1.3 million.
HAHAHA..
but suddenly the poll is deleted..
why it was deleted?
takut dengan fakta mungkin..

AlexiaAqram berkata...

@hackshitam

psss, yang melayari internet di malaysia ni secara kerap macam kita oun tak ramai bang. jadi, buat poll, banyak macam mana pun, kita bukan tahu ada orang mengundi lebih 10 kali. hehe.

hakcshitam berkata...

tp xtau plak poll tu boleh undi bnyk kali...heeeeee
i guess, ramai ke yg nk undi byk kali? nmpk beno lar bodohny.
smpai 1.3 juta,
yg undi setuju jelar kot yg undi bnyk kali,
yg xsetuju undi sekali je lar gamaknya..
hik hik hik...

Tanpa Nama berkata...

antara lu ni biol or naturally rebel punya person..gua pun xtau..mungkin pada lu lwn majority tu cool tapi kalau x guna otak pun bangang jugak..tapi kalau lu boleh berfikir lu mesti boleh tau bersih ni rasional..

rebel pun rebel bro,tapi biarlah rebel yg intelektual..jgn jd budak punk yg rambut mohawk sepak tong sampah tapi ideologi punk pun xtau..

hackshitam berkata...

rebel yang intelektual..
gua suka ayat tu.
hik hik hik.

RJ berkata...

ramai orang tak paham dengan SKMM. Lebih mudah aku cakap ramai orang BODOH. hanya berfikir dengan kapala kote mungkin. mungkin bukan salah mereka sebab terpengaruh dengan unsur yang KRU Studio cuba bangkitkan tentang piracy.

Agak kelakar sebenarnya aku tengok badut badut dan kera kera KRU kononnya menyokong tindakan KRU. Piracy Berleluasa pon, filem dorang tetap berjuta juta sambutan. Tak menjejaskan pon sebenarnya. tapi biarlah periuk nasik mereka.

Yang cuba aku bangkitkan disini tujuan SKMM sebenarnya bukan hanya membenteras piracy tapi juga mengurangkan bandwidth negara. tahukah korang wahai beruk beruk internet yang negara kita adalah antara pengguna bandwidth tertinggi di muka bumi ni? Dengan maksud ini, bandwith untuk negara kita adalah paling mahal sekali di muka bumi ini.

Korang paham tak ha beruk? PALING MAHAL. korang bayar? kepala hotak kau! negara lain dah capai 10mbps mungkin buat masa ni lebih dari tu. negara kita? unifi pon baru cecah 5mbps. kenapa tak dapat lebih laju? MAHAL la bahalol! bandwidth mahal. maintenence turut mahal. negara tak mampu untuk menampung beban wang keluar. kang naikkan harga minyak korang buat rusuhan.

Jadi tindakan SKMM betol sama sekali. walaupun boleh bypass. kebarangkalian untuk kurangkan penggunaan bandwidth boleh mencecah 0.8. Kerana tak semua orang tahu cara bypass dengan betul. Salahkan tindakan SKMM? tak salah. cuma kita kena lebih pandai untuk bypass block ini. jangan asyik nak orang suap je. cuba beldikari. jangan nak maki hamun je. berfikir dengan waras.

mungkin subsidi minyak pon dapat ditambah selepas ini? mungkin internet malaysia juga dapat dipertingkatkan selepas ini. semua boleh jadi kan? jadi tak perlu emosi lebih2. karang aku juga turut menjadi beruk macam korang.

akubosanpolitikmalaysia berkata...

aku rasa sama je semua baik gov/pembangkang

time pembangkang nak buat demo gov marah,sekat,macam2 kata

time gov buat demo boleh plak,yang isu uitm nak masukkan non bumiputera tu.siap buat demo melibatkan student2 u lagi.boleh plak student u libat demo time tu

so sama jela..kalau masing2 ada kehendak,semua nak buat demo.

kata negara berdemokrasi????

kihkihkih